الَر
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى
النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
الَر. (Ini adalah)
Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap
gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju
jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Ibrahim ayat 1
إِنَّ
هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْراً كَبِيراً
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi
petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang
mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa
mereka beroleh pahala yang besar.Al-Isra 9
Al-Quran telah membawa
perubahan yang besar terhadap manusia. Ia mengangkat manusia dari lembah
kehinaan dan kegelapan menuju puncak keagungan dan kesejahteraan. Diantara
perubahan yang dilakukan Al-Quran terhadap manusia ialah:
1-
Perubahan
tentang Aqidah: Ia menunjukkan tentang hakikat kehidupan
dunia dan akhirat.Membentuk kepercayaan tentang rukun iman yang enam.
2-
Perubahan
mengenai Ibadah: Al-Quran memberikan pengabdian dan
kebaktian hanya kepada Allah dan menghapuskan segala bentuk keagamaan dan
syirik kepada Allah.
3-
Perubahan
tentang Akhlak: Al-Quran menanamkan akhlak yang baik
lagi terpuji dan melontarkan akhlak yang keji.
4-
Perubahan
Masyarakat: Al-Quran menumbuhkan persaudaraan,
persamaan dan kesatuan yang menyeluruh tanpa membezakan warna, bangsa dan
keturunan. Menghapuskan perbezaan dan batasan mengikut kasta dan menghimpunkan
mereka di bawah panji taqwa.
5-
Perubahan
tentang Politik: Al-Quran mengembangkan demokrasi,
menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dan keganasan dalam pelbagai bentuk.
6-
Perubahan
dari sudut Ekonomi: Al-Quran membangun ekonomi mengikut
dasar ketuhanan dan nilai-nilai kemanusian serta mengakui hak-hak manusia mencari kekayaan dengan batas-batas yang
tertentu.
7-
Perubahan
tentang Peperangan: Al-Quran merubah maksud dan tujuan
perang untuk kepentingan perdamaian dan keselamatan manusia dan mengekang nafsu
permusuhan dan perselisihan.
8-
Perubahan
kedudukan Kaum Wanita: Al-Quran melindungi hak-hak wanita
dari sudut keagamaan, sosial dan hal ehwal kemasyarakatan.
9-
Penghapusan
Perhambaan: Al-Quran menghapuskan perhambaan manusia
terhadap manusia dan mengakui kebebasan manusia.
10- Memerdekakan Aqal dan Fikiran:
Al-Quran mengakui kebebasan menggunakan akal fikiran, menghapuskan belenggu
taklid, memutuskan rantai yang membelengu fikiran kerana adat tradisi,
kekuasaan politik dan lain-lain lagi.
Penutup
Beriman
dengan Al-Quran merupakan salah satu kompenan rukun iman. Ia merupakan kitab
terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. yang sewajarnya dijadikan
panduan kehidupan manusia untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Al-Quran seharusnya dijadikan pakaian
dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja perlu dilaksanakan dalam bentuk
penghayatan tetapi juga dalam kaedah perlaksaan. Keindahan Islam boleh dihayati
dengan menjadikan Al-Quran sebagai makanan jasmani dan rohani untuk membantu
manusia kearah kebenaran hakiki.
No comments:
Post a Comment