Menyambung Rambut dan minta disambungkan(Rambut Palsu), mencukur kening dan minta dicukur
Sumber Rujukan:
Fatawa
Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُوتَشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ
لِلْحُسْنِ ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Allah melaknat wanita pembuat tato dan yang bertato,
wanita yang dicukur alis, dan dikikir giginya, dengan tujuan mempercantik diri
mereka merubah ciptaan Allah Ta’ala.” HR. Bukhari
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
لُعِنَتْ الْوَاصِلَةُ وَالْمُسْتَوْصِلَةُ وَالنَّامِصَةُ
وَالْمُتَنَمِّصَةُ وَالْوَاشِمَةُ وَالْمُسْتَوْشِمَةُ مِنْ غَيْرِ دَاءٍ
Dilaknat wanita yang menyambung rambut dan yang disambung rambutnya, wanita yang menipiskan alis dan yang ditipiskan alisnya serta wanita pembuat tato dan yang bertato, kecuali karena berobat.”HR. Abu Daud
Amalan
bertatoo memang wujud sejak zaman dahulu, iaitu mengukir dengan cara mencucuk
kulit dengan warna biru. Mengikir pula mencantikkan gigi dengan menggunakan
alat pengikir gigi. Manakala mencukur pula, menghilangkan sebahagian daripada
bulu kening bagi meninggikannya, meratakannya, ataupun seumpama dengannya.
Menyambung pula bermaksud, menyambung rambut asal dengan rambut palsu seperti
‘rambut palsu’.
Semua
perlakuan ini diharamkan dan dilaknat oleh Rasulullah SAW. kepada pelaku dan
pemintanya. Oleh itu, jelaslah hukum memakai rambut palsu dan seumpamanya.
Dakwaan menyatakan ia boleh menutup kepala adalah dusta dan bertentangan dengan
keadaan sebenar. Menutup rambut adalah adat yang sedia dimaklumi. Sedangkan
semua orang tahu dandanan melibatkan lebih banyak bahan palsu dan bukan
daripada rambut asal. Selain
itu,melibatkan perkara-perkara berikut:
1-
Penipuan
2-
Berlebih-lebihan dan pembaziran.
3-
Berhias melebihi had dan memperdayakan.
Apa
yang jelas, semua ini adalah perkara yang jelas membawa kepada hukum haram.
Said bin Musayyab melaporkan, “Muawiyah sampai di Madinah, iaitu destinasi terakhir dalam perjalanannya. Dia menyatakan kepada kami sambil mengeluarkan segumpal rambut, iaitu ‘sepotong rambut’ sebagaimana direkodkan dalam laporan hadith yang lain, “tidak pernah aku melihat orang lain melakukanya selain orang-orang Yahudi. Nabi Muhammad SAW. Menamakannya (az-zurr)’ iaitu sambungan pada rambut”.
Dalam laporan yang direkodkan oleh
Imam Al-Bukhari, Muawiyah menyatakan kepada penduduk Madinah, “Di mana ulama
kamu? Aku mendengar bahawa Rasulullah SAW. melarang perkara seumpamanya”.
Baginda juga menyatakan,”Kaum Bani Israel dibinasakan kerana kaum wanitanya
melakukan perkara tersebut”.
Hadith
ini memperingatkan kita kepada dua perkara:
1-
Pertama: Orang-orang Yahudi adalah pencetus kepada perkara yang buruk
ini dan mereka juga yang menyebarkan amalan ini kepada generasi seterusnya.
Orang Yahudi adalah punca kepada semua keburukan.
2-
Kedua: Nabi Muhammad SAW. menamakannya sebagai zuran, iaitu
penipuan.Ini menunjukkan hikmah pengharamannya kerana ia diumpamakan sebagai
penipuan dan pemalsuan. Sedangkan Islam membenci orang yang menipu secara nyata
dan tidak nyata. Rasulullah SAW. menyatakan,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
“Siapa yang menipu,
dia bukan dari kalangan ku”.HR Muslim
Kita juga menyebutkan hikmah lain sebelum ini.
Pemakaian rambut palsu adalah haram walaupun hanya dipakai
dirumah,kerana orang yang menyambung rambut dilaknat selama-lamanya. Apatahlagi
sekiranya dia keluar rumah tanpa menutup kepalanya. Sebaliknya menutupi kepala
dengan rambut palsu, ia jelas bertentangan dengan penyataan Allah SWT. dalam
surah an-Nur 31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ
Hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Tiada seorang pun menggangap rambut palsu itu seperti tudung. Ia diharamkan kepada perempuan dan lebih diharamkan kepada lelaki.
No comments:
Post a Comment