Monday, 15 August 2016

Sudut Feqah: Solat Jamak-Menjamak dikala hujan


Solat Jamak-Menjamak dikala hujan
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Seseorang dibolehkan menjamak solat Zohor dengan Asar, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir. Begitu pula dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan Isyak iaitu dikala hujan.

Dalam sunanya al-Athram meriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdur Rahman, katanya: “Termasuk sunnah Nabi SAW. menjamak solat Maghrib dengan Isyak, apabila turun hujan lebat. Al-Bukhari meriwayatkan bahawa:

إن النبي صلى الله عليه وسلم جَمَعَ  بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِفِيْ لَيْلَةٍ مُطِيْرَةٍ

“Sesugguhnya Nabi SAW pernah menjamak solat Maghrib dan Isyak pada suatu malam yang dibasahi hujan lebat”.HR Bukhari

Kesimpulan pendapat mazhab-mazhab dalam masaalah ini sebagai berikut:

Mazhab asy-Syafie membolehkan seseorang yang bermukim menjamak solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak dengan jamak takdim sahaja, dengan syarat turun hujan ketika membaca takbiratul ihram pada solat yang pertama hingga selesai dan hujan masih turun ketika hendak memulakan solat yang kedua.

Mazhab Maliki membolehkan menjamak takdim dalam masjid antara Maghrib dengan Isyak disebabkan adanya hujan yang telah atau akan turun dan disebabkan terdapat banyaknya lumpur di tengah jalan disertai dengan gelapnya malam, hingga menyulitkan kaum muslimin memakai selipar. Menjamak solat Zohor dengan Asar kerana hujan adalah dimakruhkan.

Mazhab Hanbali membolehkan menjamak Maghrib dengan Isyak sahaja, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir, disebabkan turun salji, lumpur, sejuk yang luar biasa dan hujan yang membasahi pakaian.

Keringanan ini hanya diberikan secara khusus kepada seseorang yang mengerjakan solat berjemaah di masjid dan letak rumahnya berjauhan, hingga dengan turunya hujan dan sebagainya, menjadi penghalang bagi dirinya untuk datang ke masjid. Sebaliknya, seseorang yang tinggal di masjid, seseorang yang mengerjakan solat berjamaah di dalam rumah, boleh datang ke masjid dengan menggunakan payung bagi melindungi dirinya daripada hujan atau rumahnya berhampiran dengan masjid, tidak dibolehkan menjamak solat.

 

 

Sudut Feqah: Solat Jamak-Menjamak disebabkan Sakit atau Uzur


Solat Jamak-Menjamak disebabkan Sakit atau Uzur
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Seseorang dibolehkan menjamak solat Zohor dengan Asar, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir. Begitu pula dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan Isyak disebabkan Sakit atau Uzur.

Imam Ahmad, al-Qadhi Husein, al-Khattabi dan al-Mutawalli dari golongan asy-Syafi’i membolehkan menjamak, baik takdim atau ta’khir disebabakan sakit, dengan alasan kerana kesukaran yang dialami oleh seseorang yang kehujanan.

An-Nawawi berkata:”Dari segi alasan, pendapat ini kuat.”Dalam al-Mughni disebutkan bahawa sakit yang membolehkan jamak adalah seandainya setiap solat dikerjakan pada waktunya masing-masing tentunya akan menyebabkan kesulitan dan kelemahan fisik.

Mazhab Hanbali memperluaskan keringanan ini hingga mereka membolehkan menjamak takdim atau ta’khir bagi pelbagai macam halangan dan seseorang yang sedang dalam ketakutan.membolehkan jamak bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya apabila dirinya berasa sukar untuk menyuci pakaian setiap kali hendak mengerjakan solat. Termasuklah perempuan beristihadhah, penderita penyakit kencing berterusan, orang yang tidak dapat bersuci, orang yang khuatir terhadap bahaya yang bakal menimpa diri, harta dan kehormatannya, , orang yang takut kehilangan penghasilan atau mata pencarian, sekiranya tidak menjamak.

Ibnu Taimiyah berkata: “Mazhab yang paling luas dalam memberi keringanan menjamak solat ialah mazhab Ahmad. Malahan beliau membolehkan menjamak bagi seseorang yang sedang sibuk bekerja, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Nasa’i dalam hadis marfu’ yang bersumber kepada Nabi SAW., hingga beliau berpendapat, dibolehkan menjamak bagi tukang masak, pembuat roti dan orang-orang yang takutkan hartanya menjadi rosak.

 

 

Sudut Feqah: Solat Jamak-Menjamak di Arafah dan Muzdalifah


Solat Jamak-Menjamak di Arafah dan Muzdalifah
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Seseorang dibolehkan menjamak solat Zohor dengan Asar, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir. Begitu pula dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan Isyak di Arafah dan Muzdalifah.

