Tanda-tanda orang Munafik: Mengumpat
Mengumpat
bermaksud seseorang menceritakan keburukan,kelemahan peribadi dan tindakan yang
tertentu kepada orang lain yang tidak disukainya. Pada hakikatnya perbuatan
mengumpat dilakukan secara sengaja dan tidak disedari oleh orang yang suka
mengumpat di samping tidak dapat mengawal lidahnya daripada membicarakan
kelemahannya atau keburukan peribadi orang lain.
Dalam
Islam perbuatan mengumpat adalah salah satu sifat yang tercela dan munafik. Islam
melarang keras umatnya mengumpat terhadap sesama muslim kerana boleh
mendatangkan akibat yang buruk.
Firman
Allah swt:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ
إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ
أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ
اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani". Al-Hujurat:12
Sabda
Rasulullah saw:
اَلْغَيْبَةُ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُهُ
“Ghaibah
ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak
disukainya".
HR Muslim
HR Muslim
Orang
yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang memakan daging
bangkai saudaranya sendiri. Perbuatan mengumpat boleh menyinggung perasaan,
hati dan kehormatan orang lain yang akhirnya boleh menimbulkan permusuhan dan
perbalahan antara satu sama lain.
Rasulullah
saw melarang umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan
fitnah terhadap orang lain.
Sabda
Rasulullah saw:
كُلُّ
مُسْلِمٍ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ
“Setiap
orang Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya(tidak boleh membunuh),
hartanya(tidak boleh merampas), dan kehormatanya (tidak boleh mengumpat) “. HR
Muslim dan al-Tirmizi”.
Firman
Allah swt:
وَيْلٌ
لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
"Celakalah
bagi setiap pengumpat lagi pencela".Al-Humazah:1
No comments:
Post a Comment