Friday, 15 December 2017

Solat Fardhu dan tuntutan untuk mengerjakannya walaupun dalam keadaan sakit ataupun masyaqqah.

Solat Fardhu dan tuntutan untuk mengerjakannya walaupun dalam keadaan sakit ataupun masyaqqah.

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ طَهْمَانَ عَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ كَانَ بِيَ النَّاصُورُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Waki' dari Ibrahim bin Thahman dari Husain Al Mu'allim dari Ibnu Buraidah dari Imran bin Hushain berkata, "Aku mengalami sakit wasir, maka aku bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang pelaksanaan shalat, beliau bersabda: "Shalatlah dengan berdiri, jika tidak mampu hendaklah dengan duduk, jika tidak mampu hendaklah dengan berbaring. " Ibu Majah,1213. Sahih
Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah suatu kewajipan untuk dikerjakan walaupun dalam apa jua keadaan. Ganjaran dan fadhilatnya adalah amat besar sekali. Banyak terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyatakan hikmat dan kelebihan solat lima waktu itu.

Demikian juga sebaliknya,banyak juga peringatan dan ancaman terhadap sesiapa yang leka atau lalai mengerjakan solat, lebih-lebih lagi yang meninggalkannya. 

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ . الَّذِينَ هُمْ عَن صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ

“(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.” al-Ma'un:4-5

Meninggalkan solat adalah berdosa besar serta akan mendapat balasan dan hukuman yang sangat berat, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ . قَالُواْ لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.” al-Muddatsir:42-43

Justeru itu, maka janganlah sekali-kali diabaikan kewajipan untuk bersolat. Kerana ia adalah merupakan unsur asas kekukuhan binaan bagi agama seseorang itu, maka apabila hilang unsur asas ini nescaya akan binasalah agama seseorang itu.

Tuntutan untuk menunaikan solat adalah berterusan selama mana akal fikiran seseorang itu dalam keadaan sedar dan waras sekalipun dalam keadaan sakit, justeru itu, tidak ada kelonggaran untuk meninggalkannya.

Bagi seseorang yang tidak Berdaya Untuk berdiri:

Berdiri atau qiam dalam solat fardhu itu adalah salah satu dari rukun solat yang mesti dilakukan. Namun pun begitu, jika seseorang mukallaf itu tidak berdaya untuk berdiri maka haruslah dia solat secara duduk. Manakala yang tidak berdaya duduk dan berdiri maka haruslah dia solat secara baring. Sebagaimana sabda RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلِّ قَائِمًا فَإِن لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِن لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Solat dengan cara berdiri, jika engkau tidak berdaya maka dengan cara duduk, dan jika engkau tidak berdaya (dengan cara duduk) maka dengan cara berbaring (solat merusuk).”
HR Bukhari

Apabila seseorang mukallaf itu tidak berdaya untuk solat secara berdiri disebabkan keuzuran yang bersangatan, seperti mengalami masyaqqah (kesukaran), takut menambahkan lagi kesakitan jika dia berdiri, takut tenggelam apabila berdiri di atas perahu, atau takut jatuh kerana pening kepala atau seumpamanya, maka haruslah dia solat secara duduk, sebagaimana sabda RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam di atas.
Orang sakit yang tidak berdaya solat berdiri itu tidak perlu lagi mengulangi semula solatnya yang tersebut sesudah hilang keuzuran dan masyaqqahnya selepas itu. Mengenai pahala bagi orang sakit itu tidaklah berkurangan, bahkan sama saja pahalanya jika dia solat berdiri. Sebagaimana sabda RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam:

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيْمًا صَحِيْحًا

Maksudnya: “Apabila seseorang itu sakit atau musafir, maka ditulis baginya (pahala) sama seperti apa yang dikerjakannya sewaktu bermuqim dan semasa sehat.” HR Bukhari

Meraih Manisnya Iman dengan 3 sebab

Meraih Manisnya Iman dengan 3 sebab

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab Ats Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka" HR Bukhari,15.

Hakikat Iman:
Iman bukan sekadar keyakinan atau pengakuan semata-mata, ataupun iman bukanlah sekadar angan-angan atau pengakuan semata-mata, namun iman adalah keyakinan yang tebenam kedalam hati dengan utuhnya dan dibuktikan dengan amalan-amalan.

Dalil al-Qur'an,

قَدۡ اَفۡلَحَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَۙ‏. الَّذِيۡنَ هُمۡ فِىۡ صَلَاتِهِمۡ خَاشِعُوۡنَ ۙ. وَالَّذِيۡنَ هُمۡ عَنِ اللَّغۡوِ مُعۡرِضُوۡنَۙ‏.وَالَّذِيۡنَ هُمۡ لِلزَّكٰوةِ فَاعِلُوۡنَۙ‏

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, serta orang-orang yang menunaikan zakat. Al-Mukminun:1-4

Meraih manisnya Iman:
Sebab pertama yang menyebabkan seseorang mukmin merasakan manisnya iman adalah mencintai Allah Subhanahuwata'ala
dan Rasul-Nya, serta mendahulukan keduanya daripada kecintaan terhadap yang lain.

Dalil al-Qur'an,

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
At-Taubah:24.

Dalil al-Qur'an,

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). Al-Baqarah:165

Dalil Hadith,

Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam bersabda,

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidak akan sempurna iman salah seorang di antara kalian hingga aku lebih ia cintai daripada orang tuanya, anaknya, dan seluruh manusia.” HR Bukhari.

Sebab kedua yang menyebabkan seseorang mukmin merasakan manisnya iman adalah mencintai kerana Allah Subhanahuwata'ala. Demikian pula dalam hal membenci, membela, dan memerangi, semua kerana Allah Subhanahuwata'ala. Cinta dan benci kerana Allah Subhanahuwata'ala adalah tali iman yang paling teguh. Rasa cinta adalah merupakan hal naluriah yang ada pada diri setiap insan. Sehingga perlu disalurkan kepada sesuatu yang yang benar dan tepat serta yang hanya diizinkan oleh syarak sahaja.

Mencintai seseorang banyak sebabnya, mungkin kerana pertalian keluarga atau kekerabatan, teman, atau kerana ingin mendapatkan kepentingan duniawi. Barang siapa yang mencintai seseorang kerana Allah, maka ini akan menjadi sebab untuk merasakan manisnya iman. Maka oleh sebab itu tanyalah diri kita ,apakah kecintaan kita kepada orang seseorang itu disebabkan kerana Allah atau kerana adanya kepentingan lainnya. Sebagaimana yang disabdakan dalam sebuah hadith yang amat terkenal dan menjadi teras kepada Islam,


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. HR Bukhari dan Muslim.

Sebab ketiga yang menyebabkan seseorang mukmin merasakan manisnya iman adalah apabila dia membenci kesyirikan dan kekafiran, hal itu diwujudkan dengan berusaha mengenali kekafiran agar ia boleh menghindarinya.Sehingga hatinya diliputi kecintaan kepada iman dan kebencian kepada kekufuran. Sebagaimana ia benci untuk dilemparkan ke dalam api.

