Wednesday, 7 June 2017

Mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan

Mencari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan 

بسم الله الرحمن الرحيم .إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ . تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ. سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ.

Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul Qadar(malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah lailatul Qadar itu?. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. Al-Qadr

Antara teladan terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulallah saw kepada umatnya ialah dengan menjadikan sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan sebagai kemuncak ibadah berbanding malam-malam yang lain. Nabi saw akan menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir secara keseluruhannya dengan ibadah iktikaf, solat dan berzikir kepada Allah swt. Saidatina ‘Aisyah ra berkata:


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulallah saw apabila tibanya sepuluh Ramadhan terakhir Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dan mengetatkan ikatan kainnya.” HR.Muslim

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan lailatul Qadr kerana iman dan mengharapkan pahala (dari Allah), niscaya diampuni dosa-dosanya yang lalu.” HR.Bukhari

خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِفَتَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ

Maksudnya:“Aku keluar bagi memberitahu tarikh Lailatul Qadar, maka dua orang telah berkelahi lalu diangkat wahyunya. HR. Bukhari

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya:“Carilah lailatul Qadr pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.HR. Bukhari

Acara Ibadah Agar Mendapat Lailatul Qadar

1-Berbuka puasa:
لاَ تَزَالُ أُمَّتِيْ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ وَأَخَّرُوا الْسَّحُور

Maksudnya: “Sentiasa umatku dalam kebaikan jika mereka meng-awalkan berbuka dan melewatkan sahur”. HR. Ahmad

Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,                                     

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّىَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Maksudnya:Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan shalat. Jika tidak ada rothb, maka beliau berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud dan Ahmad hasan shahih)

2-Solat Maghrib berjamaah.


مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ  غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ

Maksudnya: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.
HR Muslim

3-Solat Isyak berjamaah. Sabda Nabi S.A.W.

مَنْ صَلَّى صَلَاةَ اَلْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ الْآخِرَةِ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ فِيْ جَمَاعَةٍ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Maksudnya:”Sesiapa yang solat Maghrib dan Isyak pada Lailatul Qadar secara berjamaah, maka dia telah mengambil bahagiannya daripada Lailatul Qadar”. Tafsir Al-Qurtubi

4-Solat Tarawih (M )تَرْوِيْحَة   (J)   تَرَاوِيْح

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan (pahala) maka diampunkan baginya dosanya yang lalu. HR. Bukhari

5-Membaca al-Quran

الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ . لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi”. “Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” Fathir: 29-30

6-Qiyamullail

Perkataan qiyamullail bermaksud menghidupkan malam. Menghidupkan malam adalah di antaranya dengan Solat, membaca Al Quran dan Zikir. Solat malam terbahagi kepada dua kategori; solat sebelum tidur dan solat selepas tidur.

Solat sebelum tidur adalah qiyamullail, dan Solat selepas tidur juga adalah qiyamullail. Bezanya ialah solat selepas tidur termasuk kategori tahajjud. Kadang-kadang orang salah faham, ramai orang menyangka solat malam atau qiyamullail ini hanyalah solat yang dilakukan selepas tidur sahaja.
Sebenarnya yang dilakukan sebelum tidur juga dikategorikan sebagai solat malam tetapi kualitinya tidak sama seperti solat atau ibadah yang dilakukan setelah bangun daripada tidur.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya: “Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. “ (Al-Israa, 17: 79)

Dari Aisyah raha:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَزِيدُ فِى رَمَضَانَ وَلاَ فِى غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

Maksudnya: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah jumlah rakaat dalam solat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula pada selainnya melebihi 11 rakaat.” (riwayat Bukhari dan Muslim)

7-Bersahur di akhir malam.

