Friday, 23 June 2017

Menahan buang air atau angin dalam solat

Menahan buang air atau angin dalam solat

Bolehkah seseorang itu menahan solatnya jika dia hendak buang air atau angin atau dia boleh membatalkan sahaja solatnya itu dan kembali berwuduk semula?
Rasulullah saw bersabda:
لَا صَلَاةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلَا وَهُوَ يُدَافِعُهُ الْأَخْبَثَانِ
Maksudnya:

“Tidak sempurna solat seseorang itu di waktu sudah tersedia makanan dan ketika dia dalam keadaan menahan kencing dan berak”.HR Muslim

Ada ulama yang memahami hadith ini dengan tidak sahnya solat seseorang itu, jika solatnya di dalam keadaan makanan sudah tersedia dan di dalam keadaannya menahan kencing dan berak. Ini adalah pandangan ulama yang berpendapat bahawa khusyuk termasuk dalam kewajiban solat, bererti maksud kata “laa” dalam hadis menunjukkan tidak sah solat dengan menahan kencing.

Sebahagian ulama yang lain pula memahami hadith ini dengan “tidak sempurna solat” bagi seseorang yang makanannya sudah tersedia dan di dalam keadaannya menahan kencing atau berak. Ini adalah menurut jumhur atau majaoriti ulama yang berpandangan bahawa khusyuk adalah sunnah, bukan wajib. Sehingga “laa” yang dimaksud dalam hadis adalah menafikan kesempurnaan solat atau hadis tersebut diertikan “tidak sempurna solat dari orang yang menahan kencing”.

Lantaran itu, orang yang masih boleh khusyuk di dalam solatnya dan tidak begitu terganggu dengan makanan dan gangguan untuk membuang air tadi, maka solatnya boleh diteruskan seperti biasa. Bagi orang yang tidak dapat menahan pula dari kekhusyukan solatnya dan kesakitan perutnya, maka seseloknya baginya makan dahulu dan hendaklah dia membuang air dahulu.

Kepentingan khusyuk dalam solat

Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ . الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.Surah al-Mu’minun: 1-2

Ibn Kathir berkata: Maksudnya mereka telah mendapatkan kemenangan, kebahagiaan, serta memperoleh keberuntungan. Mereka itulah orang-orang Mukmin yang bersifat dengan sifat-sifat ini: Orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.

Setelah ayat ini diturunkan, Baginda saw. mengalihkan pandangannya ke tempat sujudnya kerana khusyuk ketika solat.

Thursday, 22 June 2017

Ringkasan Amalan Malam Raya dan Harinya

Ringkasan Amalan Malam Raya dan Harinya

"Hari Raya Aidul Fitri" yang juga terkenal dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Ta’ala untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Allah.

Umat Islam adalah  digalakkan untuk menyambut Hari Raya dengan :-

1-MemperbanyakanTakbir

Membaca takbir pada hari Raya adalah disunatkan.Berkaitan takbir ketika Aidulfitri Allah Ta'ala befirman:
لِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir atau mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikanmu , semoga kamu jadi umat yamg bersyukur”.Al-Baqarah 185

Bertakbir Aiduladha, Allah Ta'ala berfirman:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ

“Dan berzikirlah kepada Allah Ta'ala pada hari-hari tertentu”. al-Baqarah 203

 Allah Ta'ala berfirman:

كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ

“Demikianlah Ia mengerahkannya untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah atas petunjuk yang diberikanNya kepadamu”. al-Hajj 37

Menyambut Hari Raya Dengan Takbir

Umat Islam digalakkan menyambut hari raya "Aidulfitri dan "Aiduladha" dengan takbir dan tahmid sebagai bersyukur pada hari baik - bulan baik itu.
Ini diterangkan di dalam al-Qur'an(diatas)  dan juga di dalam hadith yang berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ
“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir”.HR Tabrani

        Jumhur ulama berpendapat bahawa takbir pada hari Raya Aidulfitri bermula pada waktu pergi solat Hari raya hingga di mulakan khutbah. Dalam masaalah ini terdapat beberapa hadis,namun kesemuanya dhaif. Bagaimanapun ada riwayat hadis yang sahih dari Ibnu Umar dan sahabat-sahabat lainnya. Al-Hakim berkata: "Ini merupakan Sunnah yang mashyur dikalangan ahli hadis." Ia juga merupakan pendapat Malik, Ishak, Ahmad dan Abu Thaur.