Kebencian terhadap kesyirikan dan segenap bentuk kekafiran diwujudkan juga dengan sentiasa memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala agar diselamatkan dari kekufuran dan agar hatinya selalu dikokohkan di atas keimanan.

Dalil al-Qur'an,

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,al-Hujurat:7

Allah Subhanahuwata'ala menegaskan bahawa Dia telah menjadikan perasaan cinta kepada Iman dan menghiaskan keimanan kepada para Sahabat Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam dan demikianlah juga kepada setiap mukmin yang bertakwa serta menjadikan perasaan benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat sehingga mereka tidak berani sama sekali melanggar perintah Allah dan RasulNya.

Mereka yang mempunyai sifat cinta kepada Iman dan membenci perkara yang berlawanan dengan Iman adalah golongan yang ditetapkan Allah s.w.t di atas kebenaran dan mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahuwata'ala.

Tasybik (Menjalin Jari-Jemari) dan Hukumnya

Tasybik (Menjalin Jari-Jemari) dan Hukumnya

Tasybik ialah perbuatan menggenggam sambil menyilang jari jemari antara telapak tangan kanan dan kiri.

Dalil hadith,

أَخْبَرَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ جَمِيلٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ ثُمَّ خَرَجَ يُرِيدُ الصَّلَاةَ فَهُوَ فِي صَلَاةٍ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَى بَيْتِهِ فَلَا تَقُولُوا هَكَذَا يَعْنِي يُشَبِّكُ بَيْنَ أَصَابِعِهِ

Telah mengabarkan kepada kami Al Haitsam bin Jamil dari Muhammad bin Muslim dari Isma'il bin Umayyah dari Al Maqburi dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berwudhu kemudian keluar untuk melaksanakan shalat, maka ia dalam hitungan solat hingga ia kembali ke rumahnya. Maka janganlah kamu melakukan demikian, yaitu menjalin jari-jari." HR ad-Darimi,1370. Isnad Sahih.

Dalil Hadith,

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ أَنَّ عَبْدَ الْمَلِكِ بْنَ عَمْرٍو حَدَّثَهُمْ عَنْ دَاوُدَ بْنِ قَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي سَعْدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي أَبُو ثُمَامَةَ الْحَنَّاطُ أَنَّ كَعْبَ بْنَ عُجْرَةَ أَدْرَكَهُ وَهُوَ يُرِيدُ الْمَسْجِدَ أَدْرَكَ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ قَالَ فَوَجَدَنِي وَأَنَا مُشَبِّكٌ بِيَدَيَّ فَنَهَانِي عَنْ ذَلِكَ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يُشَبِّكَنَّ يَدَيْهِ فَإِنَّهُ فِي صَلَاةٍ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari bahwasanya Abdul Malik bin Amru telah menceritakan kepada mereka, dari Dawud bin Qais dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Sa'd bin Ishaq telah menceritakan kepadaku Abu Tsumamah Al-Hannath bahwasanya Ka'ab bin 'Ujrah pernah mendapatkannya hendak pergi ke masjid. Salah satunya bertemu dengan temannya. Kata Abu Tsumamah; Ka'ab mendapatiku sedang menjalin kedua tanganku, maka dia melarangku berbuat demikian dan berkata; Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu berwudlu, lalu dia membaguskan wudhunya, kemudian pergi dengan sengaja ke masjid, maka janganlah dia menjalin kedua tangannya, kerana perbuatan itu dianggap himpunan ibadah solat." HR Abu Daud, 562. Sahih.

Dalil Hadith,

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أُمَيَّةَ سَأَلْتُ نَافِعًا عَنْ الرَّجُلِ يُصَلِّي وَهُوَ مُشَبِّكٌ يَدَيْهِ قَالَ قَالَ ابْنُ عُمَرَ تِلْكَ صَلَاةُ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ


Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Hilal telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari Isma'il bin Umayyah; "aku bertanya kepada Nafi' tentang orang yang solat dengan menjalin jari-jari tangannya yang satu dengan yang lain." Jawabnya; Ibnu Umar pernah berkata: "Itu adalah solatnya orang yang dimurkai (Yahudi)." HR Abu Daud,993.Sahih

Zahir hadith di atas menunjukkan larangan melakukan tasybik (menjalin jari-jemari) ketika seseorang berwudhu, keluar menuju ke masjid, menunggu solat yang hendak didirikan, hingga solat ditunaikan.
Perbuatan tasybik ini hukumnya adalah makruh sekiranya dilakukan oleh seseorang yang menuju dan bersiap sedia untuk bersolat, seperti dalam perjalanan atau ketika sedang menunggu solat atau mendengar khutbah Jumaat dan selainnya, dan dimakruhkan semua bentuk perbuatan sia-sia selama mana seseorang itu menuju solat, atau menunggunya.

Menurut jumhur ulama, larangan yang sama juga berlaku bagi seseorang yang bersiap sedia menuju solat.
Walaupun begitu tidak dimakruhkan tasybik ketika selain waktu menuju dan menunggu solat sekalipun di dalam masjid, iaitu ketika seseorang berada di dalam masjid dan tidak dalam keadaan sedang menunggu solat atau telah selesai melaksanakan solat.
Ini kerana telah sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa Baginda juga melakukan tasybik. Diantara dalil hadithnya,

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ سَمَّاهَا أَبُو هُرَيْرَةَ وَلَكِنْ نَسِيتُ أَنَا قَالَ فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ فَقَامَ إِلَى خَشَبَةٍ مَعْرُوضَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَاتَّكَأَ عَلَيْهَا كَأَنَّه غَضْبَانُ وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ وَوَضَعَ خَدَّهُ الْأَيْمَنَ عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَخَرَجَتْ السَّرَعَانُ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ فَقَالُوا قَصُرَتْ الصَّلَاةُ وَفِي الْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فَهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ وَفِي الْقَوْمِ رَجُلٌ فِي يَدَيْهِ طُولٌ يُقَالُ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ أَمْ قَصُرَتْ الصَّلَاةُ قَالَ لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ فَقَالَ أَكَمَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ فَقَالُوا نَعَمْ فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى مَا تَرَكَ ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ فَرُبَّمَا سَأَلُوهُ ثُمَّ سَلَّمَ فَيَقُولُ نُبِّئْتُ أَنَّ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ ثُمَّ سَلَّمَ

Dari Abi Hurairah radliyallaahu ‘anhu ia berkata : “Suatu ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengimami kami shalat ‘isya’ dan ketika baru mendapatkan dua raka’at, beliau salam. Kemudian beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam berdiri dengan bersandar pada sebatang kayu yang melintang di dalam masjid dengan tampak marah. Beliau meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri dan menjalinkan jari-jemarinya (tasybik),…..” [HR Bukahri :482.

حَدَّثَنَا خَلَّادُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ عَنْ أَبِي مُوسَى
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ

Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:: “Sesungguhnya orang yang beriman itu dengan orang beriman yang lain seumpama binaan yang saling mengukuh.” Lalu Baginda menggenggam tasybik. HR Bukhari, 482.

