Saturday, 15 July 2017

Malas beribadah kepada Allah

2.Tanda-tanda Munafik: Malas beribadah kepada Allah

Konsep malas beribadah mencankupi, apabila seseorang malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkahuntuk menghadiri majlis kebajikan.Pada zaman Rasulullah saw orang-orang munafik sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan.
Firman Allah swt:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingati/menyebut Allah kecuali sedikit sekali”.Al-Nisa:142
Orang munafik jika datang ke masjid, dia akan memilih saf yang paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.



Lupa kepada Allah s.w.t.

Tanda-tanda munafik: Lupa kepada Allah s.w.t.

Orang munafik memiliki sifat kemunafikan dalam fikiran dan batin mereka. Mereka tidak pernah terlintas untuk mengingati Allah baik dalam keadaan senang atau susah.

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Mereka telah dikuasai syaitan, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah golongan(pengikut) syaitan. Ingatlah, bahwa sesungguhnya golongan(pengikut) syaitan itulah golongan yang rugi.  Al Mujadalah:19

Munafik ( الْمُنَافِقِ )

Munafik ( الْمُنَافِقِ )

Umat Islam sejak dari zaman Rasulullah saw hingga ke hari ini tidak terlepas daripada angkara dakyah dan propaganda orang-orang munafik yang amat busuk hati mereka terhadap kebenaran dan kejayaan Islam. Orang munafik sentiasa memusuhi Allah dan Rasul-Nya serta umat Islam di mana-mana sahaja sepanjang masa. Mereka sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan, ragu-ragu dan menghancurkan umat Islam dengan berbagai cara supaya sikap, pemikiran dan ideologi mereka agar dapat dijiwai dan diamalkan oleh umat Islam secara sepenuhnya, sehingga menyalahi segala aspek ajaran dan hukum Allah.
            Secara umumnya perkataan munafik dalam istilah agama ialah seseorang yang memperlihatkan keimanan pada zahirnya, tetapi menyembunyikan kekafiran di dalam hati. Menurut Imam Nawawi, apabila orang beriman mempunyai atau menyerupai sifat-sifat munafik, maka ia disebut nifak iaitu melahirkan sesuatu yang menyalahi keadaan hatinya. Justeru itu, jika seseorang mulim yang mempunyai sifat nifak sedangkan ia tidak menyedarinya, maka kemungkinan berlakulah pencampur antara kekafiran dan keimanan di dalam hati dan jiwanya jika tidak diiringi dengan penyesalan dan memohon keampunan Allah.
Firman Allah swt:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا٠يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,nescaya Allah memperbaiki (diterima-Nya) bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.Al-Ahzab”.: 70-71

Landasan hidup orang munafik adalah kekafiran, rasa pengecut dengan menyembunyikan. Apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman mereka berpura-pura beriman, tetapi ternyata dalam hati dan jiwa mereka penuh dusta dan palsu semata-mata.

Pada hakikatnya orang-orang munafik lebih merosak dan lebih jahat daripada orang kafir walaupun mereka sama-sama hidup dalam kekafiran. Orang munafik amat licik dan dapat menipu dan menyesatkan orang-orang beriman. Mereka mempunyai ideologi dan matlamat yang tersendiri untuk memperdayakan umat Islam agar menyimpang daripada segala kebenaran.

Untuk mengenal tanda-tanda orang munafik dapat diketahui daripada keterangan al-Quran dan Sunnah dan bukannya dari hasil penilaian atau ditentukan oleh pemikiran akal manusia yang mungkin sebahagian daripada tanda-tanda itu nampak dalam pergaulan atau akhlaknya. Dalam al-Quran Allah swt menyebut kalimat al-nifak sebanyak 37 kali dalam berbagai-bagai surah. Oleh itu, kaum muslimin hendaklah sentiasa berhati-hati dan waspada menghadapi mereka serta berusaha menyingkirkan segala macam tipu daya mereka yang merosakkan martabat dan sahsiah umat Islam.
            Ulama ahli Sunnah waljamaah telah membahagikan tanda-tanda munafik atau nifak kepada dua jenis iaitu:

Pertama:

Nifak i’tiqadi, iaitu dalam bentuk keimanan. Nifak jenis ini menyebabkan mereka keluar dari agama kerana dalam hatinya mendustai Allah, Rasul,kitab dan sebagainya. Meskipun pada zahirnya ia nampak mengakui kebenaranya, sebagaimana dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran dengan firman-Nya:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الأَخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ -8- يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ -9- فِي قُلُوبِهِم مَّرَضُُ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذّابٌ أَلِيمُ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ -10
“Di antara manusia ada yang mengatakan:’kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman (8). Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar (9). Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta (10)”.    al-Baqarah:8-10

Kedua:

Nifak amali, iaitu dalam bentuk perbuatan yang menyalahi ajaran al-Quran dan Sunnah serta ijmak ulama.
Rasulullah saw bersabda:
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAW bersabda, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari/mungkir, dan jika diberi amanah (dipercayai) ia berkhianat" HR Muslim
Perbuatan ini telah bertakhta dalam jiwa masyarakat Islam tanpa disedari.Dengan demikian setiap individu muslim wajib mengekang diri agar selamat daripada bahang nifak. Umar al-Khatab ra pernah berwasiat kepada Umat Islam dengan kata:

            “Perhitungkan dirimu sebelum kamu diperhitungkan dan timbanglah dirimu sebelum kamu ditimbangkan serta bersiap-siaplah untuk hari pembalasan yang besar (hari kiamat)

Wednesday, 12 July 2017

Lima kewajipan seorang muslim keatas saudaranya dan diantaranya memenuhi undangan



Lima kewajipan seorang muslim keatas saudaranya dan diantaranya memenuhi undangan

Sabda Rasulullah saw:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسٌ تَجِبُ لِلْمُسْلِمِ عَلَى أَخِيهِ رَدُّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَازَةِ

“Dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lima hal yang wajib dilakukan oleh seorang muslim kepada saudaranya; menjawab salam, menjawab bersin, memenuhi undangan, melawat disaat sakit dan ikut mengiringi jenazah." HR Abu Daud Sahih

