Saturday, 13 May 2017

Hukum berubat dengan bomoh yang mengamalkan kaedah “menurun”

Hukum berubat dengan  bomoh yang mengamalkan kaedah “menurun”

Sebagai seorang muslim, apa yang perlu diberi perhatian ialah memastikan cara dan kaedah rawatan yang digunakan itu agar tidak bercanggah dengan hokum syarak. Antara amalan salah yang dilakukan oleh segelintit masyarakat Melayu Islam pada hari ini sehingga melibatkan perbuatan syirik ialah dengan meminta bantuan bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan makhluk halus dalam perubatan. Lantaran meminta bantuan, pertolongan dan perlindungan jin dalam sesuatu perkara sudah pun jelas dinyatakan hukumnya di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah dalam surah al-Jin ayat 6 yang bermaksud:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan“ (Al Jin: 6)

Seringkali kekeliruan timbul dalam kalangan masyarakat apabila seseorang bomoh menyatakan bahawa yang mendampinginya untuk melakukan perubatan itu bukan jin akan tetapi roh para wali seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani dan sebagainya yang akan datang meresap dalam tubuh bomoh tersebut ketika upacara perubatan dilakukan. Semua ini adalah suatu penipuan daripada jin ke atas manusia. Hal ini kerana sesuatu yang pasti ialah alam roh tidak akan bersatu dengan alam realiti dalam kalangan manusia. Oleh itu,adalah sesuatu yang mustahil roh’ akan datang bertemu manusia dalam keadaan sedar atau jaga, akan tetapi sebaliknya yang dating itu bukan roh, namun ia adalah jin dan syaitan. Lalu sam ada sedar atau pun tidak, seseorang itu telak melakukan syirik kepada Allah dengan meminta bantuan dan pertlindungan ‘jin” dalam menyelesaikan  sesuatu perkara. Sehubungn dengan itu, masyarakat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam setiap tindakan dan amalan agar tidak terjebak dalam syirik yang membinasakan ini.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapatnya “bomoh” atau pengamal perubatan Islam yang melaksanakan perubatan semata-mata dengan ayat-ayat suci al-Quran dan tidak menggunakan ‘perantaraan’ sebagaimana yang dijelaskan. Oleh yang demikian, ia tidak mendatangkan syirik kepada Allah. Justeru, sebelum berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan tradisional, hendaklah dipastikan dahulu bahawa ia seorang yang berilmu serta tahu hukum hakam agama dengan baik. Justeru, jika didapati sekiranya pengamal perubatan itu bertukar ‘suara’ atau menggunakan kaedah ‘menurun’ dan seumpamanya, maka hendaklah dijauhi daripadanya agar terselamat daripada syirik. Janganlah terpedaya dengan seseorang yang boleh melakukan sesuatu perkara ‘luar biasa’ sehingga terus menganggapnya sebagai wali dan keramat. Ingatlah pesanan imam Syafie yang menyatakan dengan maksudnya: ‘sekiranya engkau melihat pelaku bid’ah boleh terbang di angkasa, maka janganlah engakau tertipu dan terpedaya dengannya’.

Bomoh yang berada dalam keadaan ‘menurun’ adalah seorang yang redha dirinya diresapi oleh makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Di situlah orang yang berkenaan samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar telah memohon perlindungan kepada makhluk ini untuk melakukan sesuatu tujuan seperti yang dijelaskan. Itulah sejahat-jahat teman. Dalam al-Quran surah al-Nisa’; 38, Allah berfirman:

وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلاَ بِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا فَسَاء قِرِينً

“Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barang siapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya”. Al-Nisa:38
Orang seperti ini merupakan orang yang ingkar, iaitu berpaling daripada ketentuan Allah dan akan mendapat balasan Allah.Sebagimana firman Allah dalam surah Taha:124,

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Kebiasannya, orang yang terlibat dengan amalan kebatinan yang melibatkan jin-jin akan memanggil makhluk tersebut, iaitu makhluk yang dibela, dibuat sahabat atau saudara melalui rangkaian jampi, mentera, serapah dan sebagainya. Pada masa yang sama, kebiasaannya makanan atau juadah akan disajikan, seperti ayam, kuih-muih, ataupun bakaran kemenyan, juga colok bagi mereka yang tinggal disempadan, juga yang menyembah berhala.


Kesimpulannya di sini ialah, sebagai Muslim, kita wajib menjauhi amalan-amalan sebegini yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah Ta’ala. Carilah pengamal-pengamal perubatan yang diyakini dan dipercayai serta diketahui autoritinya dalam agama.

Friday, 12 May 2017

Siapakah yang layak dihukum kafir?

Siapakah yang layak dihukum kafir?

Orang yang layak dihukum kafir ialah orang yang terang-terangan tanpa malu menentang dan memusuhi agama Islam, menganggap dirinya kafir dan bangga akan perbuatannya yang terkutuk. Bukan orang Islam yang tetap mengakui agamanya secara lahir, walaupun dalamnya buruk dan imannya lemah, tidak konsisten antara perbuatan dan ucapannya. Orang ini dalam Islam dinamakan “munafik”. Di dunia dia tetap dinamakan (termasuk) orang Islam, tetapi diakhirat tempatnya di neraka pada tingkat yang terbawah.

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Al-Nisa: 145

Dibawah ini merupakan golongan (orang-orang) yang layak disebut kafir tanpa diragukan lagi, iaitu:

1-Golongan komunis atau atheis, yang percaya pada falsafah dan undang-undang yang bertentangan dengan syariat dan hukum-hakam Islam. Mereka itu musuh agama,terutama agama Islam. Mereka beranggapan bahawa agama adalah candu bagi masyarakat.
2-Orang atau golongan dari fahaman sekular, yang menolak secara terang-terangan agama Allah dan memerangi siapa sahaja yang berdakwah dan mengajak masyarakat untuk kembali pada syariat dan hukum Allah.
3-Orang dari golongan kebatinan, misalnya golongan Duruz, Nasyariah,Ismailiyah dan lain-lainnya. Kebanyakkan dari mereka itu berada di Suriah dan sekitarnya.

Imam Ghazali pernah berkata:”Pada hakikatnya mereka itu bersifat menolak dan batinnya kufur”.

Syeikh Islam Ibnu taimiyah juga berkata:

Mereka lebih kufur daripada orang Yahudi dan Nasrani kerana sebahagian besar mereka ingkar pada landasan Islam”.

Seperti halnya mereka yang baru muncul di masa itu, iaitu yang bernama Bahaiah, agama baru yang berdiri sendiri. Begitu juga golongan yang mendekatinya iaitu al-Qadiyaniah, yang beranggapan bahawa pemimpinnya adalah Nabi setelah Nabi Muhammad saw.


Tuesday, 9 May 2017

Antara bentuk ketaatan adalah Doa

Antara bentuk ketaatan adalah Doa

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah.
Firman Allah Ta’ala:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.Al-Baqarah:186

Sabda Rasulullah saw:
لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
Ertinya: tidak ada sesuatu yang pengaruhnya besar disisi Allah Ta’ala selain Doa. HR Tirmizi, Ibnu Majah,Ahmad

Sabda Rasulullah saw:
الدُّعاءُ هوَ العِبادةُ . ثمَّ قرأَ : وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dari Nu`man bin Basyir  dari Nabi ` bersabda :”Doa adalah ibadah, kemudian beliau membaca ayat  yang bermaksud:”Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Al-Mu’min (40) : 60). HR. Abu Dawud ,Sunan Tirmidzi ,Sunan Ibnu Majah

Sabda Rasulullah saw:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخدري رضي الله عنه ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا . قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ . قَالَ : اللهُ أَكْثَرُ ) .