عن أنس رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya:”Diriwayatkan oleh Anas ra. Daripada nabi SAW. Baginda bersabda: Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat pada sahur keberkatan”.HR. Bukhari dan Muslim

8-Solat subuh berjamaah

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

Maksudnya:”Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Fajar/Subuh. Sesungguhnya solat Fajar/Subuh tu disaksikan (oleh malaikat).” . Al-Isra’: 78

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Maksudnya:”Barangsiapa yang solat isya` berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat Fajar/subuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya.” HR. Muslim

9-Menghindari perkara “lagha” atau sia-sia

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Maksudnya:”Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang berusaha menjauhkan diri dari melakukan perbuatan atau mengeluarkan perkataan yang sia-sia” Al-Mukminun : 1-3

10-I’tikaf

كَانَ رَسُول الّله يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ اْلأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

Dari Abdullah bin Umar, katanya adalah Nabi SAW beritikaf pada sepuluh terakhir bulan ramadhan. HR. Bukhari

Tuesday, 6 June 2017

Gembira menyambut Ramadhan

Gembira menyambut Ramadhan

Salah satu dari tanda keimanan seorang muslim adalah bergembira dengan akan datangnya bulan Ramadhan. Ibarat akan menyambut tamu agung yang dinanti-nantikan, maka ia akan persiapkan segala-galanya untuknya dan tentu hati menjadi sangat senang bertamukan Ramadhan yang akan datang. Disana sini akan kedengaran bacaan doa:

(اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ)dhaif/mungkar hadis
                                         
Ramadhan adalah satu syiar yang agong dalam agama,yang harus kita hormati dan agungkan, seperti Firman Allah swt.Surah Al-Hajj:32

ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Ada dua golongan dalam menyambut kedatangan Ramadhan:

1-Gembira (terbahagi kepada dua: 1- Gembira dunia(seperti kanak-kanak),2-Gembira kerana akhirat.

2-Tidak gembira.

Di antara kegembiraan kita menyambut Ramadhan adalah kerana:

1-Penghapus dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُوْلُ: اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ. وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ. وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ. مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ. إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: "Sholat lima waktu, dari Jum’at ke jum’at dan dari Ramadhan ke Ramadhan ialah menghapuskan dosa diantara masing-masing apabila dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadits Riwayat Muslim)
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
“Barangsiapa yang puasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2-Bulan Kebajikan/kebaikan dan bulan Ibadah(syahrul I’badah)

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ. وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَ ذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
 “Apabila datang awal malam dari bulan Ramadhan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang sangat jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yang terbuka, sedangkan pintu-pintu surga dibuka tidak ada satu pintupun yang ditutup. Dan seorang penyeru menyerukan: ‘Wahai orang yang menginginkan kebaikan kemarilah. Wahai orang-orang yang menginginkan kejelekan tahanlah.’ Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka, yang demikian itu terjadi pada setiap malam.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Kita gembira kerana ibadah senang dilakukan: seperti solat berjemaah(di masjid ramai-ramai),sedekah dan sebagainya.

3-Bulan ukhwah/kasih sayang(syahrul taraahum) – Ukhwah yang luar biasa.

وَمَنْ َ كا َ ن يُؤْمِنُ ِباللهِ وَاْليَوِم الآخِر َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).”HR Bukhari

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ 

Dari Abu Hurairah ra., Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.HR Bukhari dan Muslim

1-صِلَةُ الرَّحِمِ العَامَّةُ)- kasih sayang sesama Muslim- Hujurat 10 (إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ)
2- ( صِلَةُ الرَّحِمِ الخَاصَّةُ ) - kerabat kerana berasal dari rahim yamg sama

Contoh: Berbuka puasa dan sahur dengan keluarga,solat berjemaah,tarawikh,witir,tadarrus,iftor jama’i



Jalan mencari redho Allah

Jalan mencari redho Allah

عائشة رضي الله عنها؛ أن رسول اللهءصلى الله عليه وسلم قال:   مَنِ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ ، بِسَخَطِ النَّاسِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، وَأَرْضَى عَنْهُ النَّاسَ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ ، سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، وَأَسْخَطَ عَلَيْهِ النَّاسَ .

