Thursday, 11 August 2016

Sudut Feqah: Meninggal dunia sebelum habis iddah talak raj'i.Adakah berhak mendapat harta pusaka?


Meninggal dunia sebelum habis iddah talak raj'i.Adakah berhak mendapat harta pusaka?

Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

Seorang suami telah mentalaki isterinya dengan talak raj’i. Sebelum habis iddahnya, salah  seorang daripadanya meninggal dunia. Adakah berhak salah seorang daripada mereka itu menerima waris dari harta pusaka yang ditinggalkannya?

Ya…seorang suami yang telah mentalaki isterinya dengan talak raj’i, dan meninggal dunia salah seorang daripada mereka sebelum habis iddahnya; maka salah seorang daripada mereka itu berhak menerima waris dari harta pusaka yang ditinggalkan, kerana isteri yang masih di dalam iddah belum terputus perhubungannya dengan suaminya, disebabkan suami masih wajib memberi nafkah kepada isterinya yang masih di dalam iddah tadi, malahan zihar dan ila’ pun sah dilakukan di dalam iddah talak raj’i.

 

No comments:

Post a Comment