Dari Abu Said Al-Khudriy ra bahwasanya Nabi ` bersabda  yang bermaksud: “Tidaklah seorang muslim berdoa dengan suatu doa yang tidak ada padanya dosa atau pemutusan tali silaturahim kecuali Allah pasti memberinya salah satu diantara tiga hal; boleh jadi doanya dikabulkan dengan segera, atau disimpankan pahala doa tersebut dihari kiamat, atau dipalingkan darinya keburukan yang semisal dengan doa itu”. Para sahabat berkata :”Kalau demikian kami akan memperbanyak doa”. Nabi ` bersabda :”Allah lebih banyak lagi mengabulkan”. (HR. Ahmad ,Al-Hakim ,Adz-Dzahabi Lihat Mustadrak 

Syarat utama bagi orang yang hendak memeluk Islam

Syarat utama bagi orang yang hendak memeluk Islam

Syarat utama bagi orang yang baru memeluk Islam adalah dengan mengucap dua kaimah syahadah iaitu,”  أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ.”. Sesiapa yang mengucapkan dan megikrarkan dengan lisanya, maka dia menjadi orang Islam dan berlakulah baginya hukum-hukum Islam, walaupun dalam hatinya dia mengingkari. Ini kerana kita diperintahkan untuk memperlakukan secara lahirnya. Adapun batinnya, kita serahkan kepada Allah. Dalil daripada hal ini adalah ketika Nabi saw. Menerima orang yang hendak memeluk Islam, Baginda hanya mewajibkan mereka mengucapkan dua kalimah syahadah. Nabi saw tidak menunggu hingga datangnya waktu solat atau bulan puasa (Ramadhan)

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَهَذَا حَدِيثُ ابْنِ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ بَعَثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَرِيَّةٍ فَصَبَّحْنَا الْحُرَقَاتِ مِنْ جُهَيْنَةَ فَأَدْرَكْتُ رَجُلًا فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَطَعَنْتُهُ فَوَقَعَ فِي نَفْسِي مِنْ ذَلِكَ فَذَكَرْتُهُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَقَتَلْتَهُ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّمَا قَالَهَا خَوْفًا مِنْ السِّلَاحِ قَالَ أَفَلَا شَقَقْتَ عَنْ قَلْبِهِ حَتَّى تَعْلَمَ أَقَالَهَا أَمْ لَا فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا عَلَيَّ حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنِّي أَسْلَمْتُ يَوْمَئِذٍ

Maksudnya:...Kenapa kamu membunuh orang yang telah mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ)  Laa Ilaaha Illaahu  ? ' Aku menjawab, Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap (لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ) demikian karena takutkan hayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: Sudahkah kamu membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak? 
Rasulullah terus mengulangi pertanyaan itu kepadaku hingga menyebabkan aku berandai-andai bahwa aku baru masuk Islam saat itu. HR Muslim

Dalam Musnad al-Iman Ahmad diterangkan, ketika kaum Tsaqif masuk Islam, mereka mengajukan satu syarat kepada Rasulullah saw. Iaitu supaya dibebaskan dari kewajipan bersedekah dan jihad. Lalu Nabi saw. bersabda,
“Mereka akan melakukan (mengerjakan) sedekah dan jihad”.


Hal-hal yang membatalkan keIslaman seseorang

Hal-hal yang membatalkan keIslaman seseorang

Setiap manusia mengucap dua kalimah syahadah, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukam Islam, iaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Tidak ada pilihan baginya menerima dan meninggalkan sebahagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan diharamkan, sebagaimana erti(maksud) dari ayat dibawah ini:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. Al-Ahzab:36

Perlu diketahui bahawa ada di antara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajipan atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang) dan hal itu jelas menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi yang telah diketahui oleh umat Islam pada umumnya. Hal yang demikian dinamakan oleh para ulama: “Hukum-hakam agama yang sudah jelas diketahui”. Contohnya, kewajipan solat,puasa,zakat dan sebagainya. Hal ini termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan contohnya membunuh, zina, melakukan riba, minum arak dan sebagainya. Hal itu termasuk dalam dosa besar.


Begitu juga hukum pernikahan,talak, waris dan qisas, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya. Sesiapa yang mengingkari sesuatu daripada hukum-hakam tersebut, menganggap ringan atau mempermain-mainkan maka dia menjadi kafir dan murtad. Hukum-hakam tersebut telah dijelaskan oleh al-Quran dan dikuatkan dengan hadith-hadith Nabi saw yang sahih dan mutawattir serta menjadi ijma’ dari generasi ke generasi. Maka, sesiapa yang mendustakan hal ini bererti mendustakan al-Quran dan al-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan mereka yang jauh daripada sumber informasi. Contohnya mereka yang tinggal di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin. Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlakulah pentaklifan hukum baginya.