Sebahagian Ulama berpendapat bahawa takbir bermula sejak terlihatnya bulan pada malam Hari Raya Aidilfitri hingga pagi hari ketika hendak pergi menuju tempat solat atau imam berangkat untuk mengerjakan solat.

Contoh lafaz Takbir Ibn Mas’ud ra. Riwayat dari beliau ada 2 lafaz takbir:

أ‌-          اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ
ب‌-        اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ

Keterangan:
Lafadz: “Allahu Akbar” pada takbir Ibn Mas’ud boleh dibaca dua kali atau tiga kali. Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf.

2- Memperbanyakan amal ibadah pada malam raya dan harinya

Allah Ta'ala befirman:
لِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir atau mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikanmu , semoga kamu jadi umat yamg bersyukur”.Al-Baqarah 185

Kemuliaan "Hari Raya - Idul Fithri " diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga diterangkan di dalam hadith seperti berikut:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

“Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. HR Ibn Majah (Dhoif)

Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Ta’ala.

Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar,  hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.

Imam Nawawi berkata dalam Al Majmu’ (5: 42), “Disunnahkan menghidupkan malam Idul Fithri dan Idul Adha dengan solat atau amalan ketaatan lainnya. Didalam Al-Fiqhu ‘ala Madzahibil Arba’ah mengatakan “Dianjurkan menghidupkan malam dua hari raya dengan keta’atan kepada Allah berupa dzikir, tilawah al-Qur’an, dan semisal.

3- Memperbanyakan Doa

Mengambil kesempatan berdoa pada malam hari raya, kerana ia disebutkan sebagai salah satu daripada 5 waktu mustajabnya doa seseorang hamba (Hadith berkaitan perkara ini dhoif). Luangkanlah masa bukan sahaja ketika berpuasa dan sewaktu berbuka puasa tetapi juga pada malam hari raya dengan memperbanyakkan berdoa kepada Allah dan beristighfar. Pada malam hari raya juga segala amalan kebaikan akan beroleh pahala yang besar kepada mereka yang melaksanakannya kerana mencari keredhaan Allah SWT.

Berdasarkan maksud hadith berikut:
“Dari Abu Umamah Al Bahili berkata, Rasulullah saw. telah bersabda, “Pada lima malam yang tidak akan ditolak (diijabah) padanya doa, yaitu : Awal malam pada bulan Rajab, malam pertengahan bulan Sya’ban, malam Jum’at, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam kitabnya Tarikh Madina Dimasyq, (Dhoif)

Juga berdalilkan keumuman Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam berfirman-Nya,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ

 “Dan apabila bamba-bamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”. Al-Baqarah :186).

4- Menunaikan Zakat Fitrah

Dalil wajibnya diterangkan dalam hadith yang berikut:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ.

“Dari (Abdullah) Ibn Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah,  satu gantang dari buah tamar (kurma) atau satu gantang dari sya'ir (sejenis gandum), atas tiap-tiap seorang hamba abdi atau merdeka,  lelaki atau perempuan,  kanak-kanak atau orang dewasa dari kalangan umat Islam .." HR Bukhari dan Muslim

Zakat fitrah disyariatkan dalam bulan Sya'ban, tahun hijriyah yang kedua dan tujuan atau hikmatnya diterangkan dalam hadith yang berikut:

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ.

