Saturday 17 March 2018

Nabi terkena sihir, benarkah?

Nabi terkena sihir, benarkah?

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
سَحَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي زُرَيْقٍ يُقَالُ لَهُ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ حَتَّى كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ كَانَ يَفْعَلُ الشَّيْءَ وَمَا فَعَلَهُ حَتَّى إِذَا كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ أَوْ ذَاتَ لَيْلَةٍ وَهُوَ عِنْدِي لَكِنَّهُ دَعَا وَدَعَا ثُمَّ قَالَ يَا عَائِشَةُ أَشَعَرْتِ أَنَّ اللَّهَ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ أَتَانِي رَجُلَانِ فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ مَا وَجَعُ الرَّجُلِ فَقَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ مَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ قَالَ فِي أَيِّ شَيْءٍ قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاطَةٍ وَجُفِّ طَلْعِ نَخْلَةٍ ذَكَرٍ قَالَ وَأَيْنَ هُوَ قَالَ فِي بِئْرِ ذَرْوَانَ فَأَتَاهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَاسٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَجَاءَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ كَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ أَوْ كَأَنَّ رُءُوسَ نَخْلِهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا اسْتَخْرَجْتَهُ قَالَ قَدْ عَافَانِي اللَّهُ فَكَرِهْتُ أَنْ أُثَوِّرَ عَلَى النَّاسِ فِيهِ شَرًّا فَأَمَرَ بِهَا فَدُفِنَتْ تَابَعَهُ أَبُو أُسَامَةَ وَأَبُو ضَمْرَةَ وَابْنُ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ هِشَامٍ وَقَالَ اللَّيْثُ وَابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ هِشَامٍ فِي مُشْطٍ وَمُشَاقَةٍ يُقَالُ الْمُشَاطَةُ مَا يَخْرُجُ مِنْ الشَّعَرِ إِذَا مُشِطَ وَالْمُشَاقَةُ مِنْ مُشَاقَةِ الْكَتَّانِ


Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa telah mengabarkan kepada kami Isa bin Yunus dari Hisyam dari ayahnya dari 'Aisyah radliallahu 'anha dia berkata; "Seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al A'sham telah menyihir Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun dibuat seakan-akan telah melakukan sesuatu pekerjaan yang beliau tidak kerjakan. Sampai disuatu hari -atau suatu malam- beliau berada di sampingku namun beliau tetap berdo'a dan berdo'a, kemudian beliau bersabda: "Wahai Aisyah, apakah kamu telah merasakan bahwa Allah telah memberikan fatwa (menghukumi) dengan apa yang telah aku fatwakan (hukumi)? Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk di atas kepalaku dan satunya lagi di kakiku. Kemudian salah seorang berkata kepada yang satunya; "Menderita sakit apakah laki-laki ini?" temannya menjawab; "Terkena sihir.' salah satu mala'ikat tersebut bertanya; "Siapakah yang menyihirnya?" temannya menjawab; "Labid bin Al A'sham." Malaikat yang satu bertanya; "Dengan benda apakah dia menyihir?" temannya menjawab; "Dengan rambut yang terjatuh ketika disisir dan seludang mayang kurma." Salah satu malaikat bertanya; "Di manakah benda itu diletakkan?" temannya menjawab; "Di dalam sumur Dzarwan." Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendatanginya bersama beberapa orang sahabatnya, lalu bersabda: "Wahai Aisyah! seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman pohon inai atau seakan-akan pohon kurmanya bagaikan kepala syetan." Aku bertanya; "Wahai Rasulullah, tidakkah anda mengeluarkannya?" beliau menjawab: "Tidak, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku hanya tidak suka memberikan kesan buruk kepada orang lain dari peristiwa itu." Kemudian beliau memerintahkan seseorang membawanya (barang yang dipakai untuk menyihir) lalu menguburnya." Hadits ini juga diperkuat oleh riwayat Abu Usamah dan Abu Dlamrah serta Ibnu Abu Az Zinad dari Hisyam. Al Laits dan Ibnu 'Uyainah mengatakan dari Hisyam mengenai lafazh "Musth (sisir) " dan "Musyaqah (helai rambut yang jatuh karena disisir) dikatakana pula "Al Musyathah yaitu helai rambut yang jatuh apabila disisir." Sedangkan Musyaqqah ialah rambut yang melekat pada sisir tatkala menyisir." HR Bukhari,5763 dan juga diriwayatkan olwh Muslim,2189.

