Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
2-Shahih Bukhari
3-Shahih Muslim
“Jika
kamu melawat orang sakit, maka bangkitlah semangatnya bahawa usianya masih
panjang. Keadaan yang demikian sememangnya tidak dapat menolak takdir, tetapi
akan mententeramkan jiwa si pesaki.” HR Ibnu Majah, Tirmizi”.
Adalah Rasulullah SAW. apabila
menziarahi orang sakit, beliau mengucapkan:
لَا بَأْسَ، طَهُوْرٌ إِنْشَاءَ اللهُ
“Tidak
mengapa, In Syaa Allah semuanya akan berakhir dengan kebaikan”. HR Bukhari
Disunatkan
mempersingkatkan waktu berziarah dan menjarangkannya agar tidak menyusahkan
pesakit, melainkan jika dia menginginkan demikian.Islam memberi perhatian kepada orang sakit dengan menganjurkan menziarah dan berdoa untuk kesembuhan mereka. Untuk itu Rasululllah SAW. mengajarkan beberapa doa yang boleh dibaca ketika menziarahi mereka. Semua ini bagi mempraktikkan persaudaraan Islam.Dari An-Nu’man bin Basyir ra., katanya Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَثَلُ
الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ ، مَثَلُ
الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ
بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
”Perumpamaan
orang-orang yang beriman itu dalam kelunakan, berkasih-sayang dan
berlemah-lembut sesama mereka seperti tubuh yang satu, jika satu anggota sakit,
seluruh jasad akan turut terasa demam dengan berjaga malam.” (HR al-Bukhari
dan Muslim)
Nabi S.A.W. apabila
menziarahi orang sakit, baginda menyapu tangan kanannya ke atas orang sakit (di
tempat sakitnya) sambil berdoa:
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ اِشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
“Ya
Allah, tuhan kepada manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia, dan
sesungguhnya Engkaulah maha penyembuh, tidak ada penyembuhan melainkan dengan
penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan.” HR Bukhari
No comments:
Post a Comment