Para Ulama bersepakat bahawa disunatkan menjamak takdim solat Zohor dengan Asar, iaitu mengerjakannya pada waktu Zohor di Arafah, menjamak ta’khir solat Maghrib dengan Isyak,  iaitu mengerjakannya pada waktu Isyak  di Muzdalifah. Hal ini berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sunday, 14 August 2016

Sudut Feqah: Solat Jamak-Menjamak disebabkan adanya keperluan


Solat Jamak-Menjamak disebabkan adanya keperluan
Sumber Rujukan:

Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq


Seseorang dibolehkan menjamak solat Zohor dengan Asar, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir. Begitu pula dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan Isyak disebabkan adanya keperluan.
Dalam Syarah Muslim, an-Nawawi berkata: “Sebilangan ulama membolehkan jamak kepada orang yang bermukim,apabila ada suatu kepentingan, dengan syarat perbuatan seumpama ini tidak dijadikan sebagai kebiasaan. “Ia merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari Malik,Al-Khatabi menceritan bahawa ia pendapat al-Qaffal,asy-Syasyi al-Kabir dari mazhab asy-Syafi’i, Ishak al-Marwazi, sekumpulan ulama hadis dan inilah yang menjadi pilihan al-Munzir.

            Kenyataan ini disokong dengan zahir ucapan Ibnu Abbas bahawa menjamak yang dimaksudkan agar tidak menyukarkan umat, tanpa dijelaskan apakah kerana sakit atau sebab-sebab yang lain. Hadis Ibnu abbas yang dimaksudkan di sini adalah diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abbas, Katanya:

عن ابن عباس قال : جَمَعَ رسول الله (صلى الله عليه وآله) بَيْنَ الظُّهْرِ والعصر والمغرب والعشاء بِالْمَدِيْنَةِ في غَيْرِ خَوْفٍ ولا مَطَرٍ. فقيل لاِبْنِ عباس : ماَذَا أَرَادَ  بِذَلِكَ ؟ قال : أَرَادَ اَ لاَّ يَحَرٍّجَ أُمَّتَهُ .

Ertinya: Rasulullah SAW.  pernah menjamak solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak di Madinah, padahal tidak dalam ketakutan atau hujan. Ada seseorang yang bertanya kepada Ibnu Abbas: “Kenapa Nabi SAW. berbuat demikian? Dia menjawab: ‘Tujuannya agar beliau tidak menyukarkan umatnya’ HR Muslim

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa:

عن ابن عباس : أنّ رسول الله (صلى الله عليه وآله) صلى بِالمَدِينَةِ سبعاً وثَمَانِياً الظُّهْرَ والعصرَ والمغْرب والعشاء

Ertinya:”Nabi SAW. pernah mengerjakan solat di Madinah sebanyak tujuh dan lapan rekaat. Dengan erti kata lain, beliau menjamak solat zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.HR Bukhari dan Muslim

عن عبد الله بن شقيق قال: خَطَبَنَا ابن عباس يوماً بعد العصر حتى غَرَبَتَ الشمْسُ وَبَدَتِ النُّجُومُ وجعل النّاسُ يقولون : الصّلاةَ الصّلاةَ قال: فَجَاءَهُ رَجُلٌ من بني تَميم لا يَفْتُرْ ولا يَنْثَنِي : الصلاةَ الصلاةَ قال : فقال ابن عباس : أَتُعَلِّمُنِي بِالسُّنَّةِ لا أُمَّ لكَ ؟ ثم قال: رأيت رسول الله (صلى الله عليه وآله) جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ والعَصْرِ والمغرب والعشاء. قال عبد الله بن شَقِيْقٍ فَحَاكَ فِي صَدْرِيْ مِن ذلك شَيءٌ فَأَتَيْتُ أباَ هريرةَ فَسَأَلْتُهُ فَصَدَّقَ مَقَالَتَهُ.

Abdullah bin Syaqiq berkata:
“Pada suatu hari sesudah solat Asar Ibnu Abbas berpidato kepada kami sehingga terbenam matahari dan bintang-bintang mulai nampak. Kaum muslimin memprotes tindakan itu dengan mengingatkan: Solat, solat. katanya lagi: Kemudian datang seorang lelaki dari Bani Tamim dan tidak henti-hentinya mengatakan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: ‘Kamungguh  tidak sopan’!Apakah engkau hendak mengajar kepadaku sunnah Nabi SAW? Kemudian katanya: Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri bahawa Rasulullah s.a.w. menjamakkan solat zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak.

Selanjutnya Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan menanyakan hal itu, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. (HR Muslim)

 

 

 

 

Sudut Feqah: Penutup (Poligami)


Penutup

Jelasnya, berpoligami asal hukumnya adalah dibolehkan (jaiz), bukannya wajib. Cuma, dari hukum harus ini akan bertukar menjadi hukum lain – wajib, sunat, makruh dan haram. Ia adalah hukum yang mendatang, bukan hukum asal. Contohnya, jika seseorang itu sememangnya sudah tahu (dan pada realitinya begitu) tidak berkemampuan untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya nanti, maka ketika itu haram hukumnya berpoligami.

