Saturday, 8 July 2017

Facebook dan Maksiat

Facebook dan Maksiat

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja.

Menurut statastik yang dikeluarkan oleh pihak Facebook sehingga bulan Disember 2011,statistic pengguna adalah seperti berikut:
Ø  Lebih dari 800 juta pengguna aktif.
Ø  Lebih daripada 50% pengguna Facebook lpg masuk setiap hari.
Ø  Secara purata pengguna Facebook memiliki 130 kenalan.
Aktiviti di Facebook
Ø  Pengguna berinteraksi dengan lebih 900 juta objek melalui (laman individu, group,acara dan laman komuniti)
Ø  Secara purata pengguna Facebook melayari 80 laman komuniti,kumpulan dan acara.
Ø  Secara purata lebih daripada 250 juta gambar dimuat naik setiap hari- Global Reach.
Ø  Terdapat lebih dari 70 jenis Bahasa dalam laman Facebook.
Ø  Dianggarkan 80% pengguna berada diluar Amerika Syarikat.
Ø  Lebih 300 000 pengguna membantu terjemahan Facebook menggunakan aplikasi terjemahan.
Platform
Ø  Secara purata, pengguna Facebook memasukkan aplikasi lebih daripada 20 juta kali setiap hari.
Ø  Lebih daripada 500 juta pengguna menggunakan aplikasi Facebook atau perkaitan Facebook Platform melalui laman web lain.
Ø  Lebih daripada 7 juta aplikasi dan laman web dihubungkan dengan Facebook.
Telefon Mudah Alih
Ø  Lebih daripada 350 juta pengguna aktif Facebook yang terkini melayari laman Facebook melalui telefon mudah alih.
Ø  Lebih daripada 475 juta operator brtugas bagi memperomosi dan membangun Facebook menggunakan telefon mudah alih.

Menurut statistik pada bulan Jun 2011 pula, daripada jumlah 16,902,600 rakyat Malaysia menggunakan Internet, seramai 11,221,040 daripada mereka mempunyai akaun Facebook.

Dengan momentum yang begitu kuat dan perinsip yang terbuka menerima pembaharuan dalam hal duniawi dan teknikaliti dalam ruang lingkup Muamalat. Namun setiap status, gambar,profil dan apa jua perincian yang dimasukkan yang menentukan halal dan haram. Sebagai seorang Islam yang beriaman kepada Allah dan Hari akhirat, maka sewajibnyalah kita mengambil kira batasan halal dan haram sebagimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadith berikut:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله وسلم یَقُوْلُ:  إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ  وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ ر مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ ن حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."    HR-Bukhari, Muslim dan Abu Daud

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

“Apakah mereka mengira bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? Benar [Kami mendengar semuanya] dan utusan-utusan Kami [para malaikat] selalu mencatat di sisi mereka.”Az Zukhruf: 80

Berbagai macam kegiatan dilalui oleh manusia di setiap waktunya. Di setiap detik, minit, jam kita bergerak dan berbuat. Namun, apakah kita semua menyadari bahwa di setiap gerak-gerak kita ada yang mencatat di sebelah kanan dan kiri?

Ada malaikat yang senantiasa mencatat apa yang kita lakukan tanpa terkecuali. Perbuatan baik atau buruk, kecil ataupun besar, yang nampak atau tersembunyi—tidak ada yang terluput dari catatan malaikat.

Dengarlah keluh-kesah, penyesalan para pelaku maksiat ketika mereka dihisab amalannya di hadapan Allah, sebagaimana Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِراً وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَداً

“Dan diletakkanlah kitab. Lalu, engkau akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya dan mereka berkata, ‘Aduh, celakalah kami. Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan sesuatu yang kecil dan tidak pula yang besar melainkan dicatat semuanya?’. Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan tertulis pula. Dan Rabbmu tidak menganiaya seorang pun.” Al Kahfi: 49

Sadarilah, semua perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala. Semua makhluk akan diadili di pengadilan Allah yang maha adil. Tidak ada satu makhluk pun yang Allah zalimi.

