Saturday 17 March 2018

Lupa hafazan al-Qur'an, adakah berdosa?

Lupa hafazan al-Qur'an, adakah berdosa?

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْحَكَمِ الْخَزَّازُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْمَجِيدِ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ الْمُطَّلِبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَنْطَبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ أُجُورُ أُمَّتِي حَتَّى الْقَذَاةُ يُخْرِجُهَا الرَّجُلُ مِنْ الْمَسْجِدِ وَعُرِضَتْ عَلَيَّ ذُنُوبُ أُمَّتِي فَلَمْ أَرَ ذَنْبًا أَعْظَمَ مِنْ سُورَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ أَوْ آيَةٍ أُوتِيَهَا رَجُلٌ ثُمَّ نَسِيَهَا


Telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab bin Abdul Hakam Al Khazzaz telah mengabarkan kepada kami Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abu Rawwad dari Ibnu Juraij dari Al Muththalib bin Abdullah bin Hanthab dari Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Telah diperlihatkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga perbuatan seseorang yang mengeluarkan kotoran dari masjid, dan juga diperlihatkan kepadaku dosa-dosa umatku, dan saya tidak mendapatkan dosa yang lebih besar yang dikerjakan umatku daripada dosa seorang yang telah menghafal suatu surat atau ayat dari Al Quran yang kemudian dia melupakannya." HR Abu Daud,461. Dhaif.

Dan Hadith,

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ الْحَكَمِ الْوَرَّاقُ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَجِيدِ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ الْمُطَّلِبِ بْن حَنْطَبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ أُجُورُ أُمَّتِي حَتَّى الْقَذَاةُ يُخْرِجُهَا الرَّجُلُ مِنْ الْمَسْجِدِ وَعُرِضَتْ عَلَيَّ ذُنُوبُ أُمَّتِي فَلَمْ أَرَ ذَنْبًا أَعْظَمَ مِنْ سُورَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ أَوْ آيَةٍ أُوتِيهَا رَجُلٌ ثُمَّ نَسِيَهَا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ قَالَ وَذَاكَرْتُ بِهِ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَعِيلَ فَلَمْ يَعْرِفْهُ وَاسْتَغْرَبَهُ قَالَ مُحَمَّدٌ وَلَا أَعْرِفُ لِلْمُطَّلِبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ سَمَاعًا مِنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَوْلَهُ حَدَّثَنِي مَنْ شَهِدَ خُطْبَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ و سَمِعْت عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يَقُولُ لَا نَعْرِفُ لِلْمُطَّلِبِ سَمَاعًا مِنْ أَحَدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَأَنْكَرَ عَلِيُّ بْنُ الْمَدِينِيِّ أَنْ يَكُونَ الْمُطَّلِبِ سَمِعَ مِنْ أَنَسٍ


Telah menceritakan kepada kami Abdul Wahab bin Al Hakam Al Warrak Al Baghdadi telah menceritakan kepada kami Abdul Majid bin Abdul Aziz dari Ibnu Juraij dari Al Muthallib bin Hanthab dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pahala-pahala ummatku ditampakkan kepadaku, hingga pahala seseorang yang membuang debu dari masjid, dan ditampakkan kepadaku dosa-dosa ummatku, maka tidak aku lihat dosa yang lebih besar dari satu surat atau satu ayat yang diberikan kepada seseorang kemudian dia melupakannya." Abu Isa berkata; Hadits ini gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini. Perawi berkata; Aku menyebutkan hadits ini kepada Muhammad bin Isma'il, namun dia tidak mengetahuinya bahkan menganggap hadits ini gharib (sendirian), Muhammad berkata; Aku tidak mengetahui kalau Al Muthallib bin Abdullah pernah mendengar dari salah seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, selain perkataannya, telah menceritakan kepadaku orang yang menyaksikan khutbah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam." Perawi juga berkata; Aku mendengar Abdullah bin Abdurrahman berkata; "Kami tidak mengetahui kalau Abdul Muthallib pernah mendengar dari salah seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam." Abdullah berkata; Ali bin Al Madini mengingkari Al Muthallib bila dia pernah mendengar dari Anas. HR Tirnizi.. 2916.Dhaif.