Islam membolehkan umatnya berpoligami bukanlah tanpa alasan atau tujuan tertentu. Keharusan berpoligami ini mempunyai hikmah-hikmah untuk kepentingan serta kesejahteraan umat Islam itu sendiri. Di antaranya ialah;

  1. Bahawa wanita itu mempunyai tiga halangan iaitu haid, nifas dan keadaan yang belum betul-betul sihat selepas melahirkan. Jadi, dalam keadaan begini, Islam mengharuskan berpoligami sampai empat orang isteri dengan tujuan kalau tiap-tiap isteri ada yang haid, ada yang nifas dan ada pula yang masih sakit sehabis nifas, maka masih ada satu lagi yang bebas. Dengan demikian dapatlah menyelamatkan suami daripada terjerumus ke jurang perzinaan pada saat-saat isteri berhalangan.
  2. Untuk mendapatkan keturunan kerana isteri mandul tidak dapat melahirkan anak. Atau kerana isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haidnya. Dalam pemilihan bakal isteri, Islam menyukai wanita yang dapat melahirkan keturunan daripada yang mandul, walaupun sifat-sifat jasmaniahnya lebih menarik. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud, "Perempuan hitam yang mempunyai benih lebih baik dari wanita-wanita cantik yang mandul."

3.      Bahawa kaum lelaki itu mempunyai daya kemampuan seks yang berbeza-beza. Andaikan suami mempunyai daya seks yang luar biasa, sedangkan isteri tidak dapat mengimbanginya atau sakit dan masa haidnya terlalu lama, maka poligami adalah langkah terbaik untuk memelihara serta menyelamatkan suami dari jatuh ke lembah perzinaan Maka ketika itu dia wajib berpoligami (setelah memenuhi syarat-syaratnya).

.

  1. Dengan poligami diharapkan agar dapat terhindar dari terjadinya perceraian kerana isteri mandul, sakit atau sudah terlalu tua.
  2. Akibat peperangan yang biasanya melibatkan kaum lelaki, maka jumlah wanita akan lebih banyak baik mereka itu masih gadis mahupun janda.Dengan adanya poligami diharapkan janda-janda akibat peperangan itu dapat diselamatkan serta diberi perlindungan yang sempurna. Begitu juga untuk menghindari banyaknya jumlah gadis-gadis tua yang tidak dapat merasakan hidup berumahtangga dan berkeluarga.
  3. Kerana banyaknya kaum telaki yang berhijrah pergi merantau untuk mencari rezeki. Di perantauan, mereka mungkin kesepian baik ketika sihat mahu pun sakit. Maka dalam saat-saat begini lebih baik berpoligami daripada si suami mengadakan hubungan secara tidak sah dengan wanita lain.
  4. Untuk memberi perlindungan dan penghormatan kepada kaum wanita dari keganasan serta kebuasan nafsu kaum lelaki yang tidak dapat menahannya. Andaikan poligami tidak diperbolehkan, kaum lelaki akan menggunakan wanita sebagai alat untuk kesenangannya semata-mata tanpa dibebani satu tanggungjawab. Akibatnya kaum wanita akan menjadi simpanan atau pelacur yang tidak dilayan sebagai isteri serta tidak pula mendapatkan hak perlindungan untuk dirinya.
  5. Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah agar keturunan masyarakat terpelihara dan tidak disia-siakan kehidupannya. Dengan demikian dapat pula menjamin sifat kemuliaan umat Islam. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza dari anak yang dari pernikahan yang sah. Jika gejala ini dibiarkan berleluasa dan tidak ditangani dengan hati-hati ia akan bakal menghancurkan umat Islam dan merosakkan fungsi pernikahan itu sendiri.


Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah poligami yang diharuskan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks sahaja bagi kalangan kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Islam juga tidak memandang mudah akan syarat-syarat yang dikenakan pada suami yang beristeri banyak. Sebab itulah bagi mereka secara tegas Allah (SWT) mengingatkan, tanggungjawab mereka bukanlah mudah. Andai kata ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah itu tidak dapat dipenuhi oleh setiap suami yang berpoligami, maka dia akan beroleh dosa. Ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam dan dilarang melakukannya.

 

Buku-buku Rujukan
1-Perkahwinan dan penceraian dalam Islam oleh Haji Mohd Saleh Haji Ahmad
2-400 Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Haji Ibrahim(Bekas Mufti Negeri Sabah)
3-Fiqh Sunnah Oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
4-Fiqah Manhaji oleh Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali As-Syarbaji.
5-Tafsir Pimpinan Ar-Rahman oleh  Syeikh ‘Abdullah Basmeih.
6-Al-Halal wal Haram fi Islam- Dr Yusof Al-Qardawi
7-Al-Feqh al-Islami Oleh Dr Wahbah al-Zuhaili
8-Bahrul Mazi(syarah bagi Sunan Al-Tirmidzi) oleh syeikh Abdul Rauf al-Marbawi

Sudut Feqah: HIKMAT POLIGAMI


HIKMAT POLIGAMI

Menurut Dr. Yusof al-Qadhawi, bahawa sesungguhnya Islam adalah kalimah Allah yang terakhir di mana dengannya merupakan penutup segala risalah nabi-nabi sebelumnya. Oleh itu syariat Islam didatangkan secara menyeluruh dan abadi untuk seluruh manusia di pelusuk dunia. Ia tidak disyariatkan hanya untuk orang yang bertamadun sahaja dengan melupakan orang-orang kampung, atau untuk negara yang beriklim sejuk dengan melupakan yang beriklim panas, atau khusus untuk satu abad tertentu dengan meninggalkan abad dan jenarasi yang lain.

