Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
2-Shahih Bukhari
3-Shahih Muslim
Hendaklah orang sakit sabar dan tabah
menghadapi penyakit yang dialaminya. Tiada pemberian yang lebih baik dan amat
berharga dari Allah Yang Maha Esa kepada hambanya melainkan kesabaran.
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ
أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
Sesungguhnya
orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira.Az-Zumar 10
وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ ﴾ [آل عمران:
146]
…Dan
allah mencintai orang-orang yang sabar
سَلم عَليْكُم بِما صَبَرتُم فَنِعْم عُقْبَى
الدَّار
Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah
baiknya balasan amalmu.Ar-Ra’d:24
Muslim meriwayatkan dari Shuhaib bin
Sinan bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sungguh
menakjubkan keadaan orang mukmin itu! Bagaimana pun juga keadaanya, maka
semuanya itu pasti berakhir dengah kebaikan. Keadaan sedemikian tidak akan
ditemui kecuali pada orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan, dia akan
bersyukur dan itu merupakan kebaikan. Jika ditimpa kemalangan, dia bersabar
yang juga merupakan kebaikan baginya”.
Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas ra.,
katanya: Aku pernah mendengar Rasulullahn SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Apabila seorang hamba mendapat
cubaan-Ku pada dua perkara yang amat disayanginya (kedua matanya) lalu
bersabar, maka kelak akan aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga”.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari
Atha’ bin Rabbah dari Ibnu Abbas ra., katanya yang bermaksud:
Mahukah
kamu melihat wanita penghuni syurga? Jawabku: ‘Tentu saja’. Katanya:, Nah,
wanita berkulit hitam itu! Dia pernah datang kepada Nabi SAW. dan mengadu: “Aku
sering tidak sedarkan diri sehingga tanpa sengaja membuka aib sendiri, maka
doakan supaya Allah menyembuhkan penyakitku ini’. Kata Nabi SAW. “Mahukah kamu
bersabar dan sebagai ganjarannya kamu akan memperolehi syurga, atau aku akan
berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkan penyakitmu?. Wanita itu menjawab:
‘Baiklah, aku akan bersabar’. Kemudian dia berkata: ‘Tetapi aku sering membuka
rahsia(tatkala tidak sedarkan diri), maka doakanmlah supaya kebiasaan itu
hilang! Maka Nabi SAW. mendoakannya (supaya tidak lagi mendedahkan
rahsianya tatkala tidak sedarkan diri)”.
No comments:
Post a Comment