Oleh kerana ini, masih mahukah kita menggunakan anggota badan kita sesuai dengan keinginan dan hawa nafsu kita? Mata yang Allah beri,untuk apa kita gunakan? Apakah untuk melihat perkara-perkara yang menggugah syahwat atau kesia-siaan yang tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan?. Tangan yang Allah karuniakan,apakah digunakan untuk mengambil usaha yang haram atau untuk melakukan kezaliman terhadap diri dan orang lain? Pendengaran dan mulut yang diberikan,apakah dipakai untuk mendengarkan lantunan-lantunan suara yang melalaikan kita dari berzikir kepada Allah?
Lalu, mulut ini,apakah dijadikan sarana untuk mencerca, mengumpat(ghibah),memfitnah.mengadu domba (namimah),menyuburkan permusuhan dan menyakiti perasaan orang lain?

Semua itu akan diminta dipertangggung-jawabankan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala, sebagaimana disebutkan di dalam Al Qur-an,

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak punya pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya itu akan dimintai pertanggungan-jawabnya.”  Al Isra’: 36

Jagalah kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita. Jadikanlah semuanya perkara yang akan memberatkan timbangan kebaikan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala, memudahkan hisab di hadapan-Nya, dan menjadi saksi amalan-amalan baik kita. Bukan sebagai penggugat kita, karena perkara kekejian dan maksiat yang telah kita lakukan. Ingatlah akan suatu hari ketika Allah subhanahu wa ta’ala mengunci mulut-mulut kita, tidak dapat berbicara ataupun bersaksi untuk diri kita, namun anggota badan kitalah yang akan bersaksi atas perbuatan yang kita lakukan. Allah telah menegaskan hal ini di dalam Al-Qur’an,

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Hari ini Kami tutup mulut mereka. Lau, tangan mereka bercerita kepada Kami dan kaki mereka bersaksi tentang segala yang dahulu mereka usahakan.”Yasin: 65

Tidak ada jalan bagi kita untuk mengingkari dari kekejian yang telah kita lakukan. Tidak ada yang mampu mengelak dari kemaksiatan yang telah dikerjakan, karena semua kejadian tercatat dengan sempurna. Kerana itu, hendaklah setiap kita melihat dan memerhatikan perbuatan yang akan dilakukan.

Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri

Ingatlah amaran Nabi SAW terhadap perbuatan sedemikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya, ada dalam kalangan mereka yang mendedahkan ini, melakukan dosa di waktu malam, kemudian apabila tiba waktu siang, sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan dengan berkata: Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini. Maka terhapuslah lindungan Tuhan-Nya dan jadilah dia membuka rahmat Allah yang sebelum ini menutup keaibannya.” HR Bukhari dan Muslim

Ø  Di laman facebook atau media social yang lain sangat  mudah dan senang bagi seseorang untuk mendedahkan aib dan keburukan diri sendiri. Contohnya mungkin dengan mendedahkan gambar-gambar lama dalam koleksi, kononnya sebagai kenangan, gambar itu tidak menutup tutup aurat atau percampuran bebas. Atau mungkin seseorang itu membuka aurat dalam rumah dan bersama famili secara tertutup. Tetapi gambar itu disebarkan, samada melalui  facebook yang boleh dilihat oleh ratusan atau ribuan orang yang haram kita perlihatkan aurat kepada mereka.

Nabi SAW pernah bersabda:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا

"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumahsuaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya”HR Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)

Ini realiti bukan lagi fantasi, apabila buka tengok foto-foto di Facebook sesetengah orang, (yang kita lihat profil  terdapat gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga dan rakan terdekat, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang postkannya di Facebookb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja dan tanpa niat namanya.Jika yang lelaki mungkin gambar anak isteri atau keluarga terdekat, juga gambar ikhtilat yang tidak sepatutnya.

Nabi SAW pernah bersabda:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا
"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumahsuaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya”HR Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”

Ø  Ada juga pegguna-pengguna Facebook yang berkongsi dengan rakan-rakan facebook yang lain gambar-gambar atau video-video yang berbentuk maksiat seperti artis-artis atau individu-individu yang tertentu yang berpakain tidak menutup aurat atau hiburan-hiburan yang lucah dan berbagai maksiat yang lain, kita binbang individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa.Seperti yang digambarkan dalam hadith diatas.

