Thursday 21 June 2018

Al-Quran merupakan qutub Islam, sumber syariat dan perlembagaan yang mengandungi bimbangan, adab,wasiat dan juga hukum hakam.

Al-Quran merupakan qutub Islam, sumber syariat dan perlembagaan yang mengandungi bimbangan, adab,wasiat dan juga hukum hakam.

Sumber utama ajaran Islam adalah al-Quran. Kedudukannya kalau hendak dibandingkan dengan sumber-sumber lain tidak ubah bagaikan batang pokok apabila dibandingkan dengan dahan-dahan dan buah-buahnya,

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi Sallallalhu'alaihiwa dalam bersabda:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah, sebaik-sebaik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad Sallallalhu'alaihiwa, seburuk-buruk perkara adalah perkara baru yang direka (tiada asal di dalam agama) dan setiap bid’ah (perkara baru) itu adalah sesat”. HR Muslim,867.

Dalam sebuah hadith menjelaskan,

فَضْلُ كَلَامِ اللهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللهِ عَلَى خَلْ

Hadith yang lengkapnya berbunyi,

َ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ مَنْ شَغَلَهُ الْقُرْآنُ وَذِكْرِي عَنْ مَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ مَا أُعْطِي السَّائِلِينَ وَفَضْلُ كَلَامِ اللَّهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللَّهِ عَلَى خَلْقِهِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Dari Abu Sa'id ia berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Rabb Azza wa Jalla berfirman; "Barangsiapa disibukkan oleh Al Qur`an dan berdzikir kepadaku untuk memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang terbaik dari yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon, " dan kelebihan kalamullah (Al Qur`an) dari seluruh kalam adalah seperti kelebihan Allah dari seluruh makhlukNya." Abu Isa berkata; Hadits ini hasan gharib. HR Tirmizi,2850.

Kalau kita melihat kepada sistem umum yang mana perlembagaan-perlembagaan asal menguasai masyarakat, kemudian peraturan pentadbiran, jenayah, personal dan perniagaan, kemudian enekmen, resolusi dan juga penafsiran-penafsirannya secara terperinci.....Akhirnya, sebenarnya yang perlu ada dalam perlembagaan-perlembagaan ialah sejumlah kaeadah penting berkaitan hukum-hakam,perundangan dan juga perlaksanaan.
Ia merangkumi masaalah-masaalah utama yang sewajarnya dinyatakan dan tidak wajar dibiarkan kepada pelbagai andaian. Perkara-perkara lain selain daripadanya, tertumpu kepadanya dan mendapat penghormatan daripadanya. Tidak mungkin ia mengandungi sesuatu yang bercanggah dengannya baik dari segi teks mahupun roh. Apabila ditemui perkara yang bercanggah, dengan sendirinya ia terhapus.

Begitu juga dengan kitab Allah, ia merupakan qutub Islam, sumber syariat dan perlembagaan yang mengandungi bimbangan, adab, wasiat dan juga hukum hakam.

Ia mengandungi asas-asas Islam, yang mana daripadanya diambil gambaran-gambaran umum yang diredai Allah Subhanahuwata'ala kepada para hamba-Nya dalam seluruh aspek kehidupan, pemikiran dan tingkah laku.

Malangnya sebahagian orang Islam tidak tahu meletakkan penilaian yang sebenar terhadap kitab Allah Subhanahuwata'ala. Mereka tidak menumpukan mata hati dan mata kasar mereka kepada makna-makna dan objektof-objektif yang terkandung di dalamya sebagaimana sepatutnya.
Memberi tumpuan hanya pada tajwid dan lagu semata-mata yang memberi kesan sementara waktu yang boleh dilihat zahirnya kepada sebahagian badan dan mengabaikan pemahaman kepada makna-makna, pengajaran dan objektif-objektif yang terkandung di dalamya sebagaimana yang sepatutnya.

Al-Quran merupakan hidayah yang pertama kepada manusia, yang datang daripada Allah Subhanahuwata'ala dan mengandungi kaedah-kaedah kebenaran dan jaminan-jaminan kejayaan. Ayat-ayat Al-Quran mengandungi landasan yang lurus sebagaimana ufuk-ufuk alam mengandungi rahsia-rahsia ilmu dan kekuatan-kekuatannya yang tersimpan kepada para makhluk.

Kalau manusia benar-benar menggunakan akal fikiran sudah tentu mereka akan dapa memberi tumpuan kepada setiap surah, bahkan setiap huruf untuk membina keyakinan dan mengenal bagaimana cara mengukuhkan hubungan dengan Tuhan semesta alam.

Kalam Allah mengatasi sekelian kalam. Memberi tumpuan kepadanya dengan penuh perasaan, kesungguhan dan renungan adalah wajib. Pada hakikatnya ia merupakan kalam yang paling memberi faedah kepada manusia.

Sungguh pelik apabila ada segolongan manusia yang mendahului kalam dan hukum hakam Allah yang lain mengatasi kalam dan hukum-hukum Allah. Padahal Allah Subhanahuwata'ala telah menyatakan:

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat, yang tidak ada keraguan terjadinya. Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) dari pada Allah? Al-Nisa:87.

Antara tuntutan iman ialah menumpukan perhatian kepada kitab Allah Subhanahuwata'ala bagi mendapat munafaat dan dalil-dalilyang baik untuk kehidupan di dunia dan juga akhrat. Mustahil orang yang beriman dengan Al-Quran al-Karim mengutamakan dalil yang mengatasi dalil Al-Quran atau menyamakan petunjuk yang lain dengan petunjuk Al-Quran. Ini kerana Al-Quran itu tinggi dan tidak ada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya. Ia mengatasi segala dalil-dalil yang lain dan bukannya dalil yang lain mengatasinya.

Mustahil terdapat dalam sumber-sumber perundangan Islam yang lain, sesuatu yang bertentangan atau berjalan pada landasan yang berbeza arah yang ditujui oleh Al-Quran. Jika ditemui perkara tersebut, ia sesuatu yang asing bagi agama Allah. Tabiat sunnah, qiyas, istilah-istilah dan juga yang seumpama dengannya.... istilah merupakan tabiat cabang berbanding dengan asal atau anggota berbanding kepala.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyampaikan daripada Allah dan menjelaskan maksudnya. Baginda melengkapkan pelbagai bentuk juzuk yang bukan urusan perlembagaan umum untuk menentangnya. Al-Quran misalnya membentangkan persoalan jual beli yang merupakan muamalat yang begitu banyak tersebar. Hukum-hakam yang disebutnya tidak menjangkau bilangan jari-jemari tangan.

Sebaliknya dalam sunnah terdapat ratusan hadith yang membuat penjelasan dan cabang. Sunnah selain daripada ruang lingkup perundangan merupakan medan yang sangat luas dan sewajarnya kita merenung lama terhadapnya.

No comments:

Post a Comment