Saturday 17 March 2018

Perempuan ziarah kubur

Perempuan ziarah kubur

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُحَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ يُحَدِّثُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَائِرَاتِ الْقُبُورِ وَالْمُتَّخِذِينَ عَلَيْهَا الْمَسَاجِدَ وَالسُّرُجَ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Muhammad bin Juhadah ia berkata; saya mendengar Abu Shalih menceritakan dari Ibnu Abbas berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat para wanita yang menziarahi kuburan, dan orang-orang yang menjadikannya sebagai masjid dan meletakkan pelita padanya. HR Abu Daud,3236.Juga diriwayatkan oleh al-Tirmizi(294) dan al-Nasai(2016).

Al-Tirmizi berkata, "Hadith Ibn Abbas hadith hasan. Abu Soleh ini adalah maula Ummu Hani binti Abi Talib. Nama beliau Bazan,juga dikatakan Bazam. Rujuk: 'awn al-Ma'bud. Jil,9,hlm 43.

Abu Soleh Bazan dilemahkan oleh Umam Ahmad,al-Nasai,Abu Hatim dan ramai lagi.

Imam Ahmad berkata,"Hadith ini tidak sahih menurut saya". Imam Muslim berkata,"Hadith ini tidak sahih. Ahli hadith sangat berwasapada dalam menerima hadith dari Abu Soleh Bazam. Beliau tidak tsabit mendengar daripada Ibnu Abbas. " Demikian dinukil oleh Ibn Rajab dalam.Fath al-Bari jil. 3,hlm201.

Sebahagian ahli hadith mensahihkan hadirh ini,diantaranya ialah Ibn Hibban. Menurut beliau,nama Abu Soleh ini bukan Bazan, akan tetapi Mizan.
Ibn Hibban lalu mentsiqahkan Mizan. Pandangan ini dilemahkan oleh ahli hadith seperti Ahmad,Muslim,al-Turmizi dan lain-lain.

Pendangan ulama:

Para ulama berbeza pendapat dalam beramal dengan hadith ini.

Hal ini kerana ia bertentangan dengan hadith riwayat Buraidah. Rasulullah 
Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ لُحُومِ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ فَأَمْسِكُوا مَا بَدَا لَكُمْ وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ النَّبِيذِ إِلَّا فِي سِقَاءٍ فَاشْرَبُوا فِي الْأَسْقِيَةِ كُلِّهَا وَلَا تَشْرَبُوا مُسْكِرًا قَالَ ابْنُ نُمَيْرٍ فِي رِوَايَتِهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ ح و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا أَبُو خَيْثَمَةَ عَنْ زُبَيْدٍ الْيَامِيِّ عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ أُرَاهُ عَنْ أَبِيهِ الشَّكُّ مِنْ أَبِي خَيْثَمَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ بْنُ عُقْبَةَ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ جَمِيعًا عَنْ عَبْدِ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ عَطَاءٍ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ بِمَعْنَى حَدِيثِ أَبِي سِنَانٍ

Dari Ibnu Buraidah dari bapaknya ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dahulu aku melarang kalian untuk ziarah kubur, maka sekarang ziarahilah. Dahulu aku melarang kalian untuk menyimpan daging hewan kurban lebih dari tiga hari, maka sekarang simpanlah selama jelas bagimu manfaatnya. Dahulu aku melarang kalian membuat anggur selain dalam qirbah, maka sekarang minumlah dari segala tempat air, asal jangan kamu minum yang memabukkan." Ibnu Numair berkata dalam hadits yang diriwayatkannya; Dari Abdullah bin Buraidah dari bapaknya -dalam jalur lain- Dan Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya telah mengabarkan kepada kami Abu Khaitsamah dari Zubaid Al Yami dari Muharib bin Ditsar dari Ibnu Buraidah -....... HR Muslim,977.

Sebahagian ulama berpendapat hadith Ibn Abbas telah dimansuhkan oleh hadith Buraidah. Oleh sebab hadith Buraidah bersifat umum, maka kaum perempuan termasuk dalam galakkan ini. Justeru itu, sunat bagi perempuan untuk berziarah kubur sebagaimana kaum lelaki. Ini ialah pandangan paling sahih dalam mazhab Hanafi.

Sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa hadith Buraidah khas untuk kaum lelaki sahaja. Ucapan Nabi tidak berkaitan dengan kaum perempuan kerana persaannya yang sangat halus dan mudah bersedih. Justeru itu, ziarah kubur tetap dilarang bagi kaum perempuan. Larangan tersebut bersifat makruh mengikut kebanyakkan ulama.

Para ulama mazhab Hanbali berkata, "Makruh ziarah kubur bagi kaum perempuan. Jika berlaku perkara yang diharamkan dalam ziarah tersebut,maka hukumnya menjadi haram.

Adapun perkara yang diharamkan disini adalah seperti berpakaian menarik,berwangi-wangian,meratap di kubur dan sebagainya.

Perbincangan tentang hukum ziarah kubur bagi wanita menjadi salah satu perbincangan hangat dalam kalangan ulama semasa.

Tokoh-tokoh salafiyyiah umumnya berpegang dengan hukum haram. Hukum ini difatwakan oleh Syeikh In Baz,Ibn Uthaimin,Muhammad bin Ibrahim Alu al-Syeikh dan lain-lain. Mereka turut melarang kaum wanita daripada berziarah ke kubur Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam. Rujuk: Fatwa al-Mar'ah al-Muslimah,hlm. 206-207

Namun begitu, berbeza dengan Syeikh al-Albani dari kalangan Salafiyyah berpandangan harus berziarah kubur bagi wanita. Menurut beliau hadith yang melarang telah dimansuhkan. Justeru itu, tiada dalil khusus yang melarang wanita berziarah kubur. Fartwa al-Albani, hlm.239

Kebanyakkan ulama tradisional berpendapat harus ziarah kubur bagi wanita apabila mereka menjaga adab-adab kesopanan. Begitu juga dengan pandangan Syeikh Hasanain Makhluf, Abdul Halim Mahmud, Mutawalli Sya'rawi dan ramai lagi.Rujuk: Fatwa al-Nisa', jlm. 142-143.
Syeikh Bakhit berpendapat bahawa ziarah kubur sunat bagi kaum lelaki dan perempuan. Rujuk: Fatwa Syeikh Bakhit al-Muthi'i', hlm.64.
Pada masa yang sama,Syeikh Atiyyah Saqr cenderung kepada hukum makruh. Rujuk: Ahsan al-Kalam. Jil. 2, hlm. 786.

Mereka semua adalah para alim ulama kita yang warak dan takut kepada Allah Subhanahuwata'ala. Mana-mana yang kita jadikan panduan, in shaa Allah akan membawa kita kepada Allah dan Rasul-Nya. Pilihlah salah satu pandangan mereka tanpa merendahkan pandangan yang lain.

No comments:

Post a Comment