Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
Berubat sememang nya
diperintahkan oleh agama, sepertimana yang termuat dalam beberapa hadis
Rasulullah SAW.
1-Ahmad dan Ashab
as-Sunan meriwayatkan dan dipandang sahih oleh at-Tirmizi, dari Usamah bin
Syuraik, katanya:
“Aku
datang menjumpai Nabi SAW. sedangkan para sahabatnya duduk tenang seolah-olah
di atas kepala mereka ada seekor burung hinggap kerana hormat dan ta’zim mereka
kepada Nabi SAW. Aku pun memberi salam, lalu duduk. Kemudian datangnya orang-orang
badwi dari sana-sini. Mereka bertanya: ‘Wahai Rasulullah ! Bolehkah kami
berubat’? Nabi SAW. menjawab: “Berubatlah kamu, kerana Allah Ta’ala tidak
menciptakan sesuatu penyakit, melainkan menyediakan ubatnya, kecuali satu
penyakit, iaitu penyakit tua”. HR Abu Daud, al-Tirmizi,Ahmad. Al-Tirmizi
berkata:’Hadis ini hasan lagi sahih’
2-Diriwaykan dari mIbnu
Mas’ud oleh an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim yang menyatakan kesahihannya,
bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan menurunkan ubatnya. Oleh itu
berubatlah kamu! HR Ibnu Majah, Al-Hakim
3-Diriwayatkan pula
oleh Muslim dari Jabir, bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Setiap
penyakit ada ubatnya. Jika sakit telah diubati, ia akan sembuh dengan izin
Allah”. HR Muslim
4-Madu sebagai ubat
ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ
فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ
أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ
يَتَفَكَّرُونَ
Kemudian makanlah dari
segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah
jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".
(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya,
yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit).
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan
Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. An-Nahl 69
No comments:
Post a Comment