“Barangsiapa mencari keredhoan dari Allah (saja) meskipun manusia benci kepadanya, niscaya Allah akan redho kepadanya dan Dia akan menjadikan manusia redho kepadanya pula. Dan barangsiapa mencari keredhoan dari manusia dengan membuat Allah murka kepadanya, niscaya Allah akan murka kepadanya dan Dia akan menjadikan manusia murka kepadanya pula.” HR. Ibnu Hibban .( Syuaib Al-Arnauth berkata: “Sanadnya Hasan).

عائشة رضي الله عنها؛ أن رسول اللهءصلى الله عليه وسلم قال: مَنْ أَرْضَى النَّاسَ بِسَخَطِ اللهِ وَكَلَهُ اللهُ إِلَى النَّاسِ وَمَنْ أَسْخَطَ النَّاسَ بِرِضَا اللهِ كَفَاهُ اللهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ 

“Barangsiapa mencari keredhoan manusia dengan membuat Allah murka, maka ia diserahkan oleh Allah kepada manusia. Dan barangsiapa membuat manusia murka dengan keredhoan Allah, maka Allah akan mencukupinya dari kejahatan manusia.” HR. Ibnu Hibban. Sahih

وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِي

Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar. Al-Taubah:72

Wajib bagi setiap muslim mencari redho Allah dalam setiap perkataan dan perbuatan yang ia lakukan, meskipun manusia membencinya. Hal ini dikarenakan hanya Allah satu-satunya Dzat yang mampu memberikan manfaat dan kebaikan, dan mencegah mudharat dan keburukan.
Diharamkan bagi setiap muslim melakukan suatu perbuatan yang dibenci dan dimurkai Allah, apalagi jika ia melakukannya dengan niat dan tujuan mencari kecintaan dan keredhoan manusia. Tidak mengharapkan sesuatu apapun dari manusia baik berupa pujian,sanjungan, imbalan, populariti dan lainnya. Jangan sampai kita melakukan suatu amalan dengan niat dan tujuan supaya dikenang dan dipuji oleh manusia karena akan menyebabkan kebinasaan di dunia dan akhirat.
Amalan yang dapat meleburkan dosa dan mengapai keredhoan Allah swt :

Sentiasa mengingati Allah serta mencintai-Nya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

“Wahai orang-orang yang beriman! Ingat-lah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” al-Ahzab:41

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram”  ar-Ra’du: 28.
Dengan mengingat-Nya kita akan selalu dalam keadaan sedar. Sedar bahwa kita adalah seorang hamba, sedar bahwa kita begitu lemah, sedar bahwa segala sesuatu tak akan terjadi tanpa Kehendak-Nya. Maka dengan kesedaran itu hati kita akan merendah, khusyuk dan selalu tenang. Karena kita tidak bergantung kepada siapapun selain Allah swt.

Mencintai Nabi Muhammad saw.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Ali- Imran:31
Adalah bahwa dengan cara mengikuti contoh-contohnya, menerapkan cara Nabi saw dalam kata-kata, perbuatan, ketaatan kepada perintahnya, menghindari apa pun yang dilarang dan mengabil sikap Nabi saw pada saat diberi kemudahan, sukacita, kesulitan, dan penderitaan.

Menyayangi Ibu bapa dan berbuat baik kepada keduanya

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan kepada manusia janganlah ia beribadah melainkan hanya kepadaNya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua dengan sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari keduanya atau kedua-duanya telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya” Al-Isra : 23

Salah satu dari tuntutan Islam ialah menyayangi dan berbuat baik kepada Ibu Bapa. Kewajiban ini ditegaskan oleh Allah Ta’ala dalam ayat di atas.Kedudukan berbuat baik kepada ibubapa diletakkan oleh Allah SWT pada tempat kedua dalam susunan ayat tersebut, iaitu setelah pengabdian kepada-Nya. Jika direnung sebaik-baiknya, bahawa jasa kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya adalah bermula semenjak dari dalam rahim ibu lagi.

