Sunday, 14 August 2016

Sudut Feqah: Sejarah Poligami


Sejarah Poligami

Amalan poligami telah berlaku sebelum kedatangan Islam.Orang-orang barat adalah bangsa yang berpoligami, demikian juga bangsa-bangsa timur seperti bangsa Ibrani dan Arab, mereka juga berpoligami.Kerana itu tidaklah benar apabila ada tuduhan bahawa Islamlah yang awal mewujudkan sistem poligami. Tetapi yang sebenarnya Islam datang untuk memperbetulkan segala bentuk sistem kehidupan manusia dan termasuk juga sistem poligami berdasarkan keadilan dan hak yang direstui oleh Allah SWT. Sistem poligami yang berlaku sekarang hidup subur dan berkembang dinegeri-negeri yang tidak menganut Islam.

Agama Nasrani pada mulanya tidak mengharamkan poligami kerana tidak ada satu ayatpun dalam Injil yang secara tegas melarang poligami. Bangsa Eropah seperti Yunani dan Romawi pada mulanya mengamalkan monogami dan melarang poligami . Walaupun kemasukan mereka kedalam agama Kristian namun  amalan monogami seperti  bebiasaan nenek moyang mereka tetap diteruskan.Malahan juga mereka melarang amalan poligami, sehingga menjadi satu ajaran dalam agama Kristian. Gereja hanya meneruskan larangan poligami  dan menganggapnya sebagai perturan dari agama, padahal lembaran-lembaran dari kitab Injil sendiri tidak menyebutkan adanya larangan poligami.

Buku-buku Rujukan
1-Perkahwinan dan penceraian dalam Islam oleh Haji Mohd Saleh Haji Ahmad
2-400 Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Haji Ibrahim(Bekas Mufti Negeri Sabah)
3-Fiqh Sunnah Oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
4-Fiqah Manhaji oleh Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali As-Syarbaji.
5-Tafsir Pimpinan Ar-Rahman oleh  Syeikh ‘Abdullah Basmeih.
6-Al-Halal wal Haram fi Islam- Dr Yusof Al-Qardawi
7-Al-Feqh al-Islami Oleh Dr Wahbah al-Zuhaili
8-Bahrul Mazi(syarah bagi Sunan Al-Tirmidzi) oleh syeikh Abdul Rauf al-Marbawi
 

No comments:

Post a Comment