Saturday 17 March 2018

Solat Witir

Solat Witir

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ عَاصِمِ بْنِ ضَمْرَةَ السَّلُولِيِّ قَالَ قَالَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ إِنَّ الْوِتْرَ لَيْسَ بِحَتْمٍ وَلَا كَصَلَاتِكُمْ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْتَرَ ثُمَّ قَالَ يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad dan Muhammad bin Ash Shabbah keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Ayyasy dari Abu Ishaq dari Ashim bin Dlamrah As Saluli ia berkata, " Ali bin Abu Thalib berkata, "Solat witir tidak wajib dan tidak pula seperti solat maktubah kamu, hanya saja Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selalu mengerjakannya, beliau mengatakan: "Wahai ahli Qur`an(orang beramal dengan al-Qur'an), hendaklah kamu solat witir, sesungguhnya Allah itu bersifat witir dan Dia menyukainya. " HR Ibnu Majah,1159. Sahih.

Antara sifat Allah adalah amat suka kepada ketunggalan atau ganjil, ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,diantaranya adalah hadith berikut,

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَفِظْنَاهُ مِنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
رِوَايَةً قَالَ لِلَّهِ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ اسْمًا مِائَةٌ إِلَّا وَاحِدًا لَا يَحْفَظُهَا أَحَدٌ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Sufyan dia berkata; Kami hafal dari Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah secara periwayatan, dia berkata; "Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu, tidaklah seseorang menghafalnya melainkan ia akan masuk surga, dan Dia adalah witir dan menyukai yang ganjil." HR Bukhari,6410

Dan juga Firman Allah Subhanahuwata'ala,

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.al-Ikhlas:1

Pengertian Witir

Witir pada bahasa membawa maksud ganjil atau tunggal. Adapun pada istilah jika disebut solat witir bermaksud solat sunat pada waktu malam selepas solat Isyak yang dilakukan dengan bilangan rakaat yang ganjil.

Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah az-Zariyat ayat: 17-18

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.

Ada ulama mengatakan huruf مَا adalah masdariyah sehingga maknanya adalah mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam dan di sebahagian besar malam, mereka tidak tidur.
Ada ulama mengatakan huruf مَا adalah ma nafiyah sehingga maknanya adalah mereka yang tidak sedikit sekali yang melakukan qiamullai pada malam hari dan paling sedikitnya adalah dua rakaat atau tiga rakaat.

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.

Sungguh menakjubkan mereka berjaga malam bersama Allah dalam suatu ibadah. Tatakala waktu sahur tiba, mereka duduk dan minta keampunan kepada-Nya seolah-olah pada malam itu mereka melakukan kejahatan,dosa atau kemaksiatan. Mereka tidak mengatakan Mahasuci Tuhan,akan tetapi mereka mengatakan "Aku minta ampun kepada Mu Ya Allah".

Hukum Solat Witir

Pertama: Hukumya wajib seperti pendapat Hanafi.

Kedua: Hukumya sunat muakkad seperti pendapat jumhur ulama.

Solat Witir adalah sunat muakkad. Ia dinamakan demikian kerana ditamatkan dengan satu rakaat, berbeza dengan solat yang lain. Hal ini berdasarkan hadith,

عَنْ عَاصِمِ بْنِ ضَمْرَةَ السَّلُولِيِّ قَالَ قَالَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ إِنَّ الْوِتْرَ لَيْسَ بِحَتْمٍ وَلَا كَصَلَاتِكُمْ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْتَرَ ثُمَّ قَالَ يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

Dari Ashim bin Dlamrah As Saluli ia berkata, " Ali bin Abu Thalib berkata, "Solat witir tidak wajib dan tidak pula seperti solat yang difardukan ke atas kamu, hanya saja Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selalu mengerjakannya, beliau mengatakan: "Wahai ahli Qur`an(orang beramal dengan al-Qur'an), hendaklah kamu solat witir, sesungguhnya Allah itu bersifat witir dan Dia menyukainya. " HR Ibnu Majah,1159. Sahih.