Sesungguhnya syariat Islam amat bersesuaian dengan setiap individu atau kumpulan, serta mampu memenuhi kehendak dan keperluan mereka semua.

Sebahagian dari manusia mempunyai keinginan yang kuat untuk memperoleh anak tetapi dia telah dikurniakan dengan seorang isteri yang tidak mampu melahirkan, kerana sakit atau sebagainya. Jadi, apakah bukan suatu kemuliaan bagi isteri dan suatu kebaikan bagi suami seandainya dia berkahwin dengan seorang wanita lain yang mampu melahirkan dengan mengekalkan isteri pertama serta diberi jaminan terhadap hak-haknya?

Sebahagian lelaki pula mempunyai keinginan syahwat seks yang terlalu kuat, tetapi dia telah dikurniakan dengan seorang isteri yang rendah keinginannya terhadap lelaki, samada kerana sakit atau mempunyai tempoh haidh yang agak lama. Dalam masalah ini lelaki tidak dapat menahan kesabarannya terhadap wanita. Dalam keadaan begini salahkah jika dia mengahwini seorang lagi perempuan secara halal sebagai ganti dari perempuan yang disimpannya secara haram?

Begitu juga, kadangkala bilangan wanita melebihi bilangan lelaki, lebih-lebih lagi ketika berlakunya peperangan yang banyak meragut nyawa kaum lelaki. Di sinilah maslahat sosial dan maslahat wanita itu sendiri perlu di dahulukan agar mereka tidak hidup sepanjang hayat dalam keadaan membujang tersisih dari satu kehidupan berumahtangga, di mana di dalamnya terdapat ketenteraman, kasih sayang, nikmat keibuan dan memenuhi seruan naluri yang sentiasa memanggilnya.

Dalam menghadapi masalah bilangan wanita berlebihan dari lelaki, terdapat tiga jalan penyelesaiannya, iaitu:

1. Wanita-wanita tersebut menghabiskan usianya dalam kepahitan kerana tidak memenuhi kehendak nalurinya.

2. Mereka memenuhi kehendak jiwa dengan mendampingi lelaki-lelaki secara haram.

3. Membenarkan mereka mengahwini lelaki-lelaki yang telah berumahtangga yang mampu memberi nafkah dan kasih sayang.

Tidak syak lagi, bahawa jalan terakhir ini adalah cara yang halal dan adil.

Dr. Wahbah al-Zuhaili pula ketika membicarakan mengenai hikmat berpoligami telah membahagikan sebab pengharusan syariat ini kepada dua, iaitu:

1. Sebab Umum, iaitu mengatasi masalah bilangan perempuan yang melebihi bilangan lelaki. Rentetan dari masalah ini timbul pula masalah lain, iaitu perlunya penambahan rakyat sesebuah negara untuk pelbagai tugas termasuk dalam bidang peperangan, pertanian dan perindustrian.

2. Sebab khusus, iaitu yang datangnya dari pihak perempuan seperti kemandulan, sakit dan sebagainya, atau dari pihak lelaki seperti mempunyai nafsu seks yang terlalu kuat dan seumpamanya.

Syed Sabiq pula telah menyatakan tentang hikmat berpoligami dengan panjang lebar. Antara yang di perkatakan oleh beliau ialah:

1. Merupakan rahmat dari Allah Taala.

2. Memperbanyakkan rakyat agar negara menjadi kuat dengan ramainya tenaga pakar dalam pelbagai teknologi. Dengan kekuatan ini, maka risalah Islam dapat disebarkan kepada seluruh manusia.

3. Melindungi janda-janda yang kematian suami ketika mempertahankan negara.

4. Sebagai jalan penyelesaian ketika menghadapi masalah kekurangan lelaki.

5. Mengatasi masalah wanita tidak dapat melakukan hubungan jenis ketika berada dalam tempoh haidh selama seminggu, tempoh melahirkan serta nifas selama 40 hari dan selepas usia putus haidh iaitu sekitar 45 atau 50 tahun. Sedangkan lelaki sentiasa dalam keadaan terbuka untuk melakukan hubungan seks sejak usia baligh sehingga mencecah usia tuanya.