Jangan maki hamun syaitan tapi bacalah kalimah Basmalah

Jangan maki hamun syaitan tapi bacalah kalimah Basmalah

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي تَمِيمَةَ الْهُجَيْمِيِّ عَمَّنْ كَانَ رَدِيفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُنْتُ رَدِيفَهُ عَلَى حِمَارٍ فَعَثَرَ الْحِمَارُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَقَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ تَعِسَ الشَّيْطَانُ تَعَاظَمَ الشَّيْطَانُ فِي نَفْسِهِ وَقَالَ صَرَعْتُهُ بِقُوَّتِي فَإِذَا قُلْتَ بِسْمِ اللَّهِ تَصَاغَرَتْ إِلَيْهِ نَفْسُهُ حَتَّى يَكُونَ أَصْغَرَ مِنْ ذُبَابٍ

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq, telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari 'Ashim dari Abu Tamimah Al Hujaimi dari orang yang pernah membonceng Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dia berkata; "Aku pernah memboncengkan beliau menunggang keledai, kemudian keledai itu tergelincir, maka aku berkata; "Celakalah syetan, " Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Janganlah kamu katakan celakalah syetan, karena jika kamu mengatakan celakalah syetan, maka syetan akan membanggakan dirinya. Syetan berkata; "Aku telah melawannya dengan kekuatanku, " dan jika kamu membaca BISMILLAAH maka syetan akan merasa dirinya kecil hingga lebih kecil dari seekor lalat." HR Ahmad,19682

Allah Ta'ala berfirman,

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." Faathir: 6

Syaitan senantiasa berusaha untuk menimpakan keburukan kepada umat manusia kerana kebencian dan kedengkiannya. Agar manusia ditimpa kerugian dan sengsara dunia dan akhriat. Justeru itu, syaitan berusaha keras untuk menyesatkan umat manusia dari jalan hidayah supaya kelak menjadi temannya di neraka yang azabnya dari api yang membakar menyala-nyala.

Namun begitu, menyalah-nyalahkan syaitan dengan kalimat-kalimat umpatan atau maki hamun bukanlah sesuatu kebaikan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولُ بِقُوَّتِي وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

"Jangan kamu katakan "celaka Syaitan", sebab jika kamu katakan itu badan syaitan akan semakin membesar sehingga sebesar rumah seraya berkata, ‘dengan kekuatanku (aku menggelincirkan dia.’ Tetapi katakanlah, ’Dengan menyebut nama Allah’. Bila kamu berkata demikian, maka badan syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat." HR Ahmad.Isnad Sahih.

Selain tidak berpahala kerana tidak mengembalikan urusan kepada Allah dan tidak sabar atas takdir-Nya, perbuatan tersebut malah membuatkan syaitan merasa senang dan sombong. Malah syaitan juga akan merasakan bahawa kejadian itu berlaku kerana kekuatan yang dimilikinya. Justeru itu, yang selayaknya, bagi seorang muslim yang memperakui syaitan adalah sebagai musuh abadinya tidak akan membuatkan syaitan senang dan berbangga.

Justeru itu, bagi muslim yang sejati akan senantiasa menyebut-menyebutkan kalimah Basmalah dalam apa juga tindaktanduknya agar hasilnya mendapat keberkatan dari Allah Ta'ala dan menyebabkan syaitan akan jadi kecil.

Basmalah adalah merupakan salah satu dari nama-nama Allah,

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Al-A'raf:180

Lafaz اللَّهِ yang ada dalam kalimah Basmalah adalah isim yang tidak dimiliki oleh yang selain dari itu Allah sendiri, Yang Maha Agung. Kerana itu, dalam bahasa Arab lafazh Allah tidak memiliki bentuk asal (isytiqaq) dari fi’il-nya.

Allah adalah nama yang ditujukan kepada Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. Allah adalah Ismul A’zham kerana Dia memiliki semua sifat seperti yang disebutkan dalam firman Allah berikut,

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Hasyr : 22-24

Lafaz الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ yang kedua-duanya adalah merupakan isim yang berakar dari bentuk masdar Ar-Rahman dengan maksud mubalaghah. Lafazh Ar-Rahman lebih kuat berbanding Ar-Rahim.
Kedua-duanya adalah merupakan isim yang menunjukkan makna lemah lembut, namun salah satunya lebih lembut daripada lainnya, yakni lebih kuat makna rahmatnya daripada yang lain.
Ar-Rahman adalah isim yang mengandungi makna umum dipakai untuk semua jenis rahmat yang khusus dimiliki oleh Allah Ta’ala.

Hal tersebut dinyatakan dalam firmanNya :
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, (Dialah) Yang Maha Pemurah.Al-Furqan : 59

FirmanNya yang lain, disebutkan :

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy. Thaha : 5

Allah menyebut nama Ar-Rahman untuk diriNya dalam ayat ini agar semua makhluk memperoleh kemurahan rahmatNya.
Sedangkan Ar-Rahim hanya dikhususkan untuk orang-orang mukmin saja, seperti yang dimaksudkan oleh Allah Ta'ala pada firman-Nya,

وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا

Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. Al-Ahzab : 43

Friday, 8 December 2017

Jagalah adab menguap

Jagalah adab menguap

حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ الشَّيْطَانُ

Telah bercerita kepada kami 'Ashim bin 'Ali telah bercerita kepada kami Ibnu Abi Dza'bi dari Sa'id Al Maqbariy dari bapaknya dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menguap itu dari setan. Maka bila seorang dari kalian menguap hendaklah sedapat mungkin ditahannya karena bila seseorang dari kalian menguap dengan mengeluarkan suara haa, setan akan tertawa". HR Bukhari, 3046

Menjaga adab-adab yang telah diajarkan oleh Islam adalah merupakan suatu ibadah, namun sebahagian muslim memandang remeh terhadap perihal memelihara adab-adab tersebut.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ ح و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قِيلَ لَهُ قَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلَّ شَيْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ قَالَ فَقَالَ أَجَلْ لَقَدْ نَهَانَا أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ لِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ بِعَظْمٍ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu Muawiyah dan Waki' dari al-A'masy. (dalam riwayat lain disebutkan) Dan telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya sedangkan lafazh tersebut miliknya. Telah mengabarkan kepada kami Abu Muawiyah dari al-A'masy dari Ibrahim dari Abdurrahman bin Yazid dari Salman dia berkata, bahwasanya ada yang bertanya kepadanya; '(Apakah) Nabi kalian telah mengajarkan segala sesuatu hingga adab beristinja?’ Salman menjawab; ‘Ya. Sungguh beliau melarang kami buang air besar, buang air kecil dengan menghadap kiblat, bersuci dengan tangan kanan, bersuci dengan batu kurang dari tiga buah, atau bersuci dengan kotoran hewan atau tulang'." 3HR Muslim,85.

Adab-adab tersebut jika diamalkannya dengan niat beribadah dan dengan niat meneladani Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, amal tersebut akan bernilai ibadah di sisi Allah Ta’ala. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab RA dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” HR Bukhari.

Salah satu adab islami yang telah diabaikan oleh kaum muslimin adalah adab ketika menguap. Ramai dari kalangan kaum muslimin disaat ini yang tidak mengetahui adab ini dan mereka lupa atau tidak mengetahui keutamaan dalam menjaganya.