Dan juga sabda Rasulullah:

عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ تَابَعَهُ عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ وَرَوَاهُ سَلَامَةُ بْنُ رَوْحٍ عَنْ عُقَيْلٍ

“Dari Al Awza'iy berkata, telah mengabarkan kepada saya Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahwa Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hak muslim atas muslim lainnya ada lima, yaitu; menjawab salam, menjenguk yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang yang bersin". Hadits ini diriwayatkan pula oleh 'Abdur Razaq berkata, telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dan meriwayatkan kepadanya Salamah bin Rauh dari 'Uqail”. HR  Bukhari

Dalam perkara memenuhi undangan

Sebahagian ulama menentukan beberapa syarat yang perlu diambil kira bagi memenuhi undangan, diantara syarat-syaratnya adalah:
  1. Orang yang mengundang bukan orang yang wajib atau disunnahkan untuk diboikot (hajr). Contohnya pelaku maksiat yang secara teran-terangan memperomosikan maksiatnya.

  1. Di tempat yang akan dihadiri tidak ada kemungkaran. Jika di sana ada kemungkaran bila mana memungkinkan untuk dihilangkan, dia wajib menghadirinya kerana dua sebab: 1- Wajib memenuhi undangan dan 2- Mengubah kemungkaran. Jika tidak memungkin untuk dihilangkan kemungkaran itu, maka haram untuk menghadiri undangan itu. Contohnya dimajlis undangan itu ada disediakan minumam yang memabukan.

  1. Yang mengundang adalah seorang Muslim. Jika bukan, maka tidak wajib menghadirinya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lima hal yang wajib dilakukan oleh seorang muslim kepada saudaranya:..."memenuhi undangan"....

  1. Perbelanjaan yang digunakan adalah bukan dari sumber atau harta yang haram. Ada dua pandangan ulama dalam hal ini:

Pertama: Tidak boleh memenuhi undangan sebegini, kerana apabila kita memenuhi undangannya (bilamana ianya dari sumber/harta yang haram), maka kita akan memakan makanan yang diharamkan dan ini tidak boleh.
Kedua: Jika perbelanjaan yang digunakan adalah dari harta yang haram, maka dosanya adalah atas orang yang melaksanakan itu, bukan yang memakannya (dari zat makanan yang halal). Berbeza dengan zatnya yang memang sudah diharamkan seperti khamr, harta rampasan dan lain-lain” . Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta'ala:
    
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ
Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Fatir: 18
. كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ.
Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya,.al- Muddatsir 38

5.      Ketika memenuhi undangan tidak melalaikan kewajiban lain, atau melalaikan yang lebih wajib dari memenuhi undangan tersebut. Jika dalam situasi begini, maka diharamkan memenuhi undangan tersebut.

6.      Undangan tersebut tidak menyebabkan kemudharatan bagi yang diundang, seperti: harus pergi jauh, atau harus meninggalkan keluarganya yang sangat memerlukan keberadaannya.

7.      Yang mengundang mengkhususkan seseorang atau tidamengkhususkan undangannya. Jika tidak mengkhususkan seseorang, seperti yang mengundang mengumumkan undangannya di majelis umum, maka ketika itu tidak wajib memenuhi undangannya karena itu adalah undangan umum


Tuesday, 11 July 2017

Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dikalangan  mukmin dan munafik


Perumpamaan orang yang membaca al-Quran dikalangan  mukmin dan munafik

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الْأُتْرُجَّةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ التَّمْرَةِ طَعْمُهَا حُلْوٌ وَلَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ. رواه الدارمي

“Dari Anas bin Malik dari Abu Musa Al Asy'ari dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Baginda bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca al- Quran seperti buah utrujah yang harum baunya dan rasanya enak, perumpaman orang mukmin yang tidak membaca al- Quran seperti buah kurma yang rasanya manis namun tidak berbau harum, perumpamaan orang munafik yang membaca al- Quran seperti tanaman Raihanah yang berbau harum namun rasanya pahit, sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al- Quran seperti tanaman hanzhalah yang tidak berbau lagi rasanya pahit." HR Darimi 

Dari Abu Musa Al Asy’ariy radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

الْمُؤْمِنُ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَعْمَلُ بِهِ كَالأُتْرُجَّةِ ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ ، وَالْمُؤْمِنُ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَعْمَلُ بِهِ كَالتَّمْرَةِ ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالرَّيْحَانَةِ ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالْحَنْظَلَةِ ، طَعْمُهَا مُرٌّ – أَوْ خَبِيثٌ – وَرِيحُهَا مُرٌّ



Perumpamaan orang mukmin yang membaca al- Quran dan mengamalkannya adalah bagaikan buah utrujah, rasa dan baunya enak. Orang mukmin yang tidak membaca al- Quran dan mengamalkannya adalah bagaikan buah kurma, rasanya enak namun tidak beraroma. Orang munafik yang membaca al- Quran adalah bagaikan royhanah, baunya menyenangkan namun rasanya pahit. Dan orang munafik yang tidak membaca al- Quran bagaikan hanzholah, rasa dan baunya pahit dan tidak enak.” HR. Bukhari

Utrujah itu baunya wangi , kalau dirasakan buahnya pun sedap.Oleh kerana itu orang yang membaca al- Quran bukan sekadar membaca dan menghafal. Namun hendaknya Al-Qur’an tersebut boleh diamalkan. Semakin banyak mengkaji Al-Qur’an, semestinya semakin bagus iman dan akhlaknya. Kerana sifat orang yang membaca Al-Qur’an itu akan tercium wanginya. Ertinya, ia akan terbuktikan dalam amal dan perilakunya keseharian.

Bukan sebaliknya ….

Semakin banyak mengaji, malah semakin tidak baik pada suami/ istrinya di rumah, semakin tidak berbakti pada ibu/ bapanya, semakin keras pada tetangga, semakin tidak santun pada masyarakat sekitar.
Moga perilaku kita boleh selaras dengan tuntunan al- Quran dan Hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Membaca
al- Quran bukan sekadar dibaca. Namun yang terpenting adalah direnungkan dan diamalkan isi kandungannya. Banyaknya membaca al-Quran jika dibandingkan  dengan membaca al- Quran dengan penuh renungan (tadabbur), tentu dengan penuh tadabbur itu lebih utama (afdhal).

