Sunday, 11 October 2015

Al-Quran: Kesan Al-Quran Terhadap Manusia



الَر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
الَر. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Ibrahim ayat 1

إِنَّ هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْراً كَبِيراً

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.Al-Isra 9

Al-Quran telah membawa perubahan yang besar terhadap manusia. Ia mengangkat manusia dari lembah kehinaan dan kegelapan menuju puncak keagungan dan kesejahteraan. Diantara perubahan yang dilakukan Al-Quran terhadap manusia ialah:

1-      Perubahan tentang Aqidah: Ia menunjukkan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat.Membentuk kepercayaan tentang rukun iman yang enam.

2-      Perubahan mengenai Ibadah: Al-Quran memberikan pengabdian dan kebaktian hanya kepada Allah dan menghapuskan segala bentuk keagamaan dan syirik kepada Allah.

3-      Perubahan tentang Akhlak: Al-Quran menanamkan akhlak yang baik lagi terpuji dan melontarkan akhlak yang keji.

4-      Perubahan Masyarakat: Al-Quran menumbuhkan persaudaraan, persamaan dan kesatuan yang menyeluruh tanpa membezakan warna, bangsa dan keturunan. Menghapuskan perbezaan dan batasan mengikut kasta dan menghimpunkan mereka di bawah panji taqwa.

5-      Perubahan tentang Politik: Al-Quran mengembangkan demokrasi, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dan keganasan dalam pelbagai bentuk.

6-      Perubahan dari sudut Ekonomi: Al-Quran membangun ekonomi mengikut dasar ketuhanan dan nilai-nilai kemanusian serta mengakui hak-hak manusia  mencari kekayaan dengan batas-batas yang tertentu.

7-      Perubahan tentang Peperangan: Al-Quran merubah maksud dan tujuan perang untuk kepentingan perdamaian dan keselamatan manusia dan mengekang nafsu permusuhan dan perselisihan.

8-      Perubahan kedudukan Kaum Wanita: Al-Quran melindungi hak-hak wanita dari sudut keagamaan, sosial dan hal ehwal kemasyarakatan.

9-      Penghapusan Perhambaan: Al-Quran menghapuskan perhambaan manusia terhadap manusia dan mengakui kebebasan manusia.

10-  Memerdekakan Aqal dan Fikiran: Al-Quran mengakui kebebasan menggunakan akal fikiran, menghapuskan belenggu taklid, memutuskan rantai yang membelengu fikiran kerana adat tradisi, kekuasaan politik dan lain-lain lagi.
Penutup
Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu kompenan rukun iman. Ia merupakan kitab terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. yang sewajarnya dijadikan panduan kehidupan manusia untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
        Al-Quran seharusnya dijadikan pakaian dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja perlu dilaksanakan dalam bentuk penghayatan tetapi juga dalam kaedah perlaksaan. Keindahan Islam boleh dihayati dengan menjadikan Al-Quran sebagai makanan jasmani dan rohani untuk membantu manusia kearah kebenaran hakiki.

 

Saturday, 10 October 2015

Al-Quran: Adab-Adab Membaca Al-Quran


a-Bersiwak sebelum membaca Al-Quran. Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan mulut yang bersih. Bau mulut tersebut boleh dibersihkan dengan siwak atau bahan semisalnya.Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

“Sesungguhnya mulutmu adalah lalu-lintas Al-Quran. Maka segarlah ia dengan bersiwak”. HR Ibnu Majah dan Al-Bazzar.

b- Menghadap kiblat ketika membaca Al-Qur’an. Duduk ketika itu dalam keadaan sakinah dan penuh ketenangan.

“Sebaik-baik majlis adalah mengadap Qiblat”. HR Ath-Thabrani)

c-Memilih tempat yang suci.Menurut penulis al-Ithqan, tempat suci yang paling utama untuk  membaca Al-Quran adalah Masjid.

d- Suci dari hadaths. Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan suci. Namun jika membacanya dalam keadaan berhadats dibolehkan berdasarkan kesepatakan para ulama.

