Al-Quran diturunkan
melalui perantaraan Jibril. Ia tidak turun sekaligus tetapi secara
beransur-ansur. Kadang-kadang diturunkan hanya tiga perkataan, kadang-kadang
hanya setengah ayat menurut kepentingan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah
SWT.
Wahyu yang diturunkan
kepada Rasulullah melalui pelbagai cara seperti berikut:
a-Melalui mimpi. Ia
mengandungi wahyu yang jelas dan terang.
b-Malaikat Jibril
memasukkan wahyu itu ke dalam hati baginda. Baginda tidak nampak apa-apa pun.
Baginda merasa wahyu itu sudah berada di dalam hatinya.
c-Malaikat Jibril
merupakan dirinya seperti seorang lelaki dan bercakap dengan Rasulullah
sehingga baginda memahami segala apa yang disampaikannya. Pada waktu ini para
sahabat juga boleh melihat Malaikat Jibril.
d-Nabi mendengar suara
seperti loceng yang berbunyi dengan kerasnya. Menurut baginda, kedatangan wahyu
seperti ini amat payah dan berat dirasakannya. Pada ketika ini Malaikat Jibril
berasatu dengan eratnya atau peribadi baginda. Peluh terpancar pada dahinya
walaupun pada hari ini amat dingin. Sekiranya baginda ketika itu berada diatas
kenderaan, rebahlah kenderaan itu kerana beratnya.
e-Rasulullah SAW.
melihat Malaikat Jibril dengan rupa yang sebenarnya.Wahyu yang diturunkan kepada baginda adalah secara beransur-ansur selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari atau 23 tahun.
Penurunan Al-Quran, adalah melalui dua peringkat:
Pertama, di Makkah yang
dinamakan ayat Makkiyah yang diturunkan selama 12 tahun, 5 bulan dan 13 hari.
Ayat Makkiyah ini meliputi 19/30 daripada isi Al-Quran yang terdiri dari 86 surah.
Kedua, yang diturunkan
di Madinah selama 9 tahun,9 bulan dan 9 hari dan dinamakan sebagai Ayat
Madaniyah. Ayat Madaniyah meliputi 11/30 daripada isi kandungan Al-Quran
terdiri daripada 28 surah yang ada pada Al-Quran adalah 114 surah.
Antara perbezaan di
antara ayat Makiyyah dan ayat Madaniyah ialah:
a-Ayat-ayat yang diturunkan
di Makkah biasanya pendek. Pada umumnya ia mengandungi hal-hal yang berhubung
dengan keimanan, memberi ancaman atau keterangan mengenai syurga atau neraka,
kisah umat terdahulu seperti kebanyakkan surah dalam juz Amma kerana keadaan
dakwah ketika itu memerlukan demikian. Ia dimulai kalimah Ya Ayyuhannas(wahai
sekelian manusia)
b-Ayat Madaniyah pula
kebanyakkan panjang, mengandungi cerita, hukum syariat, sistem pemerintahan dan
seruan supaya berbelas kasihan dan bekerjasama. Ia dimulai dengan kalimah Ya
Ayyuhal Lazi Naamanu(wahai orang-orang yang beriman)
No comments:
Post a Comment