Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
2-Shahih Muslim
3-Tirmizi
Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu
Hurairah ra., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa
yang menziarahi orang sakit, maka terdengarlah suara dari langit: ‘Alangkah
terpujinya perbuatanmu! Alangkah terpujunya perbuatanmu, kunjungan kamu!
(Dengan demikian), kamu telah menempah satu tempat tinggal di dalam syurga”.
Muslim meriwayatkan
dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Allah
SWT. akan berfirman pada hari kiamat kelak: “Wahai anak Adam! Aku sakit tapi
kamu tidak mahu menziarahi-Ku’. Manusia menjawab: “wahai Tuhanku! Bagaimana aku
dapat menziarahi Mu, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam? Allah berfirman: ‘Tidakkah
kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah sakit, tetapi kamu tidak mahu
menziarahinya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandai-nya kamu melawatinya
tentu kamu akan mendapati-Ku di sisinya? Wahai anak Adam!Aku meminta kepadamu
supaya memberi makanan, tetapi kamu tidak memberi-Ku makan’. Manusia menjawab: ‘Wahai
Tuhanku! Bagaimana aku memberi-Mu makan’. Sedangkan Engkau Tuhan semesta alam’!
Allah berfirman: ‘Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah
meminta makanan, tetapi kamu tidak mempedulikannya? Tidakkah kamu mengetahui
bahawa seandainya kamu memberinya makan pasti kamu akan menjumpai-Ku di
sisinya!. Wahai anak adam! Aku meminta supaya
kamu memberi-Ku minum, tapi kamu tidak peduli.” Manusia menjawab: ‘Wahai
Tuhanku! Bagaimana aku memberi-Mu minum’. Sedangkan Engkau Tuhan semesta alam’!
Allah berfirman: ‘Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah
meminta minuman, tetapi kamu tidak mengendahkannya? Tidakkah kamu mengetahui
bahawa seandainya kamu memberinya minuman pasti kamu akan mendapati-Ku di
sisinya!
Dari Thauban bahawa
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Seorang
muslim apabila menziarahi saudaranya yang muslim akan selalu berada di tengah
khurfah syurga hinggalah pulang ke rumahnya. Seorang sahabat bertanya: ‘Apakah
maksud khurfah syurga itu. Wahai Rasulullah? Beliau menjawab: ‘Buah-buahan
syurga yang masak’.” HR Muslim, Tirmizi.
Dari Ali ra., katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Setiap
muslim yang menziarahi muslim yang lain di sebelah pagi akan didoakan oleh 70,000 malaikat hingga
waktu petang. Jika menziarahinya di sebelah petang maka dia akan didoakan oleh
70,000 malaikat hingga waktu pagi dan dia akan memperolehi satu kebun di dalam
syurga”. HR Tirmizi dan katanya, hadis ini hasan.
Antara
hikmah kita dituntut untuk menziarahi saudara kita yang sakit ialah untuk
mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama muslim. Apabila saudara kita sakit
dan kita menziarahinya maka akan terbina rasa kasih sayang dan keakraban sesama
umat Islam. Malah Nabi saw telah membuat perumpamaan ikatan kasih sayang sesama
muslim itu ibarat satu badan dengan sabda Baginda saw. yang bermaksud: “ Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih
sayang, belas kasihan dan keakraban mereka ibarat satu jasad, jika satu anggota
badan mengadu sakit maka seluruh anggota lain akan berjaga dan diserang demam.”
(HR Muslim dalam Sahihnya).
Mungkin
kadangkala kita terfikir bahawa menziarahi saudara muslim yang sakit tidaklah
penting tambahan pula jika kita menganggap saudara seagama tersebut tidak mampu
memberi sebarang kepentingan kepada kita. Namun tanpa kita sedari menziarahi
saudara kita yang diuji dengan kesakitan ini merupakan tuntutan agama. Malah
ganjaran syurga akan diberikan bagi mereka yang menziarahi saudara sesama
muslim atas ikatan persaudaraan kerana Allah SWT. Sabda Nabi SAW. yang
bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi orang
yang sakit atau menziarahi saudara seagama kerana Allah SWT. maka malaikat akan
berkata kepadanya: Beruntunglah kamu dan beruntunglah urusanmu dan (ketahuilah)
bahawa kamu telah menempah syurga sebagai tempat tinggalmu.” (Hadith
direkodkan oleh Imam al-Tirmidhi dan Imam Ibn Majah).
Surah Al-Mulk: Ayat 1-2
تَبَـٰرَكَ
ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬
قَدِيرٌ - ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ
أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬ۚ
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun
No comments:
Post a Comment