Menurut Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, juga selain keduanya, membaca al- Quran dengan tartil dan penuh tadabbur (renungan) itu lebih utama daripada membaca al- Quran dengan cepat meskipun dihasilkan banyak bacaan. Kerana memang maksud membaca al-Quran adalah memahami dan merenungkan isinya, juga ditambah dengan boleh mengamalkan isi kandungannya. Sedangkan membaca dan menghafal Al Qur’an adalah jalan untuk boleh memahami maknanya.

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran”. Shaad:29

“Objektif utama Al Qur’an itu diturunkan adalah untuk diamalkan"
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”al-Baqarah:185)
Makanya, dari dulu lagi yang namanya sebagai ahli al-Quran adalah orang yang faham dan mengamalkan isi kandungan Al Qur’an (bukan hanya sekadar bacaan atau bukan sekadar menghafal). Walaupun ahli al-Quran di sini tidaklah menghafalkan al-Quran . Adapun jika ada yang menghafalkan al-Quran namun tidak memahami dan juga tidak mengamalkan isinya, maka ia bukanlah ahli al-Quran walaupun dia menepati piawai mengucapkan huruf-hurufnya.

Para ulama yang berpendapat pentingnya tadabbur dibanding banyak qiro’ah (baca) juga memberikan alasan lain bahwa iman tentu saja sebaik-baik amalan. Memahami al-Quran dan merenungkannya akan membuahkan iman. Adapun jika al-Quran cuma sekadar dibaca tanpa ada pemahaman dan renungan (tadabbur), maka itu boleh pula dilakukan oleh orang fajir (ahli maksiat) dan munafik, di samping dilakukan oleh pelaku kebaikan dan orang beriman. Sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,

وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَالرَّيْحَانَةِ ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ
Perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur’an adalah seperti buah rayhanah. Bau buah tersebut enak, namun rasanya pahit.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga pernah mengabarkan bahwa kelak akan muncul satu golongan orang yang membaca al-Qur’an namun tidak melepasi kerongkongan. Apa maknanya dan siapakah mereka?
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
يَخْرُجُ نَاسٌ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ، ثُمَّ لاَ يَعُودُونَ فِيهِ حَتَّى يَعُودَ السَّهْمُ إِلَى فُوقِهِ
“Akan keluar manusia dari arah Timur dan membaca al-Quran namun tidak melepasi kerongkongan mereka. Mereka melusur keluar dari agama sebagaimana halnya anak panah yang melesat/melusur keluar dari busurnya. Mereka tidak akan kembali kepadanya hingga anak panah kembali ke busurnya” (HR. Bukhari)

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan, maksud al-Quran tidak melepasi kerongkogan adalah tidak diangkat kepada Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah. Jika kerongkongan saja tidak terlepas, maka sudah tentu ia tidak akan sampai ke hati.
Tidak hanya bacaannya tidak melepasi kerongkong, tidak hanya bacaanya tidak sampai ke hati, tidak hanya bacaannya tidak berpahala, tidak hanya bacaannya tidak bernilai di sisi Allah, namun orang yang disebutkan dalam hadits tersebut juga keluar dari agama sebagaimana meluncurnya anak panah dari busurnya.
Oleh itu, siapakah orang yang dimaksud dalam hadits tersebut? Secara khusus menurut Ibnu Hajar, orang-orang tersebut adalah orang-orang khawarij dan secara umum adalah orang-orang munafik.


Tanda-tanda Munafik: Malas beribadah kepada Allah

Tanda-tanda Munafik: Malas beribadah kepada Allah

Konsep malas beribadah mencankupi, apabila seseorang malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetahuan dan berat melangkahuntuk menghadiri majlis kebajikan.Pada zaman Rasulullah saw orang-orang munafik sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan.

Firman Allah swt:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingati/menyebut Allah kecuali sedikit sekali”.Al-Nisa:142
Orang munafik jika datang ke masjid, dia akan memilih saf yang paling akhir sehingga tidak mengetahui apa yang dibaca oleh imam dalam solat dan tidak menghayati pengajarannya.




Monday, 10 July 2017

Berbisik-bisik yang dilakukan oleh dua orang tanpa mengikut sertakan orang ketiga hukumnya haram

Berbisik-bisik yang dilakukan oleh dua orang tanpa mengikut sertakan orang ketiga hukumnya haram

ٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا فَإِنَّ ذَلِكَ يَحْزُنُهُ

Dari Al A'masy dari Syaqiq dari Abdullah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika kamu bertiga, maka janganlah dua orang dari kamu berbisik tanpa menyertakan orang ketiga, sebab hal itu akan membuatnya sedih."HR Ibnu Majah. Sahih

Juga hadith yang diriwayatkan oleh Darimi
أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ
Jika kalian bertiga maka janganlah dua orang (dari kalian) berbisik-bisik tanpa menyertakan teman yg lain, karena hal itu dapat membuatnya sedih.  HR Darimi

Zahir dua hadits diatas menunjukkan bahwa hukum larangan tersebut bersifat umum, baik ketika mukim (menetap) maupun di saat musafir (dalam perjalanan). Demikianlah pendapat Ibnu Umar, Malik dan jumhur ulama.


Berbisik-bisik yang dilakukan dua orang tanpa mengikut sertakan orang ketiga hukumnya haram, sebab dapat menyakiti dan membuat orang ketiga tersebut menjadi sedih. Yaitu akan timbul perasaan sedih karena terasing sendirian dan memberi kesan bahwa ia tidak layak untuk mendengar rahasia tersebut atau mungkin timbul prasangka bahwa dirinyalah yang sedang dibicarakan.
Hukum haram ini tercantum dalam al-Qur’an dengan jelas,

إِنَّمَا النَّجْوَىٰ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَلَيْسَ بِضَارِّهِمْ شَيْئًا إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal. al-Mujadilah:10

Dan juga firman Allah swt
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

 “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata,” (Al-Ahzaab: 58).