Tadabburilah ( دَبَّرَ ) firman Allah Ta’ala berikut

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ 

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Al-Nur:30

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau  budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. al-Nur:31

Allah swt berpesan  kepada lelaki dan wanita beriman untuk menjaga kehormatan dan rasa malu dalam hubungan sosial mereka demi mencegah meluasnya penyimpangan akhlak dalam masyarakat. Pada hakikatnya, mata manusia dapat menyaksikan banyak hal dari jarak jauh dan dengannya manusia dapat mengetahui apa yang terjadi di sekelilingnya. Tapi pandangan manusia ini harus dikawal, bukannya melihat apa saja yang dapat disaksikannya.

Ayat ini secara umum mengatakan bahwa lelaki beriman hendaknya menguasai matanya dan tidak melihat apa yang dibenci Allah. Sesuai dengan sejumlah riwayat yang menjadi penerapan ayat ini adalah memandang perempuan yang bukan mahram. Artinya, tidak memandang perempuan bukan mahram kerana itu adalah haram hukumnya secara mutlak dan bila mereka menutupi dirinya, maka hanya dibolehkan melihat wajahnya sesuai dengan keperluan.

Dalam ayat ini, sekalipun pada awalnya menjelaskan bagaimana manusia harus mengawal matanya, tetapi pada dasarnya ingin mengajar manusia bagaimana untuk mengawal anggota badannya dari segala bentuk syahwat. Dalam masyarakat modern saat ini, sudah begitu tersebar gaya hidup hedonis dan hubungan seksual dengan pelbagai bentuknya antara lelaki dan wanita. Fenomena penyimpangan seksual ini memunculkan banyak masalah keluarga dan penyakit kelamin. Sementara dalam pandangan Islam, hubungan antara lelaki dan wanita hanya diperbolehkan dalam kerangka pernikahan dan di luar pernikahan maka segala bentuk hubungan seksual menjadi haram hukumnya.

Menerusi ayat ini juga Allah swt. memberi peringatan kepada semua manusia, khususnya orang-orang Mukmin agar tidak ada dalam fikiran mereka bahwa pandangan mereka tidak diketahui oleh Allah Swt. Kerana bukan saja pandangan mereka, tapi motivasi manusia dalam memandang sesuatu juga diketahui oleh-Nya. Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh manusia, baik bentuk lahiriahnya mahupun batiniahnya.

Pada ayat yang ke 30 Allah swt. mengeluarkan dua perintah terhadap kaum lelaki : mengawal mata dan syahwat, maka pada ayat yang seterusnya(ayat ke 31) giliran kaum wanita pula yang diperintahkan untuk mengawal dua hal itu. Tapi ayat ini kemudian memberikan penekanan terhadap tiga hal untuk melindungi wanita dari pandangan tidak baik. Pertama adalah memakai jilbab yang menutup kepala, leher hingga dada. Kedua, menyembunyikan perhiasan seperti anting-anting, kalung dan gelang dihadapan lelaki byang bukan mahram. Ketiga, perempuan ketika berjalan tidak menjejakkan kaki ke tanah yang dapat menarik perhatian orang lain.

Jelaslah bahwa gaya bertutur, perbuatan dan berpakaian perempuan dan laki-laki sangat berpengaruh bagi kebaikan hubungan sosial, menjaga kehormatan dan rasa malu.Kerana itulah mengapa dari satu sisi Allah mengharamkan pandangan yang tidak layak dan di sisi lain melarang penampilan perempuan di tengah masyarakat agar tidak mepamerkan sesuatu yang dapat menggerakkan nafsu orang lain.

Menyaksikan secara sepintas lalu apa yang terjadi di dunia saat ini, menunjukkan di Barat yang menaja slogan kebebasan wanita, tetapi yang sebenarnya yang ditargetkan adalah kebebasan hubungan seksual dan ketelanjangan perempuan. Itupun agar para lelaki dapat memuaskan nafsu seksualnya. Sementara yang pastinya hubungan jenis ini, yang utamanya meletakkan anak gadis dan wanita menjadi objek pemuasan nafsu, bunuh diri dan tekanan prasaan.