Al-Tirmizi berkata, " Ini hadith gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan daripada jalan ini".

Dalam kitab al-'Ilal Imam Daraqutni mengatakan Juraij tidak pernah mendengar daripada Muttalib. Besar kemungkinan beliau men'tadlis'nya daripada perawi lemah seperti Abu Sabrah dan lain-lain.

Antara Muttalib dan Anas bin Malik turut berlaku keterputusan. Ahli hadith menyatakan bahawa Muttalib tidak pernah menerima riwayat daripada seorang pun sahabat Nabi. Antara yang menyatakan perkara ini ialah Ali bin al-Madini,al-Bukhari dan lain-lain. Kesimpulanya, hadith ini lemah.

Terdapat sebuah hadith lain daripada Yazid bin Abi Ziyad, daripada Isa bin Fa'id, daripada Saad bin Ubadah, Rasulullah bersabda,

مَا مِنَ أَحَدٍ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ، ثُمَّ يَنْسَاهُ، إِلَّا لَقِيَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَجْذَمَ

Tidaklah seseorang mempelajari al-Qur'an lalu melupakannya, melainkan ia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat dalam keadaan kusta. Al-Mu'jam al-Kabir, 5391.

Isa bin Faid perawi majhul. Terdapat pertembungan riwayat dalam sanad hadith ini. Sebahagian meriwayatkannya seperti sanad ini. Sebahagian meriwayatkannya dari Isa bin Faid, daripada seorang lelaki dan daripada Saad bin Ubadah.

Seperti hadith sebelumbya, hadith ini juga lemah.

Perbincangan dan pandangan ulama dalam perkara ini:

Umum mengetahui bahawa perbincangan dosa besar adalah termasuk dalam perkara aqidah. Justeru itu, hadith lemah tidak dapat menjadi hujah dalam perkara ini.

Ulama sepakat bahawa melupakan hafazan al-Qur'an adalah satu perkara negatif. Namun, samaada perkara ini termasuk dosa besar atau tidak, berlaku khilaf padanya.

Sekumpulan ulana menilainya sebagai satu dosa besar. Antara ulama tabiin yang berpendapat demikian ialah Abu al-'Aliyah al-Rihayi,al-Dahak bin Muzahin dan Ibn Sirin. Pandangan ini turut menjadi pegangan sebahagian ulama mazhab Syafi'i seperti Abu ak-Makarim, al-Ruyani,al-Rafi'i dan Ibn Hajar al-Haitami. Lupa yang dinilai sebagai dosa besar oleh para ulama ini adalah yang berpunca daripada malas dan lalai dalam mengulangkajinya. Adapun lupa yang disebabkan oleh sakit,maka ia tidak haram.

Ibn Rusyd menukil ijma ulama bahawa orang yang terlupa hafazan al-Qur'an kerana sibuk mencari ilmu yang wajib ataupun sunat, maka ia tidak berdosa.

Sebagai kesimpulannya, lupa hafazan al-Qur'an terpulang kepada dua sebab. Masing-masing memiliki hukum yang berbeza,iaitu:

1- Lupa kerana sifat manusia yang mudah lupa, atau lupa kerana sibuk dengan perkara wajib atau sunat. Maka, hukum lupa seperti ini tidak berdosa.

2-Lupa kerana dengan sengaja meninggalkan al-Qur'an dan enggan membacanya semula. Hukum lupa seperti ini berdosa.

Perkara ini menjadi satu ingatan bagi penghafaz al-Qur'an, samaada sempurna 30 juzuk atau beberapa juzuk sahaja agar sentiasa menjaga hafazan mereka. Secara amnya, setiap Muslim digalakjan untuk membaca al-Qur'an setiap hari.

Ishak bin Rahuyah berkata, "Sangat dibenci seseorang yang berlalu 40 hari tanpa membaca al'Qur'an.

No comments:

Post a Comment