Catatan: Ini berkaitan dengan masalah membaca, namun untuk menyentuh Al-Qur’an dipersyaratkan harus suci. Dalil yang mendukung hal ini adalah:

عَنْ أَبِى بَكْرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَتَبَ إِلَى أَهْلِ الْيَمَنِ كِتَابًا فَكَانَ فِيهِ لاَ يَمَسُّ الْقُرْآنَ إِلاَّ طَاهِرٌ

Dari Abu Bakr bin Muhammad bin ‘Amr bin Hazm dari ayahnya dari datuknya, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menulis surat untuk penduduk Yaman yang isinya, “Tidak boleh menyentuh Al-Qur’an melainkan orang yang suci”. (HR. Daruquthni no. 449.

Seseorang yang sedang junub dan haid tidak dibenarkan membaca Al-Quran, namun boleh membaca dalam hati dan memandang mushaf, tetapi tidak menyentuhnya.

e-Membaca Ta’awudz dan Basmalah. Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca Ta’awudz. Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nahl ayat 98:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءانَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَنِ الرَّجِيمِ

Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur'an, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.

f-Tadabbur. Orang yang membaca Al-Quran dituntut mentadabburi dan memahaminya. Ini penting kerana Allah menurunkan Al-Quran untuk tadabbur dan zikir. Firman Allah Ta’ala dalam surah Shad ayat 29:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan keberkatan, untuk mereka perhatikan ayat-ayatnya, dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran”.
Perintah untuk mentadabburi Al-Qur’an disebutkan dalam ayat,

أفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?” (QS. Muhammad: 24)

Al-Quran: Fadhilat Membaca dan Mengajar Al-Quran

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata yang bermaksud : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim).
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan yang bermaksud: Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda yang bermaksud: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda  yang bermaksud:
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
 
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
 
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata yang bermaksud : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
 
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Al-Quran: Kelebihan Dan Keistimewaan Al-Quran


Antara kelebihan Al-Quran ialah:
i-                    Mukjizat teragung.

ii-                  Mukjizat Nabi yang kekal hingga hari akhirat.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

Dan kelebihan Kalamullah ke atas seluruh kalam(perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadianNya.
Al-Quran merupakan kitab samawi yang diturunkan dari Penguasa langit dan paling utama diantara kitab-kitab samawi yang pernah turun, iaitu Taurat, Zabur dan Injil. Keistimewaan Al-Quran ini ditunjukkan, antara lain:
i-                    Al-Quran merupakan kitab yang paling tinggi darjatnya dibandingkan kitab-kitab samawi yang lain.

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Zukhruf ayat 4,
وَإِنَّهُ فِي أُمِّ الْكِتَابِ لَدَيْنَا لَعَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam induk al-Kitab (Lauh Mahfuz) disisi kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandungi hikmah.         
Ketinggian Al-Quran kerana Allah melebihkan (isi) surat-suratnya dari kitab-kitab lain yang pernah Dia turunkan.
ii-                  Al-Quran adalah zikir yang paling utama. Ia mengandungi semua zikir, seperti tahlil, takbir, tahmid, tasbih doa dan lainnya.
Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata yang bermaksud: Rasulullah SAW. bersabda: Allah berfirman (dalam Hadis Qudsi): “Barangsiapa sibuk membaca Al-Quran sehingga lupa bermohon kepada-Ku, maka Aku akan menganugerahinya keutamaan(seperti) yang diminta oleh orang yang meminta. HR At-Tirmizi

Al_Quran: Al-Quran sebagai Mukjizat


Mukjizat dalam bahasa Arab ialah “melemahkan”. Ia bermaksud sesuatu yang dapat melemahkan musuh atau mengalahkan kecerdikan dan kekuatan musuh.

Al-Quran disebut sebagai mukjizat Rasulullah SAW. yang terbesar. Ini kerana:

a-Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang isinya kebenaran dan terhindar daripada kepalsuan dan keraguan.

b-Al-Quran walaupun ada yang pendek tetapi pengertian dan maksudnya sangat panjang dan mendalam.

c-Al-Quran bukan nazam, sajak, syair, gurindam dan sebagainya. Tetapi ia tetap indah dan menarik sehingga bukan sahaja orang Islam tertarik tetapi juga dikagumi oleh orang bukan Islam.

d-Ayat Al-Quran walaupun berulang kali dibaca tidak pernah membosankan kerana susunan katanya yang indah dan isi atau maksudnya yang dalam.

e- Setiap ayat Al-Quran mengandungi erti dan pelajaran yang dalam dan tinggi, yang pasti membuatkan seseorang itu akan sentiasa tertarik dan mendapat pengetahuan serta kesedaran dengan membaca Al-Quran.

f-Ayat Al-Quran mudah dihafal dan dilagukan dengan pelbagai lagu.

g-Membaca Al-Quran selain memperolehi petunjuk hidup dapat memberi kekuatan ghaib bagi pembacanya, menghindarkan diri daripada bahaya atau makhluk-makhluk halus.