Dengan mencermati impak negatif hubungan seksual seperti ini, maka pada dasarnya kebebasan seksual tidak lebih dari kemanfaatan perempuan demi memuaskan hawa nafsu lelaki. Sesuai dengan ajaran agama, lelaki dan wanita yang menjaga dirinya hanya melakukan hubungan seksual dengan suami atau isterinya. Dengan demikian lingkungan masyarakat menjadi dilingkungan yang sihat dari segala bentuk daya tarikan seksual.


Jalan yang lurus

Jalan yang lurus

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا وَخَطَّ خَطَّيْنِ عَنْ يَمِينِهِ وَخَطَّ خَطَّيْنِ عَنْ يَسَارِهِ ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَوْسَطِ فَقَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; "Kami berada di sisi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau lalu membuat satu garis, kemudian membuat dua garis di sisi kanannya dan dua garis lagi di sisi kirinya. Kemudian beliau meletakkan tangannya di garis yang tengah seraya bersabda: " Inilah jalan Allah." Kemudian beliau membaca ayat ini, yang bermaksud: "Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya(al-An'am:153)." HR Ibnu Majah

عَنْ جَابِرٍ قَالَ  كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَطَّ خَطًّا هَكَذَا أَمَامَهُ فَقَالَ هَذَا سَبِيلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَخَطَّيْنِ عَنْ يَمِينِهِ وَخَطَّيْنِ عَنْ شِمَالِهِ قَالَ هَذِهِ سَبِيلُ الشَّيْطَانِ ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ فِي الْخَطِّ الْأَسْوَدِ ثُمَّ تَلَا هَذِهِ الْآيَةَ وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dari Jabir berkata; Kami duduk bersama Nabi Shallallahu'alaihiwasallam lalu beliau membuat garis seperti ini di depannya, lalu bersabda: "Ini adalah jalan Allah 'Azzawajalla ", sedangkan dua garis di kanannya dan juga dua garis pada sisi kirinya, beliau bersabda: "Ini adalah Jalan syaitan." kemudian beliau meletakkan tangannya pada garis hitam, lalu membaca ayat, "Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa." HR Ahmad

Ulama tafsir menjelaskan bahwa pada ayat ini, Allah Ta'ala menggunakan bentuk jama' ketika menyebutkan jalan-jalan yang dilarang manusia mengikutinya, yaitu {السُّبُلَ}, dalam rangka menerangkan cabang-cabang dan banyaknya jalan-jalan kesesatan. Sedangkan pada kata tentang jalan  kebenaran, Allah Subhanahu wa Ta’ala menggunakan bentuk tunggal dalam ayat tersebut, yaitu {سَبِيلِهِ}. karena memang jalan kebenaran itu hanya satu, dan tidak berbilang. 

Jalan yang lurus adalah jalan yang pernah ditempuh oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, inilah satu-satunya jalan yang mengantarkan seorang hamba kepada Allah Azza wa Jalla
Tiada seorangpun yang dapat sampai kepada-Nya, kecuali melalui jalan ini”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga telah menjelaskan jalan yang lurus tersebut dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam,
تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَبَدًا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّتِيْ
“Aku tinggalkan untuk kamu sesuatu. Jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan Sunnahku” Diriwayatkan Imam Malik dan yang lainnya,

Hakikatnya berpegang teguh dengan sunnah adalah ketaatan kepada Allah dan mengamalkan Al-Quran, karena Allah berfirman di dalam Al-Quran:
مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ
“Barangsiapa yang mentaati Rasul itu,sesungguhnya ia telah mentaati Allah” [An-Nisaa`:80].

Bahkan, makhluk terbaik yang menafsirkan Al-Quran adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla.
وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَانُزِّلَ إِلَيْهِمْ
“Dan Kami turunkan kepadamu Aquran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka” (An Nahl: 44).

Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:
ألا إني أوتيت القرآن ومثله معه
“Ketahuilah sesungguhnya saya diberi (wahyu) Al-Quran dan (wahyu) yang semisalnya bersamaan dengannya (As-Sunnah)” (HR. Abu Dawud dan Ahmad, sedangkan lafadz ini adalah lafadz riwayat beliau. Sahih



Friday, 7 July 2017

Kelebihan shaf pertama,kedua dan tuntutan meluruskan shaf serta berlemah lembut sesama jamaah

Kelebihan shaf pertama,kedua dan tuntutan meluruskan shaf serta berlemah lembut sesama jamaah.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصَّفِّ الْأَوَّلِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَلَى الثَّانِي قَالَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصَّفِّ الْأَوَّلِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَلَى الثَّانِي قَالَ وَعَلَى الثَّانِي قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ وَحَاذُوا بَيْنَ مَنَاكِبِكُمْ وَلِينُوا فِي أَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَسُدُّوا الْخَلَلَ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَدْخُلُ بَيْنَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْحَذَفِ يَعْنِي أَوْلَادَ الضَّأْنِ الصِّغَارَ

Dari Abu Umamah berkata; Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Sesungguhnya Allah dan para malaikat mendoakan shaf pertama." Mereka bertanya; Dan shaf kedua. Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; " Sesungguhnya Allah dan para malaikat mendoakan shaf pertama." Mereka bertanya; Dan shaf kedua. Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Dan shaf kedua. Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Luruskan shaf-shaf kamu, ratakan bahu-bahu kamu, bersikaplah lembut pada tangan-tangan saudara kamu dan tutuplah celah karena sesungguhnya syaitan menyela diantara kanmu seperti anak biri-biri kecil. HR Ahmad

عَنْ مَالِك عَنْ عَمِّهِ أَبِي سُهَيْلِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ
فَقَامَتْ الصَّلَاةُ وَأَنَا أُكَلِّمُهُ فِي أَنْ يَفْرِضَ لِي فَلَمْ أَزَلْ أُكَلِّمُهُ وَهُوَ يُسَوِّي الْحَصْبَاءَ بِنَعْلَيْهِ حَتَّى جَاءَهُ رِجَالٌ قَدْ كَانَ وَكَلَهُمْ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ فَأَخْبَرُوهُ أَنَّ الصُّفُوفَ قَدْ اسْتَوَتْ فَقَالَ لِي اسْتَوِ فِي الصَّفِّ ثُمَّ كَبَّرَ

Dari Malik dari bapa saudaranya Abu Suhail bin Malik dari Bapanya bahwa dia berkata; "Aku pernah bersama Utsman bin Affan, iqamah pun dikumandangkan, sementara aku masih berbicara dengannya minta agar ia memberi suatu kewajiban. Dan aku tetap mengajaknya bicara sedangkan ia meratakan kerikil dengan dua seliparnya. Sehingga ketika beberapa orang lelaki yang diberi tugas untuk meluruskan shaf datang dan mengkhabarkan kepadanya bahwa shaf telah lurus, ia berkata kepadaku, 'Luruskan shaf.' Setelah itu ia bertakbir." HR Malik

َ عَنْ أَنَسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

Dari Anas dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Luruskan shaf shaf kamu, kerana sesungguhnya meluruskan shaf termasuk kesempurnaan shalat (berjama'ah)." HR Abu Daud. Sahih

Kesan dari tidak meluruskan shaf

Shaf yang tidak lurus akan membawa pada tercerai berainya hati, hati yang tercerai berai membawa pada berbagai pelbagai kemudharatan. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam,

استووا ولا تختلفوا فتختلف قلوبكم

“Luruskanlah (shaff kalian) dan jangan bercerai-berai sehingga akan tercerai berai hati kalian” HR Muslim

Diantara kemudharatanya adalah muncul nya perpecahan dalam perkara aqidah dan manhaj, yang akan membawa pada permusuhan dan pertumpahan darah, sebagaimana telah banyak terjadi di zaman ini.
Dan juga antara kesan dari tercerai berainya hati adalah wujudnya dari kalangan orang Islam, mereka-mereka  yang tidak serius dan  sambil lewa dalam perkara agama.Ini adalah kerana hati-hati mereka berbolak-balik diantara kebenaran dan kebatilan.

