Al-Quran ialah
kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
melalui perantaraan Jibril as. diutus dalam mushaf, dipindahkan kepada kita
secara mutawatir dan menjadi ibadah dengan membacanya.
Susunan Al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf
Hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 123671 huruf, 77,437
kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzu’, 60 hizib dan 240 maqra’.
Berdasarkan sejarah,
wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW. di Gua Hira ialah pada 17
Ramadhan bersamaan 610 Masihi. (Isnin 6 ogos),. Pada waktu itu baginda berusia 40
tahun. Ayat yang pertama yang diturunkan ialah Surah Al-Alaq ayat 1-5:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ{1} خَلَقَ الْإِنسَانَ
مِنْ عَلَقٍ{2} اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ{3} الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ{4}
عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ{5}
Bacalah (wahai Muhammad) dengan
nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari
sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Setelah tiga tahun
wahyu pertama diturunkan, maka turun ayat kedua dari surah Al-Mudasir ayat 1-7
يا أَيُّهَا
الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ
فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ (6)
وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah
serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka
ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau
bersihkan.. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah
engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak
daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau
bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Manakala wahyu terakhir yang diterima oleh Rasulullah SAW. ( ulama berselisih
pendapat dalam perkara ini). Satu pendapat daripadanya ialah berlaku pada tahun
ke 10 hijrah ketika baginda mengerjakan Hajjatul wada’ iaitu tiga bulan sebelum
baginda wafat. Ayat terakhir tersebut adalah dari surah Al-Maidah ayat 3:
الْيَوْمَ
أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ
الْإِسْلَامَ دِينًا
“Pada hari ini
telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku,
dan telah Ku-ridhai Islam agamaKu
No comments:
Post a Comment