Fadilat Solat Witir

يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

Wahai ahli Qur`an(orang beramal dengan al-Qur'an), hendaklah kamu solat witir, sesungguhnya Allah itu bersifat witir dan Dia menyukainya. " HR Ibnu Majah,1159. Sahih.

َ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي بِثَلَاثٍ لَا أَدَعُهُنَّ حَتَّى أَمُوتَ الْوِتْرِ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ وَصَوْمِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَمِنْ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ

dari Abu Hurairah ia berkata, "Kekasihku berwasiat kepadaku dengan tiga perkara agar tidak aku tinggalkan hingga aku meninggal; witir sebelum tidur, berpuasa tiga hari setiap bulan, dan melakukan shalat dluha dua rakaat." HR ad-Darimi,1418.

Waktu Solat Witir

Waktu Solat Witir ialah di antara Solat Isyak dan terbit Fajar,

1- Waktu afdhal: Ialah dilakukan pada akhir solat malam,

ِّ عَنْ خَارِجَةَ بْنِ حُذَافَةَ قَالَ أَبُو الْوَلِيدِ الْعَدَوِيُّ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَمَدَّكُمْ بِصَلَاةٍ وَهِيَ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ وَهِيَ الْوِتْرُ فَجَعَلَهَا لَكُمْ فِيمَا بَيْنَ الْعِشَاءِ إِلَى طُلُوعِ الْفَجْرِ

Dari Kharijah bin Hudzafah, Abu Al Walid Al Adawi berkata; Rasulullah shallAllahu wa'alaihi wa sallam keluar menemui Kami dan berkata: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan bagi kalian sebuah shalat yang dia lebih baik bagi kalian dari pada unta merah, yaitu shalat witir, dan telah menjadikannya berada diantara shalat Isya hingga terbit fajar." HR Abu Daud, Dhaif.

2-Jika dikhuatiri tidak terbangun pada akhir malam, dia hendaklah bersolat Witir lebih awal.

عَنْ جَابِرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ خَافَ أَنْ لَا يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلَاةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ
و قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ مَحْضُورَةٌ

dari Jabir ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang khawatir tidak bisa bangun di akhir malam, hendaklah ia melakukan witir di awal malam. Dan siapa yang berharap mampu bangun di akhir malam, hendaklah ia witir di akhir malam, karena shalat di akhir malam disaksikan (oleh para malaikat) dan hal itu adalah lebih afdlal (utama)." Abu Mu'awiyah berkata; "Mahdlurah (dihadiri oleh para malaikat)." HR Muslim, 1255.

Bilangan rakaat solat Witir

Sekurang-kurang Witir adalah satu rakaat, (ada ulama yang mengatakan makruh jika dibuat satu rekaat sahaja). Sekurang-kurang sempurna solat witir adalah tiga rakaat,iaitu dengan secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi secara berasingan. Dan yang paling sempurna adalah sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.

Dalil satu Rakaat:

َّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
إِنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلَاةُ اللَّيْلِ قَالَ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ

Bahwa 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhu berkata; Ada seseorang bertanya: "Wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bagaimana cara shalat malam?" Beliau shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: " Dua dua (raka'at) dan jika kamu khawatir masuk waktu Shubuh witirlah dengan satu raka'at". HR Bukhari:1137

Dalil Sebelas Rakaat,

ِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِيمَا بَيْنَ أَنْ يَفْرُغَ مِنْ صَلَاةِ الْعِشَاءِ وَهِيَ الَّتِي يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ إِلَى الْفَجْرِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُسَلِّمُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَتَبَيَّنَ لَهُ الْفَجْرُ وَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ ثُمَّ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُؤَذِّنُ لِلْإِقَامَةِ و حَدَّثَنِيهِ حَرْمَلَةُ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَسَاقَ حَرْمَلَةُ الْحَدِيثَ بِمِثْلِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَمْ يَذْكُرْ وَتَبَيَّنَ لَهُ الْفَجْرُ وَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ وَلَمْ يَذْكُرْ الْإِقَامَةَ وَسَائِرُ الْحَدِيثِ بِمِثْلِ حَدِيثِ عَمْرٍو سَوَاءً