“Dari Ibn Abbas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. telah menentukan wajibnya zakat fitrah,  untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin,  oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang maqbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain”. HR Abu Daud (sanad Jayyid)

Di antara amalan khusus menjelang hari raya Aidulfitri yang utama adalah menunaikan zakat fitrah dan masa Untuk Mengeluarkan Zakat Fitrah adalah seperti berikut:

Menurut pegangan alim ulama' dalam mazhab Syafi'i masa bagi mengeluarkan fitrah, terbahagi kepada lima:
Pertama masa harus,  kedua masa wajib,  ketiga masa fadhilat, keempat masa makruh dan kelima masa haram.
"Ada pun masa harus ialah - zakat fitrah itu - dikeluarkan pada awal bulan Ramadhan.  Masa wajib bila telah masuk matahari pada akhir bulan Ramadhan.  Masa Fadhilat sebelum keluar untuk mengerjakan sembahyang hari raya.  Masa makruh jika dita'khirkan selepas sembahyang hari raya dengan tiada uzur - dan masa haram:  Jika dita'khirkan hingga selepas hari raya dengan tiada uzur.

Dalam aspek ibadat, zakat fitrah berfungsi menyucikan diri orang berpuasa daripada perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa seperti kata-kata tidak berfaedah yang kadang-kadang sukar untuk dikawal.  Manakala aspek sosial pula, zakat fitrah bertindak membantu golongan fakir miskin dengan memberikan bantuan makanan atau dalam bentuk wang kepada mereka terutama untuk persiapan menyambut Aidilfitri supaya mereka turut bergembira bersama-sama orang lain yang lebih berkemampuan.

5- Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Riwayat dari ‘Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu,

سَأَلَ رَجُلٌ عَلِيًّا رَضِيَ اللهُ عَنْهَ عَنِ الغُسْلِ قَالَ اِغْتَسِلْ كُلًّ يَوْمٍ إِنْ شِئْتَ فَقَالَ لاَ الغُسْل الَّذِي هُوَ الغُسْلُ قَالَ يَوْمَ الجُُُمُعَةِ وَيَوْمَ عَرَفَةَ وَيَوْمَ النَّحْرِ وَيَوْمَ الفِطْرِ

Seseorang pernah bertanya pada ‘Ali radhiyallahu ‘anhu mengenai mandi. ‘Ali menjawab, “Mandilah setiap hari jika kamu mau.” Orang tadi berkata, “Bukan. Maksudku, manakah mandi yang dianjurkan?” ‘Ali menjawab, “Mandi pada hari Jum’at, hari ‘Arofah, hari Idul Adha dan Idul Fithri.” HR. Al Baihaqi .Sahih

Riwayat Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma,

عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Dari Nafi’, (ia berkata bahwa) ‘Abdullah bin ‘Umar biasa mandi di hari Idul Fithri sebelum ia berangkat pagi-pagi ke tanah lapang. HR Malik dalam Muwatho’ 426. An Nawawi menyatakan bahwa atsar ini sahih [Al-Majmu'] )

عَنِ ابْنِ السَّبَّاقِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: يَا مَعْشَرَ اْلمُسْلِمِيْنَ، اِنَّ هذَا (يَوْمَ اْلجُمُعَةِ) يَوْمٌ جَعَلَهُ اللهُ عِيْدًا فَاغْسِلُوْا

Dari Ibnus Sabbaaq, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Hai kaum Muslimin, hari (Jumaat) ini adalah satu hari yang Allah jadikan hari raya. Kerana itu hendaklah kamu mandi". HR Malik, dalam Al-Muwaththa’

Keterangan :
Menurut hadits tersebut, hari Jumaat dipandang sebagai hari raya dan kita disuruh mandi padanya. Dengan demikian dapat difahami, bahawa mandi pada hari raya adalah lebih utama.

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

Waktu Mandi:
Menurut Syafi'e pada kedua-dua hari raya bermula daripada pertengahan malam hari raya.Menurut Maliki pada seperenam terakhir malam dan dianjurkan mandi setelah melakukan solat subuh. Menurut Hanafi dan Hanbali setelah solat subuh sebelum berangkat ketempat solat

6- Mengerjakan solat Idul Fithri

أَمَرَنَا – تَعْنِى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- – أَنْ نُخْرِجَ فِى الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ.

