Saturday 17 March 2018

Muslim dan pekerjaan kotor (anjing,pelacur dan bekam)

Muslim dan pekerjaan kotor (anjing,pelacur dan bekam)

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ قَارِظٍ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ حَدَّثَنِي رَافِعُ بْنُ خَدِيجٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَمَنُ الْكَلْبِ خَبِيثٌ وَمَهْرُ الْبَغِيِّ خَبِيثٌ وَكَسْبُ الْحَجَّامِ خَبِيثٌ حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ حَدَّثَنَا رَافِعُ بْنُ خَدِيجٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِهِ


Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Al Walid bin Muslim dari Al Auza'i dari Yahya bin Katsir telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Qaritz dari As Saib bin Yazid telah menceritakan kepadaku Rafi' bin Khudaij dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Hasil usaha jual beli anjing adalah buruk, hasil usaha pelacuran adalah buruk dan hasil usaha bekam juga buruk." Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Abdurrazaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Yahya bin Abi Katsir dengan sanad-sanad ini, seperti hadits tersebut." Dan telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami An Nadlr bin Syumail telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Yahya bin Abi Katsir telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Abdullah dari As Saib bin Yazid telah menceritakan kepada kami Rafi' bin Khadij dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam seperti hadits di atas." HR Muslim. 1568

Bekam ialah suatu kaedah perubatan tradisional yang merawat penyakit dengan mengeluarkan darah dari tubuh, kaedah perubatan ini telah dikenali sejak lama. Pada zaman Nabi Saallallahu 'alaihi wasallam, kaedah perubatan ini telah menjadi salah satu kaedah rawatan yang diamalkan oleh masyarakat Arab ketika itu. Baginda Saallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah menggunakan khidmat bekam ini untuk tujuan rawatan.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ حُمَيْدٍ الطَّوِيلِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
حَجَمَ أَبُو طَيْبَةَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرَ لَهُ بِصَاعٍ أَوْ صَاعَيْنِ مِنْ طَعَامٍ وَكَلَّمَ مَوَالِيَهُ فَخَفَّفَ عَنْ غَلَّتِهِ أَوْ ضَرِيبَتِهِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Humaid Ath-Thowil dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah dibekam oleh Abu Thoyyibah lalu Beliau memberi upah kepadanya dengan satu sha' atau dua sha' makanan dan berbicara kepada penarik pajaknya untuk meringankan pajaknya. HR Bukhari,2277.

Para ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan hadis tentang mengambil upah bekam. Sebahagian ulama mengatakan hukumnya adalah haram dan kebanyakkan ulama nengatakan hukumnya adalah harus.

Ibn Rusyd berkata dalam Bidayah al-Mujtahid, 'Adapun upah bekam, maka sekumpulan ulama berpendapat ia adalah haram. Namun pendapat ini tidak dipersetujui oleh ulama yang lain. Mereka berkata pekerjaan ini hina dan makruh bagi seseorang. Kumpulan lain mengatakan hukumnya harus. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtashid. Jil. 4, hlm. 11.

Menurut Imam Muslim dalam syarh Muslim, kebanyakkan ulama salaf dan khalaf tidak mengharamkan pekerjaan sebagai pengamal bekam. Hal ini kerana Rasulullah pernah berbekam dan memberi upah. Andai upah bekam hukumnya haram, tidak mungkin Baginda memberi upah kepada Abu Taibah.

Justeru itu, para ulama menafsirkan "kotor" dalam sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam
di atas dengan makna tidak bersih. Maknanya, upah bekam ialah wang yang terhasil dari sebuah pekerjaan yang tidak bersih. Hal ini kerana pekerjaan ini melibatkan pengeluaran darah yang hukumnya najis. Tidak mustahil, pakaian dan rumah pengamal perubatan bekam ini dikotori najis tersebut.

Menurut Imam al-Nawawi, hadith ini menggalakkan seorang Muslim untuk menjauhkan diri daripada pekerjaan kotor dan yang bergelumang dengan najis. Pada masa yang sama, Islam mendorong kita .untuk melakukan pekerjaan lain yang lebih bersih. Al-Nawawi,1392.

Diantara pekerjaan kotor yang lain ialah mencari rezeki dengan menyelam limbahan najis,membersihkan saluran najis yang tersumbat dan lain-lain.

Hukum melakukan pekerjaan kotor seperti ini tidak haram. Sebaliknya ianya halal,juga upah yang diterima juga halal. Pekerjaan ini jauh lebih mulia berbanding dengan eksekutif yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin namun menerima rasuah.

Bagaimanapun, sebagai seorang Muslim yang memiliki cita rasa yang timggi. Sedapat mungkin ia tidak terlibat dengan pekerjaan-pekerjaan yang kotor melainkan apabila terpaksa.

Imam Nawawi berkata dalam Minhaj ath-Thalibin, "Upah yang diperolehi daripada pekerjaan yang bergelumang dengan najis seperti bekam dan menyapu najis hukumnya makruh. Disunatkan agar tidak memakannya tetapi diberikan kepada hamba dan haiwan peliharaannyan.

Pada zaman dahulu, pekerjaan-pekerjaan seperti ini diserahkan kepada hamba sahaya atau binatang. Pada zaman sekarang, manusia telah mencipta teknologi tertentu yang meminimalkan keterlibatan manusia dalam melakukan tugadan-tugasan yang kotor dan merbahaya itu.

No comments:

Post a Comment