Siapakah Al-Mufarridun?
حَدَّثَنَا أُمَيَّةُ بْنُ بِسْطَامَ الْعَيْشِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِيرُ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ فَمَرَّ عَلَى جَبَلٍ يُقَالُ لَهُ جُمْدَانُ فَقَالَ سِيرُوا هَذَا جُمْدَانُ سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ قَالُوا وَمَا الْمُفَرِّدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الذَّاكِرُونَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتُ
Dari Abu Hurairah dia berkata; "Pada suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pergi ke Makkah melalui sebuah gunung yang bernama Jumdan. Kemudian beIiau bersabda: 'Ayo jalanlah! Inilah Jumdan. Telah menang para mufarridun.' Para sahabat bertanya; 'Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan mufarridun? ' Beliau menjawab: 'Yaitu orang-orang (laki-laki/perempuan) yang banyak berzikir kepada Allah.' HR Muslim,2676.
Asal dari al-mufarridun adalah orang yang berpisah dari orang sekitarnya, justeru kerana ia terus berzikir kepada Allah. Namun yang dimaksudkan dalam hadith diatas adalah orang yang banyak berzikir kepada Allah. Disunnahkan merutinkan zikir kerana zikir adalah amalan yang paling afdal untuk disibukkan oleh hamba setelah amalan yang fardhu.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ قَالَ: أَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- رَجُلٌ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيْنَا فَبَابٌ نَتَمَسَّكُ بِهِ جَامِعٌ. قَالَ:(( لاَ يَزَالُلِسَانُكَ رَطْباً مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ )).]رواه أحمد[
Daripada ‘Abdullah bin Busr katanya: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya syari’at-syari’at Islam telah banyak kepada kami, maka berilah kami suatu kaedah yang kami dapat berpegang teguh dengannya. Baginda bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” HR Ahmad
Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala menyuruh orang-orang yang beriman supaya sentiasa berzikir kepada-Nya dengan zikir yang banyak, dan memuji-Nya dalam setiap keadaan. Firman Allah Ta’ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Al-Ahzab: 41
Berzikir boleh mengelakkan diri kita dari mengata orang, mencari aib orang, mengumpat dan mencela orang. Oleh itu, orang yang banyak berzikir akan berasa tenang dan dapat berfikir secara waras.
Diriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ ، مَثَلُ الْـحَيِّ وَ الْـمَيِّتِ
"Perumpamaan orang yang berzikir kepada Rabbnya dan orang yang tidak berzikir kepada Rabbnya adalah seperti perbezaan antara orang yang hidup dengan orang yang mati." HR Bukhari, 6407
Begitu juga setiap orang yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala meyakini bahwa sumber ketenangan jiwa dan ketenteraman hati yang hakiki adalah dengan berzikir kepada kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, membaca al-Qur’an, berdoa kepada-Nya dengan menyebut nama-nama-Nya yang maha Indah, dan mengamalkan ketaatan kepada-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” Ar-Ra’du: 28
Allah Subhanahuwata'ala berfirman,
لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Asy-Syura:12
Berbeza halnya dengan makhluk, yang kerap sangat tidak suka untuk diminta. Sebab setelah dirinya memberikan apa yang seorang meminta, maka bererti kepemilikannya akan berkurangan. Dengan demikian, maka sangat tidak layak untuk meminta kepada hamba Allah, justeru itu semua hamba Allah selalu meminta kepada-Nya. Lalu bagaimana mungkin dirinya dapat memenuhi hajat orang lain.
No comments:
Post a Comment