Sunday, 28 August 2016

Sudut Feqah: Solat Dalam Perjalanan - Mengqasar Solat yang Empat Rakaat


Sudut Feqah: Solat Dalam Perjalanan - Mengqasar Solat yang Empat Rakaat
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

A. Mengqasar Solat yang Empat Rakaat
Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’:101,
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا

Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Ketakutan akan terjadi sesuatu seperti yang disebutkan dalam ayat ini supaya seseorang boleh mengqasar solat bukanlah syarat utama. Hal ini berdasarkan keterangan dari Ya’la bin Umayyah, katanya:

عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ:أَرَاَيْتَ إِقْصَارَ النَّاسِ الصَّلاَةَ، وَإِنَّمَا قَالَ عَزَّوَجَلَّ :٬٬إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُو٬٬ فَقَدْ ذَهَبَ ذَلِكَ الْيَومَ؟  فَقَالَ عُمَرُ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ،فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَه

Ertinya: “Aku bertanya kepada Umar bin al-Khattab: ‘Bagaimanakah pendapatmu jika kaum muslimin mengqasar solat, padahal Allah berfirman: ‘Jika kamu khuatir akan diganggu oleh orang-orang kafir’(surah an-Nisa;101)? . Sementara mereka sekarang sedang dalam perjalanan. Umar menjawab: ‘Apa yang kamu kemukakan itu juga menjadi pertanyaan bagi aku. Hingga akhirnya aku ajukan permasalahan ini kepada Rasulullah SAW. Mendengar itu, beliau bersabda’(mengqasar solat) itu merupaka sedekah yang dikurniakan Allah kepada kamu. Oleh yang demikian, terimalah sedekah-Nya itu’!” (Driwayatkan oleh sekumpulan ulama hadis melainkan Bukhari).

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Abu Munib al-Jarsyi, bahawa pada suatu ketika Ibnu Umar ditanya mengenai maksud firman Allah: “Apabila kamu berpergian di permukaan bumi, maka tidak ada salahnya bila kamu mengqasarkan solat, kalau kamu khuatir akan diganggu oleh orang-orang kafir.(Surah an-Nisa :101). Sebab kami sekarang dalam keadaan aman dan tak perlu takut lagi kepada sesiapa pun. Masihkah dibolehkan mengqasar solat? Ibnu Umar menjawab dengan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Ahzab:21:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Dari Aisyah, katanya:

قَدْفُرِضَتِ الصَّلَاةُ رَكْعَتَينِ رَكْعَتَينِ بِمَكَّةَ، فَلَمَّا قَدِمَ رسول الله صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، زَادَ مَعَ كُلِّ  رَكْعَتَينِ رَكْعَتَينِ ، إِلَّا فِي الْمَغْرِبِ، فَإِنَّهَا وِالتْرُنَّهَا، وَصَلَاةِ الْفَجْرِ، لِطُوْلِ قِرَاءَتِهَا، وَكَانَ إِذَا سَافَرَ، صَلَّى الصَّلَاةَ الْأُوْلَى٠ أيْ ٬الَّتِيْ  فُرِضَتْ بِمَكَّةَ

Ertinya: “Pada awalnya solat diwajibkan sebanyak dua rakaat-dua rakaat ketika masih di Makkah. Setelah Rasulullah SAW. berhijrah ke Madinah, solat yang berjumlah dua rakaat itu ditambah menjadi dua rakaat, kecuali solat Maghrib kerana dia dianggap sebagai solat witir disiang hari. Dan begitu pula dengan solat fajar(solat subuh), kerana bacaan surah yang panjang ketika mengerjakannya.  Oleh itu jika Nabi SAW. berpergian, beliau hanya mengerjakan solat sebagaimana solat pada awal kewajipannya, iaitu ketika difardhukan di Makkah. Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Baihaqi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah. Para perawinya dapat dipercayai.

Ibnu Qayyum berkata: “Jika dalam keadaan musafir, Rasulullah SAW. selalunya mengqasar solat yang berjumlah empat rakaat menjadi dua rakaat. Adapun yang demikian dilakukan sejak beliau meninggalkan kota Madinah hingga beliau pulang dan tiba semula di Madinah. Tidak dijumapai satu hadis pun yang menerangkan bahawa beliau tetap mengerjakannya empat rakaat. Malah tiada seorang pun dikalangan ulama yang berselisih pendapat berkaitan masaalah ini, meskipun mereka pada akhirnya berbeza-beza pendapat tentang hukum mengqasar solat. Umar, Ali, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Abdullah bin Umar dan Jabir menetapkan bahawa hukum mengqasar solat adalah wajib. Pendapat inilah dianuti oleh mazhab Hanafi.

Mazhab Maliki menetapkannya sebagai sunat mu’akkad, bahkan lebih disunatkan, berbanding solat berjamaah. Malahan jika seorang yang bermusafir tidak mendapati kawan sesama musafir untuk berjamaah dikehendaki mengerjakan solat secara bersendirian dengan cara mengqasar dan seseorang yang mengqasar solat dimakruhkan bermakmum kepada orang yang mukim yang mengerjakan solat dengan sempurna.

Mazhab Hambali berpendapat, hukum mengqasar adalah mubah, namun ia lebih baik daripada mengerjakannya dengan sempurna. Demikian pula pendapat mazhab Syafi’e, jika perjalanan tersebnut sudah menempuh jarak yang dibolehkan mengqasar solat.

 

No comments:

Post a Comment