6. Pengambilan syariat poligami dalam negara-negara Islam merupakan satu kebaikan yang amat besar di dalam mengekalkan bersihnya imej negara dari gejala-gejala keruntuhan nilai sosial dan hilangnya akhlak genarasi. Dapat dilihat bagaimana kesannya terhadapa masyarakat yang telah mengharamkan poligami:

i. Tersebarnya kefasikan dan kerosakan, sehingga bilangan pelacur lebih ramai dari bilangan mereka yang bersuami.

ii. Hasil dari masalah ini, ramailah lahir anak-anak haram. Di Amerika Syarikat setiap tahun seramai 100 ribu anak haram dilahirkan.

iii. Hasil dari perhubungan yang keji ini maka menularlah pelbagai penyakit fizikal dan mental.

iv. Mengalir unsur-unsur kelemahan dan ketidakupayaan di dalam jiwa.

v. Renggangnya hubungan suami isteri serta porak peranda institusi keluarga.

vi. Luput nasab yang sah, sehingga seorang suami tidak dapat memastikan dengan tepat apakah anak yang dibela itu adalah dari benihnya.
 
Buku-buku Rujukan
1-Perkahwinan dan penceraian dalam Islam oleh Haji Mohd Saleh Haji Ahmad
2-400 Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Haji Ibrahim(Bekas Mufti Negeri Sabah)
3-Fiqh Sunnah Oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
4-Fiqah Manhaji oleh Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali As-Syarbaji.
5-Tafsir Pimpinan Ar-Rahman oleh  Syeikh ‘Abdullah Basmeih.
6-Al-Halal wal Haram fi Islam- Dr Yusof Al-Qardawi
7-Al-Feqh al-Islami Oleh Dr Wahbah al-Zuhaili
8-Bahrul Mazi(syarah bagi Sunan Al-Tirmidzi) oleh syeikh Abdul Rauf al-Marbawi
 
 
 

Sudut Feqah: Apakah yang dimaksudkan adil dalam poligami


Apakah yang dimaksudkan adil dalam poligami

Perbuatan adil yang diperintahkan adalah yang sesuai kemampuan, yaitu adil di dalam pembagian waktu bermalam dan pemberian nafkah.

Sedangkan adil dalam masalah cinta dan hal-hal yang berkaitan dengannya seperti perbuatan intim dan sejenisnya, maka hal ini tidak ada kemampuan. Permasalahan tersebut yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta’ala :

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nisaa’: 129)

Oleh karena itu telah kuat riwayat hadits dari Nabi pada riwayat Aisyah Radhiyallahu’anha, ia berkata:

“Beliau biasa membagi hak diantara istri-istrinya lalu beliau berdoa: ‘Ya Allah, inilah usahaku membagi terhadap apa yang aku mampu, maka janganlah Engkau cela aku terhadap apa yang Engkau mampu sedangkan aku tidak mampu. ” (Riwayat Abu Dawud, At Tirmidzi, An-Nasal, dan Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban dan- AlHakim)

Keadilan yang dituntut di dalam Islam tidak semata-mata di dalam poligami semata-mata, bahkan meliputi semua perkara. Sama ada kepada diri sendiri, masyarakat, Negara dan pada Tuhan pencipta itu sendiri. Tuntutan berlaku adil dan tidak menzalimi mendapat panduan khusus daripada Al-Quran dan Hadis Nabi.

Firman Allah Taala di dalam surah Al-Maidah ayat 8:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُواْ ۚ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Firman Alla Taala lagi di dalam surah An-Nisa’ ayat 135:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنفُسِكُمْ أَوْ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَى أَنْ تَعْدِلُوا وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

135.  Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi Karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. jika ia[361] Kaya ataupun miskin, Maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu.Karena ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

[361]  Maksudnya: orang yang tergugat atau yang terdakwa.

Ancaman Rasulullah SAW.  kepada lelaki yang tidak mampu adil kepada isteri-isterinya yang di poligami sebagai sabdanya yang bermaksud:

Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya. Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan bahunya senget sebelah. (Tirmidzi, Abu Daud, Nasaie, Ibn Majah dan Darimi)
Pada riwayat yang lain yang bermaksud:

Mana-mana lelaki yang mempunyai dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil kepada keduanya pada pembahagian (tidur di rumah isteri-isteri). Maka dia akan hadir pada hari Kiamat dengan dibelenggu, bahunya senget sebelah diseret ke dalam neraka.


Kebenaran Allah kepada mana lelaki yang ingin berpoligami adalah dengan syarat MAMPU ADIL. Jika tidak mampu cukup memadai dengan seorang isteri.

Firman Allah Taala di dalam surah an- Nisa’ ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Al-Nisa: ayat 3.

Firman Allah ini tidak bermaksud dibenarkan berlaku zalim jika hanya beristeri satu. Bahkan kewajipan untuk bersikap adil tidak terlepas daripada tanggungjawab suami dan isteri. Keadilan dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan melunaskan sebaik mungkin tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bagi seorang Mukmin/Mukminah sama sekali tidak akan mempertikai keadilan sistem yang Allah Taala tetapkan. Kesemua kita beriman mengatakan sistem, tatacara, undang-undang dan kaedah yang diatur oleh Allah untuk manusia adalah yang terbaik serta melampau zaman dan masa. Segala ketetapan hukum hakam Allah akan dijunjung bagi mereka yang masih ada iman di dalam hati.