Mencintai sesama Mukminin

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi wali (penolong) bagi sebagian yang lain. at-Taubah:71

Seorang Mukmin harus mencintai saudaranya sesama Mukmin dengan tulus dari dalam hatinya. Karena hati-hati mereka sama-sama mencintai Allâh, mencintai Rasul-Nya, dan tunduk pasrah kepada-Nya dengan mengikuti agama Islam.

لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai (kebaikan) untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri.HR. Bukhâri dan Muslim

Taubat:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” Az Zumar: 53).
Allah benar-benar Maha Pengampun dan Dia mengampuni setiap dosa , baik dosa kecil, dosa besar, dosa syirik bahkan dosa kekufuran.

Sabar
وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
“Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”. Ali Imran : 146

Hakikat sabar:
1-      Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah
2-      Bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah
3-      Bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal dari orang lain.

Syukur

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ

Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya)…” QS. An-Nahl: 53

Betapa melimpahnya kenikmatan yang Allah Ta’ala berikan kepada kita, yang tidak terhitung jumlahnya. Allah memberikan kita kehidupan, kesehatan, makanan, minuman, pakaian dan begitu banyak nikmat yang lainnya.

Syukur yang sebenarnya tidaklah cukup hanya dengan mengucapkan “alhamdulillah”. Namun hendaknya seorang hamba bersyukur dengan hati, lisan dan anggota badannya

Amanah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (QS. Al-Anfal: 27)

Tegasnya sifat amanah adalah menjadi tunggak kepada kemuliaan akhlak umat Islam.Setiap umat Islam dianjurkan berpegang teguh dengan kemuliaan sifat amanah hinggakan terhadap orang yang mengkhianatinya sekalipun, kita dinasihatkan supaya tidak bertindak balas dengan cara khianat.
Amanah terbahagi kepada tiga bahagian:
1-      Amanah yang kaitannya dengan hak Allah Tabaraka wa Ta’ala atas para hamba-Nya.
2-      Amanah dalam menunaikah hak-hak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
3-      Amanah yang berkaitan dengan hak sesama manusia.

Menyantuni anak yatim dan orang miskin
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ ٠ فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ ٠ وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ ٠ فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ ٠ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ٠ الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ ٠ وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ ٠
“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama (hari pembalasan)? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Orang-orang yang berbuat riya’  dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” Al Maa’uun: 1-7.

Di antara sifat orang yang mendustakan agama(hari pembalasan) adalah tidak menyayangi anak yatim dan orang miskin.
Orang seperti ini nyata mendustakan agama. Kerana dalam sikap dan tingkah laku perangainya dia mempertunjukkan bahwa dia tidak percaya kepada inti agama yang sejati, yaitu bahwa orang yang menolong sesama yang lemah akan diberi pahala dan ganjaran oleh Allah.
Tanggung jawab kita / masyarakat agar memperhatikan dan memelihara anak yatim dari segi kejiwaan serta sosial kemasyarakatannya, dan kita dilarang untuk merendahkan, serta menghina kedudukan mereka.

Mengimarahkan masjid

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا الله َ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”At-Taubah:18
Oleh kerana itu setiap Muslim harus berperanan dalam memakmurkan masjid sebagaimana firman Allah di atas.Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas.Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang sama, Masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam serta penyebaran Islam. 

Menuntut Ilmu
   
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Artinya: “Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” At-Taubah: 122


يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmupengetahuan beberapa derajat. al-Mujadalah : 11

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّةِ

“Barang siapa yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka akan Allah mudahkan jalannya menuju syurga.” HR. Muslim

Ilmu agama merupakan hal yang sangat penting bagi setiap Muslim. Dengannya seorang Muslim dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Ilmu agama juga akan memberikan tuntunan kepada setiap Muslim kepada jalan yang diredhoi oleh Allah dan Rasul-Nya. Ilmu agama yang diamalkan dengan baik tentu akan menjadikan pemiliknya bahagia di dunia dan di akhirat.
Salah dari satu amal soleh yang memerlukan pengorbanan dalam mengerjakannya adalah menuntut ilmu. Pengorbanan tersebut boleh jadi berupa meluangkan waktu atau menyisihkan rezekinya atau dari tuntutan dunia semata-mata untuk  hadir di dalam majlis-majlis ilmu.