Muktazilah berpendapat hadith ini tidak sahih kerana mustahil sihir boleh menyakiti Rasulullah yang maksum. Beberapa ulama ahli sunnah seperti al-Jassas dan tokoh moden turut terikut dengan pandangan ini.

Walau bagaimanapun, pendapat ini sangat lemah dan ditolak. Pegangan Ahli Sunnah ialah hadith sahih wajib diterima. Kita tidak boleh menolak sesebuah hadith sahih hanya kerana kita tidak memahami maksudnya.

Ulama menjelaskan bahawa hati dan keimanan para Nabi memang maksum. Namun, tidak tubuh badan mereka. Justeru itu, mereka boleh terluka,jatuh sakit bahkan dibunuh. Adapun hati, keyakinan dan akal Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam tetap dipelihara oleh Allah Subhanahuwata'ala.

Sihir yang berlaku pada diri Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam ini tidak lain hanyalah salah satu bentuk penyakit. Terkena sihir sama sekali tidak mengurangkan darjat Baginda sebagai seorang Rasul Allah. Pendapat ini menjadi pegangan ramai ulama antaranya sl-Maziri,Ibn al-Qayyim,al-'Aini, al-Sindi, al-Qadi Iyadh dan Ibn Hajar al-Haitami dan ramai lagi.

Tentang kesan syaitan kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam, kemusykilan ini pernah dijawab oleh Muhallab bin Abi Sufrah. Beliau berkata, "Terjaga Nabi daripada syaitan bukan bermakna syaitan tidak bergerak untuk menyakiti dan mengganggu Baginda. Sebuah hadith sahih telah menceritakan bahawa syaitan pernah berusaha untuk mengganggu ketika Baginda sedang solat,namun kenudian Allah menundukkanya,

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَخْبَرَنَا رَوْحٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ فَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }
قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim berkata, telah mengabarkan kepada kami Rauh dan Muhammad bin Ja'far dari Syu'bah dari Muhammad bin Ziyad dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Sesungguhnya 'Ifrit dari bangsa Jin baru saja menggaguku untuk memutus solatku tapi Allah memenangkan aku atasnya, dan aku berkehendak untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid sampai waktu shubuh sehingga tiap orang dari dapat kalian dapat melihatnya. Namun aku teringat ucapan saudaraku Sulaiman Alaihis Salam ketika berdo'a: '(Ya Rabb, anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak akan dimiliki oleh seorangpun setelah aku) ' (QS. Shaad: 35). Rauh berkata, "Kemudian beliau mengusirnya dalan keadaan hina." HR Bukhari,461 dan juga diriwayatkan oleh Muslim,541

Perihal Labid bin al-A'sam ialah seorang munafik daripada Bani Zuraiq. Setengah perawi menyebutnya seorang Yahudi kerana kaumnya mempunyai hubungan erat dengan Yahudi sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.

Labid terkenal sebagai ahli sihir yang sangat handal. Bangsa Yahudi Madinah menjanjikan sejumlah wang jika dia mampu menyihir Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Lalu Labid menyahut seruan ini dan berkata, "Jika Muhammad benar seorang Nabi,maka Allah akan menyembuhkanya. Namun jika bukan, maka sihir ini akan membuatnya gila. Fathul Bari. Jil. 10,hlm 227.

Menurut Ibn Muflih al-Hanbali, sihir yang dikirimkan oleh Labid ini merupakan salah satu jenis sihir yang paling dahsyat. Ia dinamakan sihir al-Namrijat yang terdiri daripada pengaruh roh-roh jahat dan reaksi kuasa alam. Al-Adab sl-Syariah. Jil. 3,hlm. 85.

Namun begitu, sihir yang menimpa Baginda hanya berkesan kepada pandangan Baginda, bukan pada akal dan kesedaran Baginda. Ketika itu, Rasulullah seolah-olah melihat sesuatu bukan seperti sifatnya yang benar. Namun apabila diperhatikan, perkara itu diperhatikan seperti hakikatnya.

Qadi 'Iyadh berkata, "Jelaslah bahawa sihir ini hanya memberi kesan kepada tubuh zahir Baginda. Pemikiran dan kesedaran Baginda tidak terjejas. Ibid.

Untuk menghadapi sihir ini, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bertawakkal dan bermunajat kepada Allah Sunhanahuwata'ala. Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam terus berdoa dan memohon bantuan tanpa henti sehingga Allah berkenan memakbulkan doa tersebut.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. Al-Baqarah:186

No comments:

Post a Comment