Adab menguap, seharusnya seorang muslim menahannya semampu mungkin. Akan tetapi, banyak dari kita, membuka mulut selebar-lebarnya disaat menguap, sehingga semua orang pun boleh melihat seluruh isi mulutnya. Ada pula yang membunyikan suara sewaktu menguap hatta ketika sedang menunaikan solat.Ada pula yang ketika menguap, mengucapkan ta’awudz, padahal perbuatan semacam ini sama sekali tidak pernah dicontohi dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ أَخْبَرَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّثَاؤُبُ فِي الصَّلَاةِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَكْظِمْ مَا اسْتَطَاعَ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَجَدِّ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ التَّثَاؤُبَ فِي الصَّلَاةِ قَالَ إِبْرَاهِيمُ إِنِّي لَأَرُدُّ التَّثَاؤُبَ بِالتَّنَحْنُحِ

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Hujr berkata; telah mengabarkan kepada kami Isma'il bin Ja'far dari Al 'Ala` bin Abdurrahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menguap dalam shalat adalah dari setan, jika salah seorang dari kalian menguap maka handaklah ia menahan semampunya." Ia berkata; "Dalam bab ini juga ada riwayat dari Abu Sa'id Al Khudri dan kakeknya Adi bin Tsabit." Abu Isa berkata; "Hadits Abu Hurairah ini derajatnya hasan shahih. sebagian ahli ilmu memkaruhkan menguap dalam shalat. Ibrahim berkata; "Sungguh, aku menahan rasa ingin menguap dengan berdehem." HR Tirmizi,338. Sahih.

Sesungguhnya jika seorang muslim mengetahui betapa besar pahala yang akan diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika seorang muslim meneladani Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam maka sudah pasti manusia akan berlumba-lumba melaksanakan adab-adab yang telah diajarkan oleh Islam ini. Meskipun hal tersebut adalah dalam perkara yang remeh di mata manusia.

2 nikmat yang kebanyakkan manusia tertipu. Kesihatan dan masa luang

2 nikmat yang kebanyakkan manusia tertipu. Kesihatan dan masa luang

حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ
قَالَ عَبَّاسٌ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ عِيسَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِيهِ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ

Telah menceritakan kepada kami Al Makki bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Abdullah bin Sa'id yaitu Ibnu Abu Hind dari Ayahnya dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesehatan dan waktu luang." 'Abbas Al 'Anbari mengatakan; telah menceritakan kepada kami Shufwan bin Isa dari Abdullah bin Sa'id bin Abu Hind dari Ayahnya saya mendengar Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seperti hadits di atas. HR Bukhari,5933.

Firman Allah Ta’ala,

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menghitung jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” An-Nahl: 18

Firman Allah Ta’ala,

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih. Saba’:13
Kebanyakkan manusia tertipu terhadap nilkmat yang Allah berikan kepadnya, padahal nikmat-nikmat yang diberi akan dipertanggung jawabkan di hari qiamat nanti. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَا فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلاَهُ

“"Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan bergeser pada hari kiamat sampai ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dia infakkan dan tentang tubuhnya untuk apa dia gunakan..” At-Tirmidzi,2341.sahih.

Di antara sekian banyak nikmat yang telah Allah Ta'ala berikan, ada 2 nikmat yang manusia sering lalai darinya. Nikmat tersebut adalah kesihatan dan waktu lapang atau luang.Sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

“Dua nikmat, kebanyakan manusia tertipu/lupakan dengan keduanya, iaitu kesehatan dan waktu luang.” HR Al-Bukhari.

1. Kesihatan
Ramai manusia yang sihat, namun tertipu dengan kesihatannya. Ia tidak menggunakan kesihatannya untuk berbuat taat, namun digunakan untuk maksiat. Sementara itu ada pula sebahagian orang yang di luar sana yang ingin melakukan ketaatan, namun tak mampu melakukannya dikeranakan sakit yang di deritainya.
Padahal badan yang sihat akan disoal, digunakan untuk apa. Apakah digunakan untuk mendatangi majlis ilmu atau digunakan untuk mendatangi tempat-tempat maksiat. Apabila ketika terbaring lemah tidak berdaya kerana sakit, dikala itu sesal pun tak berguna.

2. Waktu lapang atau luang
Waktu adalah sesuatu yang terus berputar dan tak akan kembali lagi. Justeru itu betapa ramai manusia yang menyesal oleh waktu. Waktunya hanya berlalu begitu saja, tanpa ada manfaat dan faedahnya. Hidupnya hanya menghabiskan waktu dan menyia-nyiakan umurnya.
Betapa tidak, sebahagian orang menghabiskan waktunya untuk melakukan kemaksiatan, namun apabila sudah senja, maka ia akan menangisi dimasa tuanya kerana ia tak menghabiskan waktu dan umurnya untuk melakukan ketaatan.

Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana ia disibukan dengan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu memiliki waktu luang, namun ia dalam keadaan yang tidak sihat. Dan terkadang seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang hingga badannya juga sihat. 
Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, maka akan datang pula rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah tertipu atau telah terperdaya.

Justeru itu,barangsiapa yang memiliki dua nikmat ini (yaitu waktu luang atau lapang dan nikmat sihat), maka hendaklah ia bersemangat, jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan. Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah. Barangsiapa yang luput dari syukur semacam ini, maka dialah yang tertipu.” Maka motivasilah diri dengan firman Allah Ta'ala yang berikut,

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu mengatakan; “Sungguh jika kamu bersyukur, pasti Aku akan tambah (nikmat) kepadamu, tapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih” Ibrahim: 7

Friday, 1 December 2017

Beristighfarlah kepada kedua orang tua kita

Beristighfarlah kepada kedua orang tua kita

حَدَّثَنَا يَزِيدُ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ عَاصِمِ بْنِ أَبِي النَّجُودِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ فَيَقُولُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

Telah menceritakan kepada kami Yazid, dia berkata; telah mengabarkan kepada kami Hammad bin Salamah dari 'Ashim bin Abu An Nujud dari Abu Shalih dari Abu Hurairah, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah 'azza wajalla akan mengangkat derajat seorang hamba yang shalih di surga, hamba itu kemudian berkata; 'Wahai Rabb, dari mana semua ini? ' maka Allah berfirman; 'Dari istighfar anakmu.'" HR Ahmad,10202

Dalil al-Qur'an,

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan". Nuh:28

Nabi Nuh as tidak melupakan untuk istighfar memohon ampun kepada kedua orangtuanya dalam doanya, seperti yang terakam dalam surah Nuh ayat 28.

Dalil al-Qur'an yang secara umum menyuruh agar beristighfar kepada orang-orang mukmin,

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal. Muhammad:19.

Namunpun begitu, tidak dibolehkan beristighfar kepada kedua ibu bapa yang meninggal dalam keadaan kafir.