Monday, 5 June 2017

Nikah: Mahar di dalam Islam (Apakah hanya memadai mahar itu dengan hanya membaca surah-surah al-Quran dan adakah sah mahar sebegitu?)

Nikah: Mahar di dalam Islam  (Apakah hanya memadai mahar itu dengan hanya membaca surah-surah al-Quran dan adakah sah mahar sebegitu?)

Apakah maksud mahar di dalam Islam?
Mahar merupakan sesuatu yang diberikan suami kepada isteri berupa harta atau bentuk lainnya sebagai salah satu syarat dalam pernikahan. Mahar atau disebut juga dengan mas kawin diterangkan di dalam Alquran.

Firman Allah swt.:
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

“Dan berikanlah mahar (mas kawin) kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian yang penuh kerelaan.” An-Nisaa’: 4

Apakah hanya memadai mahar itu dengan hanya membaca surah-surah al-Quran dan adakah sah mahar sebegitu?

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ جَاءَتْهُ امْرَأَةٌ فَقَالَتْ: ياَرَسُولَ اللهِ إِنّيِ وَهَبْتُ نَفْسِي لَكَ. فَقَامَتْ قِيَامًا طَوِيْلاً. فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَارَسُولَ اللهِ زَوِّجْنِيْهَا إِنْ لَـمْ يَكُنْ لَكَ بِهَا حَاجَة. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ : هَلْ عِنْدَكَ مِنْ شَيْءٍ تُصْدِقُهَا اِيَّاهُ؟ فَقَالَ: مَا عِنْدِيْ اِلاَّ اِزَارِيْ هذَا. فَقَالَ النَّبِيُّ اِنْ اَعْطَيْتَهَا اِزَارَكَ جَلَسْتَ لاَ اِزَارَ لَكَ فَالْتَمِسْ شَيْئًا. فَقَالَ: مَا اَجِدُ شَيْئًا. فَقَالَ: اِلْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيْدٍ. فَالْتَمَسَ فَلَمْ يَجِدْ شَيْئًا. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ : هَلْ مَعَكَ مِنَ اْلقُرْآنِ شَيْئٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. سُوْرَةُ كَذَا وَسُوْرَةُ كَذَا لِسُوَرٍ يُسَمِّيْهَا. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ : قَدْ زَوَّجْتُكَهَا بِمَا مَعَكَ مِنَ اْلقُرْآنِ

Dari Sahal bin Sa'ad bahwa nabi SAW didatangi seorang wanita lalu wanita itu berkata,"Ya Rasulullah, sesungguhnya ku hibahkan diriku untukmu", Wanita itu berdiri lama lalu berdirilah seorang laki-laki yang berkata," Ya Rasulullah kawinkan saya dengan wanita tersebut jika tuan hamba tidak ingin menikahinya". Rasulullah bersabdaa," Adakah kamu memiliki sesuatu untuk dijadikan mas kahwin?” Lelaki itu menjawab: “Saya tidak mempunyai apa-apa melainkan kain ini”. “Maka Rasulullah saw. pun bersabda: “Jika kamu beri kain kamu itu, nescaya kamu pula yang tidak berkain maka kamu carilah sesuatu (yang lain). “Lelaki itu menjawab: “Tidak ada ya Rasulullah. “Rasulullah saw. bersabda: “Carilah walaupun sebentuk cincin daripada besi. “Lalu lelaki itu pun mencari,. akan tetapi dia tidak juga memperolehi sesuatu apapun. Lalu Rasulullah saw. Bersabda kepadanya: “Adakah kamu hafal apa-apa daripada al-Quran? “Lelaki itu menjawab: “Ya. Lelaki itu menamakan surah-surah tersebut dan dari surah sekian ke surah sekian”. Lalu Rasulullah saw bersabda: “Aku kahwinkan kamu dengannya dengan apa yang ada pada kamu dengan al-Quran”. HR Bukhari dan Muslim

Daripada hadith di atas, dapatlah disimpulkan bahawa jika seseorang itu sudah tidak mampu untuk menyediakan sesuatu sebagai mas kahwin walaupun sebentuk cincin besi, maka boleh dijadikan al-Quran itu sebagai mahar.

