Sunday, 7 August 2016

Sudut Feqah: Diantara rukun Talak (الطلاق) adalah lafaz talak hendaklah diQasadkan(disengajakan)


Diantara rukun Talak (الطلاق) adalah lafaz talak hendaklah diQasadkan(disengajakan)

Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

Yang dimaksudkan lafaz talak yang diqasadkan, iaitu seseorang suami yang mentalaki isterinya hendaklah lafaz  talak itu diqasadkan talak. Maka tidaklah sah talak(tidak jatuh), jika kebetulan nama isterinya itu “Talak” di mana suaminya memanggil isterinya  “Ya Talak”(wahai Talak/talik) atau suami itu tersalah memanggil isterinya “Talik”.

Tetapi jika suami tadi bermain-main atau bergurau senda mentalaki isterinya, maka jatuhlah talaknya, kerana talak itu tidak boleh dipermain-mainkan dan diperguraukan.

Begitu juga jatuh talak, jika seseorang suami melafazkan “Ya Talik” kepada perempuan di sebalik/sebelah dinding atau di dalam gelap yang pada sangkaannya bukan isterinya, kerana pada kedua-dua masaalah ini didadapati syarat-syarat talak.

No comments:

Post a Comment