Pemilik akhlak yang agung dalam membahterai hidup berkeluarga.
حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ
Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Al Hakam dari Ibrahim dari Al Aswad dia berkata; saya bertanya kepada Aisyah "Apakah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ikut membantu pekerjaan rumah isterinya?" Aisyah menjawab; "Beliau suka membantu pekerjaan rumah isterinya, apabila tiba waktu shalat, maka beliau beranjak untuk melaksanakan shalat." HR Bukhari, 5579
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ خَرَجَ فَصَلَّى
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far, dia berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Al-Hakam dari Ibrahim dari Al-Aswad, dia berkata; "Saya bertanya kepada Aisyah mengenai bagaimana Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam beraktivitas dalam rumah." Maka (Aisyah) Berkata; "Beliau selalu membantu pekerjaan-pekerjaan isterinya, dan bila telah datang waktu shalat, maka beliau berangkat untuk shalat." HR Ahmad,23800
Dalil al-Quran,
وَإنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung.Al-Qalam: 4
Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadith dari A'isyah ra dalam Musnadnya,
سألت عائشة عن خُلُق رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقالت: كان خلقه القرآن
Saidatina Aisyah r.a. ditanya tentang akhlak Rasulullah saw lalu beliau r.a. menjawab: “Akhlak Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam adalah Al-Qur’an”.
Dalil hadith,
إنما بُعِثْت لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia.HR Bukhari
Diantara keagungan akhlak Rasulullah saw adalah beliau saw tidak pernah merasa malu dan ringan tulang untuk membantu isterinya dalam hal pekerjaan rumah tangga. Meskipun dalam kesebokan dirinya sebagai seorang Rasul,panglima perang,pemimpin umat beliau saw suka melaksanakan sendiri pekerjaan sehari-hariannya. Nabi saw suka mencuci pakaiannya sendiri, menjahit bajunya sendiri, menambal sandalnya sendiri, bahkan kadang-kadang beliau sendiri yang pergi ke pasar untuk berbelanja. Rasulullah saw melakukan semua pekerjaan itu selain bertujuan untuk membahagiakan istrinya dan keluarganya, juga untuk memberikan contoh suri tauladan yang baik bagi setiap suami di dalam melayari bahtera rumah tangga yang Islami.
Dalil hadith,
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ وَعَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ عَائِشَةَ هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا قَالَتْ نَعَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيَخِيطُ ثَوْبَهُ وَيَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ كَمَا يَعْمَلُ أَحَدُكُمْ فِي بَيْتِهِ
Telah menceritakan kepada kami Abdurrozzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari urwah dan dari Hisyam bin Urwah dari ayahnya berkata; seorang laki-laki bertanya kepada Aisyah; apakah Rasulullah juga melakukan pekerjaan-pekerjaan di rumahnya? Aisyah menjawab; 'Ya, Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam juga sering mengesol sandalnya, dan menjahit pakaiannya serta beliau melakukan sesuatu di rumahnya sebagaimana salah seorang kalian lakukan di rumahnya. HR Ahmad,24176
Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفَهُمْ بِأَهْلِهِ
“Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah orang yang paling baik akhlaknya dan yang paling lemah lembut (ramah) terhadap keluarganya (istrinya).” HR Tirmizi dan Ad-Darimi
Rasulullah saw bersabda,
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteriku HR Tirmizi
Saidatina Shafiyyah binti Huyaiy r.a. berkata:
” مَا رَأَيْت أَحَدًا أَحْسَن خُلُقًا مِنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “
Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih indah akhlaknya berbanding Rasulullah saw.
HR At-Tabrani dan dikeluarkan oleh Imam Ibn Hajar dalam Fath Al-Bari.
No comments:
Post a Comment