Solat Tahiyyatul Masjid
حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ بْنَ رِبْعِيٍّ الْأنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ
Telah menceritakan kepada kami Al Makkiy bin Ibrahim dari 'Abdullah bin Sa'id dari 'Amir bin 'Abdullah bin Az Zubair dari 'Amru bin Sulaim Az Zuraqiy dia mendengar Abu Qatadah bin Rib'iy Al Anshariy radliallahu 'anhu berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika seorang dari kalian masuk ke dalam masjid maka janganlah dia duduk sebelum shalat dua raka'at". HR Bukhari,1167.
Dalil al-Qur'an,
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَءَاتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk” At-Taubah: 18
Para ulama sepakat bahawa telah disyariatkan solat 2 rekaat bagi siapa saja yang masuk masjid. Hanya mereka berbeza pendapat mengenai hukumnya.Jumhur ulama berpendapat solat Tahiyyatul Masjid adalah sunat dan sebahagian yang lain berpendapat wajib. Justeru itu, yang jelasnya adalah tidak sewajarnya seorang muslim itu meninggalkan syariat ini.
Walaupun begitu tidak pula disunatkan bagi seseorang yang masuk ke masjid sedangkan imam telah menegakkan solat fardhu atau telah selesai dikumandangkan iqamat, karena sesungguhnya solat fardu telah cukup walaupun tidak ditunaikan solat tahiyatul Masjid.” Rujuk:,Subulus Salam
Perbezaan ulama jika solat dilakukan pada waktu-waktu larangan solat:
ulama berbeza pendapat dalam perkara pemperbolehkan mengerjakan solat-solat yang memiliki sebab-sebab seperti solat Tahiyatul Masjid, gerhana, jenazah dan qadha’ solat yang ketinggalan yang dilakukan pada waktu-waktu yang larangan solat(Waktu tahrim).
Mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali melarangnya.
Sedangkan As-Syafi’i dan segolongan ulama membolehkannya tanpa hukum makruh. Ini juga merupakan salah satu riwayat dari Al-Imam Ahmad.
No comments:
Post a Comment