Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
Jumhur ulama
berpendapat bahawa berubat dengan khamar dan benda-benda yang dilarang adalah
haram. Mereka berhujah dengan hadis-hadis berikut:
1-Muslim, Abu Dau dan
at-Tirmizi meriwayatkan dari wa’il bin Hajar al-Hadhrami bahawa:
“Thariq
bin Suwaid menanyakan kepada Nabi SAW. mengenai hukum khamar yang dijadikan
ubat. Beliau menjawab: ‘Ia bukanlah ubat, tetapi penyakit’! Hadis
ini menegaskan haramnya berubat dengan khamar dan ia merupakan penyakit.
2-Diriwayatkan oleh
Baihaqi dan dinyatakan sahih oleh Ibnu Hibban dari Ummu Salamah bahawa Nabi
SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada yang diharamkan keatasmu. HR
Bukharai
3-Diriwayatkan dari Abu
Daud dari Abu al-Darda’ bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah menurunkan penyakit dan ubat serta menjadikan bagi setiap penyakit itu
ubatnya. Oleh itu, berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan benda yang
haram”. (Dalam hadis ini terdapat Ismail bin “Iyasi. Dia adalah perawi yang
thiqah dikalangan penduduk Syam, tetapi dianggap dha’if dilalangan penduduk
Hijaz)
4-Diriwayatkan oleh
Ahmad, Muslim,at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah, katanya:
“Rasulullah
SAW. melarang daripada memakai ubat yang keji, iaitu racun”.
Sedikit titisan Khamar
yang tidak banyak kelihatan dan tidak memabukkan, jika dicampur dengan ramaun
ubat, tidaklah diharamkan. Ia tidak ubahnya seperti sedikit sutera dijahit pada
pakaian. Demikian pendapat yang dikemukannya dalam kitab al-Manar.
No comments:
Post a Comment