Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
2-Shahih Bukhari
Al-Bukhari meriwayatkan
dari Musa al-Asy’ari bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Apabila
seseorang sakit atau bermusafir, maka dia tetap memperolehi ganjaran pahala
amalan yang biasa dilakukan ketika bermukim dan ketika dalam keadaan sihat”.
Ketika sakit, tubuh badan menjadi lemah dan ada kalanya menyebabkan
terhalang daripada melakukan amal ibadat. Namun, antara keistimewaan diberikan
Allah kepada mereka yang sedang sakit, mereka tetap menerima ganjaran pahala
bagi amalan biasa dilakukan ketika sihat. Contohnya, seseorang yang konsisten
mengerjakan solat tahajud tetapi terhalang mengerjakannya kerana kesihatannya
terganggu, dia tetap menerima pahala solat tahajud itu sepanjang tempoh dia
sedang sakit.
Ujian sering menyedarkan manusia terhadap kelalaian
mereka selain menjadi bukti lemahnya diri kerana tidak mampu mengelak penyakit
dikurniakan Allah. Ada ketikanya, sakit mengingatkan kita akan dosa dilakukan
kerana ujian Allah juga disebabkan kesilapan dilakukan. Firman Allah dalam Surah
Asy-Syura, ayat 30:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ
مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
bermaksud: “Dan apa
musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu
sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu).”
No comments:
Post a Comment