Friday, 9 October 2015

Al-Quran: Kandungan Al-Quran


Al-Quran mengandungi pelbagai persoalan mengenai kehidupan manusia untuk menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.Di antara persoalan yang terkandung dalam Al-Quran ialah:

1-Akidah: iaitu persoalan tentang kepercayaan yang wajib serta komponen mengenai rukun iman yang enam.

2-Syariah:iaitu persoalan mengenai perjalanan syariah seperti solat, puasa, zakat, haji,sedekah,jihad,sumpah,nazar,perkahwinan,muamalah dan jenayah syariah.

3-Akhlak: iaitu mengenai budi pekerti yang akan menyucikan jiwa dan dapat mewujudkan suasana harmoni sesama insan.

4-Kisah-kisah: iaitu mengenai sejarah umat terdahulu tentang kemajuan dan kemunduran, kebangkitan dan kejatuhan untuk mengambiul iktibar dalam kehidupan.

5-Janji-janji: iaitu janji tentang balasan orang yang  berbuat kebajikan, kepimpinan dunia dan balasan akhirat terhadap umat yang patuh kepada perintah atau sebagainya.

6-Hukum-hukum: iaitu ketentuan yang perlu dipatuhi untuk menjamin hubungan baik sesama manusia dan hubungan dengan Allah.

            Pada keseluruhannya , isi andungan Al-Quran mengandungi tiga kerangka utama aitu Akidah, Syariah dan Akhlak.

Al-Quran juga mengandungi sejumlah ilmu kealaman, contohnya kedoktoran, astronomi, pertanian, matematik, perbandingan dan lain-lain.

a-Ilmu kedoktoran: Ilmu yang mengajarkan cara hidup sihat. Iaitu dapat dilihat dari firman Allah,dalam surah al-Nahl ayat 69:

ثُمَّ كُلى مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسلُكى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخرُجُ مِن بُطونِها شَرابٌ مُختَلِفٌ أَلوٰنُهُ فيهِ شِفاءٌ لِلنّاسِ ۗ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ ﴿٦٩﴾

…Didalam madu terdapat ubat yang menyembuhkan manusia….

Selain menerangkan tentang pemeliharaan jasmani. Al-Quran juga menitik beratkan pemeliharaan rohani kerana kesihatan rohani mempengaruhi kesihatan jasmani.

b-Ilmu perbintangan(astronomi) pula menerangkan tentang para malaikat, langit dan bumi.

c-Ilmu tatacara berdiskusi menerangkan tentang pembuktian, pengantar pembicaraan, kesimpulan (natijah), soal jawab, bantahan dan lain-lain. Ilmu ini dapat dilihat dari kisah Nabi Ibrahim  dengan raja Namrud dan kisah Ibrahim mencari Tuhan.

d-Ilmu matematik dan perbandingan mengajar tentang hitungan tahun, dhari dan sejarah umat terdahulu.

Thursday, 8 October 2015

Al-Quran: Hikmah Al-Quran diturunkan Secara Beransur-ansur dan Nama Al-Quran


Hikmah Al-Quran diturunkan Secara Beransur-ansur

·         Lebih muda difahami

·         Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahaan pada masa itu.

·         Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku akan lebih mengesankan dan berpengaruh dihati.

·         Memudahkan penghafalan.

·         Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau bantahan, sesuatu pendapat atau perbuatan.

 Nama Al-Quran

 Kitab suci umat Islam ini dinamakan Al-Quran. Ia berasal dari kata dasar qara-a yang bererti membaca. Menurut Mohamad Ali dalam satu tafsirnya The Holy Quran: falsafah dan hikmah yang terkandung dalam pemberian nama itu menunjukkan bahawa kitab itu adalah untuk dibaca bersungguh-sungguh. Bukan hanya untuk dibaca sahaja, tetapi isinya merupakan ajaran yang wajib diamalkan. Oleh sebab itu Al-Quran dinamakan Kitab, ertinya yang diwajibkan(kataba) menghayati dan melaksanakan petunjuk-petunjuknya.