Dari 'Aisyah isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah shalat antara habis shalat isya' yang biasa disebut 'atamah hingga waktu fajar. Beliau melakukan sebelas rakaat, setiap dua rakaat beliau salam, dan beliau juga melakukan witir satu rakaat. Jika muadzin shalat fajar telah diam, dan fajar telah jelas, sementara muadzin telah menemui beliau, maka beliau melakukan dua kali raka'at ringan, kemudian beliau berbaring diatas lambung sebelah kanan hingga datang muadzin untuk iqamat." Dan telah menceritakan kepadaku Harmalah telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dengan sanad hadits ini. Harmalah juga membawakan hadits semisalnya, hanya saja ia tidak menyebutkan redaksi "Ketika fajar telah jelas, dan muadzin menemui beliau." Dia juga tidak menyebutkan "iqamat" dan semuanya sama seperti haditsnya 'Amru. HR Muslim. 736

Dalil lima,tiga dan satu rakaat,

ِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوِتْرُ حَقٌّ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِخَمْسٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِثَلَاثٍ فَلْيَفْعَلْ وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يُوتِرَ بِوَاحِدَةٍ فَلْيَفْعَلْ

dari Abu Ayyub Al Anshari ia berkata; rasul shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Witir adalah sebuah hak atas setiap muslim, barang siapa yang hendak melakukan witir lima raka'at maka hendaknya ia melakukankannya dan barang siapa yang hendak melakukan witir tiga raka'at maka hendaknya ia melakukannya, dan barang siapa yang hendak melakukan witir satu raka'at maka hendaknya ia melakukannya." HR Abu Daud,1212. Sahih.

Permasaalahan tentang Solat Witir:

Bolehkah melakukan solat sunat yang lain sekiranya telah berwitir dengan imam? Di dalam isu ini, terdapat dua pendapat:

Pertama: Dibolehkan untuk melakukan solat sunat yang lainnya meskipun telah melakukannya bersama imam ketika solat tarawih sebelumnya dan tidak perlu untuk mengulangi solat witir tersebut.

Ini adalah mazhab kebanyakan para ulama dari kalangan Hanafiah, Malikiyyah, Hanabilah dan pendapat yang masyhur di sisi Syafi`eyyah. Ini juga adalah pendapat al-Nakha`ie, al-Auza`ie, `Alqamah dan ianya diriwayatkan juga daripada Abu Bakar, Sa’ad, ‘Ammar, Ibn `Abbas dan `Aisyah R.Anhum.

Pendapat yang membolehkan ini berhujah berdasarkan hadis-hadis berikut:

Hadis `Aisyah R.Anha:

ثُمَّ يُسَلِّمُ تَسْلِيمًا يُسْمِعُنَا ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ مَا يُسَلِّمُ وَهُوَ قَاعِدٌ...

Maksudnya: Kemudian Baginda memberi salam, salam yang didengari oleh kami kemudian Baginda solat dua rakaat selepas memberikan salam dan Baginda sedang duduk. HR Muslim,746

Dalam hadith panjang diatas, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan bahawa ini kemungkinan Nabi Saallallahu 'alaihi wasallam solat dua rakaat selepas melakukan witir dan sekaligus menjelaskan tentang bolehnya untuk melakukan solat sunat meskipun telah melakukan witir. Rujukal-Majmu`.

Hadis Ummu Salamah R.Anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْوِتْرِ، وَهُوَ جَالِسٌ

Maksudnya: “Adalah Nabi Saallallahu 'alaihi wasallam ruku` dua rakaat selepas witir dan Baginda dalam keadaan duduk”.
HR al-Imam Ahmad (26553) dan al-Tirmizi (471).

Hukum mengulangi Solat Witir

Adapun larangan untuk mengulangi melakukan witir adalah berdasarkan hadith Talq bin Ali, bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ

Maksudnya: Tiada dua witir dalam satu malam. HR Abu Daud (1439)

Ini juga adalah pendapat al-Imam Ibn Hazm Rahimahullah yang mana beliau menyebutkan bahawa bagi mereka yang telah melakukan witir diawalnya dan solat sunat selepas witir itu dibolehkan dan tidak perlu untuk mengulangi witir. Rujuk al-Muhalla.

