Mukjizat dalam bahasa
Arab ialah “melemahkan”. Ia bermaksud sesuatu yang dapat melemahkan musuh atau
mengalahkan kecerdikan dan kekuatan musuh.
Al-Quran disebut sebagai
mukjizat Rasulullah SAW. yang terbesar. Ini kerana:
a-Al-Quran adalah
satu-satunya kitab yang isinya kebenaran dan terhindar daripada kepalsuan dan
keraguan.
b-Al-Quran walaupun ada
yang pendek tetapi pengertian dan maksudnya sangat panjang dan mendalam.
c-Al-Quran bukan nazam,
sajak, syair, gurindam dan sebagainya. Tetapi ia tetap indah dan menarik
sehingga bukan sahaja orang Islam tertarik tetapi juga dikagumi oleh orang
bukan Islam.
d-Ayat Al-Quran
walaupun berulang kali dibaca tidak pernah membosankan kerana susunan katanya
yang indah dan isi atau maksudnya yang dalam.
e- Setiap ayat Al-Quran
mengandungi erti dan pelajaran yang dalam dan tinggi, yang pasti membuatkan
seseorang itu akan sentiasa tertarik dan mendapat pengetahuan serta kesedaran
dengan membaca Al-Quran.
f-Ayat Al-Quran mudah
dihafal dan dilagukan dengan pelbagai lagu.
g-Membaca Al-Quran
selain memperolehi petunjuk hidup dapat memberi kekuatan ghaib bagi pembacanya,
menghindarkan diri daripada bahaya atau makhluk-makhluk halus.
No comments:
Post a Comment