Monday, 24 April 2017

Kesimpulan Hukum gambar dan pembuatnya

Kesimpulan Hukum gambar dan pembuatnya

Rujukan
Halal dan Haram menurut perpektif Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi

Secara umumnya dapat dirumuskan dari hukum gambar dan pembuatnya seperti berikut:
Gambar yang paling berat hukumnya adalah gambar sesembahan selain Allah, misalnya ialah Jesus dalam agama Kristian. Keadaan ini menjadikan pelukisnya dianggap kafir, jika dia sedar dan sengaja melakukan hal itu. Terlebih-lebih lagi jika gambar tersebut berbentuk tiga dimensi(patung). Semua pihak yang terlibat dalam pengagihannya atau menyucikannya dianggap sebagai berdosa, sesuai dengan keterlibatannya.

Dosa lebih ringan bagi mereka yang melukis gambar yang bukan sesembahan, tapi dengan tujuan menandingi penciptaan Allah swt. Dia mendakwa bahawa dirinya boleh menciptakan sesuatu sebagaimana penciptaan Allah. Dengan dakwaan itulah dia menjadi kafir. Hukum ini berkaitan dengan niat pelukis itu.

Peringkat keadaan yang berada di bawahnya adalah gambar tiga dimensi(patung) yang bukan sesembahan, tapi masih termasuk objek yang disucikan, misalnya raja, presiden atau siapapun yang dihormati dengan dibuatkan monumen patungnya. Sama sahaja, sama ada ianya patung setengah badan atau utuh semuanya.

Di bawahnya lagi adalah gambar tiga dimensi(patung) dari benda hidup yang tidak disucikan. Disepakati bahawa gambar ini haram. Kecuali barang yang mudah rosak, seperti mainan kanak-kanak atau makanan.

Peringkat di bawahnya adalah gambar dua dimensi(lukisan) yang disucikan, misalnya gambar presiden, terlebih-lebih lagi jika ianya disimpan dan menjadi hiasan; dan akan lebih haram lagi jika presiden itu adalah orang zalim,fasik,komunis, kerana mensucikan mereka bererti dengan menghancurkan agama Islam.

Lebih rendah lagi peringkatnya adalah gambar dua dimensi (lukisan) dari benda hidup, bukan disucikan tapi menjadi simbol kemewahan dan kesenangan, misalnya lukisan hiasan dinding dan sejenisnya, yang dianggap makruh.

Gambar benda tak bernyawa, seperti pokok, gunung dan pemandangan, tidaklah mengapa bagi pelukis atau pemiliknnya, dengan catatan tidak menjadikan mereka lupa untuk beribadah kepada Allah dan menjadikan lukisan itu sebagai barangan mewah, yang dapat menjadikan makruh.

Fotografi secara umum adalah mubah, selama objeknya bukan sesuatu yang diharamkan.


Peringkat terakhirnya ialah patung atau lukisan haram yang kemudian dirosak. Hukumnya berubah dari haram menjadi mubah, misalnya gambar dikapet yang dipijak oleh kaki, sandal dan lain-lain.

Saturday, 15 April 2017

Hukum Fotografi

Hukum Fotografi

Sumber rujukan:
Halal dan haram menurut perspektif Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Fotografi adalah berbeza dengan gambar yang dilukis atau yang dipahat, ianya adalah suatu yang baru yang tidak ada dizaman Rasulullah saw. ataupun zaman ulama salaf. Persoalan sekarang adakah riwayat tentang gambar(para pelukis) dan patung tersebut cukup layak dan sesuai untuk menentukan hukum mengenai masaalah fotografi ini?

Mereka yang beranggapan bahawa gambar yang haram adalah gambar tiga dimensi, iaitu patung, maka tidak ada masaalah dengan fotografi ini, lebih-lebih lagi untuk foto setengah badan.
Apakah kes foto ini dapat diketagorikan sebagai gambar para pelukis atau dapat dianggap sebagai mnciptakan sesuatu yang menandingi penciptaan Allah swt?

