Syaitan kencing di telinga dan Tahajjud untuk kesihatan
حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
ذُكِرَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ نَامَ لَيْلَهُ حَتَّى أَصْبَحَ قَالَ ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ أَوْ قَالَ فِي أُذُنِهِ
Telah bercerita kepada kami 'Utsman bin Abu Syaibah telah bercerita kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wa'il dari 'Abdullah radliallahu 'anhu berkata; "Dilaporkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seseorang yang tertidur melewati malamnya hingga pagi, maka Beliau bersabda: "Itulah orang yang dikencingi syaitan pada kedua telinganya", atau dia berkata: "pada telinganya". HR Bukhari, 3270.
Perawi-perawi hadith ini adalah tsiqah(dipercayai), iaitu memenuhi semua syarat hadith sahih. Juga sanadnya bersambung dan tidak mempunyai 'llat(kecacatan) yang dapat merosakkan kesahihah hadith ini.
Adapun makna "dikencing oleh syaitan", maka terdapat beberapa pandangan daripada para ulama. Sebahagian mereka mentafsirkanya secara hakikat. Maknanya, syaitan bena-benar kencing ke dalam telinga orang tersebut tanpa kita ketahui caranya.
Namun, menurut kebanyakkan ulama yang lain, berpendapat bahawa kalimat "dikencing oleh syaitan" bermakna majaz (kiasan). menurut al-Muhallab,al-Tahawi dan Ibn Atsir, maknanya ialah ditipu dan dikalahkan oleh syaitan sehingga orang itu melanjutkan tidur dan enggan melakukan ibadah.
Ibn Qutaibah berkata, "Maknanya ialah orang itu telah dirosakkan oleh syaitan".
Kesimpulannya, hadith ini hendak memberitahukan bahawa orang yang todak bangun untuk tahajjud adalah sangat lemah di hadapan syaitan. Ia sangat mudah tunduk kepada pujuk rayu syaitan dan tidak mampu melawannya. Di mata syaitan, ia sangat hina terlebih lagi di mata Allah. Sedangka tahajjud adalah merupakan suatu ibadah yang amat dituntut untuk dikerjakan,
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Al-Isra' ayat 79.
Tahajjud ialah suatu ibadah yang sangat agung. Ia adalah amalan kebiasaa orang-orang soleh dan para kekasih Allah. Hanya hamba-hamba yang terpilih yang akan bangun untuk bertahajjud di tengah malam. Justeru itu sungguh rugi orang yang diharamkan daripada mendapat kelebihan ini.
Berkenaan munafaat tahajjud bagi kesihatan, terdapat berberapa hadith yang menyebutkan hal tersebut. Diantaranya,
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلَاثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ
Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Abu Az Zanad dari Al A'raj dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian saat dia tidur dengan tiga tali ikatan dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu (dikatakan) kamu akan melewati malam yang sangat panjang maka tidurlah dengan nyenyak. Jika dia bangun dan mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan. Jika kemudian dia berwudhu' maka lepaslah tali yang lainnya dan bila ia mendirikan shalat lepaslah seluruh tali ikatan dan pada pagi harinya ia akan merasakan semangat dan kesegaran yang menenteramkan jiwa. Namun bila dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya jiwanya merasa tidak segar dan menjadi malas beraktifitas". HR Bukhari,1142.
حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ عَمْرٌو حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ ثَلَاثَ عُقَدٍ إِذَا نَامَ بِكُلِّ عُقْدَةٍ يَضْرِبُ عَلَيْكَ لَيْلًا طَوِيلًا فَإِذَا اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ وَإِذَا تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عَنْهُ عُقْدَتَانِ فَإِذَا صَلَّى انْحَلَّتْ الْعُقَدُ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ
Telah menceritakan kepada kami Amru An Naqid dan Zuhair bin Harb -Amru- berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah dari Abu Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah sampai pada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (bahwa beliau bersabda): "Syetan akan mengikat tengkuk salah seorang dari kalian saat ia tidur dengan tiga ikatan. Dengan setiap ikatan ia akan membisikkan padamu bahwa malam masih panjang. Jika ia terbangun lalu berdzikir kepada Allah, lepaslah satu ikatan, jika ia berwudlu maka lepaslah dua ikatan. Dan jika ia melanjutkan dengan shalat, maka lepaslah seluruh ikatan itu, sehingga pada pagi harinya ia mulai dengan penuh kesemangatan dan jiwanya pun sehat. Namun jika tidak, maka dia akan memasuki waktu pagi dengan jiwa yang keji dan penuh kemalasan." HR Muslim,1295.
Menurut Ibnu Hajar dalam Fathul Bari, hadis ini menunjukkan bahawa solat malam berkhasiat untuk menerbitkan kebahagian dan kegembiraan di dalam hati.
Justeru itu, dapat kita lihat bahawa qiamullai sangat bermunafaat untuk menjaga kesihatan tubuh dan juga mental sekali gus. Nabi menjanjikan orang yang bertahajjud di waktu malam akan merasakan kesegaran tubuh dan kebahagiaan hati di pagi harinya.
No comments:
Post a Comment