Al-Quran mengandungi pelbagai
persoalan mengenai kehidupan manusia untuk menjamin kesejahteraan di dunia dan
akhirat.Di antara persoalan yang terkandung dalam Al-Quran ialah:
1-Akidah: iaitu
persoalan tentang kepercayaan yang wajib serta komponen mengenai rukun iman
yang enam.
2-Syariah:iaitu persoalan
mengenai perjalanan syariah seperti solat, puasa, zakat, haji,sedekah,jihad,sumpah,nazar,perkahwinan,muamalah
dan jenayah syariah.
3-Akhlak: iaitu
mengenai budi pekerti yang akan menyucikan jiwa dan dapat mewujudkan suasana
harmoni sesama insan.
4-Kisah-kisah: iaitu
mengenai sejarah umat terdahulu tentang kemajuan dan kemunduran, kebangkitan
dan kejatuhan untuk mengambiul iktibar dalam kehidupan.
5-Janji-janji: iaitu janji
tentang balasan orang yang berbuat
kebajikan, kepimpinan dunia dan balasan akhirat terhadap umat yang patuh kepada
perintah atau sebagainya.
6-Hukum-hukum: iaitu
ketentuan yang perlu dipatuhi untuk menjamin hubungan baik sesama manusia dan
hubungan dengan Allah.
Pada keseluruhannya , isi andungan Al-Quran mengandungi
tiga kerangka utama aitu Akidah, Syariah dan Akhlak.
Al-Quran juga
mengandungi sejumlah ilmu kealaman, contohnya kedoktoran, astronomi, pertanian,
matematik, perbandingan dan lain-lain.
a-Ilmu kedoktoran: Ilmu
yang mengajarkan cara hidup sihat. Iaitu dapat dilihat dari firman Allah,dalam
surah al-Nahl ayat 69:
ثُمَّ كُلى مِن كُلِّ الثَّمَرٰتِ
فَاسلُكى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخرُجُ مِن بُطونِها شَرابٌ مُختَلِفٌ
أَلوٰنُهُ فيهِ شِفاءٌ لِلنّاسِ ۗ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايَةً لِقَومٍ يَتَفَكَّرونَ
﴿٦٩﴾
…Didalam
madu terdapat ubat yang menyembuhkan manusia….
Selain menerangkan
tentang pemeliharaan jasmani. Al-Quran juga menitik beratkan pemeliharaan
rohani kerana kesihatan rohani mempengaruhi kesihatan jasmani.
b-Ilmu
perbintangan(astronomi) pula menerangkan tentang para malaikat, langit dan
bumi.
c-Ilmu tatacara berdiskusi
menerangkan tentang pembuktian, pengantar pembicaraan, kesimpulan (natijah),
soal jawab, bantahan dan lain-lain. Ilmu ini dapat dilihat dari kisah Nabi
Ibrahim dengan raja Namrud dan kisah
Ibrahim mencari Tuhan.
d-Ilmu matematik dan
perbandingan mengajar tentang hitungan tahun, dhari dan sejarah umat terdahulu.
No comments:
Post a Comment