Maka wajib bagi imam masjid untuk menaruh perhatian besar pada kelurusan shaf solat, mengingatkan jamaah solat untuk selalu meluruskan shaf. Semoga Allah memberi taufik bagi imam-imam masjid untuk menegakkan kewajiban ini, dan tidak bermudah-mudahan dengannya.



Wednesday, 5 July 2017

Kejahatan dan kerosakan akan muncul jika menyimpang dari Sunnah Nabi saw yang sebenar.

Kejahatan dan kerosakan akan muncul jika menyimpang dari Sunnah Nabi saw yang sebenar.

حُذَيْفَةَ بْنَ الْيَمَانِ يَقُولُا
كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّونَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Hudzaifah bin Yaman berkata, "Biasanya orang-orang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang kebajikan. Namun saya bertanya kepada beliau tentang kejahatan, kerana saya bimbang akan menimpaku. Lalu saya bertanya, "Wahai Rasulullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan, kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" beliau menjawab: "Ya." Saya bertanya lagi, "Apakah setelah itu ada lagi kebaikan?" beliau menjawab: "Ya, akan tetapi ada cacatnya! saya bertanya, "Apa cacatnya?" Beliau bersabda: "Kaum yang mengamal sunnah selain dari sunnahku, dan memimpin tanpa hidayahku, kamu tahu mereka tapi kamu ingkari." Saya bertanya, "Apakah setelah itu akan ada kejahatan lagi?" Jawab beliau: "Ya. Yaitu orang-orang yang menyeru menuju neraka Jahannam, barangsiapa memenuhi seruannya maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka itu." Maka saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah! Tunjukanlah kepada kami ciri-ciri mereka." Beliau menjawab: "Baik. Kulit mereka seperti kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita." Aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, bagaimana petunjuk anda seandainya saya menemui hal yang demikian?" Jawab beliau: "Tetaplah kamu bersama jama'ah kaum muslimin dan imam (pemimpin) mereka." Saya bertanya lagi, "Jika tidak ada jama'ah dan imam?" beliau menjawab: "Tinggalkan semua kelompok meskipun kamu menggigit akar kayu sampai ajal menjemput, dan kamu masih tetap pada pendirianmu." HR Muslim

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى {123} وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan ia tidak akan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Thaha: 123-124

Abdullah bin Abbas berkata, “Allah menjamin kepada siapa saja yang membaca Al-quran dan mengikuti apa-apa yang ada di dalamnya, bahwa dia tidak akan sesat di dunia dan tidak akan celaka di akhirat.” Tafsir ath Thabari,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. H.R. Malik; al-Hakim, al-Baihaqi(Hadits Shahih Lighairihi)

Ini adalah suatu kenyataan yang ada, menunjukkan bahwa umat Islam telah berpecah-belah menjadi banyak golongan. Antara satu dengan lainnya memiliki prinsip-prinsip yang berbeza-beza,hbahkan kadang-kadang saling bertentangan. Kenyataan seperti ini menjadi bukti kebenaran nubuwwah (kenabian) Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau telah memberitakan iftiraqul ummah (perpecahan umat Islam) ini semenjak hidup beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Pesan Allah swt  dalam sulah Ali Imran:103

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِإِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk

Walaupun demikian, kita tidak boleh pasrah terhadap kenyataan yang ada, bahkan kita diperintahkan untuk mengikuti syariat Islam  dalam apajua keadaan.Sedangkan syariat telah memerintahkan agar kita bersatu di atas al-haq, di atas Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sahabatnya radhiallahu ‘anhum.

Salah satu hal terpenting untuk menyatukan umat ini ialah, umat harus mengikuti kaidah yang benar dalam memahami al-Kitab dan as-Sunnah.