Saturday, 8 July 2017

Bersedekahlah dengan perbagai cara

Bersedekahlah dengan perbagai cara

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu..." [Surah al-Baqarah 267

Antara amalan yang mengalirkan kebaikan tanpa henti ketika kita berada di akhirat kelak adalah sedekah yang kita berikan dengan ikhlas kepada orang lain. Inilah yang disarankan oleh Allah swt kepada kita semua.

Tersebut dalam sebuah hadis:

  حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي بُرْدَةَ بْنِ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ قَالَ فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ أَوْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُعِينُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوفَ قَالُوا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيَأْمُرُ بِالْخَيْرِ أَوْ قَالَ بِالْمَعْرُوفِ قَالَ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ قَالَ فَيُمْسِكُ عَنْ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَةٌ.

"Diceritakan kepada kami Sa'id bin Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy'ari daripada ayahnya daripada datuknya beliau berkata, Nabi saw bersabda: "Wajib bagi setiap muslim untuk bersedekah." Para sahabat bertanya: "Bagaimana jika dia tidak mampu? Baginda bersabda: "Berusaha dengan tangannya, sehingga dia dapat memberi manfaat untuk dirinya dan bersedekah". Mereka bertanya: "Bagaimana jika dia tidak dapat melakukannya?. Baginda bersabda: "Menolong orang yang sangat memerlukan bantuan". Mereka bertanya:?". Bagaimana jika dia tidak dapat melakukannya?". Baginda bersabda: "Menyuruh untuk melakukan kebaikan atau baginda bersabda: "Menyuruh melakukan yang ma'ruf". Beliau berkata: "Bagaimana jika dia tidak dapat melakukannya?" Baginda bersabda:  "Menahan diri daripada kejahatan, kerana itu adalah sedekah baginya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Makna bersedekah adalah sangat luas berbeza dengan apa yang kita fahami menurut kebiasaan iaitu memberi seseorang wang atau makanan atau pakaian. Sebenarnya apa yang kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. ia amat luas mencakupi apa sahaja bantuan, pertolongan dan sesuatu yang mengembiranya atau yang kita berikan kepada saudara mara, rakan taulan atau sesiapa sahaja, sehinggakan senyuman yang mengembirakan orang lain pun dianggap sedekah. Ini boleh kita fahami daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis.

Diantaranya. Sabda Rasulullah saw :

عَنْ أَبِـيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللّٰـهِ صَلَّى اللّٰـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلَامَـى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ : تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِـيْ دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا ، أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَـمْشِيْهَا إِلَـى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ ، وَتُـمِيْطُ اْلأَذَىٰ عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ. (رَوَاهُ الْـبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap persendian manusia wajib bersedekah pada setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya: Engkau berlaku adil kepada dua orang (yang bertikai/berselisih) adalah sedekah, engkau membantu seseorang menaikannya ke atasnya haiwan tunggangannya atau engkau menaikkan barang bawaannya ke atas haiwan tunggangannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau jalankan menuju (ke masjid) untuk solat adalah sedekah, dan engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.’” HR. al-Bukhâri dan Muslim
Dalam hadits dari ‘Aisyah Radhiyallahu anhuma , Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِـى آدَمَ عَلَـىٰ سِتِّيْنَ وَثَلاَثِ مِئَةِ مَفْصِلٍ : فَمَنْ كَبَّرَ اللّٰـهَ ، وَحَمِدَ اللّٰـهَ ، وَهَلَّلَ اللّٰـهَ ، وَسَبَّحَ اللّٰـهَ ، وَاسْتَغْفَرَ اللّٰـهَ ، وَعَزَلَ حَجَرًا عَنْ طَرِيْقِ النَّاسِ ، أَوْ شَوْكَةً ، أَوْ عَظْمًـا عَنْ طَرِيْقِ النَّاسِ ، وَأَمَرَ بِمَعْرُوْفٍ ، أَوْ نَـهَىٰ عَنْ مُنْكَرٍ ، عَدَدَ تِلْكَ السِّتِّيْنَ وَالثَّلَاثِ مِئَةِ السُّلَامَى ، فَإِنَّهُ يُمْسِيْ يَوْمَئِذٍ وَقَدْ زَحْزَحَ نَفْسَهُ عَنِ النَّارِ.
Sesungguhnya manusia dari anak adam  diciptakan di atas 360 persendian. Barangsiapa bertakbir kepada Allah, memuji Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, menyingkirkan batu dari jalanan kaum Muslimin, atau menyingkirkan duri, atau menyingkirkan tulang, atau menyuruh kepada kebaikan, atau melarang dari kemungkaran setara dengan jumlah 360 persendian, maka pada petang harinya ia menjauhkan dirinya dari neraka. HR Muslim
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud : “Engkau membantu seseorang menaikkannya ke atas haiwan tunggangannya atau engkau menaikkan barang bawaannya ke atas haiwan tunggangannya adalah sedekah.”
Ini termasuk sedekah yang disyari’atkan sebagai kewajiban mensyukuri nikmat diberikannya persendian. Sehingga menolong seorang Muslim untuk naik ke atas kendaraannya atau membantunya mengangkat barang bawaannya ke atas kendaraannya termasuk sedekah. Demikian pula seorang Muslim diberikan ganjaran pahala atas setiap bantuan yang dilakukannya untuk saudaranya sesama Muslim. Allah Azza wa Jalla memerintahkan kita untuk saling menolong dengan firman-Nya:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa. al-Mâidah:2

Sudah diketahui  bahwa tolong-menolong dapat memelunaskan berbagai kesulitan dan kesusahan. Seorang manusia tidak akan mampu mengerjakan semua urusannya tanpa bantuan saudaranya. Dan saling tolong-menolong dapat menyebarkan kecintaan antara kaum Muslimin, sedangkan  Allah Azza wa Jalla memerintahkan kita untuk saling cinta mencintai.