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kepada kami pada saat solat ‘ied (Idul Fithri ataupun Idul Adha) agar mengeluarkan para gadis (yang baru meningkat dewasa/baligh) dan wanita perawan, begitu pula wanita yang sedang haid. Namun beliau memerintahkan pada wanita yang sedang haid untuk menjauhi tempat shalat. HR Muslim  dari Ummu ‘Athiyah.

Solat Idul Fitri adalah solat yang dikerjakan di pagi Hari Raya Idul Fitri (1 Syawal).
Waktu perlaksanaanya; Menurut Jumhur ulama  Hanafiyah, Malikiyah dan Hambali-, waktu solat ‘ied dimulai dari matahari setinggi tombak sampai waktu zawal (matahari gelincir ke barat).

Adapun hukum mengerjakan sholat 'eid ini adalah sunah muakadah bagi muslim dan muslimah, baik yang mukim maupun musafir dan dianjurkan dikerjakan secara berjamaah.
dan menurut sebahagian ulama hukumnya adalah adalah wajib bagi setiap muslim, baik laki-laki maupun perempuan yang dalam keadaan mukim. Dalil dari hal ini adalah hadits dari Ummu ‘Athiyah diatas.

7- Bersedakah

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمنِ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجْتُ مَعَ النَّبِيّ ص يَوْمَ فِطْرٍ اَوْ اَضْحًى فَصَلَّى الْعِيْدَ ثُمَّ خَطَبَ، ثُمَّ اَتَى النّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَ ذَكَّرَهُنَّ وَ اَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ

Dari 'Abdur Rahman, ia berkata : Aku mendengar Ibnu 'Abbas berkata, "Aku pernah keluar bersama Nabi SAW pada hari raya 'Idul Fithri atau 'Idul Adha, lalu beliau solat 'Id, kemudian berkhutbah. Kemudian beliau datang ke tempat para wanita, memberikan nasehat kepada mereka, mengingatkan mereka, dan menganjurkan kepada mereka untuk bersedekah". HR. Bukhari

عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ اَخْبَرَنِي عَطَاءٌ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ: قَامَ النَّبِيُّ ص يَوْمَ الْفِطْرِ فَصَلَّى فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ ثُمَّ خَطَبَ. فَلَمَّا فَرَغَ نَزَلَ فَأَتَى النّسَاءَ فَذَكَّرَهُنَّ وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى بِلَالٍ وَبِلَالٌ بَاسِطٌ ثَوْبَهُ يُلْقِي فِيْهِ النّسَاءُ الصَّدَقَةَ. قُلْتُ لِعَطَاءٍ: زَكَاةَ يَوْمِ الْفِطْرِ؟ قَالَ: لَا وَل?كِنْ صَدَقَةً يَتَصَدَّقْنَ حِينَئِذٍ تُلْقِي فَتَخَهَا وَيُلْقِيْنَ. قُلْتُ اَتُرَى حَقًّا عَلَى الْاِمَامِ ذ?لِكَ وَ يُذَكّرُهُنَّ؟ قَالَ: اِنَّهُ لَحَقٌّ عَلَيْهِمْ، وَمَا لَهُمْ لَا يَفْعَلُوْنَهُ

"Dari ibnu Juraij, ia berkata : 'Atho' mengkhabarkan kepadaku dari Jabir bin 'Abdullah, ia mengatakan bahwa Jabir berkata : Nabi SAW melaksanakan shalat hari raya 'Idul Fitri, yang mula-mula beliau lakukan adalah solat, kemudian berkhutbah. Setelah selesai khutbah, beliau turun lalu datang ke tempat para wanita,, beliau memberikan nasehat, mengingatkan mereka dengan berpegang pada Bilal, sedangkan Bilal membentangkan kainnya, dan para wanita lalu memberikan sedekahnya. (Ibnu Juraij berkata). Aku bertanya kepada 'Atho', "Apakah yang mereka berikan itu zakat fitrah?". Ia menjawab, "Bukan, tetapi sedekah yang para wanita bersedekah pada waktu itu. Ada wanita yang memberikan gelangnya, dan mereka para wanita memberikan sedekahnya". (Ibnu Juraij berkata) : Aku bertanya (kepada 'Atho'), "Apakah kewajiban imam melakukan demikian itu, memberi nasehat kepada para wanita?". ('Atho' menjawab), "Ya, itu adalah kewajiban mereka, tetapi entah mengapa mereka sekarang tidak melakukannya". HR Bukhari