Maka perkahwinan itu adalah perkahwinan yang sah.

Diriwayatkan:

عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ أُتِيَ عَبْدُ اللَّهِ فِي امْرَأَةٍ تَزَوَّجَهَا رَجُلٌ ثُمَّ مَاتَ عَنْهَا وَلَمْ يَفْرِضْ لَهَا صَدَاقًا وَلَمْ يَكُنْ دَخَلَ بِهَا قَالَ فَاخْتَلَفُوا إِلَيْهِ فَقَالَ أَرَى لَهَا مِثْلَ صَدَاقِ نِسَائِهَا وَلَهَا الْمِيرَاثُ وَعَلَيْهَا الْعِدَّةُ فَشَهِدَ مَعْقِلُ بْنُ سِنَانٍ الْأَشْجَعِيُّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى فِي بِرْوَعَ ابْنَةِ وَاشِقٍ بِمِثْلِ مَا قَضَى

“Alqamah telah berkata: Ditanyakan kepada Abdullah tentang kisah seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki, lalu lelaki itu mati sedangkan lelaki itu belum tentukan maharnya dan belum berjimak. Maka jawabnya: Aku berpendapat bahawa perempuan itu berhak mendapat maharnya seperti perempuan-perempuan lain di dalam keluarganya dan dia juga berhak mendapat harta bahagaian warisan dan dia juga wajib ber’iddah. Hal ini pernah disaksikan oleh Ma’qal bin Sinan al-Asyjale bahawa Nabi saw pernah memfatwakan tentang Barwa’ binti Wasyiq sepertimana yang diputuskan oleh Abdullah ini. HR Abu Daud dan Tirmizi.

Jelaslah daripada hadith di atas bahawa nikah yang tidak disebut akan jumlah maharnya itu sah dan lelaki itu wajib membayar mahar tersebut menurut mahar yang berlaku dalam keluarga perempuan itu. Akan tetapi jika perempuan itu mahu maharnya kurang daripada itu, itu terserah kepadanya. Itu haknya dan dia boleh berbuat sesuka hatinya.


Oleh yang demikian, mahar nikah yang ditanya itu adalah sah dan perempuan itu ada hak untuk menuntut mahar sesuai dengan ukuran mahar di dalam keluarganya. Tetapi jika dia mahu kurang daripada itu tiada halangan, asalkan ada mahar ianya sudah cukup.

Saturday, 3 June 2017

Nusyuz(derhaka)

Nusyuz(derhaka)

Di dalam agama perkataan nusyuz digunakan untuk lelaki dan wanita, iaitu jika seorang lelaki berlaku kasar atau marah yang melampau kepada isterinya, sehingga tidak mahu tidur bersama, dinamakan lelaki itu nusyuz kepada isterinya.

Dan jika seorang wanita tidak taat kepada suaminya, keluar daripada rumah dengan tidak meminta izin daripada suaminya, dan tidak mahu dibawa pindah dan sebagainya, ini  dinamakan wanita itu nusyuz kepada suaminya.

Firman Allah swt:

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

"Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". An-Nisa' Ayat 128

Didalam kitab-kitab fiqh, kebanyakan urusan nusyuz, digunakan terhadap wanita kepada suaminya.

Firman Allah swt:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar". an-Nisa:34

Ayat ini mengandungi tiga perkara yang boleh kita lakukan kepada isteri kita supaya isteri yidak berlaku derhaka (nusyuz):

1-      Memberi nasihat kepada isteri.
2-      Jika ia berdegil tinggalkan tempat tidur.
3-      Dan jika masih berdegil, pukul isteri (dengan pukulan yang ringan bagi tujuan mengajarnya.