Jawapannya:
            Tidak ada ‘llat(sebab) bererti tidak ada ma’lul. Tidak ada alasan hukum bererti tidak ada hukum yang ditetapkan. Secara jelasnya Sheikh Bakhit seorang pakar fatwa Mesir, menjelaskan bahawa fotografi yang pada hakikatnya adalah proses menangkap bayangan dengan alat tertentu, sama sekali tidaklah termasuk dalam kegiatan menggambar yang dilarang, kerana pembuatan gambar yang dilarang adalah menciptakan gambar yang belum ada dan belum dicipta sebelumnya. Dengan demikian, perbuatan itu tidak dianggap menandingi ciptaan Allah swt. Dasar pemikiran seumpama ini tentu tidak ada dalam kes fotografi.


Walaupun ada bahagian ulama yang melarang keras dalam semua jenis, termasuk fotografi, namun ianya tetap ada toleransi untuk keadaan darurat dan suatu keadaan yang memberi kemaslahatan, seperti IC, passport atau slide. Dalam keadaan seumpama ini, tentulah tidak ada niat untuk berlakunya penyucian dan sesuatu yang merosakkan keyakinan. Keperluan akan gambar di sini lebih besar dan penting daripada penggunaan lukisan dalam kain yang dikecualikan oleh Rasulullah saw.

Wednesday, 12 April 2017

Kraf tangan patung, salib dan sebagainya

Kraf tangan patung, salib dan sebagainya.

Sumber rujukan:
Halal dan haram menurut perspektif Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Islam mengharamkan gambar tiga dimensi, yakni patung,maka Islam juga mengharamkan pembuatan patung (produksi). Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadith dari Sa’id bin Abi Hasan, ia berkata: Ketika itu aku berada di sisi Ibn Abbas di saat seseorang datang kepadanya dan berkata: “ Wahai Ibn Abbas, aku adalah orang yang hidup dengan kraftanganku. Akulah yang membuat gambar ini. “Ibnu Abbas menjawab: “Aku tidak akan mengatakan sesuatupun kepadamu selain apa yang aku dengar dari Rasulullah saw. Aku mendengar Beliau bersabda:

مَنْ صُورَةً  فَإِنٌ اللهَ  يُعَذِّبُهُ حَتَّى يَنْفُخُ  فِيْهَا الرُّوحَ  وَلَيْسَ  بِنَافِخِ  فِيْهَا  اَبَدًا

Sesiapa yang membuat patung, maka Allah akan menyeksanya sampai dia meniupkan rah ke dalamnya, dan dia bukanlah orang yang dapat meniupkan roh ke dalamnya untuknya selama-lamanya”.HR Bukhari

Orang itu marah selepas mendengar penjelasan itu. Lalu Ibnu Abbbas berkata kepadanya: “Celaka kamu, jika kamu masih tetap ingin membuatnya, buatlah pokok ini dan benda-benda yang tidak hidup.

Hukum yang sama juga berlaku kepada orang yang telibat dalam pengeluaran patung, salib dan sejenisnya. Manakala untuk melukis di kanvas, papan dan fotoghrafi, paling ringan hukumannya adalah mubah. Itupun jika tidak berkait dengan objek yang diharamkan oleh Islam seperti pemanfaatan tubuh wanita, gambar ciuman, atau objek bercorak seksual yang lain. Begitu juga gambar yang bercorak penyucian kepada Malikat, Nabi dan para tokoh terkenal

Saturday, 8 April 2017

Hikmah diharamkan patung

Hikmah diharamkan patung

Sumber rujukan:
Halal dan haram menurut perspektif Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Pertama, diharamkan patung adalah demi menjaga kemunian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlanh satu-satunya alasan.

Islam memberkan perhatian yang sangat besar dalam melindungi umatnya dari paganisme atau syirik. Wajarlah jika Islam sangat berhati-hati dan peka,memandangkan umat manusia pada masa dahulu awal-awalnya hanya memasang gambar  dan lukisan orang soleh yang sudah meninggal dunia. Akhirnya mereka mensucikan lukisan atau gambar itu hingga dianggapnya  sebagai Tuhan yang mereka sembah di sisi Allah. Di hadapan lukisan itu mereka mengharapkan rahmat dan berkat, bahkan merasa takut kepadanya, sebagaimana yang berlaku kepada wadd, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasra.

