Wednesday, 14 October 2015

Sudut Feqah: Jenazah- Menziarahi Orang Sakit


1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

3-Shahih Muslim

Antara akhlak Islam adalah seorang dikehendaki menziarahi orang sakit dan peduli terhadap kesihatan mereka, supaya hatinya terhibur dan hak persaudaraan dapat dirialisasikan. Ibnu Abbas berkata: “menziarahi orang sakit untuk pertama kalinya adalah disunatkan, namun selepas itu bersifat sukarela”. Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa, bahawa Nabi SAW. bersabda yang berrmaksud: “Berilah makan kepada orang yang kelaparan, ziarahlah orang sakit dan bebaskanlah tawanan”.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Hak seorang muslim keatas muslim yang lain ada enam. Seorang sahabat bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW. menjawab: ‘Jika berjumpa dengannya, hendaklah kamu memberi salam. Jika kamu dijemput, maka penuhilah jemputannya. Jika meminta nasihat, maka hendaklah kamu memberi nasihat. Jika membaca(Alhamdulillah) setelah bersih, hendaklah kamu menjawab dengan bacaan(Yarhamuka), yang bererti ‘Semoga Allah memberimu rahmat’. Jika dia sakit, maka hendaklah kamu menziarahinya. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya (menuju perkuburan)”.
Abu Hurairah ra meriwayatkan yang bermaksud:“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajipan seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]
Sabda Rasulullah SAW: yang berrmaksud:“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]
Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

 

No comments:

Post a Comment