            Nama Al-Quran disebut sebanyak 70 kali dalam kitab suci Al-Quran.Terdapat juga nama-nama lain Al-Quran seperti:

 

·         Al-Burhan: Mengandungi alasan, hujah yang dapat difahami akal manusia.

·         Al-Nur: Memberikan cahaya yang menerangi kegelapan.

·         Al-Bayan: Memberikan keterangan akan segala masaalah manusia.

·         Al-Kitab @Kitabulullah: Kitab Allah

·         Al-Kalimah: Kalimah Allah

·         Al-Zikr: Memberi peringatan jalan yang harus ditempuh untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat.

·         Al-Furqan: Memberi garis antara hak dengan batil, adil dan zalim.

·         Al-Huda: Memberi petunjuk kearah mencapai kejayaan rohani dan jasmani.

·         Al-Roh: Menguatkan roh dan semangat untuk manusia mencapai kejayaan.

·         Al-Mutasyibah: Yang serupa atau bersesuaian antara satu bahagian dengan bahagian lainnya.

·         An-Naba’: Berita.

·         Al-Matsani: Berulang-ulang.

·         A-Quran: Bacaan.

·         Al-Haqq: Kebenaran.

·         As-Siraj: Pelita.

·         Al-Mubin: Bukti yang menerangkan.

·         Al-Bayinnah: Bukti nyata.

·         Al-Busyra: Khabar gembira.

·         Al-Mauizah: Teguran,pengajaran atau nasihat.

·         Al-Mubarak: Yang diberkati.

·         Al-Hikmah: Kebijaksanaan atau ilmu pengetahuan.

·         Ar-Rahmah: Rahmat

·         An-Ni’mah: Nikmat.

·         Asy-Syifa: Yang menyembuhkan atau ubat.

·         Al-Kalam: Firman Allah

·         Al-Qil: Yang difirmankan oleh Allah.

·         Al-Gaul: Firman Allah

·         Al-Hadith: Pernyataan,perkayaan,kalimat

·         Al-Amr: Perintah.

·         Al-Fahshi: Yang menentukan atau memisahkan antara yang haq dan bathil.

·         Al-Fadhi; Yang utama

·         Al-Mushaddiq: Yang membenarkan.

·         Ash-Shidq: Kalimat yang benar.

·         At-Tashdiq: Pembesar

·         Al-Muhaimin: Tolok ukur

·         Ash-Shirath: Jalan Hidup

·         Al-Habi: Tali Allah

·         Al-Ayat: Ayat-ayat.

·         Al-‘Aliy: Yang Tinggi

·         Al-Basyir: Khabar gembira

·         An-Nadzir: Peringatan

·         Al-Hakim: Penuh Hikmah.

·         Al-Karim: Yang sangat Mulia.

·         Al-Azhim: Yang sangat Agung.

·         Al-Majid: Yang sangat Mulia.

·         Al-Aziz: Yang sangat Mulia.

·         At-Tanzil: Yang diturunkan dari atas.

·         Ash-Shuhuf: Shuhuf

·         Al-Muthahharah: Yang disucikan.

·         At-Tadzkirah: Peringatan.

·         Al-Balagh: Penjelasan yang cukup.

Tuesday, 6 October 2015

Al-Quran: Kaedah Penurunan


Al-Quran diturunkan melalui perantaraan Jibril. Ia tidak turun sekaligus tetapi secara beransur-ansur. Kadang-kadang diturunkan hanya tiga perkataan, kadang-kadang hanya setengah ayat menurut kepentingan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah melalui pelbagai cara seperti berikut:

a-Melalui mimpi. Ia mengandungi wahyu yang jelas dan terang.

b-Malaikat Jibril memasukkan wahyu itu ke dalam hati baginda. Baginda tidak nampak apa-apa pun. Baginda merasa wahyu itu sudah berada di dalam hatinya.

c-Malaikat Jibril merupakan dirinya seperti seorang lelaki dan bercakap dengan Rasulullah sehingga baginda memahami segala apa yang disampaikannya. Pada waktu ini para sahabat juga boleh melihat Malaikat Jibril.

d-Nabi mendengar suara seperti loceng yang berbunyi dengan kerasnya. Menurut baginda, kedatangan wahyu seperti ini amat payah dan berat dirasakannya. Pada ketika ini Malaikat Jibril berasatu dengan eratnya atau peribadi baginda. Peluh terpancar pada dahinya walaupun pada hari ini amat dingin. Sekiranya baginda ketika itu berada diatas kenderaan, rebahlah kenderaan itu kerana beratnya.
e-Rasulullah SAW. melihat Malaikat Jibril dengan rupa yang sebenarnya.

