Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
2-Shahih Bukhari
3-Shahih Muslim
Terdapat
beberapa hadis yang menegaskan bahawa sakit boleh menghapuskan kesalahan dan
menghilangkan dosa. Dibawah ini adalah sebahagian dari hadis-hadis tersebut.
1-Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan
bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa
yang memperolehi limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke
atas dirinya terlebih dahulu.”
Musibah bagi menyucikan diri seorang
mukmin daripada segala noda dan dosa dan menaikkan darjatnya di sisi Allah.
Musibah adalah segala sesuatu yang tidak diingini dan pebuatan dosa. Sebab!
Musibah merupakan klinik ilahi yang bertujuan mengubati sekaligus menyelamatkan
seseorang mukmin daripada segala dosa yang membinasakan.
2-Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan
bahawa Nabi SAW. bersabda yang
bermaksud:
“Tidak
ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa
kesusahan dari penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan
sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun, melainkan akan
dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang
demikian itu.”
3-Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu
Mas’ud katanya yang bermaksud:
“Aku
bertamu kerumah Rasulullah SAW yang ketika itu dalam keadaan demam panas. Maka
aku katakan kepadanya: “wahai Rasulullah! Badanmu amat panas’ Baginda berkata
:’Memang, suhu badanku akan naik dua kali ganda suhu badan kamu ketika deman’.
Lalu aku berkata lagi kepada baginda: ‘Mungkin disebabkan para nabi akan diberi
pahala dua kali ganda pula! ‘Benar demikian!’kata Nabi, ‘Selain itu, tidak seorang muslim pun
yang ditimpa kesakitan mulai dari duri yang tersusuk ke tubuhnya sehingga yang
lebih berat daripada itu, melainkan dihapuskan Allah dengan
kesalahan-kesalahannya, iaitu umpama kayu yang menggugurkan daun-daunnya”.
4-Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
katanya: Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan
seorang mukmin adalah seperti tanaman yang berpenyakit. Ia bergoyang dan
condong ke pelbagai arah ditiup angin. Namun apabila ditimpa musibah, ia akan
condong, tetapi akan tegak semula. Sebaliknya seorang derhaka adalah seperti
padi yang lurus dan kaku, sehingga mudah patah dan tercabut apabila dikehendaki
Allah”. HR Bukhari
No comments:
Post a Comment