وَ قَالُوۡا لَا تَذَرُنَّ اٰلِهَتَكُمۡ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَّلَا سُوَاعًا  ۙ وَّ لَا يَغُوۡثَ وَيَعُوۡقَ وَنَسۡرًا​ ۚ

"Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa`, yaghuts, ya`uq dan nasr".Nuh:23

Tidaklah aneh bila Islam yang menggunakan kaedah berfikir “Mencegah jalan yang mengarah kepada kerosakan” menutup semua celah yang memungkinkan kemusyrikan menyelusup ke dalam hati dan akal, sama ada secara jelas mahupun tersamar, sebagaimana kaum pagan dan mereka yang bersikap berlebihan dalam beragama. Terlebih lagi Allah swt menurunkan syaria’at-Nya untuk semua umat manusia hingga hari kiamat.  Sesuatu yang aneh menurut satu generasi, mungkin menjadi sangat rasional bari generasi di masa hadapan. Sesuatu yang dianggap mustahil di suatu masa, mungkin sahaja menjadi kenyataan di masa hadapan.

            Kedua, dilihat dari dimensi pematung. Pematung menjadi angkuh, seolah-olah dia boleh mencipta sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pamatung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap: “Marilah bercakap,marilah bercakap!!!
Oleh itu Rasulullah saw bersabda,

اِنَّ  الَّذِيْنَ يَصْنَعُونَ هَذِهِ الصُّوَرَ يُعَذَّبُونَ  يَومَالْقِيَامَةِ  يُقَالُ  لَهُمْ: اَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ.

“sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan di seksa dan dikatakan kepada mereka: “Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. HR Bukhari dan Muslim.
Dalam sebuah hadith Qudsi Allah swt berfirman:


وَمَن اَظْلَمُ مِمَّنْ ذَهَبَ يَخْلُقُ كَخَلْقِيْ فَلْيَخْلُقُوْا شَعِيْرَةً اَوْ ذَرَّةً

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berusaha menciptakan seperti penciptaan-Ku? Silakan mereka menciptakan zarrah, silakan mereka menciptakan satu biji gandum”.HR Bukhari dan  Muslim

Ketiga, para seniman yang suka membuat patung biasanya tidak mengenal batas ciptaan, sehingga akhirnya mereka membuat wanita telanjang, atau bahkan membuat simbol agama lain seperti salib dan patung yang tidak boleh diterima orang muslim.

Keempat, sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung yang beranika bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan seperti emas,perak dan kain sutera, juga mengharamkan simbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.



Friday, 7 April 2017

Patung

Patung

Sumber rujukan:
Halal dan haram menurut perspektif Islam oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.

Keberadaan patung di dalam rumah orang muslim sangatlah diharamkan. Patung di sini dimaksudkan aalah gambar tiga dimensi yang tidak midah rosak, bukan boneka atau mainan yang tidak dihormati. Patung ini menjadi sebab larinya malaikat dari rumah, manakala malaikat merupakan simbol keredhaan dan rahmat Allah swt. Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda:

اِنَّ الْمَلَاءِكَةَ لَا تَدْحُلُ بَيْتًا فَيْ تْمَاثِيْلُ) اَوْتَصَاوِيْرُ
 “Sesungguhny malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya  ada patung”HR Bukhari dan Muslim

            Para ulama berpendapat bahawa malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah yang ada patungnya kerana pemilik itu sudah serupa dengan orang kafir, yang menampilkan dan mengagungkan gambar di rumanya. Dengan alasan itulah malaikat menjadi benci dan tidak mahu masuk ke dalam rumahnya. Islam juga mengharamkan orang muslim bekerja di bahagian yang berhubung dengan patung ini, walaupun untuk bukan Islam. Didalam sebuah hadith Rasululah saw bersabda:

اِنَّ مِنْ اَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقَيَامَةِ الَّذِيْنَ يُصَوِّرُونَ هَذِهِ الصُّوَرَ.

Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan:”Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”HR Bukhari dan Muslim.
Rasulullah saw juga bersabda:

مَنْ صُوَّرَ صُوْرَةً كُلِّفَ يَوْمَ القِيَامَةِ أَنْ يَنْفُخَ فِيهَا الرُّوحَ وَلَيْسَ  بِنَافِخِ  فِيْهَا اَبَدًا

Sesiapa membuat patung,kelak di hari kiamat dia akan dituntut untuk meniupkan roh ke dalamnya, padahal dia bukanlah orang yang boleh meniupkanmroh selamayna”.HR Bukhari


Dengan perkataan lain, bahawa Allah saw akan menuntutnya untuk membuatkan kehidupan yang sebenarnya kepada patung itu, yang dimaksudkan untuk menghinakan dan memperlihatkan kelemahannya.

Wednesday, 5 April 2017

Ucapan salam kepada Non Muslim

Ucapan salam kepada Non Muslim

Sumber rujukan:
Hadith riwayat Bukhari.
Hadith riwayat Muslim.

Setiap agama ada mempunyai cara sendiri untuk menunjukkan rasa hormat terhadap saudara atau sahabat yang baru dikenali.

Begitu juga dengan agama Islam. Malahan,cara yang diatur oleh Islam adalah ucapan yang berbentuk doa. Ia boleh diungkapkan sewaktu pertemuan dengan seseorang, di mana sahaja dia berada. Namun, jika ucapan tersebut ingin ditujukan kepada orang bukan Islam, maka perlu diambil perhatian bahawa Nabi saw. pernah bersabda:

لَا تَبْدَؤُا الْيَهُودَ وَلَا النَّصَارَى بِالسَّلَامِ

Ertinya: Janganlah kamu memulakan salam kepada orang Yahudi atau Nasrani” HR Muslim
Perlu diingatkan bahawa hadith ini tidak bererti jika orang kafir memberi salam maka ia tidak perlu dijawab. Hal yang demikian adalah kerana kita dibolehkan untuk menjawab salam mereka dengan ucapan salam Islam.

Cara menjawab ucapan salam mereka ada diterangkan di dalam sabda baginda saw.

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ أَصْحَابَ أن النبي صلى الله عليه وسلم: قَالُ الِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِنَّ أَهْلَ الْكِتَبِ يُسَلِّمُونَ عَلَيْنَا فَكَيْفَ نَرُدُّ عَلَيْهِم قَالَ قُولُوا وَعَلَيْكُمْ٠

Ertinya:”Anas ra meriwayatkan bahawa sahabat-sahabat Nabi saw pernah bertanya kepada Nabi saw: Seandainya Ahli kitab memberi salam kepada kami, apakah cara untuk menjawabnya? Sabda Nabi saw: “katakan:  وَعَلَيْكُمْ  HR Muslim

Didalam hadith lain dinyatakan:
إِذَا سَلَّمَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَقُولُوا وَعَلَيْكُمْ

Ertinya:”Apabila ahli kitab memberi salam kepadamu hendaklah kamu menjawab: وَعَلَيْكُمْ HR Muslim
Maksud وَعَلَيْكُمْ dalam dua hadis di atas ialah; “dan ke atas kamu”. Terdapat berbagai pandangan ulama mengenai apa yang dimaksudkan “ke atas kamu”. Pendapat yang diterima adalah pendapat yang mengatakan bahawa maksud perkataan tersebut adalah supaya salam yang dibalas kepada mereka tidak menggunakan perkata yang sama seperti jawapan salam yang ditujukan khas untuk orang Islam.
Seterusnya perlu diambil perhatian bahawa larangan memberi salam kepada orang kafir hanya tertakluk kepada keadaan, tempat,golongan atau kumpulan yang hanya terdapat orang kafir sahaja. Ini bererti, apabila orang Muslim berkumpul dengan orang kafir dalam satu majlis, dibenarkan kita memberi salam, sebagaimana sabda Baginda saw:

