Tuesday, 9 August 2016

Sudut Feqah: Adakah talak yang dirujuk mengurangkan bilangan talak.?


Adakah talak yang dirujuk mengurangkan bilangan talak.?
 
Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

Bila seorang suami mentalaki isterinya dengan satu talak, kemudian suami tadi rujuk kembali. Adakah talak yang dijatuhkan sebelum rujuk itu mengurangkan bilangan talak yang dimilikinya sebanyak tiga talak?

Apabila seorang suami mentalaki isterinya dengan satu talak, maka talak yang dimiliki oleh suami sebanyak tiga talak itu telah kurang satu talak. Maksudnya: Suami hanya memiliki dua talak lagi. Dan kalau suami itu telah mentalaki isterinya dua talak, maka talaknya hanya tinggal satu sahaja. Rujuk suami itu tidak menyebabkan kembali talak yang dimiliki oleh suami sebanyak tiga talak.

No comments:

Post a Comment