Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W
bersabda yang bermaksud : “Orang yang
paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih
membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim).
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap.
Maka beliau bersabda yang bermaksud:
“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju
ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam
keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami
menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu
tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari
dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari
empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis
Riwayat Muslim)
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca
al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana
engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan
ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan
sahih )
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. yang
bermaksud : “Orang yang membaca al-Quran
dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai
syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat
Muslim)
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata yang
bermaksud : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan
al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului
dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (
mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat
Muslim)
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah
S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Sebaik
manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada
orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment