Menegakkan nilai-nilai agama Laksana menggengam bara api
حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ مُوسَى الْفَزَارِيُّ ابْنُ بِنْتِ السُّدِّيِّ الْكُوفِيِّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ شَاكِرٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيهِمْ عَلَى دِينِهِ كَالْقَابِضِ عَلَى الْجَمْرِقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَعُمَرُ بْنُ شَاكِرٍ شَيْخٌ بَصْرِيٌّ قَدْ رَوَى عَنْهُ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ
Telah menceritakan kepada kami Isma'il bin Musa Al Fazari Ibnu binti As Suddi Al Kufi telah bercerita kepada kami Umar bin Syakir dari Anas bin Malik berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu masa yang ketika itu orang yang sabar di atas agamanya seperti menggenggam bara api." Abu Isa berkata: Hadits ini gharib dari Jalur sanad ini, Umar bin Syakir adalah syeikh Bashrah, banyak ahlul ilmu meriwayatkan hadits darinya. At-Tirmizi, 2186. Sahih.
Dalam era terkini,berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wa salam akan menyebabkan seseorang itu bakal menghadapi kesulitan yang luar biasa, dan orang-orang yang berjuang menegakkan syariat Islam akan akrab dengan ejekan dan cemuhan, serta dilebal sebagai radikal,fundamental bahkan akan dituduh pengganas.
Pada zaman ini, orang yang teguh hati menjalankan ketaatan kepada Allah, orang yang bertekad bulat menerapkan menerapkan kehidupan menurut lunas Islam,orang yang teguh menerapkan Sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wa salam, orang yang menghidupkan syiar keagamaan, ternyata harus menghadapi pelbagai hal yang menyakitkan.
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa salam menyamakan orang yang taat beragama dan teguh memegang prinsip-prinsip Islam di era globalisasi saat ini dengan ungkapan, "Orang yang sedang menggengam bara api". Berlapanglah fikiran memikirkan hakikat hidup yang dialami kaum Muslimin masa kini.
Dalam skala agama,para pejuang syariat Islam harus berhadapan dengan sesama Muslim yang beraliran libralisme dan pluralisme(kepelbagaian fahaman atau agama masyarakat).
Dalam skala kehidupan sosial,orang yang menerapkan ajaran al-Quran dan Sunnah, bakal dipencilkan dalam masyarakatnya serta dilabelkan sebagai penggiat Islam yang berbeza.
Oleh kerana itu, dalam era globalisasi ini, orang yang tidak memiliki keteguhan iman dan kesabaran yang jernih nescaya nilai-nilai iman Islamnya akan terlepas daripada genggaman. Orang yang menegakkan nilai-nilai murni Islam terasa sempit ruang geraknya.
Oleh yang demikian,masyarakat kini lebih cenderung mengedepankan kepentingan duniawi berbanding akhirat, lebih berpihak kepada kemungkaran berbanding kebaikan, lebih mengutamakan tradisi budaya berbanding tuntutan syariat,lebih mengedepankan penampilan lambang-lambang keIslaman berbanding menyelami nilai-nilai spiritual, lebih percaya ideologi buatan manusia berbanding akidah Islam.