Wahyu yang diturunkan kepada baginda adalah secara beransur-ansur selama 22 tahun,  2 bulan dan 22 hari atau 23 tahun.

            Penurunan Al-Quran, adalah melalui dua peringkat:
Pertama, di Makkah yang dinamakan ayat Makkiyah yang diturunkan selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari. Ayat Makkiyah ini meliputi 19/30 daripada isi Al-Quran yang terdiri dari 86 surah.

Kedua, yang diturunkan di Madinah selama 9 tahun,9 bulan dan 9 hari dan dinamakan sebagai Ayat Madaniyah. Ayat Madaniyah meliputi 11/30 daripada isi kandungan Al-Quran terdiri daripada 28 surah yang ada pada Al-Quran adalah 114 surah.

Antara perbezaan di antara ayat Makiyyah dan ayat Madaniyah ialah:
a-Ayat-ayat yang diturunkan di Makkah biasanya pendek. Pada umumnya ia mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, memberi ancaman atau keterangan mengenai syurga atau neraka, kisah umat terdahulu seperti kebanyakkan surah dalam juz Amma kerana keadaan dakwah ketika itu memerlukan demikian. Ia dimulai kalimah Ya Ayyuhannas(wahai sekelian manusia)

b-Ayat Madaniyah pula kebanyakkan panjang, mengandungi cerita, hukum syariat, sistem pemerintahan dan seruan supaya berbelas kasihan dan bekerjasama. Ia dimulai dengan kalimah Ya Ayyuhal Lazi Naamanu(wahai orang-orang yang beriman)

 

Monday, 5 October 2015

Al-Quran: Pengertian Al-Quran dan Sejarah penurunannya


Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Jibril as. diutus dalam mushaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadah dengan membacanya.
            Susunan Al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 123671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzu’, 60 hizib dan 240 maqra’.
Berdasarkan sejarah, wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW. di Gua Hira ialah pada 17 Ramadhan bersamaan 610 Masihi. (Isnin 6 ogos),. Pada waktu itu baginda berusia 40 tahun. Ayat yang pertama yang diturunkan ialah Surah Al-Alaq ayat 1-5:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ{1} خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ{2} اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ{3} الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ{4} عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ{5}
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Setelah tiga tahun wahyu pertama diturunkan, maka turun ayat kedua dari surah Al-Mudasir ayat 1-7
يا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ (6) وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Manakala wahyu terakhir yang diterima oleh Rasulullah SAW. ( ulama berselisih pendapat dalam perkara ini). Satu pendapat daripadanya ialah berlaku pada tahun ke 10 hijrah ketika baginda mengerjakan Hajjatul wada’ iaitu tiga bulan sebelum baginda wafat. Ayat terakhir tersebut adalah dari surah Al-Maidah ayat 3:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam agamaKu

Thursday, 1 October 2015

Berhutang Untuk Berhaji: Sudut Feqah


Sumber Rujukan: Fiqh Sunnah oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq

Dari Abdullah bin Aufa, Katanya yang bermaksud:

Aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai hukum seseorang yang belum berhaji. Bolehkah dia berhutang untuk menunaikan ibadah Haji? Beliau menjawab: ‘Tidak(boleh). HR Baihaqi

Diriwayatkan dalam sunan al-Baihaqi: (3331) dari as-Sufyan dari al-Thariq, katanya: “Saya pernah mendengar Ibnu Abu Awfa bertanya mengenai seseorang yang berhutang untuk menunaikan ibadah haji. Dia menjawab: ‘Hendaklah orang itu memohon rezeki kepada Allah dan tidak perlu berhutang.” Lanjutnya lagi: ‘Pada kami, seseorang tidak dibenarkan berhutang melainkan ada persediaan untuk membayarnya”.

 

            Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut pendapat yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran. menunaikan ibadah haji itu adalah fardhu ain bagi setiap muslimin dam muslimat yang mampu (مَنِ اسْتَطَاعَ ) untuk pergi mengunjunginya. Mampu dari segi harta benda, kesihatan, ada kenderaan dan terakhir sekali mampu dari segi mental dan ilmu pengetahuan mengenai manasik-manasik haji tersebut.




فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ (97)
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk