Saturday, 20 October 2018

Membawa kanak-kanak ke Masjid



Alam kanak-kanak menggambarkan kegembiraan dan hiburan semata-mata. Bermain dan berseronok adalah gaya hidup mereka. Terdapat sejumlah hadith sahih yang menyingkap kemesraan mereka di rumah Allah. Hati mereka dijinakkan dan dilunakkan dengan solat dan ditanam rasa cinta kepada masjid seawal usia lagi. Akhirnya, mereka tumbuh membesar dalam suasana iman dan solat berjamaah telah menjadi darah daging mereka.

Begitulah asuhan dan tarbiah yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak agar mereka tertarik  dengan rumah Allah. Pada masa yang sama, penerapan nilai dan tahu beradab diterapkan secara  berterusan. Lambat laun seiring dengan kematangan usia mereka, harapan mereka menjadi kaki masjid tidak akan mustahil dengan izin Allah, In syaa Allah.

Namun demikian, ianya memerlukan ketabahan, kecekalan, kesungguhan dan kesabaran daripada ibu dan bapa. Ibu dan bapa perlu bekerja keras dalam mendisiplinkan anak. Berdoa dan terus berdoa kerana kegagalan peranan ibu bapa dalam membimbing mereka akan menyebabkan kehadiran mereka ke masjid akan mengundang dosa. Dari sudut hukumnya, membawa anak-anak ke masjid bergantung pada situasi berikut: 
1- Sunat: Sekiranya dapat mendidik mereka menjiwai solat berjamaah dan mencintai masjid sebagai rumah ibadah.
2-Harus: Sekiranya mereka tidak menimbulkan suasana bising dan tidak mengganggu keselesaan pengunjung untuk beribadah.
3-Makruh bahkan haram: Sekiranya mereka mrngganggu jemaah yang sedang solat, mencetuskan kekacauan dan menimbulkan perbalahan sesama ahli jamaah.

Sebenarnya membuat bising ialah tabiat kanak-kanak yang normal. Mereka perlukan masa dan didikan yang berterusan untuk memahami erti adab. Cara teguran jamaah yang penuh hikmah pula memainkan peranan dalam usaha menjadikan masjid mesra kanak-kanak.

Sememangnya pernah berlaku suasana yang tidak manis apabila ada sekumpulan kanak-kanak bermain dan membuat bising, bangkit seorang jamaah lalu memarahi mereka dengan kasar dan suara tinggi sehingga satu masjid mendengarnya. Keadaan ini pasti akan menyebabkan kanak-kanak itu berasa malu dan benci untuk ke masjid. Bayangkan juga perasaan si ayah dan si ibu kepada anak-anak yang dimarahi itu.

Memang benar kanak-kanak perlu ditegur tetapi biarlah dengan cara "win-win @ menang-menang". Kita tidak mahu mereka membenci masjid disebabkan takut kepada sesetengah jamaah yang garang. Pada masa yang sama peranan ibu bapa sangat penting dalam isu ini. Mereka perlu memahamkan anak mereka akan pantang larang di masjid dan mengawasi tingkah laku mereka sepanjang berada di rumah Allah.

Seputar Hadith berhubung dengan keberadaan kanak-kanak dalam solat berjamaah:

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا أَيُّوبُ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلَمَةَ قَالَ
كُنَّا بِحَاضِرٍ يَمُرُّ بِنَا النَّاسُ إِذَا أَتَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانُوا إِذَا رَجَعُوا مَرُّوا بِنَا فَأَخْبَرُونَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَذَا وَكَذَا وَكُنْتُ غُلَامًا حَافِظًا فَحَفِظْتُ مِنْ ذَلِكَ قُرْآنًا كَثِيرًا فَانْطَلَقَ أَبِي وَافِدًا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَفَرٍ مِنْ قَوْمِهِ فَعَلَّمَهُمْ الصَّلَاةَ فَقَالَ يَؤُمُّكُمْ أَقْرَؤُكُمْ وَكُنْتُ أَقْرَأَهُمْ لِمَا كُنْتُ أَحْفَظُ فَقَدَّمُونِي فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَعَلَيَّ بُرْدَةٌ لِي صَغِيرَةٌ صَفْرَاءُ فَكُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَكَشَّفَتْ عَنِّي فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْ النِّسَاءِ وَارُوا عَنَّا عَوْرَةَ قَارِئِكُمْ فَاشْتَرَوْا لِي قَمِيصًا عُمَانِيًّا فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ بَعْدَ الْإِسْلَامِ فَرَحِي بِهِ فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَأَنَا ابْنُ سَبْعِ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ
حَدَّثَنَا النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ الْأَحْوَلُ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلَمَةَ بِهَذَا الْخَبَرِ قَالَ فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ فِي بُرْدَةٍ مُوَصَّلَةٍ فِيهَا فَتْقٌ فَكُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ خَرَجَتْ اسْتِي

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il telah menceritakan kepada kami Hammad telah mengabarkan kepada kami Ayyub dari Amru bin Salamah dia berkata; Kami pernah berada di suatu tempat yang sering dilewati oleh orang orang yang datang menghadap kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila mereka pulang, mereka melewati kami, lalu mereka memberitahukan kepada kami bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda begini dan begini. Saya adalah seorang pemuda yang kuat hafalannya, karena itu saya telah mampu menghafal banyak ayat-ayat Al Quran. Ayahku pernah datang menghadap kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama beberapa orang sebagai utusan kaumnya. Lalu beliau mengajarkan kepada mereka tentang shalat, beliau bersabda: "Yang berhak menjadi imam kalian (dalam shalat) adalah yang paling ahli dalam membaca Al Quran." (Pada saat itu) sayalah yang paling ahli dalam membaca Al Quran di antara mereka, karena saya sudah dapat menghafalnya, lalu mereka mengajukanku (untuk menjadi imam). Maka saya pun menjadi imam mereka dengan memakai kain yang kecil berwarna kuning, sehingga kalau saya sujud, terbuka auratku sedikit Lalu seorang wanita di antara mereka berkata; Tutupilah dari kami aurat ahli Al Quran (yang jadi imam) kalian. Lalu mereka pun membelikan untukku baju buatan Oman, sehingga tidak pernah saya bahagia setelah masuk Islam seperti bahagiaku dengannya. Saya menjadi imam mereka, sedang usiaku baru tujuh atau delapan tahun. Telah menceritakan kepada kami An-Nufaili telah menceritakan kepada kami Zhair telah menceritakan kepada kami 'Ashim Al-Ahwal dari Amru bin Salamah dengan hadits ini, dia berkata; Saya mengimami mereka dengan hanya memakai pakaian tambalan yang koyak, sehingga apabila saya bersujud, punggungku terlihat. HR Abu Daud,495

Juga hadith,

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ فَأَكَلَ مِنْهُ فَقَالَ قُومُوا فَلِأُصَلِّيَ بِكُمْ فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا قَدْ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لَبِثَ فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْيَتِيمُ مَعِي وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ

Telah menceritakan kepada kami Isma'il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Thalhah dari Anas bin Malik bahwa neneknya, Mulaikah, mengundang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menghadiri hidangan yang ia masak untuknya. Beliau lantas memakannya lalu bersabda: "Berdirilah kalian, aku akan pimpin solat kalian." Maka aku berdiri di tikar milik kami yang sudah hitam lusuh akibat sering digunakan. Tikar itu kemudian aku perciki dengan air, lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri diatasnya. Maka aku dan anak yatim yang tinggal bersama kami merapatkan saf di belakang beliau sedangkan nenek kami berdiri di belakang kami. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kemudian shalat memimpim kami sebanyak dua rakaat. HR Bukhari, 813

Juga hadith,

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ قَالَ
أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الِاحْتِلَامَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ فَنَزَلْتُ وَأَرْسَلْتُ الْأَتَانَ تَرْتَعُ وَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ فَلَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ عَلَيَّ أَحَدٌ

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Ibnu Syihab dari 'Ubaidullah bin 'Abdullah bin 'Utbah dari Ibnu 'Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa dia berkata, "Pada suatu hari aku datang sambil menunggang keledai betina dan pada saat itu usiaku hampir baligh. Saat itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang solat bersama orang ramai di Mina tanpa ada dinding di hadapannya. Maka aku lewat di depan sebahagian saf. Lalu aku turun dan aku biarkan keledaiku mencari makan, aku lantas masuk ke dalam barisan saf dan tidak ada seorangpun yang menegurku." HR Bukhari, 814

Saturday, 14 July 2018

Keutamaan Membaca al-Qur'an dan Al-Zahraawain (dua hal yang bercahaya) - Al Baqarah dan Ali Imran

Keutamaan Membaca al-Qur'an dan Al-Zahraawain (dua hal yang bercahaya) - Al Baqarah dan Ali Imran

حَدَّثَنِي الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ وَهُوَ الرَّبِيعُ بْنُ نَافِعٍ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ يَعْنِي ابْنَ سَلَّامٍ عَنْ زَيْدٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَلَّامٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ
قَالَ مُعَاوِيَةُ بَلَغَنِي أَنَّ الْبَطَلَةَ السَّحَرَةُ و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيُّ أَخْبَرَنَا يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ حَسَّانَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ وَكَأَنَّهُمَا فِي كِلَيْهِمَا وَلَمْ يَذْكُرْ قَوْلَ مُعَاوِيَةَ بَلَغَنِي

Telah menceritakan kepadaku Al Hasan bin Ali Al Hulwani telah menceritakan kepada kami Abu Taubah ia adalah Ar Rabi' bin Nafi', telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah yakni Ibnu Sallam, dari Zaid bahwa ia mendengar Abu Sallam berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Umamah Al Bahili ia berkata; Saya mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bacalah Al Qur`an, kerana ia akan datang memberi syafa'at kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, yakni surat Al Baqarah dan Ali Imran, kersna keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al Baqarah, karena dengan membacanya akan memperoleh barokah, dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir." Mu'awiyah berkata; "Telah sampai (khabar) kepadaku bahwa, Al Bathalah adalah tukang-tukang sihir." Dan telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abdurrahman Ad Darimi telah mengabarkan kepada kami Yahya yakni Ibnu Hassan, Telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah dengan isnad ini, hanya saja ia mentatakan; "Wa Ka`annahumaa fii Kilaihimaa." dan ia tidak menyebutkan ungkapan Mu'awiyah, "Telah sampai (khabar) padaku." HR Muslim,1337.

Keutamaan membaca al-Qur'an

Allah Jalaa wa ‘Alaa dalam menjelaskan keutamaan membaca al-Qur-an:

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Mahapengampun lagi Mahamensyukuri.” Faathir/35 : 29-30

Rasulullah Sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“اِقْرَئُوْا الْقُرْآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِهِ.”

“Bacalah al-Qur-an, kerana ia akan datang sebagai pemberi syafa’at bagi para pembacanya di hari Kiamat nanti.” HR Muslim

Hadith-hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sangatlah banyak dalam menjelaskan tentang keutamaan membaca al-Quran,

Rasululllah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ، فِيْ بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ وَيَتَدَارَسُوْنَهُ بَيْنَهُمْ، إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِيْنَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيْمَنْ عِنْدَهُ

“Tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah (masjid), sedang mereka membaca kitab Allah (al-Qur-an) dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali akan turun ketenangan atas mereka, dan mereka diliputi rahmat Allah, serta para Malaikat mengelilingi mereka, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menyebut-nyebut (membanggakan) mereka pada (para Malaikat) yang ada di dekat-Nya.”HR Muslim

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لاَ أَقُوْلُ الَم حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلاَمٌ حَرْفٌ، وَمِيْمٌ حَرْفٌ.”

“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur-an, maka baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan tersebut dilipat-gandakan menjadi 10 kali ganda, aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, namun Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”HR Tirmizi.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الأُتْرُجَّةِ، رِيْحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ، لاَ رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ، رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ، وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ.”

“Perumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Qur'an bagaikan buah utrujjah (semacam lemon), baunya semerbak dan rasanya sedap. Dan perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca al-Qur-an bagaikan kurma yang tidak berbau namun rasanya manis. Dan perumpamaan seorang munafik yang membaca al-Qur-an, bagaikan raihaanah (semacam kemangi) baunya sedap dan rasanya pahit. Perumpamaan seorang munafik yang tidak membaca al-Qur'an, bagaikan hanzhalah (semacam pare) tidak mempunyai bau dan pahit rasanya.” HR Muslim.

Keutamaan Al-Zahraawain (dua hal yang bercahaya)

Ada beberapa surah atau pun ayat yang dikhususkan dan dijelaskan keutamaannya oleh hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana yang telah kita ketahui. Seperti surat al-Fatihah, yang mana kewajipan solat tidak akan sah kecuali dengan membacanya, juga dua surat al-Baqarah dan Ali Imran, yang mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang keduanya, yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim:

“اقْرَئُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا.”

“Bacalah al-Zahraawain (dua hal yang bercahaya), yaitu surah al-Baqarah dan Ali Imraan, kerana sesungguhnya kedua surat tersebut akan datang pada hari Kiamat nanti, seperti dua awan yang tebal, atau seperti naungan yang menaungi,atau seperti dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya di udara, yang akan menolong para pembaca kedua surat tersebut.

Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang surat al-Baqarah ini:

“اقْرَءُوْا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلاَ تَسْتَطِيْعُهَا الْبَطَلَةُ.”

“Bacalah surat al-Baqarah, kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkannya bererti kerugian. Tukang sihir tidak akan boleh (berbuat jahat kepada pembaca)nya. HR Muslim

Dan dari keberkatan surah al-Baqarah yang lainnya, bahawa syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadith Nabi Sallallahu a’alaihi wa sallam (HR Muslim). Di dalam surah ini pula, ada ayat kursi yang mana ia merupakan ayat yang teragung dalam al-Qur'an, dan berisi keberkatan dan keutamaan-keutamaannya, khususnya di dunia mahupun di Akhirat. Dan juga dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah ini pun memiliki keutamaan yang besar.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

” مَنْ أَخَذَ السَّبْعَ الْأُوَلَ مِنَ الْقُرْآنِ، فَهُوَ حَبْرٌ 

“Barangsiapa yang menghafal tujuh surah terpanjang dari Al-Qur’an maka itu lebih baik”. Musnad Ahmad,Hasan.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

” اسْمُ اللهِ الْأَعْظَمُ الَّذِي إذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ فِي سُوَرٍ ثَلَاثٍ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ وَطه ” [شرح مشكل الآثار: حسنه


“Nama Allah yang paling agung yang jika dipakai berdo’a maka akan dikabulkan ada di tiga surah: Al-Baqarah, Ali ‘Imran, dan Thahaa”. Syarh Musykil Al-Atsaar, Hasan.Dari Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

” اسْمُ اللَّهِ الْأَعْظَمُ فِي هَاتَيْنِ الْآيَتَيْنِ {وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ} [البقرة: 163]، وَفَاتِحَةِ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ: {الم اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [آل عمران: 2] ” [سنن أبي داود: حسنه 

“Nama Allah yang paling agung ada di dua ayat ini: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”(Al-Baqarah:163), dan pada pembukaan surah Ali Imran: “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya” (Ali Imran:2). Sunan Abu Daud,Hasan.Dari Asma’ binti Yaziid radhiyallahu ‘anha.

Anas radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ الرَّجُلُ إِذَا قَرَأَ: الْبَقَرَةَ، وَآلَ عِمْرَانَ، جَدَّ فِينَا – يَعْنِي عَظُمَ

Dulu jika seseorang menghafal surah Al-Baqarah dan Ali Imran maka ia sangat mulia di sisi kami. Musnad Ahmad,Sahih.

Thursday, 12 July 2018

Siapakah Al-Mufarridun?

حَدَّثَنَا أُمَيَّةُ بْنُ بِسْطَامَ الْعَيْشِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِيرُ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ فَمَرَّ عَلَى جَبَلٍ يُقَالُ لَهُ جُمْدَانُ فَقَالَ سِيرُوا هَذَا جُمْدَانُ سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ قَالُوا وَمَا الْمُفَرِّدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الذَّاكِرُونَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتُ

Dari Abu Hurairah dia berkata; "Pada suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pergi ke Makkah melalui sebuah gunung yang bernama Jumdan. Kemudian beIiau bersabda: 'Ayo jalanlah! Inilah Jumdan. Telah menang para mufarridun.' Para sahabat bertanya; 'Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan mufarridun? ' Beliau menjawab: 'Yaitu orang-orang (laki-laki/perempuan) yang banyak berzikir kepada Allah.' HR Muslim,2676.

Asal dari al-mufarridun adalah orang yang berpisah dari orang sekitarnya, justeru kerana ia terus berzikir kepada Allah. Namun yang dimaksudkan dalam hadith diatas adalah orang yang banyak berzikir kepada Allah. Disunnahkan merutinkan zikir kerana zikir adalah amalan yang paling afdal untuk disibukkan oleh hamba setelah amalan yang fardhu.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ قَالَ: أَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- رَجُلٌ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيْنَا فَبَابٌ نَتَمَسَّكُ بِهِ جَامِعٌ. قَالَ:(( لاَ يَزَالُلِسَانُكَ رَطْباً مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ )).]رواه أحمد[

Daripada ‘Abdullah bin Busr katanya: Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah lalu bertanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya syari’at-syari’at Islam telah banyak  kepada kami, maka berilah kami suatu kaedah yang kami dapat berpegang teguh dengannya. Baginda bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikir kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” HR Ahmad 

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala  menyuruh orang-orang yang beriman supaya sentiasa berzikir kepada-Nya dengan zikir yang banyak, dan memuji-Nya dalam setiap keadaan. Firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Al-Ahzab: 41

Berzikir boleh mengelakkan diri kita dari mengata orang, mencari aib orang, mengumpat dan mencela orang. Oleh itu, orang yang banyak berzikir akan berasa tenang dan dapat berfikir secara waras. 

Diriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ ، مَثَلُ الْـحَيِّ وَ الْـمَيِّتِ

"Perumpamaan orang yang berzikir kepada Rabbnya dan orang yang tidak berzikir kepada Rabbnya adalah seperti perbezaan antara orang yang hidup dengan orang yang mati." HR Bukhari, 6407

Begitu juga setiap orang yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala meyakini bahwa sumber ketenangan jiwa dan ketenteraman hati yang hakiki adalah dengan berzikir kepada kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, membaca al-Qur’an, berdoa kepada-Nya dengan menyebut nama-nama-Nya yang maha Indah, dan mengamalkan ketaatan kepada-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” Ar-Ra’du: 28
Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Asy-Syura:12

Berbeza halnya dengan makhluk, yang kerap sangat tidak suka untuk diminta. Sebab setelah dirinya memberikan apa yang seorang meminta, maka bererti kepemilikannya akan berkurangan. Dengan demikian, maka sangat tidak layak untuk meminta kepada hamba Allah, justeru itu semua hamba Allah selalu meminta kepada-Nya. Lalu bagaimana mungkin dirinya dapat memenuhi hajat orang lain.

Wednesday, 4 July 2018

Meminta Kepada Selain Allah Bererti Menghina Orang Selain Allah

Meminta Kepada Selain Allah Bererti Menghina Orang Selain Allah

KETAHUILAH, bahawasanya meminta kepada Allah Subhanahuwataala adalah sesuatu hal yang harus dilakukan oleh setiap mukmin. Kerana  di dalam meminta kepada Allah, terdapat bentuk ketidak mampuan dan kekuasaan orang yang meminta. Terdapat juga di dalamnya kelemahan orang yang diminta.

Dengan demikian, terlihat adanya suatu pengakuan Kemampuan dan Kekuasaan Yang Maha Diminta dalam memenuhi segala macam bentuk permintaannya, dan juga mengangkat segala mudarat dan mendapat manfaat dari- Nya.

Hanya Allahlah yang layak untuk diperlukan, sedangkan Dia tidak memerlukan sedikitpun dari para hamba-Nya. Dengan demikian meminta kepada selain Allah, bererti menghinakannya, sebab orang yang diminta ini tidak akan mampu memenuhi permintaannya.

Allah Subhanahuwata'ala berfirman di dalam Al-Quran,

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Yunus: 107

Dalam ayat lain Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Fathir: 2

Allah Subhanahuwata'ala menyukai untuk diminta oleh para hamba-Nya. Allah Subhanahuwata'ala murka kepada hamba-hamba-Nya yang tidak memohon kepada-Nya. Kepada-Nyalah seorang hamba meminta, dan Dialah Yang Maha Kuasa untuk memenuhi dan mengabulkan permintaan hamba tersebut dan permintaan tersebut tidak mengurangkan Milik-Nya di muka bumi dan juga di langit.

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. Al-Nahl:96

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Asy-Syura:12

Berbeza halnya dengan makhluk, yang kerap sangat tidak suka untuk diminta. Sebab setelah dirinya memberikan apa yang seorang meminta, maka bererti kepemilikannya akan berkurangan. Dengan demikian, maka sangat tidak layak untuk meminta kepada hamba Allah, justeru itu semua hamba Allah selalu meminta kepada-Nya. Lalu bagaimana mungkin dirinya dapat memenuhi hajat orang lain.

Saturday, 30 June 2018

Sesungguhnya Bersama Kesusahan Ada Kemudahan : Tawakal

Sesungguhnya Bersama Kesusahan Ada Kemudahan : Tawakal

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَأَنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً

“Bersama kesulitan, ada kemudahan.” HR Ahmad,2804.

Dan juga hadith dari Ibn Abbas,

واعلَمْ أنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّر، وأنَّ الفَرَجَ مَعَ الكَرْبِ ، وأنَّ معَ العُسْرِ يُسراً

“Dan kelapangan menyertai kesulitan, dan bersama kesulitan ada kemudahan.” HR. Al-Tirmidzi

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam ini bersesuaian dengan firman Allah سبحانه وتعالى ,

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ‌ عَلَيْهِ رِ‌زْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّـهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّـهُ بَعْدَ عُسْرٍ‌ يُسْرً‌ا

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” Ath-Thalaq: 7

Juga firman Allah سبحانه وتعالى,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Alam Nasyrah: 5-6

Dikekuarkan oleh Al-Barraz dalam musnadnya, dan juga Ibn Abi Hatim dengan lafaznya dari hadith Anas bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda telah bersabda yang bermaksud: " Jika datang kesusahan, maka akan datang (setelahnya) kemudahan, yang kemudian kemudahan ini akan menghampiri kesusahan tersebut. "Kemudian tidak lama selepas itu turun firman Allah سبحانه وتعالى,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Alam Nasyrah: 5-6

Diantara bentuk kelembutan datangnya kelapangan setelah kesempitan, kemudahan setelah kesempitan,bahawa saat beratnya cubaan menimpa, sehingga muncul keputus-asaan terhadapnya. Lantas, kemudiannya disertai dengan menggantungkan dirinya kepada Allah, maka inilah yang disebut dengan tawakal. Tawakal ini merupakan suatu sebab terbesar yang dituntut keperluan, sesungguhnya Allah akan senang dengan ketawakalan hamba-Nya. Sebagaimana firman  Allah سبحانه وتعالى,

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Al-Thalaq:3.

Al-Fadhil berkata: "Demi Allah, jika anda telah berputus asa dari ciptaan/makhluk, hingga membuat anda tidak menginginkan sesuatu dari mereka, maka Allah akan memberikan anda semua yang anda inginkan. Jika seorang mukmin merasakan kelambatan datangnya kelapangan, walaupun setelah banyak berdoa,,serta melakukan ketundukan, namun tetap belum terlihat ijabah doa tersebut, maka hendaklah dirinya berkata pada dirinya bahawa jika hal tersebut baik baginya, maka kelapangan akan segera mendatanginya.

Bentuk yang seperti ini sangat disukai oleh Allah سبحانه وتعالى. Penyerahan segala sesuatu hanya kepada Allah سبحانه وتعالى dengan menyatakan bahawa Dialah yang Maha Mampu untuk mengubah segalanya.

Saturday, 23 June 2018

Seruan untuk solat yang bukan Fardu.

Seruan untuk solat yang bukan Fardu.

Rujukan: I'anah al-Talibin,jilid 1

Untuk solat selain solat fardu lafaz yang digunakan bagi memaklumkan solat hendak didirikan ialah lafaz-lafaz seperti berikut(pilih salah satu darinya):

1- الصَّلَاةَ الصَّلَاةَ (Solat, solat)
2- الصَّلَاةَ جَامِعِةً (Solat berjamaah)
3- هَلُمُّوا إِلَى الصَّلَاةِ (Marilah solat)
4- الصَّلَاةَ رَحِمَكُمُ اللهُ (Ayuh solat, semoga kalian dirahmati Allah)

Namun solat yang dihebahkan dengan menggunakan lafaz-lafaz ini hanyalah solat sunat yang disunatkan berjamaah seperti solat Sunat Hari Raya, solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir, solat Sunat Gerhana Matahari atau Bulan dan solat Sunat Istisqa' (mimta hujan). 

Apabila seseorang melaungkan lafaz yang tersebut maka disunatkan pula kepada orang lain menyebutkannya kembali, sebagaimana disunatkan mereka nenyebutkan kembali lafaz-lafaz azan yang didengari.

Selain daripada solat sunat yang disunatkan berjamaah maka tidak disunatkan melaungkan lafaz tersebut seperti solat Duha, solat Hajat dan seumpamanya, maka tidak disunatkan melaungkan lafaz tersebut walaupun didirikan secara berjamaah.

Demikian juga tidak disunatkan melaungkan lafaz tersebut untuk solat Jenazah dan solat yang dinazarkan.

Thursday, 21 June 2018

Al-Quran merupakan qutub Islam, sumber syariat dan perlembagaan yang mengandungi bimbangan, adab,wasiat dan juga hukum hakam.

Al-Quran merupakan qutub Islam, sumber syariat dan perlembagaan yang mengandungi bimbangan, adab,wasiat dan juga hukum hakam.

Sumber utama ajaran Islam adalah al-Quran. Kedudukannya kalau hendak dibandingkan dengan sumber-sumber lain tidak ubah bagaikan batang pokok apabila dibandingkan dengan dahan-dahan dan buah-buahnya,

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi Sallallalhu'alaihiwa dalam bersabda:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah, sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad Sallallalhu'alaihiwa, seburuk-buruk perkara adalah perkara baru yang direka (tiada asal di dalam agama) dan setiap bid’ah (perkara baru) itu adalah sesat”. HR Muslim,867.

Dalam sebuah hadith menjelaskan,

فَضْلُ كَلَامِ اللهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللهِ عَلَى خَلْ

Hadith yang lengkapnya berbunyi,

َ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ مَنْ شَغَلَهُ الْقُرْآنُ وَذِكْرِي عَنْ مَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ مَا أُعْطِي السَّائِلِينَ وَفَضْلُ كَلَامِ اللَّهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللَّهِ عَلَى خَلْقِهِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Dari Abu Sa'id ia berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Rabb Azza wa Jalla berfirman; "Barangsiapa disibukkan oleh Al Qur`an dan berdzikir kepadaku untuk memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang terbaik dari yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon, " dan kelebihan kalamullah (Al Qur`an) dari seluruh kalam adalah seperti kelebihan Allah dari seluruh makhlukNya." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan gharib. HR Tirmizi,2850.

Kalau kita melihat kepada sistem umum yang mana perlembagaan-perlembagaan asal menguasai masyarakat, kemudian peraturan pentadbiran, jenayah, personal dan perniagaan, kemudian enekmen, resolusi dan juga penafsiran-penafsirannya secara terperinci.....Akhirnya, sebenarnya yang perlu ada dalam perlembagaan-perlembagaan ialah sejumlah kaeadah penting berkaitan hukum-hakam,perundangan dan juga perlaksanaan.
Ia merangkumi masaalah-masaalah utama yang sewajarnya dinyatakan dan tidak wajar dibiarkan kepada pelbagai andaian. Perkara-perkara lain selain daripadanya, tertumpu kepadanya dan mendapat penghormatan daripadanya. Tidak mungkin ia mengandungi sesuatu yang bercanggah dengannya baik dari segi teks mahupun roh. Apabila ditemui perkara yang bercanggah, dengan sendirinya ia terhapus.

Begitu juga dengan kitab Allah, ia merupakan qutub Islam, sumber syariat dan perlembagaan yang mengandungi bimbangan, adab, wasiat dan juga hukum hakam.

Ia mengandungi asas-asas Islam, yang mana daripadanya diambil gambaran-gambaran umum yang diredai Allah Subhanahuwata'ala kepada para hamba-Nya dalam seluruh aspek kehidupan, pemikiran dan tingkah laku.

Malangnya sebahagian orang Islam tidak tahu meletakkan penilaian yang sebenar terhadap kitab Allah Subhanahuwata'ala. Mereka tidak menumpukan mata hati dan mata kasar mereka kepada makna-makna dan objektof-objektif yang terkandung di dalamya sebagaimana sepatutnya.
Memberi tumpuan hanya pada tajwid dan lagu semata-mata yang memberi kesan sementara waktu yang boleh dilihat zahirnya kepada sebahagian badan dan mengabaikan pemahaman kepada makna-makna, pengajaran dan objektif-objektif yang terkandung di dalamya sebagaimana yang sepatutnya.

Al-Quran merupakan hidayah yang pertama kepada manusia, yang datang daripada Allah Subhanahuwata'ala dan mengandungi kaedah-kaedah kebenaran dan jaminan-jaminan kejayaan. Ayat-ayat Al-Quran mengandungi landasan yang lurus sebagaimana ufuk-ufuk alam mengandungi rahsia-rahsia ilmu dan kekuatan-kekuatannya yang tersimpan kepada para makhluk.

Kalau manusia benar-benar menggunakan akal fikiran sudah tentu mereka akan dapa memberi tumpuan kepada setiap surah, bahkan setiap huruf untuk membina keyakinan dan mengenal bagaimana cara mengukuhkan hubungan dengan Tuhan semesta alam.

Kalam Allah mengatasi sekelian kalam. Memberi tumpuan kepadanya dengan penuh perasaan, kesungguhan dan renungan adalah wajib. Pada hakikatnya ia merupakan kalam yang paling memberi faedah kepada manusia.

Sungguh pelik apabila ada segolongan manusia yang mendahului kalam dan hukum hakam Allah yang lain mengatasi kalam dan hukum-hukum Allah. Padahal Allah Subhanahuwata'ala telah menyatakan:

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah? Al-Nisa:87.

Antara tuntutan iman ialah menumpukan perhatian kepada kitab Allah Subhanahuwata'ala bagi mendapat munafaat dan dalil-dalilyang baik untuk kehidupan di dunia dan juga akhrat. Mustahil orang yang beriman dengan Al-Quran al-Karim mengutamakan dalil yang mengatasi dalil Al-Quran atau menyamakan petunjuk yang lain dengan petunjuk Al-Quran. Ini kerana Al-Quran itu tinggi dan tidak ada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya. Ia mengatasi segala dalil-dalil yang lain dan bukannya dalil yang lain mengatasinya.

Mustahil terdapat dalam sumber-sumber perundangan Islam yang lain, sesuatu yang bertentangan atau berjalan pada landasan yang berbeza arah yang ditujui oleh Al-Quran. Jika ditemui perkara tersebut, ia sesuatu yang asing bagi agama Allah. Tabiat sunnah, qiyas, istilah-istilah dan juga yang seumpama dengannya.... istilah merupakan tabiat cabang berbanding dengan asal atau anggota berbanding kepala.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyampaikan daripada Allah dan menjelaskan maksudnya. Baginda melengkapkan pelbagai bentuk juzuk yang bukan urusan perlembagaan umum untuk menentangnya. Al-Quran misalnya membentangkan persoalan jual beli yang merupakan muamalat yang begitu banyak tersebar. Hukum-hakam yang disebutnya tidak menjangkau bilangan jari-jemari tangan.

Sebaliknya dalam sunnah terdapat ratusan hadith yang membuat penjelasan dan cabang. Sunnah selain daripada ruang lingkup perundangan merupakan medan yang sangat luas dan sewajarnya kita merenung lama terhadapnya.

Saturday, 16 June 2018

Puasa Enam hari didalam bulan Syawal

Puasa Enam hari didalam bulan Syawal

عَنْ عُمَرَ بْنِ ثَابِتِ بْنِ الْحَارِثِ الْخَزْرَجِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Dari Umar bin Tsabit bin Harits Al Khazraji dari Abu Ayyub Al Anshari radliallahu 'anhu, bahwa ia telah menceritakan kepadanya bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa selama setahun(sepanjang masa)." HR Muslim,1164.

Imam Asy-Syirazi rahimahullah menyatakan bahawa disunnahkan bagi yang menjalankan ibadah puasa Ramadan, hendaknya mengikutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Al-Muhadzdzab, 2: 626)

Imam al-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa dalil ini adalah dalil yang sahih lagi tegas (sorih). Beliau mengatakan bahawa ini dijadikan dalil dalam madzhab Syafi’i, Ahmad dan Daud serta yang sejalan dengan mereka tentang disunnahkan puasa enam hari di bulan Syawal. Rujuk: Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 8: 51.

Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Minhaj Ath-Thalibin (1: 440) menyatakan, “Disunnahkan melakukan puasa Syawal, lebih afdal dilakukan berturut-turut.” Hal yang sama dinyatakan pula oleh Imam Ar-Rafi’i Al-Qazwini dalam Al-Muharrar (1: 389).

Imam Ibrahim Al-Baijuri menyebutkan, “Yang lebih afdal, puasa Syawal dilakukan muttashil, langsung setelah sehari setelah solat Idul Fitri (2 Syawal). Puasa tersebut juga afdalnya dilakukan mutatabi’ah, iaitu berturut-turut. Walaupun jika puasa tersebut dilakukan tidak dari 2 Syawal (tidak muttashil), juga tidak dilakukan berturut-turut (tidak mutatabi’ah), tetap dapat ganjaran puasa setahun. Termasuk juga tetap dapat ganjaran puasa Syawal walau tidak berpuasa Ramadan (misalnya kerana didalam bulan Ramadan uzur sakit), hal ini dikatakan oleh ulama muta’akhirin (ulama belakangan).” (Hasyiyah Asy-Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, 1: 579-580)

Dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (8: 51) disebutkan bahwa yang afdal adalah melakukan puasa Syawal berturutan selepas Idul Fitri. Jika puasa tersebut terpisah-pisah (tidak beturutan) atau ia akhirkan dari awal Syawal atau mengerjakan di akhir-akhir Syawal, masih boleh kerana yang penting dilakukan setelah puasa Ramadhan dan masih di bulan Syawal. Ini bermaksud harus diselang-selikan asalkan dalam bulan syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdal) adalah melakukannya berturut-turut dan lebih afdal lagi dimulainya dari dua syawal.

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ
{ مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا }

Dari Tsauban pelayan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, Bahwasanya beliau bersabda: "Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka seakan ia berpuasa setahun secara sempurna. Dan barangsiapa berbuat satu kebaikan maka ia akan mendapat sepuluh pahala yang semisal. " HR Ibn Majah,1715. Sahih.

Berdasarkan hadith di atas:
Imam Ibrahim Al-Baijuri rahimahullah memberikan alasan kenapa puasa enam hari Syawal mendapatkan pahala puasa setahun, “Ini kerana puasa satu bulan Ramadan sama dengan berpuasa selama sepuluh bulan. Sedangkan puasa enam hari di bulan Syawal, itu sama dengan puasa selama dua bulan. Sehingga jumlahnya adalah berpuasa selama setahun seperti puasa fardu. Jika tidak, maka tidak ada kekhususan untuk hal itu. Kerana dimaklumi satu kebaikan diberi ganjaran dengan sepuluh kebaikan yang semisal.”

Haruskah orang yang mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadanya, berpuasa enam sebelum menqada puasanya?

Hukumnya adalah harus, kerana puasa qada Ramadan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya,adapun puasa enam hari pada bulan Syawal waktunya adalah terhad. Ini berdasarkan dalil berikut(Aisyah r.aha melambatkan qadha puasanya sehingga masuk bulan sya'ban):

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ
كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلَّا فِي شَعْبَانَ قَالَ يَحْيَى الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Abu Salamah berkata; Aku mendengar 'Aisyah radliallahu 'anha berkata: "Aku berhutang puasa Ramadhan dan aku tidak boleh mengqadanya kecuali pada bulan Sya'ban". Yahya berkata: "Kerana dia sibuk atau kerana bersama Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ". HR Bukhari,1814. Muslim,1146

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (4/191): “Dalam hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya mengakhirkan (melewatkan) qada Ramadhan secara mutlak, sama ada kerana uzur atau pun tidak.”

Namun, diketahui dengan jelas bahawa bersegera dalam mengqada adalah lebih baik daripada mengakhirkannya (melewatkannya), kerana ia termasuk dalam keumuman dalil yang menunjukkan untuk bersegera dalam berbuat baik dan tidak mendunda-nunda, hal ini adalah berdasarkan ayat dalam al-Qur-an:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, ali-Imran:133

Haruskah meniatkan qada puasa beserta puasa enam?

Syaikh Muhammad Az-Zuhaili hafizahullah(rahimahullah), pakar Syafi’iyah di zaman ini menyatakan, “Jika seseorang melaksanakan puasa di bulan Syawal dengan niat qada puasa, menunaikan nazar puasa atau lainnya, maka ia mendapatkan sunnahnya. Namun ia tidak mendapatkan pahala yang disebutkan dalam hadits (puasa setahun penuh). Terkhusus yang luput dari puasa Ramadan (qada) dan ia melakukan puasa Syawal, maka ia tidak mendapatkan pahala puasa setahun seperti yang disebut dalam hadits.” (Al-Mu’tamad, 2: 209)

Puasa Enam hari didalam bulan Syawal

Puasa Enam hari didalam bulan Syawal

عَنْ عُمَرَ بْنِ ثَابِتِ بْنِ الْحَارِثِ الْخَزْرَجِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Dari Umar bin Tsabit bin Harits Al Khazraji dari Abu Ayyub Al Anshari radliallahu 'anhu, bahwa ia telah menceritakan kepadanya bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa selama setahun(sepanjang masa)." HR Muslim,1164.

Imam Asy-Syirazi rahimahullah menyatakan bahawa disunnahkan bagi yang menjalankan ibadah puasa Ramadan, hendaknya mengikutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Al-Muhadzdzab, 2: 626)

Imam al-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa dalil ini adalah dalil yang sahih lagi tegas (sorih). Beliau mengatakan bahawa ini dijadikan dalil dalam madzhab Syafi’i, Ahmad dan Daud serta yang sejalan dengan mereka tentang disunnahkan puasa enam hari di bulan Syawal. Rujuk: Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 8: 51.

Imam al-Nawawi rahimahullah dalam Minhaj Ath-Thalibin (1: 440) menyatakan, “Disunnahkan melakukan puasa Syawal, lebih afdal dilakukan berturut-turut.” Hal yang sama dinyatakan pula oleh Imam Ar-Rafi’i Al-Qazwini dalam Al-Muharrar (1: 389).

Imam Ibrahim Al-Baijuri menyebutkan, “Yang lebih afdal, puasa Syawal dilakukan muttashil, langsung setelah sehari setelah solat Idul Fitri (2 Syawal). Puasa tersebut juga afdalnya dilakukan mutatabi’ah, iaitu berturut-turut. Walaupun jika puasa tersebut dilakukan tidak dari 2 Syawal (tidak muttashil), juga tidak dilakukan berturut-turut (tidak mutatabi’ah), tetap dapat ganjaran puasa setahun. Termasuk juga tetap dapat ganjaran puasa Syawal walau tidak berpuasa Ramadan (misalnya kerana didalam bulan Ramadan uzur sakit), hal ini dikatakan oleh ulama muta’akhirin (ulama belakangan).” (Hasyiyah Asy-Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, 1: 579-580)

Dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (8: 51) disebutkan bahwa yang afdal adalah melakukan puasa Syawal berturutan selepas Idul Fitri. Jika puasa tersebut terpisah-pisah (tidak beturutan) atau ia akhirkan dari awal Syawal atau mengerjakan di akhir-akhir Syawal, masih boleh kerana yang penting dilakukan setelah puasa Ramadhan dan masih di bulan Syawal. Ini bermaksud harus diselang-selikan asalkan dalam bulan syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdal) adalah melakukannya berturut-turut dan lebih afdal lagi dimulainya dari dua syawal.

عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ
{ مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا }

Dari Tsauban pelayan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, Bahwasanya beliau bersabda: "Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka seakan ia berpuasa setahun secara sempurna. Dan barangsiapa berbuat satu kebaikan maka ia akan mendapat sepuluh pahala yang semisal. " HR Ibn Majah,1715. Sahih.

Berdasarkan hadith di atas:
Imam Ibrahim Al-Baijuri rahimahullah memberikan alasan kenapa puasa enam hari Syawal mendapatkan pahala puasa setahun, “Ini kerana puasa satu bulan Ramadan sama dengan berpuasa selama sepuluh bulan. Sedangkan puasa enam hari di bulan Syawal, itu sama dengan puasa selama dua bulan. Sehingga jumlahnya adalah berpuasa selama setahun seperti puasa fardu. Jika tidak, maka tidak ada kekhususan untuk hal itu. Kerana dimaklumi satu kebaikan diberi ganjaran dengan sepuluh kebaikan yang semisal.”

Haruskah orang yang mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadanya, berpuasa enam sebelum menqada puasanya?

Hukumnya adalah harus, kerana puasa qada Ramadan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya,adapun puasa enam hari pada bulan Syawal waktunya adalah terhad. Ini berdasarkan dalil berikut(Aisyah r.aha melambatkan qadha puasanya sehingga masuk bulan sya'ban):

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ
كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلَّا فِي شَعْبَانَ قَالَ يَحْيَى الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Abu Salamah berkata; Aku mendengar 'Aisyah radliallahu 'anha berkata: "Aku berhutang puasa Ramadhan dan aku tidak boleh mengqadanya kecuali pada bulan Sya'ban". Yahya berkata: "Kerana dia sibuk atau kerana bersama Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ". HR Bukhari,1814. Muslim,1146

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (4/191): “Dalam hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya mengakhirkan (melewatkan) qada Ramadhan secara mutlak, sama ada kerana uzur atau pun tidak.”

Namun, diketahui dengan jelas bahawa bersegera dalam mengqada adalah lebih baik daripada mengakhirkannya (melewatkannya), kerana ia termasuk dalam keumuman dalil yang menunjukkan untuk bersegera dalam berbuat baik dan tidak mendunda-nunda, hal ini adalah berdasarkan ayat dalam al-Qur-an:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, ali-Imran:133

Haruskah meniatkan qada puasa beserta puasa enam?

Syaikh Muhammad Az-Zuhaili hafizahullah(rahimahullah), pakar Syafi’iyah di zaman ini menyatakan, “Jika seseorang melaksanakan puasa di bulan Syawal dengan niat qada puasa, menunaikan nazar puasa atau lainnya, maka ia mendapatkan sunnahnya. Namun ia tidak mendapatkan pahala yang disebutkan dalam hadits (puasa setahun penuh). Terkhusus yang luput dari puasa Ramadan (qada) dan ia melakukan puasa Syawal, maka ia tidak mendapatkan pahala puasa setahun seperti yang disebut dalam hadits.” (Al-Mu’tamad, 2: 209)

Masa mengeluarkan zakat fitrah

Masa mengeluarkan zakat fitrah
Waktu Wajib
Masuknya wajib mengengeluarkan zakat firah menurut jumhur ulama termssuk mazhab al'Syafi'i adalah dengan tenggelam matahari pada hari terakhir Ramadhan. Oleh demikian, orang yang menempuh waktu wajib ini, maka wajib zakat fitrah untuknya.
Jika seseorang meninggal dunia sebelum masuknya waktu wajib ini, tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana ia tidak sempat menemui waktu wajib. Begitu juga, jika berlaku kelahiran selepas waktu wajib itu, tidak wajib zakat fitrah baginya kerana kelahirannya itu berlaku selepas waktu wajib. Samalah hukumnya bagi masaalah perkahwinan, pembebasan hamba dan sebagainya.
Waktu Harus
Walaupun waktu wajib ditetapkan di penghujung bulan Ramadhan(iaitu apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan) namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari dari masa tersebut. Ulama berkhilaf tentang bilakah waktu harus untuk mula membayar zakat fitrah,
1- Menurut mazhab al-Syafi'i, zakat fitrah boleh dibayar seawal bermula bulan Ramadhan lagi, iaitu dari hari pertama Ramadhan.
2-Menurut mazhab Malik, pembayaran sah dilakukan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari raya.
3- Sebahagian ulama mazhab Ahmad berpandangan, harus pembayaran dibuat setengah bulan (15 hari) sebelum hari raya.
3- Waktu Terbaik (Afdhal)
Waktu terbaik (afdhal) mengeluarkan zakat fitrah adalah pada pagi hari raya sebelum ditunaikan solat hari raya. Dalam sebuah hadith, Ibn Umar r.huma menceritakan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ
Dari 'Umar bin Nafi' dari bapaknya dari 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhua berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fithri satu sha' dari kurma atau sha' dari gandum bagi setiap hamba sahaya (budak) mahupun yang merdeka, laki-laki maupun perempuan, kecil maupun besar dari kaum Muslimin. Dan Beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang berangkat untuk solat hari raya('Ied) ". HR Bukhari,1407.
4-Waktu Makruh dan Haram
Makruh melewatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas solat hari raya. Hukum makruh ini berterusan hingga terbenamnya matahari. Jika dilewatkan lagi hingga selepas terbenam matahari, maka hukumnya adalah haram dan berdosa. Dalam hadith yang disampaikan oleh Ibn Abbas r.huma. ada dinyatakan,
َ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
Dari Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah SallAllahu wa'alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat maka itu hanya sedekah diantara berbagai sedekah. HR Abu Daud,1371. Hasan
Hukum orang yang melewatkan pembayaran zakat fitrah,
Para ulama sepakat bahawa kewajipan mengeluarkan zakat fitrah tidak akan gugur dengan melewatkannya setelah diwajibkan ke atas seseorang, bahkan akan menjadi hutang yang berada dibawah tanggungannya hingga ia membayarnya walaupun di akhir umur.
Jika ditakdirkan berlaku kematian ke atasnya sebelum ia sempat menunaikan zakat fitrah tersebut, maka hendaklah dikeluarkan daripada harta peninggalannya, kerana zakat ialah kewajipan harta yang mesti ditunaikan ketika hidup, maka kewajipan tersebut tidak akan gugur dengan sebab berlakunya kematian sama seperti hutang dengan manusia.

Zakat Fitrah(Jenis harta yang sah dikeluarkan zakat, kadar wajib)

Zakat Fitrah(Jenis harta yang sah dikeluarkan zakat, kadar wajib)

Zakat fitrah wajib dikeluarkan daripada makanan asas penduduk setempat dalam suatu negeri atau negara. Pada zaman Nabi Sallallahu'alaihiwasallam makanan asas ialah kurma, anggur kering(kismis), gandum, keju dan barli. Justeru itu, zakat fitrah dikeluarkan berasaskan makanan-makanan tersebut sebagaimana diceritakan oleh Abu Sa'id sl-Khudri ra.,

عَنْ عِيَاضِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي سَرْحٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُا
كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ

Dari Iyadl bin Abdullah bin Sa'd bin Abu Sarh bahwa ia mendengar Abu Sa'id Al Khudri berkata; "Kami membayar zakat fithri berupa satu sha' gandum atau barli atau kurma atau satu sha' keju atau anggur kering." HR Muslim,1640.

Bagi penduduk di negara seperti Malaysia ialah beras.

Berapakah kadar zakat fitrah yang wajib dikeluarkan?

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu al-Sha'(الصَّاع ) atau satu gantang baghdad yang menyamai timbangan hari ini kira-kira 2750 gram atau 2.75 kg. Ini mengikut timbangan gandum. Adapun mengikut timbangan beras, satu gantang baghdad menyamai 2600 gram atau 2.6kg.

Seelok-eloknya tatkala mengeluarkan zakat fitrah itu hendaklah dilebihkan sedikit daripada kadar segantang yang diwajibkan itu kerana ada kemungkinan makanan yang kita keluarkan itu terdapat tanah, jerami atau seumpamanya di dalamnya yang boleh mengurangkan kadar yang patut dikeluarkan.

Mengeluarkan Zakat Fitrah dengan wang:

Mengikut mazhab al-Syafi'i , Malik dan Ahmad

Zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat. Justeru itu tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang seharga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat itu.

2- Menurut mazhab Hanafi

Harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang senilai dengan harga satu gantang makanan asas jika itu lebih memberi munafaat kepada fakir atau miskin. Pandangan mazhab Hanafi ditarjihkan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh zakatnya.

Masalah ini juga dihuraikan dalam kitab "Al-Syarah" seperti berikut:

Berfitrah dengan wang:

(a) Membayar fitrah dengan wang adalah tidak sah mengikut mazhab Syafi'i jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan: "Wang ini untuk fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku". Tetapi harus digantikan makanan dengan wang dan hendaklah diniatkan seperti berikut: "Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku - pada tahun ini."

(b) Berfitrah dengan wang sebagai ganti beras (makanan) adalah harus dalam mazhab Syafi'i tetapi lebih afdhal dengan makanan. Di dalam mazhab Hanafi pula lebih afdhal dengan harga daripada makanan.

Dalam mazhab Syafi'i yang mengharuskan ialah:

(1) Kerana darurat.

(2) Kerana diperintahkan oleh raja(pemerintah)
Rujuk:kitab Al-Itharah
Menurut kitab Al-Itharah (hlm. 5), bahawa keterangan mazhab Syafi'i yang tersebut ada dinyatakan dalam kitab (Al-Majmu') Syarah al-Muhazzab (5:431) dan keterangan mengenai mazhab Hanafi yang mengatakan: Tiap-tiap benda yang harus disedekahkan maka haruslah dikeluarkan menjadi bayaran ganti zakat - ada disebutkan dalam kitab Al-Majmu' (5:429).

Dalam kitab Al-Itharah juga (hlm. 5) ada menyebutkan keterangan kitab Al-Majmu' (5:429) bahawa dalil pihak yang mengharuskan zakat fitrah dengan harganya ialah hadith yang disebutkan oleh Imam Bukhari, rahimahullah dengan tegas sebagai ulasan, bahawa Saiyidina Muaz r.a., semasa diutuskan oleh Rasulullah s.a.w. ke negeri Yaman sebagai pemungut zakat, ia telah meminta mereka membayar zakat dengan kain keluaran negeri itu sebagai ganti gandum, (kerana cara yang demikian katanya, bukan sahaja memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat bahkan orang-orang miskin yang berhak menerima zakat di Madinah juga memerlukan pakaian).

(c) Pemerintah menghukumkan berfitrah dengan wang itu kerana beberapa sebab yang bertujuan baik, di antaranya:

(1) Asnaf yang lapan terutama fakir dan miskin lebih suka menerima wang daripada beras.

(2) Menyimpan wang lebih selamat, sedang beras selain daripada menyusahkan pihak pemerintah, pejabat agama dan memerlukan upah mengangkutnya - akan rosak jika disimpan lama." Rujuk: kitab Al-Itharah (Bab Zakat)

Syarat-syarat wajib zakat Fitrah

Syarat-syarat wajib zakat Fitrah

1-Islam.
Tidak wajib zakat ke atas orang kafir.

2-Masih hidup ketika terbenam matahari hari terakhir Ramadhan.

Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.

Anak yang lahir sesudah terbenam matahari pada hari terakhir tersebut tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah baginya, kerana ia tidak bertemu dengan Ramadhan sekalipun bertemu dengan Syawal.

Begitu juga, seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan selepas terbenam matahari hari terakhir tersebut juga tidak wajib membayar zakat fitrah untuk isteri yang baru dikahwininya itu, kerana isterinya itu masuk di bawah tanggungannya setelah selesai Ramadhan secara sepenuhnya.

Sebaliknya orang yang mati selepas terbenam matahari hari tersebut itu, Wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana kematiannya itu berlaku setelah ia sempat bertemu Ramaadhan dan awal Syawal. Adapun orang yang mati sebelumnya (yakni sebelum terbenam matahari), tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana kematiannya sebelum ia sempat bertemu Syawal.

3- Berkemampuan.
Iaitu mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya. Setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada dibawah tanggungannya. (termasuk binatang peliharaannya) merangkumi makanan,pakaian,sewa rumah dan juga hutang. Jika tidak mempunyai lebihan harta, maka tidak wajib zakat fitrah.

Orang yang memiliki syarat-syarat di atas wajib mengeluarkan zakat fitrah atau wajib dikeluarkan untuknya zakat fitrah. Jika tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidaklah wajib.

Tuesday, 12 June 2018

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah

Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan bersempena bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Fitrah (A'idilfitri). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan (Zakat tubuh) atau zakat al-Ru'us (zakat kepala) kerana diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali samaada kecil atau besar, tua atau muda,lelaki atau wanita,miskin atau kaya serta hamba atau merdeka.

Zakat fitrah mula diwajibkan pada tahun ke-2 Hijrah iaitu tahun yang sama diwajibkan puasa bulan Ramadhan.

Pengertian zakat al-Fitrah. Ada dua pengertian:

1- Diambil daripada perkataan al-Fitr (اَلفِطْرُ) maknanya berbuka kerana zakat tersebut diwajibkan bersempena hari raya (1 syawal) di mana umat Islam diwajibkan berbuka setelah sebulan penuh mereka berpuasa pada bulan Ramadhan.

2- Diambil daripada perkataan al-Fithrah (اَلفِطْرَةُ) maknanya kejadian kerana zakat ini menyuci dan membersihkan fitrah atau kejadian manusia.