Perkara yang sentiasa menjadi perselisihan di dalam perkara ini apabila sesetengah masyarakat mengatakan erti keadilan adalah menyamaratakan perasaan antara semua isteri. Sebahagian lain mengatakan keadilan pada nafkah dan pakaian. Sebahagian lagi berpendapat kepada bilangan hari yang dibahagi sama rata di antara isteri. Di sini merupakan punca masalah pertikaian yang menjadi perdebatan sesama masyarakat.

Jalan penyelesaian yang akan diambil oleh setiap mereka yang beriman apabila ditimpa dengan masalah, menjadikan Allah dan Rasul sebagai rujukan dan berpuas hati dengan segala ketetapan Al-Quran. Terdapat seribu satu hikmah daripada situ sama ada kita sedari ataupun tidak.


Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Firman Allah lagi di dalam surah an-Nisa’ ayat 65:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

 Allah tidak menjadikan keadilan perasaan itu sebagai prasyarat untuk dibenarkan berpoligami. Bahkan Allah menegaskan keinginan menyamaratakan perasaan merupakan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa’ ayat 129:


وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, Karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 Ayat ini membawa maksud keadilan pada sudut hati dan perasaan. Juga Firman ini dikuatkan dengan hadis baginda Nabi yang bermaksud:

Baginda menyamaratakan pembahagian tidur setiap malam sesama isteri-isteri baginda lalu baginda berdoa. Ya Allah, ini pembahagian ku pada apa yang aku miliki, janganlah Engkau mengazab ku pada perkara yang engkau milikku, tidak aku miliki (perasaan melebihkan sebahagian isteri daripada yang lain).

Maka dapat disimpulkan di sini erti keadilan dalam berpoligami ialah:

1) Membahagikan tidur malam kepada isteri-isteri sama rata; Bermula tidur mengikut perkiraan syarak ialah daripada waktu solat maghrib sehingga waktu solat subuh. Pembahagian siang tidak diwajibkan sesama isteri ke atas suami. Siang ialah waktu bekerja, dipersilakan suami untuk ke mana sahaja untuk mencari rezeki. Jika suami bekerja malam, maka wajib berada di dalam pengetahuan isterinya yang digilirkan jika dia akan terlewat pulang. Ini hak isteri yang diberikan syarak.

 2) Kebendaan; Bukan suatu keadilan jika diberikan wang sama banyak. Itu tidak diertikan sebagai keadilan. Keadilan yang sebenar adalah apa yang mencukupi keperluan isteri-isteri. Jika isteri pertama mempunyai anak 2 orang dan isteri kedua belum mempunyai anak. Logik dan adil sekali wang yang diserahkan kepada isteri pertama lebih banyak. Ini antara masalah yang terkeliru sebahagian masyarakat. Isteri pertama mempunyai anak lelaki dan adapun isteri kedua mempunyai anak perempuan. Adakah dikatakan adil jika kedua-dua anak tersebut diberi pakaian yang serupa sedangkan berlainan jantina, umur dan minat.Mana-mana suami yang melengkapi dua perkara tersebut, maka telah melaksanakan keadilan.

Sudut Feqah: SYARAT-SYARAT POLIGAMI


SYARAT-SYARAT POLIGAMI

Islam mengharuskan poligami dengan mengenakan dua syarat utama iaitu:

1. Dapat bersikap adil terhadap isteri-isterinya. Maksud adil di sini ialah keadilan yang mampu digapai oleh manusia, iaitu penyamarataan dari sudut material samada nafkah, pergaulan yang baik dan tempat tinggal.

Bukanlah yang dimaksudkan dengan adil disini penyamarataan dari sudut perasaan, cinta dan kecenderungan hati. Kerana perkara ini tidak mampu dilakukan oleh seseorang.

2. Kemampuan memberi nafkah. Syarak tidak membenarkan perkahwinan seorang lelaki yang ternyata tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya, samada isterinya itu seorang, dua, tiga atau empat.
Buku-buku Rujukan
1-Perkahwinan dan penceraian dalam Islam oleh Haji Mohd Saleh Haji Ahmad
2-400 Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Haji Ibrahim(Bekas Mufti Negeri Sabah)
3-Fiqh Sunnah Oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
4-Fiqah Manhaji oleh Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali As-Syarbaji.
5-Tafsir Pimpinan Ar-Rahman oleh  Syeikh ‘Abdullah Basmeih.
6-Al-Halal wal Haram fi Islam- Dr Yusof Al-Qardawi
7-Al-Feqh al-Islami Oleh Dr Wahbah al-Zuhaili
8-Bahrul Mazi(syarah bagi Sunan Al-Tirmidzi) oleh syeikh Abdul Rauf al-Marbawi

Sudut Feqah: SEBAB-SEBAB DIHARUSKAN POLIGAMI


SEBAB-SEBAB DIHARUSKAN POLIGAMI

Setiap ayat al-Quran yang menetapkan syariat tidak hanya terikat dengan suatu hukum atau peristiwa sahaja. Akan tetapi ia mempunyai skop yang lebih luas dan mengandungi pelbagai hikmah dan rahsia-rahsia yang hanya dapat dijelaskan melalui penjelasan sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan poligami yang terdapat padanya beberapa faktor yang mengharuskannya berdasarkan keterangan dari hadith dan ahli-ahli tafsir yang telah menerangkan secara terperinci sebab-sebab diharuskan poligami.