Di antara contoh menolong orang lain yang merupakan bentuk sedekah ialah menunaikan hak-hak seorang Muslim atas seorang Muslim lainnya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:


 حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلَامِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ تَابَعَهُ عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ وَرَوَاهُ سَلَامَةُ بْنُ رَوْحٍ عَنْ عُقَيْلٍ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Abu Salamah dari Al Awza'iy berkata, telah mengabarkan kepada saya Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahwa Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hak muslim atas muslim lainnya ada lima, yaitu; menjawab salam, menjenguk yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi undangan dan mendoakan orang yang bersin". Hadits ini diriwayatkan pula oleh 'Abdur Razaq berkata, telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dan meriwayatkan kepadanya Salamah bin Rauh dari 'Uqail. HR Bukhari

حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسٌ تَجِبُ لِلْمُسْلِمِ عَلَى أَخِيهِ رَدُّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ كَانَ مَعْمَرٌ يُرْسِلُ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَأَسْنَدَهُ مَرَّةً عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya; Telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari Ibnu Al Musayyab bahwa Abu Hurairah berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kewajiban seorang muslim terhadap sesama muslim ada lima: (1) Menjawab salam. (2) Mendoakan yang bersin. (3) Memenuhi undangan. (4) Mengunjungi yang sakit, dan (5) Ikut mengantar jenazah." Dan telah menceritakn kepada kami Abdu bin Humaid telah mengabarkan kepada kami Abdur Razzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar memursalkan Hadits ini dari Az Zuhri dan  pernah menyandarkannya dari Ibnu Al Musayyab dari Abu Hurairah. HR. Muslim

وَبِإِسْنَادِهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسٌ مِنْ حَقِّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ رَدُّ التَّحِيَّةِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَشُهُودُ الْجِنَازَةِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ إِذَا حَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ
Masih melalui jalur periwayatan yang sama seperti hadits sebelumnya, dan dengan sanadnya dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam Bersabda: "Lima kewajiban seorang muslim atas muslim lainnya; menjawab salam, memenuhi undangan, menghantarkan jenazah, menjenguk orang sakit dan mendoakan orang yang bersin jika ia memuji Allah 'azza wajalla." HR. Ahmad

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ دَاوُدَ بْنِ سُفْيَانَ وَخُشَيْشُ بْنُ أَصْرَمَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ الْمُسَيِّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسٌ تَجِبُ لِلْمُسْلِمِ عَلَى أَخِيهِ رَدُّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَازَةِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin dawud bin Sufyan dan Khusyaisy bin Ashram keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari Ibnul Musayyab dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lima hal yang wajib dilakukan oleh seorang muslim kepada saudaranya; menjawab salam, menjawab bersin, memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan ikut mengiringi jenazah." .HR Abu Daud

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسٌ مِنْ حَقِّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ رَدُّ التَّحِيَّةِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَشُهُودُ الْجِنَازَةِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ إِذَا حَمِدَ اللَّهَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bisyr dari Muhammad bin Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lima hak seorang muslim atas muslim lainnya; menjawab salam, memenuhi undangan, mengiringi jenazah, menjenguk di kala sakit, dan menjawab bersin jika ia bertahmid (mengucapkan Al Hamdulillah)." HR. Ibnu Majah

أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِلْمُؤْمِنِ عَلَى الْمُؤْمِنِ سِتُّ خِصَالٍ يَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ وَيَشْهَدُهُ إِذَا مَاتَ وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ وَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ وَيَنْصَحُ لَهُ إِذَا غَابَ أَوْ شَهِدَ

Telah mengabarkan kepada kami Qutaibah dia berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Musa dari Sa'id bin Abu Sa'id dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hak orang mukmin terhadap mukmin yang lainnya ada enam hal: menjenguknya jika ia sakit, menyaksikannya jika ia meninggal dunia, memenuhi panggilannya jika ia mengundang, mengucapkan salam kepadanya jika bertemu, mendo'akannya jika ia bersin dan menasehatinya jika ia tidak nampak atau hadir." HR. An Nasa’i

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى الْمَخْزُومِيُّ الْمَدَنِيُّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْمُؤْمِنِ عَلَى الْمُؤْمِنِ سِتُّ خِصَالٍ يَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ وَيَشْهَدُهُ إِذَا مَاتَ وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ وَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ وَيَنْصَحُ لَهُ إِذَا غَابَ أَوْ شَهِدَ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى الْمَخْزُومِيُّ الْمَدَنِيُّ ثِقَةٌ رَوَى عَنْهُ عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ وَابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Musa Al Makhzumi Al Madani dari Sa'id bin Abu Sa'id Al Maqburi dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hak seorang mukmin atas mukmin lainnya ada enam, yaitu; menjenguknya apabila sakit, mengiringi jenazahnya apabila meninggal, memenuhi undangannya, mengucapkan salam apabila bertemu, mendo'akan YARHAMUKALLAAH (semoga Allah memberimu rahmat) apabila bersin, dan menasehatinya apabila tidak hadir atau hadir." Perawi berkata; Hadits ini hasan shahih, adapun Muhammad bin Musa Al Makhzumi Al Madani adalah tsiqah, Abdul Aziz bin Muhammad dan Ibnu Abu Fudaik telah meriwayatkan hadits darinya. HR. At Tirmidzi

حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنِ الْحَارِثِ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ مِنْ الْمَعْرُوفِ سِتٌّ يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِذَا لَقِيَهُ وَيُشَمِّتُهُ إِذَا عَطَسَ وَيَعُودُهُ إِذَا مَرِضَ وَيُجِيبُهُ إِذَا دَعَاهُ وَيَشْهَدُهُ إِذَا تُوُفِّيَ وَيُحِبُّ لَهُ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ وَيَنْصَحُ لَهُ بِالْغَيْبِ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنِ الْحَارِثِ فَذَكَرَ نَحْوَهُ بِإِسْنَادِهِ وَمَعْنَاهُ

