Friday 8 June 2018

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Memberi makanan untuk orang berbuka puasa.

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan

Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:

12- Memberi makanan untuk orang berbuka puasa.

Pada bulan Ramadhan, disunatkan untuk memberi makanan atau minuman kepada orang-orang yang berpuasa sekalipun dengan sebiji kurma atau seteguk air. Namun, yang lebih baik adalah adalah memberi makan sehingga mampu mengenyangkan mereka,fadhilatnya adalah sebagai mana sabda Nabi Sallallahu'alaihiwasallam,

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحِيمِ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Telah menceritakan kepada kami Hannad telah menceritakan kepada kami Abdurrahim dari Abdul Malik bin Abu Sulaiman dari 'Atha` dari Zaid bin Khalid Al Juhani berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka, dia mendapatkan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikitpun" Abu 'Isa berkata; "Ini merupakan hadits hasan shahih." HR Tirnizi,735.

Al Munawi Rahimahullah menjelaskan bahawa memberi makan untuk buka puasa di sini adalah boleh jadi dengan makan malam, atau dengan kurma. Jika tidak boleh dengan itu, maka boleh pula dengan seteguk air. Faidul Qadhir,6/243

Selain itu,disunatkan juga makan bersama orang yang berbuka puasa, kerana dengan cara ini lebih baik bagi menunjukkan rasa rendah diri.

Di antara keutamaan lainnya bagi orang yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, adalah keutamaan yang diraih dari doa orang yang memakan makanan untuk berbuka puasa. Jika orang yang memakan makanan mendoakan si pemberi makanan, maka sesungguhnya itu adalah doa yang akan dimakbulkan. Justeru kerana, doa orang yang berbuka puasa adalah doa yang mustajab. Ini berdasarkan sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam,

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak : (1) Pemimpin yang adil, (2) Orang yang berpuasa ketika dia berbuka, (3) Doa orang yang dizalimi”HR Tirmizi no. 2526 dan Ibnu Hibban
16/396.
Waktu berbuka puasa adalah waktu yang akan terkabulnya doa kerana ketika itu orang yang berpuasa telah menyempurnakan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.
Rujuk:Tuhfatul Ahwadzi, 7/194.

Apatahlagi jika orang yang memakan makanan tadi mendoakan doa sepertimana doa yang Nabi Sallallahu ‘alaihi wa salam amalkan, justeru itu, rezeki yang kita keluarkan akan semakin barokah. Ketika Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam diberi minum, beliau pun mengangkat kepalanya ke langit dan mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِى وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِى

Ya Allah, berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minuman kepadaku. HR Muslim, 2055.

Oleh kerana itu, keberkatan akan bertambah jika kita memberi makan untuk berbuka serta memilih orang yang terbaik atau orang yang salih yang boleh mendoakan kita ketika mereka berbuka. Kerana ketahuilah, harta terbaik adalah di sisi orang yang salih. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berpesan pada ‘Amru bin Al ‘Ash,

يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ

“Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta di tangan hamba yang salih.”HR. Ahmad 4/197. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanad hadith ini sahih sesuai dengan syarat Muslim.

Dengan banyak menderma, iaitu dengan cara memberi makan untuk berbuka serta diiringi dengan berpuasa itulah jalan menuju syurga.
Rujuk: Lathoif Al Ma’arif, 298.

Dari Ali, ia berkata, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ « لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ »

“Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya.” Lantas seorang arab badwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia sedang tidur.” HR Tirmizi, 1984. Hasan.

No comments:

Post a Comment