Pendapat ini juga sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Imam al-Tirmizi Rahimahullah dan menyandarkannya kepada Sufyan al-Thauri, Ibn al-Mubarak dan ini juga adalah pendapat yang paling asah (sahih) menurut beliau. Rujuk Sunan al-Tirmizi, 432]

عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِي الَّذِي يُوتِرُ مِنْ أَوَّلِ اللَّيْلِ ثُمَّ يَقُومُ مِنْ آخِرِهِ فَرَأَى بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ نَقْضَ الْوِتْرِ وَقَالُوا يُضِيفُ إِلَيْهَا رَكْعَةً وَيُصَلِّي مَا بَدَا لَهُ ثُمَّ يُوتِرُ فِي آخِرِ صَلَاتِهِ لِأَنَّهُ لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ وَهُوَ الَّذِي ذَهَبَ إِلَيْهِ إِسْحَقُ وَقَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِهِمْ إِذَا أَوْتَرَ مِنْ أَوَّلِ اللَّيْلِ ثُمَّ نَامَ ثُمَّ قَامَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ يُصَلِّي مَا بَدَا لَهُ وَلَا يَنْقُضُ وِتْرَهُ وَيَدَعُ وِتْرَهُ عَلَى مَا كَانَ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَمَالِكِ بْنِ أَنَسٍ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ وَأَهْلِ الْكُوفَةِ وَأَحْمَدَ وَهَذَا أَصَحُّ لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ صَلَّى بَعْدَ الْوِتْرِ

dari Qais bin Thalq bin Ali dari ayahnya dia berkata, saya mendengar Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Tidak ada dua kali witir dalam satu malam." Abu Isa berkata, hadits ini hasan gharib, ahli ilmu berbeda pendapat tentang orang yang melaksanakan witir di permulaan malam, kemudian dia bangun pada akhir malam. sebagian ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam dan orang orang setelahnya berpendapat membatalkan witir, mereka mengatakan ditambahkan kepada witir satu raka'at, kemudian shalat menurut yang nampak baginya lalu melaksanakan witir di akhir shalatnya, karena tidak ada witir dua kali dalam satu malam dan itulah yang menjadi pendapat Ishaq, sedangkan sebagian Ahli ilmu yang lain dari kalangan sahabat dan yang lainnya berpendapat bahwa jika telah melaksanakan witir di permulaan malam kemudian tidur, lalu bangun di akhir malam, maka dia melaksanakan shalat menurut yang nampak bagi dia dan jangan membatalkan witirnya (yang di permulaan malam) dan membiarkan witir yang telah dia laksanakan seperti semula, ini adalah pendapat Sufyan Ats Tsauri, Malik bin Anas, Bin Al Mubarak, Syafi'I, penduduk Kufah dan Ahmad, ini adalah pendapat yang paling shahih, karena haditsnya telah diriwayatkan dari berbagai jalur bahwa Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam melaksanakan shalat setelah witir. HR Tirmizi,432

Kedua: Tidak boleh melakukan solat sunat setelah melakukan solat sunat witir kecuali telah dibatalkan witirnya, dia solat (sunat) dan kemudian berwitir.

Membatalkan witir di sini membawa makna dengan memulakan solat sunat satu rakaat, menjadikan witir yang dilakukan sebelum ini genap bilangan rakaatnya. Kemudian lakukanlah solat sunat yang lain dan kemudian diakhiri dengan witir sekali lagi.

Ini adalah pendapat sebahagian Syafi`eyyah dan ini juga diriwayatkan daripada `Uthman, `Ali, Usamah, Ibn `Umar, Ibn Mas`ud dan Ibn `Abbas R.Anhum.

Hujah yang digunakan adalah berdasarkan hadis Nabi SAW:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya: Jadikan akhir solat (sunat) kalian pada waktu malam dengan melakukan solat sunat witir.HR Bukhari (998) dan Muslim (751)

No comments:

Post a Comment