Beristighfar kepada kedua ibu bapa yang meninggal dalam keadaan kafir adalah tidak dibenarkan oleh syarak. Dalilnya adalah firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah at Taubah:113-114

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَىٰ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلَّا عَنْ مَوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِلَّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ ۚ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَأَوَّاهٌ حَلِيمٌ

Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. at Taubah:113-114

Sebagaimana Nabi Ibrahim dilarang untuk memohonkan ampunan bagi bapanya yang kafir. Begitujuga Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam juga dilarang oleh Allah untuk beristighfar bagi ibundanya:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah dan Zuhair bin Harb keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ubaid dari Yazid bin Kaisan dari Abu Hazim dari Abu Hurairah ia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya, lalu beliau menangis sehingga orang yang berada di sekelilingnya pun ikut menangis. Kemudian beliau bersabda: "Saya memohon izin kepada Rabb-ku untuk memintakan ampunan baginya, namun tidak diperkenankan oleh-Nya, dan saya meminta izin untuk menziarahi kuburnya lalu diperkenankan oleh-Nya. Karena itu, berziarahlah kubur karena ia akan mengingatkan kalian akan kematian." HR Muslim,1622.

Pelajaran penting yang boleh dipetik dari dua dalil diatas, diantaranya adalah bahawanya seseorang itu tidak boleh hanya berharap dari keturunan/ nasabnya sahaja. Sebaik-baik apapun nasabnya atau semulia manapun kekerabatannya , tidak akan mampu untuk memberi syafaat jika ia kufur kepada Allah Subhaanahu Wa Ta’ala. Hal itu juga menunjukkan bahwa hidayah dan ampunan hanyalah milik Allah semata.

Mukmin yang paling bijak adalah mukmin yang paling banyak mengingati kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian.

Mukmin yang paling bijak adalah mukmin yang paling banyak mengingati kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian.

حَدَّثَنَا الزُّبَيْرُ بْنُ بَكَّارٍ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ فَرْوَةَ بْنِ قَيْسٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ

Telah mengabarkan kepada kami Az Zubair bin Bakkar telah mengabarkan kepada kami Anas bin 'Iyadl telah mengabarkan kepada kami Nafi' bin Abdullah dari Farwah bin Qais dari 'Atha` bin Abu Rabah dari Ibnu Umar bahwa dia berkata; Saya bersama dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba datang seorang laki-laki Anshar kepada beliau, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?" beliau menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?" beliau menjawab: "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak." Ibnu Majah, 4249. Hasan

Dalil al-Qur'an:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. Al-Ankabut:57

Firman Allah Ta’ala,

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى

“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta“. Thahaa: 124

Sesiapa yang mengenali kematian, dia akan memandang remeh terhadap semua cubaan dunia. Justeru itu, setiap diri yang merasa tertekan atau terbeban dengan suatu bebanan dunia, apabila dia mengingati mati maka akan ringanlah bebanan yang ditanggungnya. Ini kerana sesungguhnya mati itu jauh lebih terbeban berbanding bebanan yang dihadapi di dalam kehidupan ini.

Firman Allah Ta’ala,

وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

“Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata) : “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar”, (tentulah kamu akan merasa ngeri).” Al Anfal: 50

Firman Allah Ta’ala,

وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلآئِكَةُ بَاسِطُواْ أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُواْ أَنفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu” Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.” Al An’am: 93

Firman Allah Ta'ala,

فَذَرْهُمْ حَتَّى يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي فِيهِ يُصْعَقُونَ (45) يَوْمَ لَا يُغْنِي عَنْهُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ (46) وَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا عَذَابًا دُونَ ذَلِكَ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (47

“Maka biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan, (yaitu) hari ketika tidak berguna bagi mereka sedikitpun tipu daya mereka dan mereka tidak ditolong. Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain daripada itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” Ath Thur: 45-47

Nabi Sallalahual'aihiwassalam juga pernah mengajar sebuah doa untuk diamalkan,sebagai menunjukkan teramat ngerinya saat kematian dan juga suasana yang akan berlaku selepas kematian,
Do’a yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah,
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَشَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, penyimpangan ketika hidup dan mati, dan kejelekan Al Masih Ad Dajjal.” HR Muslim

Dan dengan mengingati mati jugalah seseorang itu akan sentiasa bersedia untuk menyiapkan amalan dan bekalan untuk menghadap Allah Subhanahuwata'ala.

Firman Allah Ta’ala,

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى

“Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” Al-Baqarah: 197

Firman Allah Ta’ala,

يَا بَنِي آَدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” Al-A’raf: 26

Firman Allah Ta’ala,

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآَخِرَةِ

“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” Ibrahim: 27

Firman Allah Ta'ala,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Ali Imran:185

Firman Allah Ta’ala,

وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

“Dan orang-orang yang kafir kepada Rabbnya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” Al Mulk: 6
Hari dan pada waktu itu orang-orang yang melampaui batas akan berkata dengan penuh penyesalan.Firman Allah Ta’ala,

يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

“Duhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini.” Al Fajr: 24

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya, tidak ada makhluk yang abadi di dunia ini. Kerana hakikatnya jiwa ini hanyalah sebuah titipan untuk mencari pahala sebanyak-banyaknya untuk kehidupan di akhirat yang abadi kelak. Jika demikian, seharusnya semakin panjang umur seseorang, maka semakin banyak pula pahala yang boleh dihimpun sebagai perbekalan akhirat. Namun, pada kenyataan sebagai realiti yang berlaku adalah sebaliknya.

Jangan banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.

Jangan banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.

حَدَّثَنَا بَكْرُ بْنُ خَلَفٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حُنَيْنٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Telah menceritakan kepada kami Bakar bin Khalaf telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Al Hanafi telah menceritakan kepada kami Abdul Hamid bin Ja'far dari Ibrahim bin Abdullah bin Hunain dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian banyak tertawa, karena banyak tertawa akan mematikan hati." Ibnu Majah,4183. Sahih

Manusia diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dengan berbagai watak dan perilaku. Diantara ciptaan Allah Subhanahuwata'ala keatas manusia adalah boleh ketawa. Ketawa adalah merupakan fitrah manusia, yang tidak diberikan kepada haiwan.

Adapun tertawa, apabila seseorang itu membiasakannya dan terlalu banyak tertawa, maka keadaan ini akan melalaikan dan melupakannya dari melihat hal-hal yang penting. Orang yang membiasakan dirinya dengan tabiat ini, tidak akan memiliki kewibawa dan kehormatan. Dan orang yang terkenal dengan perilaku ini tidak akan memiliki kedudukan dan martabat.

Tertawa yang banyak dan berlebih-lebihanlah akan mengundung celaan dan kehinaan serta boleh mamatikan hati,sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda Sallallahua'laihi wasallam dalam hadith diatas,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُكْثِرُوا الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati.

Yang dimaksud dengan mematikan hati disini adalah lalai untuk mengingati Allah Subhanahuwata'ala dan lalai terhadap persediaan untuk kehidupan akhirat; apabila hati manusia lalai dalam mengingati Allah Subhanahuwata'ala, maka yang sesungguhnya kematian lebih dekat kepadanya daripada kehidupan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan tentang bahayanya banyak tertawa, iaitu dapat melenyapkan fungsi hati, dimana boleh berubah dari hidup menjadi mati.

Sedangkan bersenda gurau yang berlebihan, melebihi batas yang diperlukan maka ini akan memberi pengaruh yang besar terhadap perilakunya hingga kehidupannya berubah menjadi cemuhan terhadap dirinya sendiri.

