Saturday, 20 August 2016

Muamalat: Di Manakah perlu disalurkan Harta yang diperolehi daripada Jalan Haram?


Di Manakah perlu disalurkan Harta yang diperolehi daripada Jalan Haram?
Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
 
Harta yang haram ini mesti dibelanjakan pada satu daripada perbelanjaan berikut.Tidak ada lagi mana-mana tambahan yang kelima baginya mengikut pembahagian diterima secara logik.

Pertama:

Sekiranya mengambil harta yang haram buat diri sendiri ataupun sesiapa yang ditanggung olehnya. Ini adalah perbuatan yang jelas tidak dibenarkan sama sekali.Harta yang diperolehi dari jalan yang haram seperti riba, judi dan sebagainya tidak dibenarkan sesiapa yang memperolehnya bagi mengambil munafaat daripadanya. Ini kerana, sekiranya ada yang mengambil sebarang munafaat daripadanya, bermakna dia sudah memakannya secara haram.Tidak dibenarkan juga bagi seseorang mengambil munafaat daripada harta haram untuk ahli keluarganya, melainkan sekiranya mereka adalah daripada kalangan yang tidak mampu ataupun berhutang. Apa yang dibenarkan bagi mereka untuk diambil adalah pengambilan daripada bahagian zakat.

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (لَا يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتْ النَّارُ أَوْلَى بِهِ)

Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknya.HR Tirmizi
Kata السحت dalam hadits di atas maksudnya adalah semua yang haram dalam segala bentuk dan macamnya. Seperti hasil riba, hasil sogokan, mengambil harta anak yatim, dan hasil dari berbagai bisnis yang diharamkan syariat.

Kedua:

Sekiranya dia mahu meninggalkan faedah kepada bank yang mengamalkan sistem riba. Ini adalah perbuatan yang tidak dibenarkan lebih-lebih lagi bank asing adalah perkara haram yang diyakini. Jikalau bank mengambil faedah-faedah untuk kegunaan mereka, keadaan ini memperkukuhkan lagi bagi bank mengamalkan unsur-unsur riba, sekaligus mengiatkan lagi perancangan mereka dalam riba.Perkara ini termasuk dalam menghulurkan bantuan ke arah maksiat. Segala bentuk bantuan ke arah perkara haram, hukumya adalah haram.

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوانِ وَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ الْعِقابِ

Dan tolong- menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. Al-Maidah:2
 
Ketiga:

Melepaskan diri daripadanya dengan cara melupuskannya dan menghapuskannya. Sesungguhnya permasalahan ini dilaporkan daripada sebahagian orang-orang yang warak daripada kalangan ulama terdahulu. Imam Al-Ghazali membantah pandangan ini dalam buku beliau yang bertajuk Al-Ihya. Oleh itu, beliau menegah kita daripada mensia-siakan harta itu.

Keempat:

Membelanjakan faedah bank ke arah kebajikan, iaitu untuk diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan, orang-orang miskin,anak-anak yatim piatu,orang-orang yang terputus bekalan dalam perjalanan dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang berbentuk kebajikan, dakwah, serta kemasyarakan. Ini adalah antara bentuk perbelanjaan yang ditentukan.Berdalilkan hadith yang Nabi SAW. menyuruh bersedekah dengan kambing panggang haram yang dihidangkan kepada beliau.

Al-Hafiz Al-Iraqi berkata, “Hadith tentang peristiwa Rasulullah SAW. menyuruh bersedekah dengan seekor kambing panggang yang dihidangkan kepada Baginda. Secara tiba-tiba, kambing itu berbicara kepada Baginda dengan menyatakan ia adalah kambing haram. Lalu Baginda pun berkata, “Berikan kambing panggang kepada tawanan.”Direkodkan oleh Iamm Ahmad daripada kata-kata seorang laki-laki daripada golongan Ansar, dia berkata, “kami keluar bersama-sama dengan Rasulullah SAW. bagi mengebumikan jenazah. Ketika kami bertemu dengan seorang penggembala kepada wanita pemilik kambing kabilah Quraisy, dia berkata, “sesungguhnya si fulanah menjemputmu dan sesiapa sahaja yang bersamamu bagi menikmati jamuan.”Ada juga hadith lain yang didalamnya juga, “Seorang daripada mereka berkata, “Daging kambing ini diambil tanpa izin pemiliknya,”Berikan kambing panggang ini kepada tawanan.” Sanad hadith ini baik.

Hadith tentang pertaruhan Saidina Abu Bakar ra. keatas orang-orang Musyrik dengan izin Rasulullah SAW. ketika turunya penjelasan Allah SWT.
 غُلِبَتِ الرُّومُ. الم
 فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗلِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚوَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ. فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ.
Alif Laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Rumawi,di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang,dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.(Al-Rum:1-4)
Ada dinyatakan, Rasulullah SAW. menjelaskan,”Ini adalah sesuatu yang keji.”Maka Saidina Abu Bakar pun bersedekah dengannya. Hadith direkodkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam buku Dalail An-Nubuwwah daripada hadith Ibnu ‘Abbas. Dinyatakan dalam peristiwa itu, pertaruhan itu tidak berlaku dengan keizinan Rasulullah SAW.. Bagi Imam a-Tirmizi, hadith ini bertaraf  hasan dan bagi Imam Al-Hakim pula, ini adalah hadith sahih tanpa adanya kata-kata Baginda SAW,”Ini adalah sesuatu yang keji”, Maka Saidina Abu Bakar bersedekah dengannya.

Ada pandangan lain menjelaskan, “Kami tidak akan bersedekah kecuali dengan harta yang baik”’, maka keadaan sedemikian terjadi sekiranya kita mahukan ganjaran semata-mata buat diri kita. Kita dalam keadaan sekarang mahukan penyelesaian daripada perkara yang membawa kegelapan ini dan bukan kerana ganjaran. Dalam keadaan ini juga, kita berada dalam keadaan dilema antara melepaskan begitu sahaja ataupun bersedekah. Penyelesaian bagi pendapat yang kuat adalah pandangan daripada sudut bersedekah lebih utanma daripada sudut pandangan melepaskannya begitu sahaja.

Perkara ini tidak termasuk antara bab bersedekah sehingga ada menyatakan, “Allah SWT. itu bersifat baik dan tidak akan menerima kecuali yang baik”, Keadaan ini adalah daripada bab membelanjakan harta yang rosak atau haram pada cara perbelanjaan yang dianggap baik.Jadi , dia tidak dianggap sebagai bersedekah, tetapi sekadar perantara dalam menyampaikan harta ini kepada pihak yang menjalankan aktiviti kebajikan.

Adakah ganjaran kepada sesiapa yang mengambil faedah-faedah bank yang mengamalkan riba dan membelanjakan dalam perbelanjaan untuk aktiviti kebajikan?. Tidak dikira baginya sebagai pahala bersedekah, tetapi dikira daripada dua, sudut:

1-      Sesungguhnya mereka berusaha menjauhkan diri daripada harta yang haram ini dan daripada mengambil sebarang munafaat dengannya buat dirinya dengan apa cara sekalipun,maka perbuatannya itu akan ada baginya pahala d sisi Allah SWT.

2-      Sesungguhnya dia adalah perantaraan yang baik dalam menyampaikan harta ini kepada orang-orang yang tidak berkemampuan dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam yang akan mendapat faedah daripadanya. Dia pasti akan diberi ganjaran di atas perbuatannya ini dengan kehendak Allah SWT.

No comments:

Post a Comment