Saturday, 1 July 2017

Sedekah, Pemaaf dan Tawadhu'


Sedekah, Pemaaf dan Tawadhu'

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
“Dari Abu Hurairah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya". HR Muslim

1- Sedekah itu tidak akan mengurangi harta.( مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ )

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ٠إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ٠
Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).An-Najm 3-4

Perkara utama yang perlu diberi perhatian dan wajib diimani ialah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah mengucapkan sesuatu berdasarkan hawa nafsunya semata-mata(an-Najm:3-4). Apabila beliau bersabda yang bermaksud, “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta”, maka pernyataan ini adalah bukan berdasarkan runtunan nafsu tetapi ianya adalah merupakan petunjuk wahyu dari Allah swt. Ditinjau dari perspektif yang lain,iaitu jika dilihat dari sisi jumlah, harta tersebut mungkin saja boleh berkurang. Namun kalau kita lihat dari sudut hakikat dan keberkatannya, malahan ianya bertambah. Boleh jadi kita bersedekah dengan 10 ringgit, lalu Allah beri ganti dengan 100 ringgit. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” Saba’: 39).

Allah berkuasa menggantikan sedekah tersebut segera di dunia.
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ

Katakanlah: "Apakah akan aku jadikan pelindung selain dari Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak memberi makan?"Al-An'am:14
Juga Allah berkuasa  memberikan balasan dan ganjaran di akhirat. Allah Ta’ala berfirman,

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpaman orang-orang yang menafkahkan hartanya  mereka di jalan Allah adalah serupa dengan butir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir seratus biji. Allah (terus-menerus) melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (karuniaNya) Lagi Maha Mengetahui.” Al-Baqarah 261

2-Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. ( وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا )

Menjadi pemaaf bukti bahwa seseorang itu berhati lembut, lapang dada, sabar, dermawan, dan mulia. Sehingga sifat pemaaf ini akan menjadikan pemiliknya sebagai manusia mulia di hadapan Allah dan manusia.

Hayatilah firman Allah Taála berikut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلادِكُمْ عَدُوّاً لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”Al-Taghabun: 14

Juga hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiyallahu 'Anha,beliau  ditanya tentang akhlak suaminya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,

لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا صَخَّابًا فِي الْأَسْوَاقِ وَلَا يَجْزِي بِالسَّيِّئَةِ السَّيِّئَةَ وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَح

“Tidaklah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam itu orang yang perkataannya keji ataupun orang yang berusaha berkata keji, tidak berteriak-teriak di pasar, tidak membalas keburukan dengan keburukan serupa; tetapi beliau memaafkan dan mengampuni kesalahan.” HR Ahmad dan Al-Tirmizi

Allah juga telah mengisahkan dalam Al-Qur'an tentang Nabi-Nya, iaitu Yusuf ‘alaihis salam. Saudara-saudaranya telah menyakiti dan menzaliminya. Namun saat Yusuf berkuasa dan kaya raya, sementara saudara-saudaranya datang kepadanya meminta bantuan, Yusuf tidak membalas keburukan mereka dahulu dengan balasan serupa. Malahan Yusuf memaafkan mereka,Allah Taála merakamkan perkatan Yusuf alaihis salam dalam surah Yusuf:92

قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Pada hari ini tak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang."  Yusuf: 92

3-Dan tidak ada orang yang merendahkan diri ( تَوَاضَعَ )kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya".( وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ )

Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam :

من ترك اللّباس تواضعا لله وهو يقدر عليه , دعاه الله يوم القيامة على رءس الخلائق , حتّى يخيّر من أيّ حلل الإيمان شاء يلبسها
"Barangsiapa yang menanggalkan pakaian mewah karena tawadhu' kepada Allah, padahal ia dapat (mampu) membelinya, Allah akan memanggilnya pada hari kiamat dihadap sekalian manusia, kemudian menyuruhnya memilih sendiri pakaian iman mana pun yang ia kehendaki untuk dikenakan."HR At-Tirmidzi , Imam Ahmad didalam  dan Imam al-Hakim dalam Al-Mustadraknya
Definasi Tawadhu'

Tawadhu' (التّواضع) secara bahasa adalah التّذلّل "Ketundukan" dan التّخاشع "Rendah Hati". Asal katanya adalah Tawadha'atil Ardhu' yakni Tanah itu lebih rendah daripada tanah sekelilingnya.