Dari Aisyah ra bahwa dia berkata:

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَجْمِعًا ضَاحِكًا حَتَّى أَرَى مِنْهُ لَهَوَاتِهِ إِنَّمَا كَانَ يَتَبَسَّمُ

“Saya tidak pernah melihat Rasulullah Saw tertawa terbahak-bahak hingga kelihatan tenggorokan beliau, beliau biasanya hanya tersenyum.” HR Muslim

Apabila seseorang itu terbiasa dengan tertawa dan bersenda gurau maka hatinya pasti akan menjadi keras dan menyebabkan ia lupa akan hakikat dirinya serta akan menyebabkan ia mewarisi sikap kasar, maka perbuatan itu adalah keburukan yang paling buruk. Juga bersenda gurau secara berlebihan tidak akan terlepas dari perbuatan berdusta, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ بَهْزِ بْنِ حَكِيمٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ أَبِيهِ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ

Telah menceritakan kepada kami Musaddad bin Musarhad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Bahz bin Hakim ia berkata; telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Bapaknya ia berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah ia, celakalah ia." HR Abu Daud,4990. Hasan

Juga bersenda gurau secara berlebihan tidak akan terlepas dari perbuatan menakut-nakutkan orang lain, Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

“Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti muslim yang lain.” HR Abu Dawud, 5004.Sahih.

Juga bersenda gurau secara berlebihan tidak akan terlepas dari perbuatan menghabiskan waktu dengan sia-sia, Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

“Di antara tanda baiknya keislaman seseorang adalah dia meninggalkan yang tidak bermanfaat baginya.” HR At-Tirmidzi, 2317 . Sahih.

Dan akibat yang lain pula adalah apabila diberi nasihat maka ianya tidak akan berguna padanya kerana dia akan menganggap nasihat itu adalah sebagai senda gurau dan mainan semata-mata.

Tunaikanlah 5 hak sesama muslim terhadap muslim yang lain

Tunaikanlah 5 hak sesama muslim terhadap muslim yang lain

حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسٌ تَجِبُ لِلْمُسْلِمِ عَلَى أَخِيهِ رَدُّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ كَانَ مَعْمَرٌ يُرْسِلُ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَأَسْنَدَهُ مَرَّةً عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya; Telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari Ibnu Al Musayyab bahwa Abu Hurairah berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kewajiban seorang muslim terhadap sesama muslim ada lima: (1) Menjawab salam. (2) Mendoakan yang bersin. (3) Memenuhi undangan. (4) Mengunjungi yang sakit, dan (5) Ikut mengantar jenazah." Dan telah menceritakn kepada kami Abdu bin Humaid telah mengabarkan kepada kami Abdur Razzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar memursalkan Hadits ini dari Az Zuhri dan pernah menyandarkannya dari Ibnu Al Musayyab dari Abu Hurairah. HR Muslim,4022

Islam sangat menitikberatkan agar terwujudnya suasana persaudaraan dan kasih sayang. Oleh kerana itu, Islam mendorong umatnya agar sentiasa mewujudkan dan memelihara persaudaraan dan kasih sayang.
Dari itu, Islam mensyariatkan beberapa amalan yang dapat mewujudkan persaudaraan dan kasih sayang tersebut. Hadits diatas menjelaskan hal-hal yang dapat meneguhkan persaudaraan dan kasih sayang, iaitu dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang selari dengan tututan sosial terhadap sesama muslim.

Dalam hadith ini, dinyatakan hak muslim atas muslim yang lain dalam bentuk ungkapan تَجِبُ yang boleh membawa maksud wajib atau maksud sunnah yang sangat dianjurkan. Dan juga ungkapan حَقُّ yang membawa maksud sesuatu yang tidak sepantasnya ditinggalkan dan mesti ditetapkan diatas tempat dan kedudukannya.

Diantara hak-hak sesama muslim yang perlu diberi perhatian ialah:

1. Menjawab Salam

Mengucapkan dan menjawab salam adalah merupakan doa antara sesama Muslim.
Mengucap salam terhadap orang muslim yang ditemui hukumnya adalah sunat namun menjawab salam hukumnya adalah wajib. Dalam hal menjawab salam Islam menganjurkan agar dijawab dengan ucapan yang lebih balk atau sekurang-kurangnya bersamaan dengan orang yang mengucapkan salam.

Dali al-Qur'an,

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu. An-Nisa:86.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam hal berkenaan memberi salam:

a- Orang muda diutamakan memberi salam kepada orang tua. Orang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang ramai. Maksud dari HR Bukhari

b-Ucapan salam dianjurkan kepada yang dikenali ataupun yang tidak dikenal. Maksud dari HR Bukhari.

c.Hindari memberi salam kepada orang yang sedang membuang air atau yang sedang solat. Nabi saw tidak menjawab salam ketika buang air. Maksud HR Muslim.

d.Jika ada orang mengirim salam kepada orang lain, maka menjawabnya dengan ucapan : wa'alaihissalam warrahmatullahi wabarakatuh. 

e.Jika Ahli Kitab atau orang bukan Islam mengucapkan salam kepada , maka dijawab dengan ucapan : waalaikum. Maksud dari HR Muslim

2-Mendoakan orang yang bersin.

Wajib keatas setiap orang yang mendengar orang bersin (yang dia mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ.) untuk diucapkan tasymit kepadanya, iaitu dengan mengucapkan,يَرْحَمُكَ اللهُ
“Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu.”
Apabila tidak mendengarnya mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ, maka janganlah mengucapkan tasymit (ucapan يَرْحَمُكَ اللهُ) baginya, dan tidak perlu mengingatkannya untuk mengucapkan hamdallah (ucapan اَلْحَمْدُ ِللهِ).Ini berpandukan hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللهَ: فَشَمِّتُوْهُ فِإِنْ لَمْ يَحْمَدِ اللهَ فَلاَ تُشَمِّتُوْهُ.
“Jika salah seorang dari kalian bersin lalu mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ, maka hendaklah kalian mengucapkan tasymit (ucapan yarhamukallah) baginya, namun jika tidak, maka janganlah mengucapkan tasymit baginya.” HR Muslim,2992.

Dan bila orang bukan Islam bersin dan mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ maka di anjurkan untuk mengucap
يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ.

“Semoga Allah memberikan pada kalian petunjuk dan memperbaiki keadaan kalian.”

Berdasarkan hadith Abu Musa al-‘Asy’ari ra, ia berkata:

كَانَ الْيَهُوْدُ يَتَعَاطَسُوْنَ عِنْدَ رَسُوْلِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُوْنَ أَنْ يَقُوْلَ لَهُمْ يَرْحَمُكُمُ اللهُ، فَيَقُوْلُ: يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ باَلَكُمْ.

“Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di ha-dapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka berharap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sudi mengatakan kepada mereka yarhamukumullah (semoga Allah memberikan rahmat bagi kalian), namun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hanya mengucapkan yahdikumullaah wa yushlihu baalakum (semoga Allah memberikan pada kalian petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).” HR Ahmad ,Sahih.

3- Memenuhi undangan.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa memenuhi undangan,

a- Undangan tidak melibatkan aktiviti mungkar atau dihadiri oleh golongan fasiq dan fajir, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِناً وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ.

“Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin, dan janganlah sampai menyantap makanan kalian melainkan orang yang bertaqwa.” HR Abu Daud, Hasan

b- Majlis undangan tidak mengkhususkan undangan bagi orang kaya saja tanpa mengundang orang-orang miskin, sebagaimana hadith:

شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيْمَةِ يُدْعَى إِلَيْهَا اْلأَغْنِيَاءُ دُوْنَ الْفُقَرَاءِ.

“Sejelek-jelek makanan adalah makanan jamuan walimah, dimana hanya orang kaya saja yang diundang tanpa mengundang orang miskin.” HR Bukhari

c- Jamuan tersebut tidak bertujuan untuk berbangga-bangga dan menyombongkan diri, namun jamuan tersebut diadakan dengan tujuan untuk mengikuti Sunnah dan meneladani perbuatan Nabi Muhammmad Sallalahu'aliahiwasallam dan Nabi-Nabi yang lain, seperti Nabi Ibrahim, dimana beliau diberi gelaran Abu adh-Dhifan (orang yang suka menjamu tamu). Begitu pula hendaknya diniatkan untuk memberi kegembiaran, sukacita di kalangan orang-orang mukmin.

e-Undangan itu tidak menggangu muslim yang lain, sedangkan mengganggu sesama muslim adalah perbuatan haram.Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

اَلْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ ولاَ يُسْلِمُهُ.

“Seorang muslim adalah saudara muslim yang lainnya, tidak boleh menzhaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi.” HR Bukhari.

4. Mengunjungi Orang Sakit.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa mengunjungi orang sakit,

a. Menghiburkan orang sakit dengan ucapan yang dapat mententeramkan hatinya. Maksud HR Bukhari.

b. Mendoakan si sakit agar disembuhkan Allah. Maksud HR Tirmizi.

c-Menasihati si sakit agar berbuat yang ma’ruf dan mencegahnya dari kemungkaran. Seperti bersabar , menjaga kebersihan hati dan tidak berburuk sangka kepada Allah, atau mengingatkannya tetap melaksanakan solat fardhu.

5-Ikut menghantar jenazah.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menghantar jenazah ke kubur,

a- Dilarang memijak atau melangkahi kubur atau mendudukinya.

b-Sunat membuka selipar.

c-Mengucapkan doa ketika hendak masuk ke pekuburan. 

d-Menyaksikan pengkebumian tersebut (sewaktu dimasuk jenazah kedalam kubur), iaitu dalam rangka mengambil pelajaran darinya, dengan tujuan mengingati akan kematian, bahawasanya kita juga akan dimasukkan kedalam tanah seperti itu.

e-Berdiam diri, merenungkan dengan mengambil pelajaran dari peristiwa kematian ini.

f-Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang malalaikan hati dari mengingati kematian, seperti tertawa, berbicara masalah dunia, bergurau atau lain-lainnya.

g-Meninggalkan ritual-ritual bid’ah dan khurafat di pekuburan, seperti lalu dibawah usungan jenazah dan sebagainya.

h-Mengucapkan istighfar ketika pengkebumian tersebut telah selesai, kerana maksud dari hadith Rasulullah Sallalahua'laihi wasallam menyatakan “Mintakanlah ampun bagi saudara kamu kerana sesungguhnya sekarang dia sedang ditanya”

Doa agar dikurniakan petunjuk, ketakwaan, harga diri(kesucian), dan kecukupan.

Doa agar dikurniakan petunjuk, ketakwaan, harga diri(kesucian), dan kecukupan.

حَيَاةً طَيِّبَةً حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّ ابْنَ الْمُثَنَّى قَالَ فِي رِوَايَتِهِ وَالْعِفَّةَ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Abu Ishaq dari Abul Ahwash dari 'Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahwasanya beliau pernah berdoa: "ALLOOHUMMA INNII AS-ALUKALHUDAA WATTUQOO WAL'AFAAFA WALGHINAA "Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, terhindar dari perbuatan yang tidak baik, dan kecukupan (tidak minta-minta,)." Dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Mutsanna dan Ibnu Basyar keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman dari Sufyan dari Abu Ishaq melalui jalur ini dengan Hadits yang serupa. Namun Ibnu Mutsanna di dalam riwayatnya mengatakan lafazh; wal 'iffah (dan harga diri). HR Muslim, 4898.
Doa ini termasuk doa yang memenuhi segala maksud,kehendak dan keperluan dan kemaslahatan dunia dan akhirat. Iaitu mengandung permintaan agar mendapat kebaikan pada agama dan dunia.
Justeru itu, barang siapa yang dikurniakan petunjuk, ketakwaan, harga diri(kesucian), dan kecukupan, maka ia telah memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat ataupun dinamakan hayat thayyibah. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala berikut,

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. An-Nahl:97

Petunjuk(Hidayah):

Hidayah ialah lawan kepada sesat atau kesesatan iaitu dengan makna memberi penerangan, petunjuk, penjelasan dan suluhan.
Justeru itu maka boleh dirumuskan bahawa hidayah ataupun al-Huda iaitu satu kalimah yang sering disebut di dalam Al-Quran adalah merupakan satu cetusan halus yang dicampakkan Allah Subhanahuwata'ala yang menyerap masuk ke lubuk hati seseorang sehingga memiliki kekuatan dan mampu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan diri demi kepentingan hidup di akhirat.Hal ini sebagaimana disebut dalam surah Al Fatihah,ayat 6,
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
“Tunjukilah kami jalan yang lurus,
Dan diikuti pula dengan surah kedua, Al-Baqarah ayat 2 – Allah s.w.t membuat perisytiharan bahawa Al-Quran sebagai sumber utama hidayah.
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

Ketakwaan:

Takwa adalah melaksanakan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarang. Ketakwaan di dalam hati adalah dengan bersungguh-sungguh dalam mentaati perintah Allah Ta’ala dan menyakini bahawa Allah akan membalas atas usahanya tersebut dengan menambahkan hidayah dan ketakwaan. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman betakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa kepada-Nya dan jangan kalian mati kecuali dalam keadaan Islam” (Ali Imron: 102).

Allah juga berfirman Subhanahuwata'ala,

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

“Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang menang” An-Nur: 52

Kesucian(harga diri-'iffah) الْعَفَافَ

Dari segi bahasa ‘iffah adalah menahan. Dari segi istilah pula iaitu,menahan diri sepenuh dari perkara-perkara yg Allah haramkan. Dengan demikian seorang yang ‘afif adalah orang yang bersabar dari perkara-perkara yang diharamkan walaupun jiwa cenderung kepada perkara tersebut dan menginginkannya. Allah swt berfirman:

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِيْنَ لاَ يَجِدُوْنَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللهُ مِنْ فَضْلِهِ

“Dan orang-orang yang belum mampu untuk menikah hendaklah menjaga kesucian diri sampai Allah menjadikan mereka mampu dengan karunia-Nya.” an-Nuur:33

Termasuk dlm makna ‘iffah adalah menahan diri dari meminta-minta kepada manusia. Allah swt berfirman:

لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا ۗ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

(Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui. Al-Baqarah:273

Kecukupan- الْغِنَى

Al Ghina, iaitu kekayaan hati atau qanaah, sehingga tidak merasa bergantung dan terlalu mengharapkan apa yang ada di tangan manusia, melainkan hanya bergantung dan berharap pada apa yang ada di sisi Allah Subhanahuwata'ala.

