Sumber Rujukan: Fiqh
Sunnah oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
Dari Abdullah bin Aufa,
Katanya yang bermaksud:
Aku
bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai hukum seseorang yang belum berhaji.
Bolehkah dia berhutang untuk menunaikan ibadah Haji? Beliau menjawab: ‘Tidak(boleh).
HR Baihaqi
Diriwayatkan
dalam sunan al-Baihaqi: (3331) dari as-Sufyan dari al-Thariq, katanya: “Saya
pernah mendengar Ibnu Abu Awfa bertanya mengenai seseorang yang berhutang untuk
menunaikan ibadah haji. Dia menjawab: ‘Hendaklah orang itu memohon rezeki
kepada Allah dan tidak perlu berhutang.” Lanjutnya lagi: ‘Pada kami, seseorang
tidak dibenarkan berhutang melainkan ada persediaan untuk membayarnya”.
Ibadat haji mula
diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut pendapat yang
mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran. menunaikan ibadah haji itu
adalah fardhu ain bagi setiap muslimin dam muslimat yang mampu (مَنِ اسْتَطَاعَ ) untuk pergi
mengunjunginya. Mampu dari segi harta benda, kesihatan, ada kenderaan dan
terakhir sekali mampu dari segi mental dan ilmu pengetahuan mengenai
manasik-manasik haji tersebut.
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ
وَمَن دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ
اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ
الْعَالَمِينَ (97)
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat
haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai
kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka
sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada
sekelian makhluk
No comments:
Post a Comment