Telah menceritakan kepada kami Abu Sa'id Telah menceritakan kepada kami Israil dari Abu Ishaq dari Al Harits dari Ali, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " (Hak) bagi seorang muslim dari muslim yang lainnya dalam kebaikan ada enamhal; mengucapkan salam apabila bertemu dengannya, menjawab do'a apabila dia bersin, menjenguknya apabila sakit, mendatangi undangannya apabila diundang, melayatnya ketika meninggal dan mencintainya seperti mencintai dirinya sendiri serta menasehatinya ketika tidak ada." Telah menceritakan kepada kami Husain Telah menceritakan kepada kami Israil dari Abu Ishaq dari Al Harits. Kemudian dia menyebutkan hadits yang semakna dengan sanad dan maknanya." HR. Ahmad

Memberikan tempoh kepada orang yang berhutang

Jenis menolong sesama Muslim lainnya yang juga termasuk sedekah ialah memberikan tempoh kepada orang yang berhutang yang mengalami kesulitan pembayaran hutang. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ أَنْظَرَ مُعْسِرًا ؛ فَلَهُ بِكُلِّ يَوْمٍ صَدَقَةٌ قَبْلَ أَنْ يَـحِلَّ الدَّيْنُ ، فَإِذَا حَلَّ الدَّيْنُ ، فَأَنْظَرَهُ بَعْدَ ذٰلِكَ ؛ فَلَهُ بِكُلِّ يَوْمٍ مِثْلَهُ صَدَقَةٌ

Barangsiapa memberi tempoh waktu kepada orang yang berhutang yang mengalami kesulitan membayar hutang, maka ia mendapatkan sedekah pada setiap hari sebelum tiba waktu pembayaran. Jika waktu pembayaran telah tiba kemudian ia memberi tempo lagi setelah itu kepadanya, maka ia mendapat sedekah pada setiap hari semisalnya.HR Ahmad

Bertutur kata yang baik

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Ucapan yang baik adalah sedekah.”

Masuk dalam ucapan yang baik ialah menjawab salam dan menolak orang yang minta-minta dengan perkataan yang baik. Kemudian berdzikir kepada Allah Azza wa Jalla , mengucapkan perkataan yang benar, amar ma’ruf nahi munkar, memberikan syafâ’at (pertolongan) bagi orang yang membutuhkan terhadap penguasa, nasihat dan bimbingan, dan setiap perkataan dan ucapan yang dapat membuat orang lain bergembira dan menyatukan hati di atas setiap kebaikan dan petunjuk.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

قَوْلٌ مَعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِنْ صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan menyakiti al-Baqarah:263

Allah Azza wa Jalla berfirman:

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ

Kepada-Nya-lah akan naik perkataan-perkataan yang baik dan amal kebajikan Dia akan mengangkatnya Fâthir:10

Langkah pergi ke masjid adalah sedekah

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللّٰهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Barangsiapa pergi di pagi hari atau di waktu petang hari menuju masjid, maka Allah akan menyediakan baginya sebuah tempat tinggal di surga setiap kali ia pergi di pagi hari atau di sore hari (menuju masjid).HR Bukhari

Hadits ini menganjurkan kita pergi ke masjid-masjid Allah Azza wa Jalla untuk berkumpul dan berjama’ah, mempelajari ilmu, memberikan nasihat, dan i’tikaf.


Menyingkirkan gangguan dari jalan

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bermaksud : “Dan engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.”
Menghilangkan apa saja yang mengganggu jalan kaum Muslimin, baik berupa duri, pecahan kaca, batu besar, batang pohon yang menghalangi jalan; demikian juga, najis, kotoran, sampah-sampah, dan selainnya; maka menyingkirkan semua itu termasuk sedekah dan sebagai bukti nyata rasa syukur atas nikmat Allah Azza wa Jalla serta termasuk bagian dari iman. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اَْلإِيْمَـانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً ، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلٰهَ إِلاَّ اللّٰـهُ ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْـحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ اْلإِيْمَـانِ
Iman memiliki lebih dari tujuh puluh cabang atau lebih dari enam puluh cabang, cabang; yang paling tinggi adalah perkataan: ‘Lâ ilâha illallâh’, yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (rintangan) dari jalan dan malu adalah salah satu cabang Iman.HR Bukhari

Solat Dhuha

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يُصْبِحُ عَلَـىٰ كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ : فَكُلُّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقًةٌ ، وَكُلُّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةٌ ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةٌ ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ ، وَيُجْزِءُ مِنْ ذٰلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَـى

Pada pagi hari, setiap persendian salah seorang dari kalian wajib bersedekah; setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh berbuat baik adalah sedekah, melarang dari yang mungkar adalah sedekah, dan itu semua cukup dengan dua raka’at shalat Dhuha yang ia kerjakan.HR Bukhari

Dua raka’at shalat Dhuha mencukupi tasbîh, tahlîl, dan lain-lain, karena solat adalah menggunakan seluruh anggota badan dalam ketaatan dan ibadah. Jadi, solat Dhuha cukup sebagai tanda syukur atas kesempurnaan seluruh anggota badan.

Mengikhlaskan niat dalam semua amalan dan  sedekah

Niat yang ikhlas hanya kepada Allah Azza wa Jalla dalam setiap amal kebaikan; dan sedekah adalah syarat untuk mendapatkan pahala. Allah Azza wa Jalla berfirman:

لَا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِنْ نَجْوَاهُمْ إِلَّا مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النَّاسِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahasia, kecuali pembicaraan rahasia dari orang yang menyuruh (orang) bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian karena mencari keridhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar.” an-Nisâ’114






Facebook dan Maksiat

Facebook dan Maksiat

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja.