Sifat Tawadhu' atau Rendah hati adalah sifat semua Nabi dan Rasul.Sifat mulia yang wajib dicontohi oleh semua orang Islam, agar tidak terjebak dalam sifat sombong.
Allah Ta’ala berfirman:

تِلْكَ الدَّارُ الآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الأَرْضِ وَلا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” Al-Qashash: 83

Allah Ta’ala berfirman:
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, dari kalangan orang-orang yang beriman.” Asy-Syu’ara`: 215

Dari Iyadh bin Himar radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

وَإِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا حَتَّى لَا يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ وَلَا يَبْغِ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ

“Dan Allah mewahyukan kepadaku agar kamu saling merendah diri agar tidak ada seorang pun yang berbangga diri pada yang lain dan agar tidak seorang pun berlaku zalim pada yang lain.” HR. Muslim

Dan kesombongan adalah sifat yang ada pada Iblis.Tentang kesombongan Iblis ini diungkapkan dalam Al Qur’an sebagai berikut :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia Termasuk golongan orang-orang yang kafir.  Al Baqarah". :34

Allah juga mengungkapkan kesombongan iblis didalam Al Qur’an  Al A’raf ayat 11-13,

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ (١١)قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ (١٢)قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada Para Malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, Maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak Termasuk mereka yang bersujud".

Dalam Surah Al-Israa’ ayat 37, Allah SWT juga melarang manusia berbuat sombong :

وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الأرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولا
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung".

Juga dalam SurahLuqman ayat 18 :
وَلا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".

Didalam hadith-hadith juga banyak disebutkan agar manusia bersifat Tawadhu’ dan tidak berbuat sombong. Diantaranya sebagai berikut,

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رض عَنِ النَّبِيّ ص قَالَ: لاَ يَدْخُلُ اْلجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. فَقَالَ رَجُلٌ: اِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ اَنْ يَكُوْنَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَ نَعْلُهُ حَسَنَةً؟ قَالَ: اِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ اْلجَمَالَ. اَلْكِبْرُ بَطَرُ اْلحَقّ وَ غَمْطُ النَّاسِ.

"Dari Abdullah bin Mas’ud ra, dari Nabi SAW beliau bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya itu ada sebesar zarrah dari sombong”. Lalu ada seorang laki-laki bertanya, “Sesungguhnya ada orang senang bajunya itu bagus dan kasutnya bagus, (yang demikian itu bagaimana, ya Rasulullah ?”). Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka pada keindahan. Sombong itu ialah menolak kebenaran dan merendahkan manusia”. HR. Muslim dan Tirmizi

Juga sabda Rasulullah saw,

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيّ ص قَالَ: لَيَنْتَهِيَنَّ اَقْوَامٌ يَفْتَخِرُوْنَ بِاٰبَائِهِمُ الَّذِيْنَ مَاتُوْا: اِنَّمَا هُمْ فَحْمُ جَهَنَّمَ اَوْ لَيَكُوْنُنَّ اَهْوَنَ عَلَى اللهِ مِنَ اْلجُعَلِ الَّذِى يُدَهْدِهُ اْلخِرَاءَ بِاَنْفِهِ. اِنَّ اللهَ اَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبّيَّةَ اْلجَاهِلِيَّةِ وَ فَخْرَهَا بِاْلاٰبَاءِ. اِنَّمَا هُوَ مُؤْمِنٌ تَقِيٌّ وَ فَاجِرٌ شَقِيٌّ. اَلنَّاسُ كُلُّهُمْ بَنُوْ اٰدَمَ وَ اٰدَمُ خُلِقَ مِنَ التُّرَابِ. الترمذى

"Dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, beliau bersaba, “Hendaklah orang-orang itu berhenti dari membanggakan nenek-moyang mereka yang telah mati, sesungguhnya mereka itu menjadi bara api Jahannam, atau orang-orang itu akan menjadi lebih hina menurut pandangan Allah daripada kumbang pemakan kotoran yang mendorong kotoran dengan moncongnya. Sesungguhnya Allah telah menghilangkan dari kalian kesombongan jahiliyyah dan berbangga dengan nenek moyang. Sesungguhnya manusia itu hanya (ada dua), orang mukmin yang thaat atau orang jahat yang celaka. Manusia semuanya adalah keturunan Adam, dan Adam diciptakan dari tanah”. HR. Tirmizi

Dan Allah SWT berfirman :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


"Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal". Al Hujurat : 13