ُّ عَنْ أَبِي أُمَيَّةَ الشَّعْبَانِيِّ قَالَ أَتَيْتُ أَبَا ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيَّ فَقُلْتُ لَهُ كَيْفَ تَصْنَعُ بِهَذِهِ الْآيَةِ قَالَ أَيَّةُ آيَةٍ قُلْتُ قَوْلُهُ تَعَالَى { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ } قَالَ أَمَا وَاللَّهِ لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْهَا خَبِيرًا سَأَلْتُ عَنْهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَلْ ائْتَمِرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنَاهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ حَتَّى إِذَا رَأَيْتَ شُحًّا مُطَاعًا وَهَوًى مُتَّبَعًا وَدُنْيَا مُؤْثَرَةً وَإِعْجَابَ كُلِّ ذِي رَأْيٍ بِرَأْيِهِ فَعَلَيْكَ بِخَاصَّةِ نَفْسِكَ وَدَعْ الْعَوَامَّ فَإِنَّ مِنْ وَرَائِكُمْ أَيَّامًا الصَّبْرُ فِيهِنَّ مِثْلُ الْقَبْضِ عَلَى الْجَمْرِ لِلْعَامِلِ فِيهِنَّ مِثْلُ أَجْرِ خَمْسِينَ رَجُلًا يَعْمَلُونَ مِثْلَ عَمَلِكُمْ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ وَزَادَنِي غَيْرُ عُتْبَةَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنَّا أَوْ مِنْهُمْ قَالَ بَلْ أَجْرُ خَمْسِينَ مِنْكُمْ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
dari Abu Umaiyah Asy Sya'bani ia berkata; Aku menemui Abu Tsa'labah Al Khusyani lalu aku berkata padanya; "Apa yang kamu perbuat dengan ayat ini?" ia bertanya; "Ayat yang mana?" Aku menjelaskan; Firman Allah Ta'ala Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu, tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. QS Al Ma`idah: 105, Abu Tsa'labah berkata; "Ingatlah, demi Allah, kamu bertanya dengan orang yang tahu, aku pernah menanyakannya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu beliau menjawab: "Akan tetapi, perintahkanlah kebaikan dan cegahlah kemungkaran hingga kamu melihat kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, kehiduoan dunia lebih diprioritaskan dan kekaguman setiap orang dengan pendapatnya, engkau harus (berpegangan) terhadap mata hatimu dan tinggalkan orang-orang awam, karena dibalik kalian akan ada suatu masa dimana kesabaran saat itu laksana memegang bara api, orang yang beramal saat itu sama seperti pahala limapuluh orang yang melakukan seperti amalan kalian." Abdullah bin Al Mubarak berkata; Selain 'Utbah menambahiku: Dikatakan; "Wahai Rasulullah, pahala limapuluh orang dari kami atau dari mereka?" Beliau menjawab: "Bahkan pahala limapuluh orang dari kalian." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan gharib. HR Tirmizi, 2984.
Realiti kehidupan masa kini menunjukkan bahawa keinginan menjadi soleh dan sentiasa menegakkan nilai-nilai agama, tidak cukup hanya bermodalkan niat. Lebih dari itu diperlukan keteguhan hati yang tulus da kesabaran yang kuat dalam menjalani ketaatan beribadah mahupun menyelamatkan aqidah.
Zaman kini, orang yang ragu-ragu dan tidak teguh memegang nilai-nilai agama, nescaya iman dan Islam yang menyinari dadanya bakal redup dan kehidupannya akan jauh daripada nilai-nilai Islam dan hal ini telah terbukti masa kini.
Sifat asas seorang Muslim adalah istiqamah nenegakkan nilai-nilai tauhid,iaitu tidak bersujud selain hanya kepada Rabb yang Esa pencipta langit dan bumi.
Tulus ikhlas menjadikan Allah satu-satuNya Tuhan yang disembah, segala permasaalahan hidup dipasrahkan hanya kepada Allah, berserah diri kepadaNya dengan ketundukan hati dan jiwa yang utuh, serta tidak menyegutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Hal ini selaras dengan firmam Allah Subhanahuwata'ala,
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Al-Anam:162
Sikap hidup seorang Muslim sentiasa bersendikan nilai-nilai takwa. Maka adapun takwa itu sebenarnya adalah memuliakan Allah dan mengasihi sesama makhlukNya. Matlamat hidup seorang Muslim adalah meletakkan sepenuh pengabdian kepada Allah, yang seiring dengan gerak-geri bersendikan nilai-nilai kasih sayang,perdamaian dan keadilan. Orang yang menghiasi diri dengan nilai-nilai takwa dan akhlak yang luhur dalam menterjemahkan hidup dan menjalani kehidupannya sehari-hari, dialah sebenarnya yang layak disebut Muslim sejati.
No comments:
Post a Comment