عَنْ سَعِيْدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ النَّبِيَّ ص صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ اَتَى النّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَاَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِيْنَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Dari Sa'id bin Jubair, dari Ibnu 'Abbas bahwasanya dahulu Nabi SAW melaksanakan solat hari raya 'Idul Fithri 2 rekaat, beliau tidak solat apapun sebelumnya mahupun sesudahnya. Kemudian beliau datang bersama Bilal ke tempat para wanita, lalu beliau menganjurkan mereka untuk bersedekah, lalu para wanita bersedekah, ada yang memberikan anting-antingnya, dan ada pula yang memberikan kalungnya. HR Bukhari

8- Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim dan menghubungkan silaturrahim.

Menghubungkan silaturrahim ini termasuk salah satu bentuk ibadah yang diberi kelebihan dan nilai pahala yang besarnya di sisi Allah SWT, oleh kerana telah menjadi budaya kita saling ziarah menziarahi sesama kita dihari raya Adilfitri ini maka, kita boleh gunakan kesempatan ini untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat di kalangan sesama ahli keluarga. Yang terputus, kita jalinkan kembali; yang renggang, kita dekat-dekatkan; dan yang rapat, kita mesra-mesrakan.Hulurkan tangan memohon maaf tanpa mengira siapa yang benar dan siapa yang salah. Itulah sifat seorang Muslim yang mulia.Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib,sepertimana Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisaa ayat 1:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

“Dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalahhubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawasi ) kamu”.

Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

“Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya” HR Bukhari dan Muslim)

Sunday, 18 June 2017

Adab-adab pada hari raya

Adab-adab pada hari raya ialah:

v  Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabatnya iaitu Ibnu Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Said bin Al-Musayyib berkata: “Sunat-sunat hari raya ada tiga:”Berjalan ketempat solat, makan sebelum keluar dan mandi”.

وَعَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَ، قَالَ: مِنَ اَلسُّنَّةِ أَنْ يَخْرُجَ إِلَى اَلْعِيدِ مَاشِيًا
Daripada ‘Ali RA, katanya: “Adalah daripada sunnah keluar pada hariraya dengan berjalan kaki” HR Tirmizi

عَنِ ابْنِ السَّبَّاقِ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: يَا مَعْشَرَ اْلمُسْلِمِيْنَ، اِنَّ هذَا (يَوْمَ اْلجُمُعَةِ) يَوْمٌ جَعَلَهُ اللهُ عِيْدًا فَاغْسِلُوْا

Dari Ibnus Sabbaaq, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Hai kaum Muslimin, hari (Jumaat) ini adalah satu hari yang Allah jadikan hari raya. Kerana itu hendaklah kamu mandi". HR Malik, dalam Al-Muwaththa’

Keterangan :

Menurut hadits tersebut, hari Jumaat dipandang sebagai hari raya dan kita disuruh mandi padanya. Dengan demikian dapat difahami, bahawa mandi pada hari raya adalah lebih utama.

v  Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Catitan:
Mengikut riwayat yang sahih Nabi SAW tidak pernah mengerjakan solat sunat hariraya di masjid kecuali apabila berlaku hujan lebat dan sebagainya. Ia berdasarkan hadith Abu Hurairah RA, katanya:

أَنَّهُمْ أَصَابَهُمْ مَطَرٌ فِي يَوْمِ عِيدٍ، فَصَلَّى بِهِمْ اَلنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ اَلْعِيدِ فِي اَلْمَسْجِدِ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka ditimpa hujan pada hariraya, lalu Nabi SAW solat hariraya bersama mereka di masjid”
(Riwayat Abu Daud)

Sementara mazhab al-Syafi`i berpendapat bahawa dianjurkan solat hariraya di musalla sekiranya sesebuah masjid tidak mampu menampung kapasiti jemaah yang ramai. Jika masjid mampu menampung kapasiti jemaah yang ramai, maka solat dimasjid adalah lebih afdal. Dalam hal ini, pendapat jumhur ulama ` adalah lebih tepat berdasarkan hadith yang sahih dan juga amalan para sahabat.Pendapat jumhur ulama` yang terdiri dari tiga mazhab, iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali mengerjakan solat hariraya di musalla(tempat solat) adalah lebih afdal berdasarkan amalan Nabi SAW dan para sahabat kecuali di Masjidil Haram.

v  Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak sunat makan dan minum sehingga bersolat.

وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اَللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ اَلْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَات

Daripada Anas RA, beliau berkata: “Adalah Rasulullah SAW tidak keluar waktu pagi pada hari `idil fitr sehingga Baginda makan buah tamar dalam bilangan yang ganjil”
HR Bukhari

v  Sunat pergi ke masjid dengan melalui jalan yang lain. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir ra, katanya:
وَعَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَ، قَالَ:  كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ اَلطَّرِيقَ
Maksudnya: Nabi Saw melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan balik pada hari raya”. HR Bukhari

v  Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadith Wasilah yang diriwayatkan oleh Bukhari.

عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الأَسْقَعِ ، قَالَ : لَقِيتُهُ يَوْمَ عِيدٍ ، فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ . فَقَالَ : نَعَمْ فَتَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ . ثُمَّ قَالَ وَاثِلَةُ : لَقِيتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عِيدٍ ، فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ ، فَقَالَ : " نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ "
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka"

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama.

v  Selepas matahari terbit, makruh bagi Imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya. Hal ini berdasarkan hatith daripada Ibnu Abbas ra.
أَنَّ اَلنَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى خَرَجَ  يَوْمَ الْفِطْرِفَصَلَّ رَكْعَتَيْنِ، لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا

Maksudnya: Nabi saw keluar pada hari Aidilfitri, lalu Baginda bersolat hari raya sebanyak dua rakaat dan tidak melakukan solat yang lain sama ada sebelum atau selepasnya. HR Bukhari

Saturday, 17 June 2017

Sudut Feqah: Bertakbir Pada Hari Raya

Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah(Muhammad al-Sayyid Sabiq)
2-Al-Umm(Imam al-Syafie)
3-Fiqh Manhaji
4-Fathul Bari( Ibnu Hajar Atsqolani )

Membaca takbir pada hari Raya adalah disunatkan.Berkaitan takbir ketika Aidilfitri Allah Ta'ala befirman:
لِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir atau mengagungkan Allah atas petunjuk yang diberikanmu , semoga kamu jadi umat yamg bersyukur.Al-Baqarah 185
Bertakbir Aidiladha, Allah Ta'ala berfirman:
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعْدُودَاتٍ

Dan berzikirlah kepada Allah Ta'ala pada hari-hari tertentu. al-Baqarah 203
 Allah Ta'ala berfirman:

كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ
Demikianlah Ia mengerahkannya untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah atas petunjuk yang diberikanNya kepadamu. al-Hajj 37
        Jumhur ulama berpendapat bahawa takbir pada hari Raya Aidilfitri bermula pada waktu pergi solat Hari raya hingga di mulakan khutbah. Dalam masaalah ini terdapat beberapa hadis,namun kesemuanya dhaif. Bagaimanapun ada riwayat hadis yang sahih dari Ibnu Umar dan sahabat-sahabat lainnya. Al-Hakim berkata: "Ini merupakan Sunnah yang mashyur dikalangan ahli hadis." Ia juga merupakan pendapat Malik, Ishak, Ahmad dan Abu Thaur.
Sebahagian Ulama berpendapat bahawa takbir bermula sejak terlihatnya bulan pada malam Hari Raya Aidilfitri hingga pagi hari ketika hendak pergi menuju tempat solat atau imam berangkat untuk mengerjakan solat.Waktu bertakbir pada hari raya Aidiladha bermula pada subuh hari Arafah hingga akhir petang hari tasyriq, iaitu tarikh 11,12,13 Zulhijjah. Al-Hafiz dalam Fath Bari berkata: "Tidak ada keterangan hadis dari Nabi SAW. dalam masaalah ini. Riwayat yang paling sahih dari para sahabat Nabi SAW. ialah keterangan dari Ali dan Ibnu Mas'ud, yang bermaksud bahawa:
"Ia (takbir pada Aidiladha) bermula sejak subuh hari Arafah hingga A'sar hari terakhir di Mina."
HR: Ibnu al-Munzir dan selainnya, rujuk Irwa' al-Ghalil.
      Inilah pendapat yang dianut oleh al-Syafie,Ahmad,Abu Yusuf Muhmmad.Ini juga mazhab Umar dan Ibnu Abbas.
      Disunatkan bertakbir pada hari-hari Tasyriq tanpa dibatasi dengan waktu-waktu tertentu,tetapi ia boleh dilakukan pada setiap waktu sepanjang hari-hari tersebut. Al-Bukhari berkata: "Umar ra. bertakbir didalam khemahnya ketika berada di Mina, lalu didengar oleh orang-orang yang berada di masjid dan mereka pun mengikuti takbirnya, bahkan orang-orang yang berada dipasar pun ikut sama bertakbir dengannya.Hingga gema takbir bergemuruh disetiap pelusuk Mina.Pada hari-hari Tasyriq Ibnu Umar bertakbir di Mina, sama ada setelah solat, di atas pembaringan,dalam keadaan duduk, ketika berjalan, di dalam Khemah atau ditempat manapun beliau berada .Maimunah bertakbir pada Hari Raya Qurban, kaum perempuan selainnya ramai yang bertakbir di Masjid bersama kaum lelaki yang dipimpin oleh Abban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz.  
       Al-Hafidz berkata: "Apa-apa yang dikerjakan oleh para sahabat dan tabi'in tersebut menyatakan adanya bacaan takbir sepanjang hari-hari tasyriq, samaada setelah solat ataupun di tempat-tempat yang lain.Bagaimanapun ulama berselisih pendapat berkaitan waktu membaca takbir.Sebahagian ulama membolehkannya setiap kali selesai mengerjakan solat dan ada pula yang mengatakan bahawa ia dikerjakan setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu dan bukannya setelah solat sunat.Ada pula mengkhususkan untuk kaum lelaki sahaja,sedangkan kaum perempua tidak dibolehkan bertakbir.Ada pula yang menegaskan bahawa takbir hanya dilakukan ketika mengerjakan solat berjemaah dan tidak disunatkan dalam keadaan bersendirian.Selain itu ada yang mengatakan hanya untuk solat-solat yang dikerjakan pada waktunya sahaja,sedangkan solat Qada tidak dibolehkan membaca takbir. Ada lagi yang membatasi hanya untuk orang-orang yang bermukim,manakala orang yang bermusafir pula tidak dibolehkan bertakbir.Ada pula yang mengkhususkan kepada penduduk kota, sedangkan penduduk kampong tidak dibenarkan membacanya.
         Pendapat yang menjadi pilihan al-Bukhari ialah bertakbir dilakukan pada setiap waktu  dan keadaan tanpa wujud perbezaan antara satu waktu dengan yang lain. Sebab, pelbagai athar yang merangkumi perbuatan dan perkataan para sahabat dan tabi'in menyokong kenyataan yang dibuat oleh al-Bukhari.
Terdapat pelbagai bentuk lafaz takbir, tetapi menurut keterangan yang paling sahih adalah hadis yang
diriwayatkan oleh Abdur Razaq dari Salman dengan sanad yang sahih, katanya:

كبرُوا:اللّهُ أكبر اللّهُ أكبراللّهُ أكبرُ كَبيِرَا
Ertinya:"Bertakbirlah dengan membaca lafaz: كبرُوا:اللّهُ أكبر اللّهُ أكبراللّهُ أكبرُ كَبيِرَا   Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,Sungguh Maha Besar.    Fathul Bari:Jil  2,hlm 536
Dari Umar dan Ibnu Mas'ud bahawa lafaznya adalah seperti berikut:
اللّهُ أكبر اللّهُ أكبرلا إلَهَ الا اللّه واللّهُ أكبر اللّهُ أكبرو لِلّه الحمدَ
Ertinya:  Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Maha Besar,Allah Maha Besar dan Bagi Allahlah segala puji-pujian.