Iaitu mengandungi sikap menjaga diri dari makhluk dan tidak bergantung kepada mereka, merasa cukup dengan Allah dan dengan rezeki yang dilmpahkan-Nya serta bersikap qana’ah (menerima apa adanya), iaitu merasai kecukupan atau memperoleh sesuatu yang menenangkan hati, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

“Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” HR Bukhari,6446 dan Muslim,105

Dengan kesucian dan kecukupan ini, maka akan sempurna kebahagiaan hidup di dunia dan memperolehi ketenangan batin, dimana perkara ini merupakan hayat thayyibah (kehidupan yang baik).

Haram menyiksa binatang

Haram menyiksa binatang

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يَعْقُوبَ أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَهُ يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ وَغُلَامٌ مِنْ بَنِي يَحْيَى رَابِطٌ دَجَاجَةً يَرْمِيهَا فَمَشَى إِلَيْهَا ابْنُ عُمَرَ حَتَّى حَلَّهَا ثُمَّ أَقْبَلَ بِهَا وَبِالْغُلَامِ مَعَهُ فَقَالَ ازْجُرُوا غُلَامَكُمْ عَنْ أَنْ يَصْبِرَ هَذَا الطَّيْرَ لِلْقَتْلِ فَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ تُصْبَرَ بَهِيمَةٌ أَوْ غَيْرُهَا لِلْقَتْلِ

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ya'qub berkata, telah mengabarkan kepada kami Ishaq bin Sa'id bin Amru dari Bapaknya Bahwasanya ia mendengar dia menceritakan dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma, bahwa ia pernah menemui Yahya bin Sa'id, sementara ada seorang anak laki-laki keturunan Yahya mengikat seekor ayam untuk dijadikan sebagai sasaran tembaknya, maka Ibnu Umar pun berjalan ke arahnya dan melepaskan ayam tersebut. kemudian ia kembali lagi bersama ayam dan anak laki-laki tersebut, setelah itu ia berkata, "Hardiklah anak laki-laki kalian dari menjadikan burung ini sebagai sasaran tembaknya, sesungguhnya aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk menjadikan binatang atau selainnya sebagai sasaran tembak." HR Bukhari,5090.

Dalil al-Quran,

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ. وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ. وَآتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ

“Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)”. Ibrahim Ayat 32-34

Pada hakikatnya bumi dan langit serta seisinya diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala adalah diperuntukkan untuk manusia agar manusia semakin mendekatkan diri mereka kepada Allah Subhanahuwata'ala dengan beribadah dan mensyukuri segala nikmatnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firmannya dalam surah Ibrahim Ayat 32-34 di atas.

Namun pun begitu, walaupun manusia telah diberikan keizinan dan ditugaskan untuk mentadbir dan mengambil munafaat alam semesta ini,namun bukan bererti mereka boleh berlaku zalim atau melakukan penganiayaan keatas mana -mana makhluk Allah. Salah satu bentuk perilaku aniaya manusia keatas alam semesta ini adalah bilamana mereka merosakkanya. Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.
Al-A'raf:56

Diantara kezaliman yang dilarangan oleh Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam adalah tentang perbuatan manusia menyiksa binatang, sebagaimana hadith berikut,

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ وَغُلَامٌ مِنْ بَنِي يَحْيَى رَابِطٌ دَجَاجَةً يَرْمِيهَا فَمَشَى إِلَيْهَا ابْنُ عُمَرَ حَتَّى حَلَّهَا ثُمَّ أَقْبَلَ بِهَا وَبِالْغُلَامِ مَعَهُ فَقَالَ ازْجُرُوا غُلَامَكُمْ عَنْ أَنْ يَصْبِرَ هَذَا الطَّيْرَ لِلْقَتْلِ فَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ تُصْبَرَ بَهِيمَةٌ أَوْ غَيْرُهَا لِلْقَتْلِ

“dari [Ibnu Umar] radliallahu ‘anhuma, bahwa ia pernah menemui Yahya bin Sa’id, sementara ada seorang anak laki-laki keturunan Yahya mengikat seekor ayam untuk dijadikan sebagai sasaran tembaknya, maka Ibnu Umar pun berjalan ke arahnya dan melepaskan ayam tersebut. kemudian ia kembali lagi bersama ayam dan anak laki-laki tersebut, setelah itu ia berkata, “Hardiklah anak laki-laki kalian dari menjadikan burung ini sebagai sasaran tembaknya, sesungguhnya aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang untuk menjadikan binatang atau selainnya sebagai sasaran tembak.” HR Bukhari,5090.

Dan juga hadith,

حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ أَسْمَاءَ الضُّبَعِيُّ حَدَّثَنَا جُوَيْرِيَةُ بْنُ أَسْمَاءَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ سَجَنَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ لَا هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَسَقَتْهَا إِذْ حَبَسَتْهَا وَلَا هِيَ تَرَكَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ و حَدَّثَنِي نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَعَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِ مَعْنَاهُ و حَدَّثَنَاه هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ مَعْنِ بْنِ عِيسَى عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ

Telah menceritakan kepadaku 'Abdullah bin Muhammad bin Asma' Adh Dhuba'i; Telah menceritakan kepada kami Juwariyah bin Asma' dari Nafi' dari 'Abdullah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seorang wanita disiksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Karena itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala memasukkannya ke neraka. Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap serangga-serangga bumi." Dan telah menceritakan kepadaku Nashr bin 'Ali Al Jahdhami; Telah menceritakan kepada kami Abdul A'la dari 'Ubaidillah bin 'Umar dari Nafi' dari Ibnu 'Umar dan dari Sa'id Al Maqburi dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan Hadits yang semakna. Dan telah menceritakannya kepada kami Harun bin 'Abdullah dan 'Abdullah bin Ja'far dari Ma'n bin 'Isa dari Malik dari Nafi' dari Ibnu 'Umar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan Hadits tersebut. HR Musim,4160.

Dengan menyiksa haiwan maka samalah keadaannya manusia itu telah kehilangan rasa kasih dan sayang, bila seseorang telah kehilangan rasa kasih sayangnya, maka dia sudah tidak layak disebut sebagai manusia apatahlagi sebagai kekasih Allah. Maka hayatilah akhlak Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang begitu mulia ini, sebagai mana sabda-sabda Baginda shallallahu 'alaihi wasallam yang berikut dan yang lainnya,

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

“Para penyayang akan disayangi oleh Ar Rahman. Sayangilah penduduk bumi maka kalian akan disayangi oleh siapa saja yang di langit.” HR Abu Daud,4290. Sahih.

الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

“Orang-orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Ar Rahman, berkasih sayanglah kepada siapapun yang ada dibumi, niscaya Yang ada di langit akan mengasihi kalian. HR. Tirmidzi,1847. Sahih.

Kerana manusia wajib menyayangi semua makhluk ciptaan Allah SWT termasuklah juga binatang.