Diantara sebab-sebab diharuskan poligami ialah:
MANDUL
Isteri yang tidak melahirkan anak merupakan satu fonomena terhadap lelaki yang ingin mendapatkan zuriat ( anak ) yang akan membahagiakannya di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu, maka tiada pilihan buat lelaki selain dua perkara sama ada berkahwin dengan isteri kedua yang akan melahirkan anak-anak yang akan membawa kebahagian dan menjalankan peranan dalam kehidupan dan mendoakan untuknya
setelah kematian atau perceraian.

Tidak dinafikan bahawa berpoligami adalah lebih utama dan lebih mulia dari perpisahan. Maka, semestinya bagi isteri tidak menghalang cita-cita dan keinginan suaminya untuk menambahkan zuriat dengan isteri kedua. Hal ini lebih mulia dan disukai oleh Allah s.w.t daripada terjerumus ke dalam

Lembah kehinaan dari hubungan zina yang terkutuk.Firma Allah SWT dalam Surah al-Isra’:32

وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً

Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.

Menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman kalimah ( yang membawa kerosakan ) ialah Allah s.w.t melarang dari menghampiri apa-apa jua jalan yang membawa kepada zina, apatah lagi perbuatan zina itu sendiri. Kerana yang demikian itu bukan sahaja satu perbuatan yang keji tetapi juga menimbulkan pelbagai kerosakkan dalam masyarakat. Di antaranya ialah merosakkan nasab keturunan, mengembangkan penyakit berbahaya, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan kerana suami atau waris sudah tentu akan menyerang lelaki yang berzina dengan isterinya atau dengan perempuan yang menjadi darah dagingnya.
(Syeikh ‘Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, Cetakan Keenam Belas, 2000.)

 ISTERI MENDERITA SAKIT YANG BERPANJANGAN
Adakalanya isteri ditimpa penyakit kronik yang tidak mungkin untuk menjalani kehidupan rumah tangga. Oleh yang demikian, harus bagi suami untuk melakukan poligami bersama isteri kedua kerana syariat membenarkan. Hal ini lebih baik dan mulia daripada suami terjebak dengan maksiat.
Kebiasaan isteri yang ditimpa penyakit akan menyebabkan hilang daya tarikannya sehingga suami tidak merasa ghairah untuk menggaulinya. Oleh itu, suami terpaksa mengahwini wanita lain untuk mencegah
Dirinya dari perbuatan maksiat.

 ISTERI YANG SUKAR DIDIDIK

Terdapat juga wanita yang sukar untuk dibentuk dan dididik sikapnya supaya menjadi lebih baik dan positif. Sikapnya yang sering menimbulkan kemarahan suami dan sukar untuk dibentuk tidak mampu

Diubah walaupun berbagai usaha telah dilaksanakan.Isteri yang taat kepada suami merupakan permata yang sangat bernilai. Perasaan kasih sayang diantara kedua belah pihak dapat membentuk kehidupan rumah tangga yang harmoni dan romantik.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“ Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka ) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali ( apabila ) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu ( merasai ) benci kepada mereka ( disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya ), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak
(untuk kamu).” Surah al-Nisa:19
Oleh itu, suami perlu memainkan peranan penting untuk mendidik isteri supaya mentaatinya. Manakala isteri pula hendaklah mematuhi dan mentaati suaminya sebaik mungkin supaya kehidupan rumah tangga bahagia dan aman damai.

SUAMI SENTIASA BERMUSFIR
Kadangkala suami perlu ke luar daerah atau ke luar negeri kerana urusan pekerjaan dan tidak dapat membawa isterinya setiap kali bermusafir. Dorongan nafsu lelaki tidak mampu bersabar dalam perantauannya tanpa isteri di sisi jika mengambil masa yang lama. Untuk menjaga dan menyalurkan keperluan biologinya, maka penulis telah mencadangkan satu alternatif yang baik untuk menghadapi kesulitan ini. Iaitu, mengahwini wanita lain secara sah, sedangkan suami berkemampuan dari segi harta dan kesihatan.Oleh itu, perkahwinan dengan isteri kedua lebih baik daripada melempiaskan kecenderungan seksualnya daripada melakukan perbuatan haram. Isteri perlulah bertolak ansur dalam masalah ini jika suaminya benar-benar memerlukan poligami
TABIAT BIOLOGI LELAKI BERBEZA DENGAN WANITA
 
Allah s.w.t telah memberikan kekuatan dalam bidang seksual kepada seorang lelaki sehingga kadang-kadang seorang lelaki tidak merasa puas dengan hanya seorang isteri. Apalagi jika isterinya sedang haid dalam waktu yang panjang.Dalam keadaan seperti ini, untuk menyalurkan keperluan seksual dengan cara yang baik ialah suami perlu melakukan poligami. Pilihan lain selain poligami ialah melakukan perbuatan maksiat ( zina ) dan ia memberi kesan negatif sama ada dari segi agama, harta, kesihatan dan juga membahayakan isterinya.  

