Sunday, 7 August 2016

Sudut Feqah: Mentalaki(الطلاق) isteri dengan bergurau


Mentalaki(الطلاق) isteri dengan bergurau

Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

 
Menurut hukum syarak seorang suami mentalaki isteri dengan bergurau atau bermain-main, jatuhlah talaknya; samalah hukumnya dengan nikah dan rujuk yang dilakukan dengan bergurau dan bermain-main, di mana nikah dan rujuk itu adalah sah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW.:

ثَلَاثٌ جِدٌّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ اَلنِّكَاحُ، وَطَّلَاقُ، وَالرَّجْعَهُ

“Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan bergurau(main-main) adalah dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, talak dan rujuk”. HR Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah

No comments:

Post a Comment