Friday 7 October 2016

Mewarnakan Kuku dengan Pewarna Tiruan


Mewarnakan Kuku dengan Pewarna Tiruan
Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Apa yang dinamakan sebagai pewarna kuku ini menjadi penghalang kepada air wudhuk untuk sampai kepada kulit. Maka wudhuk menjadi tidak sah dan solat juga tidak dapat dilaksanakan. Wanita Muslimah yang bersegera memelihara solat lima waktu sehari semalam sudah tentu sentiasa dalam keadaan suci dan sentiasa berwudhuk.Bagaimana mungkin dia membiasakan dirinya dengan penggunaan pewarna kuku ini. Ini kerana penggunaan pewarna kuku menafikan kewajipan harian yang suci ini. Tidak hairanlah bagi sesiapa yang tidak mengambil berat tentang solatnya, sedangkan solat adalah tiang agama dan pembeza antara kafir dan seorang Muslim. Mereka berdandan dan berhias dengan bahan-bahan pewarna yang tidak halal. Kekufuran itu hanya mendatangkan dosa. Itu adalah apa yang dapat kita katakana dalam hal ini.

Sabda Rasulullah SAW. :
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ
“Kepala urusan adalah Islam, Tiangnya adalah Solat dan puncak ketinggiannya adalah Jihad”.
HR Tirmidzi, Hasan Sahih

Sabda Rasulullah SAW. :

وَعَنْ جَابرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللِه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ  الشِّرْكِ والكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ

Dari Jabir ra. berkata Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya batas seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat. HR Muslim

No comments:

Post a Comment