Dalam keadaan seperti ini, kita peru menghadapi tiga kemungkinan iaitu:

1.Megekang hawa nafsunya.

2.Ada sebahagian kecil para suami hari imi mendatangi pelacur.

3.Membenarkan suami berpoligami dan tetap hidup bersama denga isteri pertamanya.

Jelaslah bahawa kemungkinan pertama bertentangan dengan fitrah dan diluar kemampuan manusia. Kemungkinan yang kedua sangat bertentangan dengan akhlak Islam yang bersih seperti mana firman

Allah SWT dalam Surah al-Isra’:32

وَلاَ تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan

satu jalan yang jahat(yang membawa kerosakan). Surah al-Isra’:32

Manakala kemungkinan yang ketiga merupakan peraturan Islam untuk memelihara keharmonian keluarga serta menyalurkan keinginan seksual yang sah mengikut syariat Islam. Allah s.w.t telah berfirman:

... فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja.  Al-Nisa: ayat 3.

 JUMLAH WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI

Dewasa ini, jumlah wanita bertambah ramai daripada lelaki. Kaum wanita lebih ramai melahirkan anak perempuan manakala kaum lelaki pula lebih ramai yang meninggal daripada wanita. Kenyataan ini membuktikan bahawa ramai kalangan lelaki yang melibatkan diri dalam peperangan sehingga ada diantara mereka yang menjadi korban.

Kaum lelaki pula lebih banyak menanggung risiko kerana berbagai peristiwa seperti keluar rumah untuk mencari rezeki. Akibatnya ramai golongan lelaki ditimpa sakit, sedangkan kaum wanita ada yang tinggal di rumah menguruskan rumah tangga. Salah satu usaha untuk mengatasi perbezaan jumlah yang tidak seimbang antara kaum lelaki dan perempuan ialah melalui poligami yang merupakan keputusan tepat untuk mengatasi perbezaan ini.Namun begitu, ada perkara yang lebih menyukarkan lagi apabila ada golongan lelaki yang tidak mahu berkahwin kerana faktor ekonomi yang tidak memungkinkan untuk menyara keluarga ( rumah tangga ) dan anak-anak yang akan dilahirkan. Akhirnya ramai lelaki yang menunda-nunda perkahwinan. Padahal, hal itu bercanggah dengan keadaan wanita yang sudah bersedia berkahwin pada usia muda.

Pada dasarnya, membiarkan wanita tanpa suami bererti membiarkan wanita tersebut melawan fitrahnya. Walaupun dia dapat menyalurkan kehidupan harianya untuk bekerja dan mencari kekayaan, namun tidak mungkin dapat mengantikan fitrahnya yang cenderung kepada lelaki sesuai dengan fitrah ciptaan Allah s.w.t.
Menurut Syeikh Muhammad al-Ghazali beliau mengatakan bahawa perbandingan jumlah antara lelaki dan perempuan adakalanya sama dan adakalanya salah satu di antara keduanya lebih banyak. Apabila jumlah perempuan sama dengan lelaki atau lebih sedikit, peraturan-peraturan tentang poligami tidak perlu ditonjolkan. Dengan demikian seorang lelaki harus berpuas hati dengan seorang isteri yang dimilikinya. Jika terjadi keadaan yang sebaliknya iaitu jumlah wanita melebihi lelaki, maka di sini
terdapat tiga penyelesaiannya iaitu:

1-Membiarkan sebahagian wanita tidak berkahwin sehingg akhir hayatnya.

2-Membiarkan seorang lelaki mempunyai ramai wanita simpanan.

3-Membenarkan poligami kerana pada dasarnya wanita menolak kehidupan tanpa perkahwinan serta menolak untuk melakukan zina kerana melanggar tatasusila dan akhlakumat Islam.

 Dengan demikian, tidak ada cara lain yang harus dilakukan kecuali berpoligami dan berkongsi suami dengan wanita lain. Hal ini tidak dapat dielakkan lagi kerana poligami memang dibenarkan dalam Islam

kerana jumlah wanita melebihi kaum lelaki.

Sebagai seorang wanita yang sholihah, mereka akan menerima dengan fikiran terbuka kerana syariat membenarkan poligami. Mereka telah melakukan kebaikkan kepada wanita lain yang tidak memiliki suami untuk menyelamatkan dari terlibat dengan maksiat ( zina ). Islam menganjurkan umatnya untuk tolong menolong kearah kebaikkan dan menentang kemungkaran seperti mana firman Allah s.w.t :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab seksaNya ( bagi sesiapa yang melanggar perintahNya ).” (Surah al-Maidah : 2.)