Penutup
Jelasnya, berpoligami asal
hukumnya adalah dibolehkan (jaiz), bukannya wajib. Cuma, dari hukum harus ini
akan bertukar menjadi hukum lain – wajib, sunat, makruh dan haram. Ia adalah
hukum yang mendatang, bukan hukum asal. Contohnya, jika seseorang itu sememangnya
sudah tahu (dan pada realitinya begitu) tidak berkemampuan untuk berlaku adil
terhadap isteri-isterinya nanti, maka ketika itu haram hukumnya berpoligami.
Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa
alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah
untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya
ialah;
- Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu
     haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan.
     Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat
     orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang
     nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu
     lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada
     terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan. 
 - Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul
     tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan
     sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita
     yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat
     jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya
     yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari
     wanita-wanita cantik yang mandul." 
 
3.      Bahawa kaum lelaki itu
mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya
seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit
dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk
memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan Maka
ketika itu dia wajib berpoligami (setelah memenuhi syarat-syaratnya).
.
- Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar
     dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu
     tua. 
 - Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum
     lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis
     mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat
     peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna.
     Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak
     dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga. 
 - Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi
     merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik
     ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik
     berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan
     wanita lain. 
 - Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada
     kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak
     dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan
     menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa
     dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan
     atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula
     mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya. 
 - Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak
     sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan
     kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat
     Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari
     pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak
     ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan
     merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri. 
 
Dengan keterangan-keterangan di
atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi
nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan
untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Islam juga tidak memandang mudah akan
syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah
bagi mereka secara tegas Allah (SWT) mengingatkan, tanggungjawab mereka
bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah
itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan
beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang
melakukannya.
Buku-buku Rujukan
1-Perkahwinan dan penceraian dalam Islam
oleh Haji Mohd Saleh Haji Ahmad
2-400 Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji
Said Haji Ibrahim(Bekas Mufti Negeri Sabah)
3-Fiqh Sunnah Oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
4-Fiqah Manhaji oleh Dr. Mustofa Al-Khin,
Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali As-Syarbaji.
5-Tafsir Pimpinan Ar-Rahman oleh  Syeikh ‘Abdullah Basmeih.
6-Al-Halal wal Haram fi Islam- Dr Yusof
Al-Qardawi
7-Al-Feqh al-Islami Oleh Dr
Wahbah al-Zuhaili
8-Bahrul Mazi(syarah bagi Sunan Al-Tirmidzi)
oleh syeikh Abdul Rauf al-Marbawi
No comments:
Post a Comment