Menurut statastik yang dikeluarkan oleh pihak Facebook sehingga bulan Disember 2011,statistic pengguna adalah seperti berikut:
Ø  Lebih dari 800 juta pengguna aktif.
Ø  Lebih daripada 50% pengguna Facebook lpg masuk setiap hari.
Ø  Secara purata pengguna Facebook memiliki 130 kenalan.
Aktiviti di Facebook
Ø  Pengguna berinteraksi dengan lebih 900 juta objek melalui (laman individu, group,acara dan laman komuniti)
Ø  Secara purata pengguna Facebook melayari 80 laman komuniti,kumpulan dan acara.
Ø  Secara purata lebih daripada 250 juta gambar dimuat naik setiap hari- Global Reach.
Ø  Terdapat lebih dari 70 jenis Bahasa dalam laman Facebook.
Ø  Dianggarkan 80% pengguna berada diluar Amerika Syarikat.
Ø  Lebih 300 000 pengguna membantu terjemahan Facebook menggunakan aplikasi terjemahan.
Platform
Ø  Secara purata, pengguna Facebook memasukkan aplikasi lebih daripada 20 juta kali setiap hari.
Ø  Lebih daripada 500 juta pengguna menggunakan aplikasi Facebook atau perkaitan Facebook Platform melalui laman web lain.
Ø  Lebih daripada 7 juta aplikasi dan laman web dihubungkan dengan Facebook.
Telefon Mudah Alih
Ø  Lebih daripada 350 juta pengguna aktif Facebook yang terkini melayari laman Facebook melalui telefon mudah alih.
Ø  Lebih daripada 475 juta operator brtugas bagi memperomosi dan membangun Facebook menggunakan telefon mudah alih.

Menurut statistik pada bulan Jun 2011 pula, daripada jumlah 16,902,600 rakyat Malaysia menggunakan Internet, seramai 11,221,040 daripada mereka mempunyai akaun Facebook.

Dengan momentum yang begitu kuat dan perinsip yang terbuka menerima pembaharuan dalam hal duniawi dan teknikaliti dalam ruang lingkup Muamalat. Namun setiap status, gambar,profil dan apa jua perincian yang dimasukkan yang menentukan halal dan haram. Sebagai seorang Islam yang beriaman kepada Allah dan Hari akhirat, maka sewajibnyalah kita mengambil kira batasan halal dan haram sebagimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadith berikut:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله وسلم یَقُوْلُ:  إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ  وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ ر مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ ن حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."    HR-Bukhari, Muslim dan Abu Daud

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

“Apakah mereka mengira bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? Benar [Kami mendengar semuanya] dan utusan-utusan Kami [para malaikat] selalu mencatat di sisi mereka.”Az Zukhruf: 80

Berbagai macam kegiatan dilalui oleh manusia di setiap waktunya. Di setiap detik, minit, jam kita bergerak dan berbuat. Namun, apakah kita semua menyadari bahwa di setiap gerak-gerak kita ada yang mencatat di sebelah kanan dan kiri?

Ada malaikat yang senantiasa mencatat apa yang kita lakukan tanpa terkecuali. Perbuatan baik atau buruk, kecil ataupun besar, yang nampak atau tersembunyi—tidak ada yang terluput dari catatan malaikat.

Dengarlah keluh-kesah, penyesalan para pelaku maksiat ketika mereka dihisab amalannya di hadapan Allah, sebagaimana Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِراً وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَداً

“Dan diletakkanlah kitab. Lalu, engkau akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya dan mereka berkata, ‘Aduh, celakalah kami. Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan sesuatu yang kecil dan tidak pula yang besar melainkan dicatat semuanya?’. Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan tertulis pula. Dan Rabbmu tidak menganiaya seorang pun.” Al Kahfi: 49

Sadarilah, semua perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala. Semua makhluk akan diadili di pengadilan Allah yang maha adil. Tidak ada satu makhluk pun yang Allah zalimi.

Oleh kerana ini, masih mahukah kita menggunakan anggota badan kita sesuai dengan keinginan dan hawa nafsu kita? Mata yang Allah beri,untuk apa kita gunakan? Apakah untuk melihat perkara-perkara yang menggugah syahwat atau kesia-siaan yang tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan?. Tangan yang Allah karuniakan,apakah digunakan untuk mengambil usaha yang haram atau untuk melakukan kezaliman terhadap diri dan orang lain? Pendengaran dan mulut yang diberikan,apakah dipakai untuk mendengarkan lantunan-lantunan suara yang melalaikan kita dari berzikir kepada Allah?
Lalu, mulut ini,apakah dijadikan sarana untuk mencerca, mengumpat(ghibah),memfitnah.mengadu domba (namimah),menyuburkan permusuhan dan menyakiti perasaan orang lain?

Semua itu akan diminta dipertangggung-jawabankan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala, sebagaimana disebutkan di dalam Al Qur-an,

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak punya pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya itu akan dimintai pertanggungan-jawabnya.”  Al Isra’: 36

Jagalah kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita. Jadikanlah semuanya perkara yang akan memberatkan timbangan kebaikan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala, memudahkan hisab di hadapan-Nya, dan menjadi saksi amalan-amalan baik kita. Bukan sebagai penggugat kita, karena perkara kekejian dan maksiat yang telah kita lakukan. Ingatlah akan suatu hari ketika Allah subhanahu wa ta’ala mengunci mulut-mulut kita, tidak dapat berbicara ataupun bersaksi untuk diri kita, namun anggota badan kitalah yang akan bersaksi atas perbuatan yang kita lakukan. Allah telah menegaskan hal ini di dalam Al-Qur’an,

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Hari ini Kami tutup mulut mereka. Lau, tangan mereka bercerita kepada Kami dan kaki mereka bersaksi tentang segala yang dahulu mereka usahakan.”Yasin: 65

Tidak ada jalan bagi kita untuk mengingkari dari kekejian yang telah kita lakukan. Tidak ada yang mampu mengelak dari kemaksiatan yang telah dikerjakan, karena semua kejadian tercatat dengan sempurna. Kerana itu, hendaklah setiap kita melihat dan memerhatikan perbuatan yang akan dilakukan.

Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri

Ingatlah amaran Nabi SAW terhadap perbuatan sedemikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya, ada dalam kalangan mereka yang mendedahkan ini, melakukan dosa di waktu malam, kemudian apabila tiba waktu siang, sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan dengan berkata: Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini. Maka terhapuslah lindungan Tuhan-Nya dan jadilah dia membuka rahmat Allah yang sebelum ini menutup keaibannya.” HR Bukhari dan Muslim

Ø  Di laman facebook atau media social yang lain sangat  mudah dan senang bagi seseorang untuk mendedahkan aib dan keburukan diri sendiri. Contohnya mungkin dengan mendedahkan gambar-gambar lama dalam koleksi, kononnya sebagai kenangan, gambar itu tidak menutup tutup aurat atau percampuran bebas. Atau mungkin seseorang itu membuka aurat dalam rumah dan bersama famili secara tertutup. Tetapi gambar itu disebarkan, samada melalui  facebook yang boleh dilihat oleh ratusan atau ribuan orang yang haram kita perlihatkan aurat kepada mereka.

Nabi SAW pernah bersabda:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا

"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumahsuaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya”HR Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)

Ini realiti bukan lagi fantasi, apabila buka tengok foto-foto di Facebook sesetengah orang, (yang kita lihat profil  terdapat gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga dan rakan terdekat, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang postkannya di Facebookb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja dan tanpa niat namanya.Jika yang lelaki mungkin gambar anak isteri atau keluarga terdekat, juga gambar ikhtilat yang tidak sepatutnya.

Nabi SAW pernah bersabda:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا
"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumahsuaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya”HR Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”

Ø  Ada juga pegguna-pengguna Facebook yang berkongsi dengan rakan-rakan facebook yang lain gambar-gambar atau video-video yang berbentuk maksiat seperti artis-artis atau individu-individu yang tertentu yang berpakain tidak menutup aurat atau hiburan-hiburan yang lucah dan berbagai maksiat yang lain, kita binbang individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa.Seperti yang digambarkan dalam hadith diatas.

Tadabburilah ( دَبَّرَ ) firman Allah Ta’ala berikut

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ 

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Al-Nur:30

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau  budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. al-Nur:31

Allah swt berpesan  kepada lelaki dan wanita beriman untuk menjaga kehormatan dan rasa malu dalam hubungan sosial mereka demi mencegah meluasnya penyimpangan akhlak dalam masyarakat. Pada hakikatnya, mata manusia dapat menyaksikan banyak hal dari jarak jauh dan dengannya manusia dapat mengetahui apa yang terjadi di sekelilingnya. Tapi pandangan manusia ini harus dikawal, bukannya melihat apa saja yang dapat disaksikannya.

Ayat ini secara umum mengatakan bahwa lelaki beriman hendaknya menguasai matanya dan tidak melihat apa yang dibenci Allah. Sesuai dengan sejumlah riwayat yang menjadi penerapan ayat ini adalah memandang perempuan yang bukan mahram. Artinya, tidak memandang perempuan bukan mahram kerana itu adalah haram hukumnya secara mutlak dan bila mereka menutupi dirinya, maka hanya dibolehkan melihat wajahnya sesuai dengan keperluan.

Dalam ayat ini, sekalipun pada awalnya menjelaskan bagaimana manusia harus mengawal matanya, tetapi pada dasarnya ingin mengajar manusia bagaimana untuk mengawal anggota badannya dari segala bentuk syahwat. Dalam masyarakat modern saat ini, sudah begitu tersebar gaya hidup hedonis dan hubungan seksual dengan pelbagai bentuknya antara lelaki dan wanita. Fenomena penyimpangan seksual ini memunculkan banyak masalah keluarga dan penyakit kelamin. Sementara dalam pandangan Islam, hubungan antara lelaki dan wanita hanya diperbolehkan dalam kerangka pernikahan dan di luar pernikahan maka segala bentuk hubungan seksual menjadi haram hukumnya.

Menerusi ayat ini juga Allah swt. memberi peringatan kepada semua manusia, khususnya orang-orang Mukmin agar tidak ada dalam fikiran mereka bahwa pandangan mereka tidak diketahui oleh Allah Swt. Kerana bukan saja pandangan mereka, tapi motivasi manusia dalam memandang sesuatu juga diketahui oleh-Nya. Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh manusia, baik bentuk lahiriahnya mahupun batiniahnya.

Pada ayat yang ke 30 Allah swt. mengeluarkan dua perintah terhadap kaum lelaki : mengawal mata dan syahwat, maka pada ayat yang seterusnya(ayat ke 31) giliran kaum wanita pula yang diperintahkan untuk mengawal dua hal itu. Tapi ayat ini kemudian memberikan penekanan terhadap tiga hal untuk melindungi wanita dari pandangan tidak baik. Pertama adalah memakai jilbab yang menutup kepala, leher hingga dada. Kedua, menyembunyikan perhiasan seperti anting-anting, kalung dan gelang dihadapan lelaki byang bukan mahram. Ketiga, perempuan ketika berjalan tidak menjejakkan kaki ke tanah yang dapat menarik perhatian orang lain.

Jelaslah bahwa gaya bertutur, perbuatan dan berpakaian perempuan dan laki-laki sangat berpengaruh bagi kebaikan hubungan sosial, menjaga kehormatan dan rasa malu.Kerana itulah mengapa dari satu sisi Allah mengharamkan pandangan yang tidak layak dan di sisi lain melarang penampilan perempuan di tengah masyarakat agar tidak mepamerkan sesuatu yang dapat menggerakkan nafsu orang lain.

Menyaksikan secara sepintas lalu apa yang terjadi di dunia saat ini, menunjukkan di Barat yang menaja slogan kebebasan wanita, tetapi yang sebenarnya yang ditargetkan adalah kebebasan hubungan seksual dan ketelanjangan perempuan. Itupun agar para lelaki dapat memuaskan nafsu seksualnya. Sementara yang pastinya hubungan jenis ini, yang utamanya meletakkan anak gadis dan wanita menjadi objek pemuasan nafsu, bunuh diri dan tekanan prasaan.

Dengan mencermati impak negatif hubungan seksual seperti ini, maka pada dasarnya kebebasan seksual tidak lebih dari kemanfaatan perempuan demi memuaskan hawa nafsu lelaki. Sesuai dengan ajaran agama, lelaki dan wanita yang menjaga dirinya hanya melakukan hubungan seksual dengan suami atau isterinya. Dengan demikian lingkungan masyarakat menjadi dilingkungan yang sihat dari segala bentuk daya tarikan seksual.