Friday 8 June 2018

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran.

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan

Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:

14- Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran.

Tujuan puasa sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Subhanahuwata'ala adalah untuk melahirkan ketakwaan dalam jiwa. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam al-Qur'an,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Al-Baqarah:183

Oleh itu, supaya tujuan puasa itu benar-benar dapat dihayati oleh kita, maka sepanjang bulan Ramadhan ketika kita melaksanakan ibadah-ibadah ,tanamkanlah keazaman yang kuat dalam jiwa untuk menjadi manusia yang bertakwa seperti mana yang dikehendaki Allah
Subhanahuwata'ala. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada berpuasa hanya semata-mata kerana kebiasaan atau rutin tahunan sehingga menyebabkan kita tidak berusaha mengambil apa-apa pengajaran daripada pengertian ibadah puasa itu.

Mengenai kesabaran pula, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadithnya pernah memanggil bulan Ramadhan sebagai Syahr as-Sabr (bulan kesabaran), sabda Baginda Sallallahu'alaihiwasallam,

وَفِينَا أَبُو ذَرٍّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ صَوْمُ شَهْرِ الصَّبْرِ وَثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ صَوْمُ الدَّهْرِ وَيُذْهِبُ مَغَلَةَ الصَّدْرِ قَالَ قُلْتُ وَمَا مَغَلَةُ الصَّدْرِ قَالَ رِجْسُ الشَّيْطَانِ

Di antara kami ada Abu Dzar, ia lalu berkata, "Aku mendengar Rasulullah Shallalahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Puasa pada bulan kesabaran (Ramadan) dan puasa tiga hari pada setiap bulan setara dengan puasa setahun dan dapat menghilangkan kesempitan dalam dada." Abu Dzar berkata, "Aku bertanya; 'Kesempitan dalam dada itu apa? ' Beliau menjawab: "Pekerjaan syaitan." HR Ahmad, 20402.

Dan juga sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam,

َ عَنْ جُرَيٍّ النَّهْدِيِّ عَنْ رَجُلٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ قَالَ
عَدَّهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِي أَوْ فِي يَدِهِ التَّسْبِيحُ نِصْفُ الْمِيزَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَؤُهُ وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَالصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ وَالطُّهُورُ نِصْفُ الْإِيمَانِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رَوَاهُ شُعْبَةُ وَسُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ

Dari Jurai An Nahdi dari seseorang dari Bani Sulaim ia berkata; Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam menghitungnya pada tanganku atau tangannya: "Tasbih adalah setengah timnbangan Al Hamdulillah memenuhinya, takbir memenuhi antara langit dan bumi, puasa adalah setengah kesabaran, dan bersuci adalah setengah keimanan." Abu Isa berkata; hadits ini adalah hadits hasan dan diriwayatkan oleh Syu'bah serta Sufyan Ats Tsauri dari Abu Ishaq. HR Tirmizi,3441.

No comments:

Post a Comment