Haram
melambatkan pembayaran hutang bagi orang yang mampu membayar hutang. Dan hukum
hiwalah.
حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ
عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ وَإِذَا أُتْبِعَ أَحَدُكُمْ عَلَى مَلِيءٍ
فَلْيَتْبَعْ
"Telah
menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah Al Qa'nabi, dari Malik, dari Abu
Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Penangguhan orang yang kaya (dalam melangsaikan
hutang) adalah kezaliman, dan apabila salah seorang di antara kalian diikutkan
(hutangnya dipindahkan, hiwalah) kepada orang yang kaya, hendaknya ia
mengikuti!" HR Abu Daud, Sahih.
Hutang
piutang ( القرض او الدين)adalah suatu transaksi di mana seseorang meminjam
harta benda kepada orang lain dengan janji akan dikembalikan pada waktu yang
telah ditentukan. Hutang termasuk muamalah (transaksi) antara manusia yang
cukup mendapat perhatian dalam Islam karena ada unsur ekonomi dan hak individu
yang dalam Islam sangat dihormati.
Hutang
akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang harus ditunaikan yaitu
menjelaskan hutang.
Allah
Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
إِنَّ
اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوْا اْلأَمَاناَتِ إِلىَ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ
بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوْا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ
إِنَّ اللهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيْراً
“Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimnya, dan
(menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan
dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” An-Nisa
: 58
Oleh
kerana itu, barangsiapa yang berhutang, maka hendaklah dia segera membayar hak
orang-orang yang wajib dia tunaikan itu.
Penundaan
pembayaran hutang oleh orang-orang yang mampu adalah suatu kezaliman.
Maka
hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam hal tersebut sebelum maut
menjemputnya dengan tiba-tiba, sementara dia masih tergantung pada hutangnya.
Adab
Rasulullah saw. dalam hal menjelaskan hutang
جَابِرِ
بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – وَهُوَ فِى
الْمَسْجِدِ – وَكَانَ لِى عَلَيْهِ دَيْنٌ فَقَضَانِى وَزَادَنِى
"Dari
Jabir bin Abdullah ,ra ia berkata: “Aku mendatangi Nabi di masjid sedangkan
beliau mempunyai hutang kepadaku, lalu beliau membayarnya dan menambahkannya”.
(HR. Bukhari,
Hiwalah(pemindahan
hutang):
Allah
Swt berfirman,
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ
وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْل
“Hai
orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk
waktu yangditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar”. Al-Baqarah : 282
Hiwalah
dari segi bahasa:
Memindahkan
atau mengalihkan.
Hiwalah
dari segi Syara':
Pemindahan
atau pengalihan hak untuk menuntut pembayaran hutang dari satu pihak kepada
pihak yang lain
No comments:
Post a Comment