Hukum zakat fitrah dan dalilnya

Zakat fitrah adalah wajib. Antara dalil kewajipan zakat fitrah ialah hadith Ibnu Umar r.huma yang menceritakan,

ِ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ

Dari 'Umar bin Nafi' dari bapaknya dari 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhua berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fithri satu sha' (satu gantang) dari kurma atau sha' dari gandum bagi setiap hamba sahaya (budak) mahupun yang merdeka, laki-laki mahupun perempuan, kecil mahupun besar dari kaum Muslimin. Dan Beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang berangkat untuk salat ('Ied) ". HR Bukhari,1407.

Menurut Imam Ibnu al-Munzir, "Telah menjadi ijma para ulama bahawa zakat fitrah hukumnya adalah wajib. Rujuk: al-Ijma', Imam Ibn al-Munzir,hlm. 35.

Walaupun tidak dinafikan ada segelintir ulama berpandangan bahawa zakat fitrah ialah sunnah, namun menurut Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Thalibin, pandangan mereka ini adalah syaz(sangat lemah) dan mungkar.

Hikmah diwajibkan Zakat Fitrah

1-Sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dan menampung kekurangan puasa mereka. Hikmah ini berdasarkan hadith daripada Ibn Abbas r.huma yang menceritakan,

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ

Dari Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah shallAllahu wa'alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum shalat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah salat (hari raya) maka itu hanya sedekah diantara berbagai sedekah. HR Abu Daud 1371. Juga dalam al-Ijma', Imam Ibn al-Munzir,hlm. 35.

Seorang ulama bernama Waqi' bin al-Jarrah berkata, "Zakat fitrah bagi puasa Ramadhan seumpama sujud sahwi bagi solat di mana zakat fitrah membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud sahwi membaiki kekurangan solat. Rujuk al-Iqna',jil. 324.

2- Sebagai bantuan untuk orang miskin, iaitu membantu mereka sekadar yang terdaya agar mereka dapat sama-sama bergembira dan menikmati makanan tatkala berhari raya. Hikmah ini berdasarkan hadith daripada Ibn Umar r.huma. yang menceritakan:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ وَقَالَ: أَغْنُوْهُمْ فِي هاذَا الْيَوْمِ٠

Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam telah mewajibkan zakat fitrah dan Baginda bersabda, "Cukuplah mereka (yakni orang-orang fakir atau miskin) pada hari ini (yakni Hari Raya Puasa). HR al-Daraqutni. Lihat hadith ini dalam Nailul al-'Authar. Imam al-Syaukani. Bab Zakat al-Fithri.

Keatas siapakah diwajibkan zakat fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan keatas semua individu 
Islam tanpa kecuali samaada lelaki atau wanita, kecil atau dewasa, tua atau muda,merdeka atau hamba, miskin atau kaya, orang bandar atau pendalaman jika cukup syarat-syarat(akan disebutkan nanti, pada perbahasan seterusnya).

Bagi orang yang belum mempunyai tanggungan, zakat fitrahnya disempurnakan oleh dirinya sendiri atau orang yang menanggung nafkahnya. Adapun orang yang telah mempunyai tanggungan, ia wajib menyempurnakan zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya merangkumi:

i- Isteri.
ii- Asal usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk,nenek hingga berikutnya keatas).
iii- Furu'/Zuriatnya (iaitu anak pinaknya dan cucu-cicit); samaada lelaki atau perempuan,kecil atau besar.
iv- Hamba yang dimiliki.

Jika seseorang itu mempunyai tanggungan yang banyak dan harta yang ada tidak mencukupi untuk membayar zakat untuk semua tanggungannya. Maka zakat itu hendaklah dibayar untuk diri sendiri dan sebahagian tanggungannya mengikut keutamaan di bawah:

1- Isterinya.
2- Anaknya yang kecil.
3- Bapanya.
4- Ibunya.
5- Anaknya yang dewasa.

Jika terdapat lebih daripada seorang seperti ia memiliki lebih daripada seorang isteri atau lebih daripada seorang anak kecil, maka ia boleh memilih dalam kalangan mereka siapa yang hendak ia bayar zakat.

Rampaian:

1- Jika isteri kaya, suami tetap wajib menanggung zakat fitrah isterinya.

2- Jika suami miskin dan tidak mampu mengeluarkan zakat fitrah, maka gugurlah zakat fitrah daripada isterinya sebagaimana gugur daripada dirinya. Tidak wajib isteri mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya, kerana ia tertanggung atas bahu suaminya. 
Namun, disunatkan ia mengeluarkan untuk dirinya jika ia mampu.
Dalam hal ini zakatnya sah tanpa ada khilaf dikalangan ulama jika ada keizinan dari suami. Namun jika tanpa ada keizinan dari suami ulama berbeza pendapat:

a- Sebahagian ulama berpandangan,tidak sah zakat fitrah itu kerana ia melaksanakan kewajipan orang lain tanpa persetujuannya. Keadaannya sama seperti seorang yang mengeluarkan zakat keatas harta milik orang lain tanpa izinnya.

b- Sebahagian ulama berpandangan, sah zakatnya kerana yang dikeluarkan itu zakat fitrah bagi dirinya, maka sama seperti jika mengeluarkan zakat yang wajib atas dirinya. Pandangan ini terdapat dalam mazhab al-Syafi'i.Rujuk: al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 3/55; al-Majmu', Imam al-Nawawi

3- Anak tidak wajib bayar zakat fitrah untuk ibubapa yang kaya. Namun jika ibubapanya fakir atau miskin,maka ketiks itu zakat dan sara hidup mereka menjadi kewajipanya.

4- Bapa wajib menanggung zakat fitrah untuk anak-anaknya dalam dua keadaan:

a- Anak-anak yang masih kecil.
b- Anak-anak yang telah baligh(dewasa).

Anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan, jika mereka memiliki harta, maka zakat fitrah hendaklah dikeluarkan daripada harta mereka. Menjadi tanggungjawab walinya(penjaganya) untuk mengeluarkannya daripada harta tersebut. Namun jika mereka tidak memiliki harta, maka zakat fitrah mereka ditanggung oleh bapa atau penjaga yang menanggung nafkah mereka.

Anak-anak yang telah baligh(dewasa), jika mereka mampu mencari pendapatan sendiri, zakat fitrah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri, bukan atas bapa atau penjaga mereka. Malah tidak sah bapa atau penjaga mereka mengeluarkannya bagi pihak mereka kecuali dengan keizinan mereka atau dengan mereka mewakilkanya.

Adapun yang tidak mampu mencari pendapatan sendiri samaada kerana ditimpa sakit yang beterusan, gila atau kerana menumpukan masa untuk menuntut ilmu, bapa atau penjaga yang menyara mereka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk mereka.

Kesimpulannya, bagi anak-anak yang telah dewasa, syarat untuk mewajibkan bapa atau penjaga menanggung zakat fitrah mereka ialah mereka tidak mampu mencari pendapatan sendiri.

5- Tidak wajib menanggung zakat fitrah untuk saudara mara sekalipun mereka susah dan miskin. Saudara mara, samaada abang,adik,kakak,anak-anak saudara, bapa-bapa saudara, sepupu-sepupu serta sekalian kaum kerabat yang lain yang tidak tergolong dalam asal usul kita(iaitu bapa, ibu, datuk, nenek) dan juga furu'/zuriat kita (iaitu anak, cucu dan cicit) tidak wajib kita menanggung nafkah mereka (sekalipun mereka miskin), maka dengan itu tidak wajib pula kita membayat zakat fitrah untuk mereka. Malah tidak sah seseorang mengeluarkan zakat fitrah untuk saudara atau ahli kerabat yang tidak berada di bawah tanggungan nafkahnya kecuali dengan izin mereka atau dengan mereka mewakilikan kepadanya (untuk membayar zakat bagi pihak mereka)