Sunday, 7 August 2016

Sudut Feqah: Talak (الطلاق) yang harus rujuk


Talak (الطلاق) yang harus rujuk

Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

Ada talak yang boleh dirujuki kembali dan ada talak yang tidak boleh dirujuk. Talak yang boleh dirujuki kembali dalam istilah hukum syarak dinamakan “talak raj’i” iaitu suami mentalaki isterinya dengan satu talak atau dua talak dan belum habis iddahnya. Suami itu boleh rujuk kembali kepada isterinya yang masih dalam iddah itu tanpa akad nikah yang baru.

Talak yang tidak boleh dirujuk dinamakan pula “talak bain”, iaitu suami mentalaki isterinya dengan talak tiga, atau talak secara “khulu” (tebus talak) atau talak isteri yang belum dicampuri, atau talak yang difasakhkan.

Jika suami tadi masih berkehendak lagi kepada isterinya, hendaklah suami tu berakad nikah yang baru dan ia tidak boleh rujuk kembali, sekalipun isterinya itu masih dalam iddah.

 

No comments:

Post a Comment