Thursday, 15 June 2017

Larangan Tajassus - تَجَسَّسُوا (Membongkar Rahsia- Mengintip atau mencari kesalahan)

Larangan Tajassus - تَجَسَّسُوا (Membongkar Rahsia- Mengintip atau mencari kesalahan)

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِي
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keabaikan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. Al-Hujurat:12

Larangan Tajassus- وَلَا تَجَسَّسُوا

Tajassus bermaksud mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain. Hal ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Larangan ini diletakkan setelah adanya larangan berburuk sangka, karena biasanya dari prasangka yang timbul itu kemudian akan menyeret seorang itu ke dalam perbuatan tajassus.

Mencari-cari kesalahan orang lain berarti pula membuka aib, dan merupakan sebuah hal yang dilarang dalam ajaran Islam. Dalam sebuah kehidupan masyarakat yang Islami, setiap individu dapat hidup dengan rasa aman terhadap jiwa, rumah tangga, rahsia peribadi dan aibnya. Tidak ada jalan dan ruang untuk melanggar kehormatan peribadi ini yang merupakan hak asasi bagi manusia.

Ajaran Islam telah menentukan pergaulan manusia berdasarkan keadaan lahir setiap insan, tidak ada hak untuk menyelidiki keadaan batin dan rahsia orang lain. Betapa besar perhatian Rasulullah dalam membersihkan lingkungan kehidupan masyarakat Islam dari penyakit tajassus ini. Hasilnya terbukti pada perilaku, budi bahasa, dan adab kesopanan para sahabat beliau. Sebagai contoh, para sahabat tidak akan mengambil sebuah keputusan kecuali terhadap yang zahir dan ada bukti nyata.

Dari Ibnu Umar radhiallahu’anu dengan lafaz,

اختصم رجلان إلى النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم, فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم إنَّما أنا بشَرٌ وإنَّما أقضي بينكما بما أسمعُ منكما ، ولعلَّ أحدَكم أن يكونَ ألحنَ بحُجَّتِه من بعضٍ ، فمن قطعتُ له من حقِّ أخيه شيئًا, فإنَّما أقطع له قِطعةً من النَّارِ

Maksudnya: “Ada dua orang yang membawa hal perseteruannya kepada Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam, lalu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: ‘sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa. Aku akan memutuskan perkara dari perseteruan ini berdasarkan apa yang aku dengar dari kamu. Dan boleh jadi salah seorang dari kalian lebih pandai dalam berhujah daripada yang lain. Maka barangsiapa yang aku tetapkan baginya sesuatu hal yang sebenarnya itu adalah hak dari orang lain. Maka pada hakikatnya ketika itu aku telah menetapkan baginya sepotong api neraka”.

Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyatul Auliya (Hadith yang semakna ada diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim,Al-Nasai dan Tirmizi.

Jika begitu apakah hukum pegawai penyiasat?

Jawapan:

Menurut kaedah usul fiqh, larangan yang dimaksudkan itu berbentuk ‘am, iaitu bersifat umum atau rata. Ini bermaksud, semua perbuatan mencari rahsia itu haram. Akan tetapi, disabitkan bahawa Nabi saw. sendiri pernah menghantar pengintip untuk urusan perang, maka keumuman larangan itu akan terbatas. Oleh yang demikian, penyiasat-penyiasat yang menjalankan tugas untuk keselamatan dan keperluan masyarakat dan Negara adalah tidak dilarang.

            Disini dapat kita fahami bahawa “tajassus” yang dilarang adalah dalam urusan-urusan biasa di antara sahabat, keluarga, dalam pergaulan, dan urusan-urusan yang tidak berkait dengan keperluan masyarakat umum serta keselamatan.