Tiga cara ini, tidak dilakukan dalam satu kali, kita mestilah bijak menguruskannya, agar ianya berhasil, langkah pertama memberi nasihat, sesudah nasihat dan masih juga tidak berhasil, maka asingkan tempat tidur, supaya isteri kita mengetahui yang kita marah dengan mereka. Jika tidak berhasil, barulah untuk memukul isteri dengan pukulan yang dibenarkan itu. Rasulullah saw. bersabda:

لاَ تَجْهَروا النِّسَاءَ إِلاَّ فِيْ الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّجً
“Janganlah kamu meninggalkan wanita (isterimu), melainkan di tempat tidurnya dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan”. HR Ibnu Jarir


Friday, 2 June 2017

Kahwin semasa Idah

Kahwin semasa Idah

Soalan: Bolehkah seseorang wanita di dalam idah berkahwin dengan seseorang, dengan perjanjian perkahwinan selepas idah? Atau bolehkah berwakilkan qadi buat perkahwinan itu selepas idah?

Jawapan: Firman Allah swt.

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ ۚ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلًا مَعْرُوفًا ۚ وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ ۚ  وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا  فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun”. Al-Baqarah:235

Ayat ini mengandungi beberapa fasa:

1.      Wanita yang di dalam idah itu, boleh kita berkias bahawa kita ingin meminangnya setelah habis idahnya.
Meminang secara terang-terangan semasa wanita itu dalam idah, tidak dibenarkan oleh agama.
2.      Boleh kita menaruh perasaan di dalam hati ingin berkahwin dengan wanita yang masih di dalam idah itu selepas habis idahnya.
3.      Tidak boleh melakukan perjanjian dalam rahsia, akan berkahwin dengan wanita dalam idah itu kecuali hanya kiasan sahaja.
4.      Tidak boleh menentukan perkahwinan dengan wanita yang masih di dalam idah.

Jika menentukan perkahwinan di dalam waktu idah sudah terlarang, maka melakukan perjanjian akan berkahwin sesudah habis idah juga tidak boleh.


Jika si wanita mewakilkan kepada qadi untuk melakukan perkahwinan dia selepas habis idah itu, dibolehkan, selagi dalam waktu idah itu, tidak ada ketetapan atau ketentuan waktu keduanya akan berkahwin. 

Thursday, 1 June 2017

Kahwin ghaib

Kahwin ghaib

Soalan: Adakah dibolehkan berkahwin tanpa si lelaki hadirkan diri?

Jawapan:

Diriwayatkan

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِر أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قَالَ لِرَجُلٍ اَنْ أُزَوّجُِكَ فُلاَنَة ًقَالَ نَعَمْ وَ قَالَ لِلْمَرْأَةِ أَتَرْضِيْنَ اَنْ أُزَوِّجَكِ فُلاَنًا قَالَتْ نَعَمْ فَزَوَّجَ اَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ فَدَخَلَ بِهَا

Dari Uqbah bin Amir, bahwa Nabi SAW pernah berkata kepada seorang laki-laki, “Sukakah engkau aku kawinkan dengan si  Fulanah? Ia menjawab, “Ya!, dan Nabi bertanya kepada si wanitanya, “Sukakah  engkau aku kawinkan dengan si Fulan?” wanita itu menjawab, “ya”, lalu dikawinkan antara mereka, terus mereka jadi suami isteri,” (HR. Abu Dawud).

Diriwayatkan
عَنِ الْمُغِرَة : أَنَّهُ خَطَبَ اِمْرَأَةً هُوَ اَوْلَىَ النَّاسُ بِهَا فَأَمَر َ رَجُلاً  فَزَوَّجَهُ

“Dari Mughirah:, bahawa ia meminang seorang wanita, yang berhampiran dengan dia, lalu ia menyuruh lelaki itu mengahwinkan gadis itu, maka mereka berkahwinlah”. HR Bukhari


Dengan dua riwayat di atas, ternyata bahawa boleh dikahwinkan seseorang wanita itu apabila si lelaki tidak dapat hadir, asalkan kedua belah pihak sudah bersetuju.