عَنْ أُسَامَةَ بن زَيْدٍ قَالَ: أن النبي صلى الله عليه وسلم رَكِبَ حِمَارًا عَلَيْهِ...حَتَّى  مَرَّ بِمَجْلِسٍ فِيهِ أَخْلَاطٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ، وَالْمُشْرِكِينَ عَبَدَةُ الْأَوْثَانِ وَالْيَهُودُ، فِيْهِم عَبْدُالله بن أُبَيْ وَذَلِكَ قَبَلَ أَنْ يُسَلَّمَ عَبْدُالله بْنِ أُبَيْ وَفِي الْمَجْلِسِ عَبْدُالله بْنِ رَوَّاحَةُ٠فَسَلّمَ عَلَيْهِمْ  النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم٠

Ertinya:”Diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid bahawa Nabi saw pernah menunggang keldai.. ketika melalui satu majlis, yang terdapat didalamnya musyrik, penyembah berhala, dan orang Yahudi, serta Abdullah bin Salul dan Abdullah bin Rawahah... lalu Nabi saw mengucapkan salam kepada mereka”. HR Bukhari

Perlu difahami bahawa salam yang diberikan oleh Nabi saw adalah hanya ditujukan kepada orang-orang Islam sahaja, bukanlah kepada orang kafir yang berada disitu.

Surat berantai (wasiat palsu) dan SMS

Surat berantai (wasiat palsu) dan SMS

Sumber rujukan: 
Fatawa Mua’sirah (Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Ramai orang bertanya tentang surat berantai(pesanan berantai), diantaranya ialah tentang Syeikh Ahmad pemegang kunci Masjid Nabi saw yang bermimpi tentang dekatnya hari kiamat dan di akhir surat itu dia berkata ada seorang hamba Allah di Bombay menyebarkan 30 salinan surat itu dan dia memperolehi INR25,000 dan seorang lagi menyebarkan surat itu dan dia memperolehi rezeki sebanyak INR6000. Dia berkata lagi barangsiapa yang menjumpai surat ini dan tidak menyebarkan surat ini kepada orang lain, akan ditimpa musibah yang besar. Kami bertanya penduduk yang tinggal di Hijaz tentang syeikh ini,tetapi tidak seorang pun yang kenal syeikh ini.
Wasiat ini tidak memerlukan mimpi bertemu dengan Nabi saw seperti yang dialami oleh Syeikh Ahmad tentang dekatnya hari kiamat dan ia akan berlaku tidak lama lagi.Kita tak perlu bersusah payah mempercayai mimpi Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar kerana al-Quran sememangnya menegaskan tentang hari kiamat yang hampir berlaku.Allah swt berfirman dalam surat al-Ahzab:63,

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah". Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.

Hadits Sahl bin Sa’di ra berkata :

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بِإِصْبَعَيْهِ هَكَذَا بِالْوُسْطَى وَالَّتِي تَلِي الْإِبْهَامَ بُعِثْتُ وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ

“Aku melihat Rasulullah saw mengisyaratkan dengan dua jarinya seperti ini yaitu jari tengah dan jari telunjuk (seraya berkata): “Aku dan hari kiamat diutus seperti ini.”  HR Bukhari 

Kita tidak perlu mencari pemberi wasiat seperti itu, bagi mengingatkan kita tentang hari kiamat. Ini kerana  al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw sudah cukup menjadi sumber kepada kita, Allah swt menjelaskan dalam surah al-Maidah:3
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sesiapa yang beranggapan Islam yang disempurnakan oleh Allah swt masih memerlukan wasiat yang diberitakan oleh orang yang tidak dikenali, dia mempunyai keraguan tentang kesempurnaan Islam.
Wasiat ini sendiri mengandungi penipuan dan rekaan. Orang yang menulisnya mahu menakut-nakutkan manusia sekiranya mereka tidak menyebarkannya, mendapat malapetaka seperti mengalami bencana yang dahsyat, kehilangan anak,kehilangan harta benda dan sebagainya.Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut.
Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang yang tidak mahu menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan
habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusiapun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.Firman Allah dalam surah al-Taubah

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Ertinya: Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal". al-Taubah:51

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)

Tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak,akan tertimpa musibah.Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar. Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan dinegeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu ringgit. Semuaitu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islamdari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta. Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Ada pun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam.Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agartidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat  yang batil itu.Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui  mimpi; pent.) bahwa Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)